• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbandingan Antara Jihad Dan Keganasan

Melihat kepada ciri-ciri keganasan di atas, ternyata antara jihad dan keganasan terdapat perbezaan yang sangat signifikan, perkara ini dapat dilihat dalam jadual berikut:

Perbandingan Antara Jihad dan Keganasan

Perkara Jihad Keganasan

Tujuan Mempertahankan diri. Menghapuskan kezaliman dan penindasan.

Mengakhiri peperangan dan mewujudkan perdamaian.

Menegakkan kebebasan beragama.

Menakut-nakuti dan mengugut lawan.

Mendapatkan publisiti.

Mendapatkan tuntutan politik, ekonomi, ideologi, agama dan sebagainya.

Prinsip Perang adalah langkah terakhir setelah gagal mencuba dengan cara-cara damai. Menggunakan kekuatan secara

perhitungan untuk menghindari banyak korban.

Keganasan adalah cara untuk mencapai tujuan.

Menggunakan kekerasan secara perhitu-ngan untuk menciptakan ketakutan yang lebih besar. Sasaran/

Korban

Hanya orang yang ikut berperang dan mempunyai peranan dalam peperangan sahaja.

Orang-orang yang tidak terlibat dalam konflik yang sedang terjadi.

Perlaksanaan I. Sebelum Perang: I. Sebelum Serangan:

117 Lebih lanjut lihat Paul Wilkinson (1974),

Political Terrorism, London: The Macmillan Press Ltd., hh. 52-53; Sudhir Kumar Singh (2000), Terrorism: A Global Phenomenon. Delhi: Authorspress, h. 22; David J. Whittaker (ed.) (2001), The Terrorism Reader. London and New York: Routledge, h. 248;

Syed Hussein Alatas (2002), Kemana Dengan Islam: 22 Artikel Pilihan, Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd., hh. 99-100; Jenkins (2003), op.cit., h. 18; dan lain-lain.

118

A.P. Schmid and Janny de Graaf (1982), Violence as Communication: Insurgent

Terrorism and the Western News Media. London and Beverly Hills: Sage Publications, h. 15;

Agak sama dengan definisi tersebut, Syed Hussein Alatas menjelaskan: "Yang dimaksudkan sebagai terrorist (pengganas) adalah mereka yang merancang ketakutan sebagai senjata per- sengketaan terhadap lawan dengan serangan pada manusia yang tidak terlibat, atau harta benda tanpa menimbang salah atau benar dari segi agama atau moral, berdasarkan atas perhitungan bahawa segalanya itu boleh dilakukan bagi mencapai tujuan matlamat persengketaan" [italic daripada kami]. Lihat Alatas (2002), op. cit., hh. 110-111.

Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff & Fikri Mahmud / 91

Memberitahukan pembatalan perjanjian,

jika sebelumnya ada perjanjian dengan musuh.

Memberi tiga pilihan kepada musuh, antara : (1). Masuk Islam; (2).

Membayar jizyah; atau (3). Meneruskan perang.

Perang diisytiharkan oleh kepala pemerinta-han negara.

II. Ketika Perang:

1. Hanya dibenarkan membunuh orang yang terlibat dalam peperangan. 2. Tidak dibenarkan membunuh kanak- kanak, wanita, lelaki tua, orang yang kurang upaya, para rahib/pendeta, petani, pedagang, orang gila, dan sebagainya; kecuali jika mereka ikut berperang sama ada secara langsung atau tidak langsung.

3. Tidak boleh membunuh musuh yang sudah menyerah atau orang yang meminta perlindungan.

4. Tidak dibenarkan memusnahkan kepentingan awam seperti sumber makanan dan minuman.

5. Tidak boleh membunuh binatang ternak, kecuali sekedar untuk dimakan. 6. Tidak boleh menebangi pepohonan, merusak bangunan, yang tiada berkenaan dengan peperangan. 7. Tidak boleh merusak mayat musuh. 8. Dianjurkan berdamai, jika musuh menginginkan perdamaian.

III. Selepas Perang:

1. Tawanan perang diperlakukan dengan adil dan baik.

2. Tawanan perang terpulang kepada pemerintah: boleh dibebaskan, atau menebusi diri mereka, atau pertukaran tawanan sesuai dengan persetujuan bersama, kecuali bagi penjahat perang. 3. Penjahat perang diadili dan dijatuhi hukuman sesuai dengan kesalahan masing-masing.

4. Harta rampasan perang dikendalikan oleh pemerintah dan ditentukan penggunaannya sesuai dengan hukum syari‘ah.

1. Merancang serangan secara rahasia.

2. Menyampaikan ugutan dan tuntutan (kadang-kadang). 3. Memberi pilihan yang menguntungkan pengganas (kadang-kadang).

4. Tiada pengisytiharan rasmi akan adanya serangan. II. Ketika Serangan:

1. Menyerang orang-orang yang tidak terlibat dalam konflik. 2. Tiada membeza-bezakan korban dan tiada sebarang peraturan yang melarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua, dan sebagainya. 4. Tiada sebarang larangan memusnahkan sumber makanan, minuman, bangunan, dan sebagainya; malahan serangan boleh dilancarkan kepada apa sahaja dan siapa sahaja yang dikehendaki.

5. Tiada perdamaian sebelum tercapai tujuan pengganas. III. Selepas Serangan:

1. Tawanan diperlakukan sesuai dengan kemahuan dan

kepentingan pengganas. 2. Urusan tawanan ditentukan oleh pengganas.

3. Tiada pengadilan bagi tawanan. 4. Harta rampasan dan jarahan ditentukan kedudukannya oleh pengganas berkenaan.

Senjata 1. Segala macam senjata boleh digunakan, kecuali membakar dengan

Segala macam senjata boleh digunakan tanpa ada sebarang

api dan senjata yang boleh membunuh secara beramai-ramai, seperti bom nuklear, biologi, kimia, dan lain sebagainya.

2. Pengecualian di atas boleh digunakan apabila musuh menggunakan senjata berkenaan.

aturan.

Penutup

Islam adalah agama perdamaian dan menganjurkan kepada para pemeluknya untuk menyelesaikan konflik secara damai. Jika cara-cara damai ini tidak membuahkan hasil, maka baharulah perang boleh dilancarkan.

Melihat kepada sebab-sebab dan tujuan dilaksanakannya, jihad agak mirip dengan konsep "Just War" yang berkembang di Barat, yang kemudian menjadi rujukan bagi undang- undang perang antarabangsa.119 Jihad hanya dilancarkan berdasarkan kepada sebab-sebab

yang mustahak, dan dilaksanakan sesuai dengan kaedah serta etika perang yang adil. Maka dengan demikian, jihad adalah perang yang adil dan dibenarkan. Jihad bukanlah keganasan, sama ada dalam sebab dan tujuan mahupun tata cara perlaksanaannya, di antara jihad dan keganasan terdapat perbezaan yang sangat signifikan. Oleh itu, tidak ada alasan untuk menghubung-kaitkan antara jihad dengan keganasan.

Ayat-ayat jihad mesti difahami dan diamalkan sesuai dengan konteks sejarah diturunkannya. Jika kondisi yang dihadapi oleh umat Islam sama dengan keadaan Rasul pada zaman Makkah, maka ayat yang diamalkan sesuai pula dengan apa yang diturunkan ketika itu. Bila umat Islam mengadakan perjanjian kerjasama dengan umat lain dalam mendirikan sebuah negara, maka yang harus mereka amalkan adalah seperti yang dilakukan Rasul ketika beliau mewujudkan negara Madinah. Jika umat Islam diperangi oleh sekelompok umat lain, maka mereka harus membalas orang-orang yang memerangi mereka itu, sesuai dengan ayat- ayat yang memerintahkan sedemikian.

Wallahu A‘lam !

Prof. Madya Dr. Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff Fikri Mahmud

Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam 50603 Kuala Lumpur Malaysia.

119 Konsep "

Just War" berkembang melalui berbagai tahapan. Just War terdiri daripada dua komponen yang dalam bahasa Latin disebut: jus ad bellum (sebab-sebab atau kondisi yang membolehkan perang dilaksanakan) dan jus in bello (etika atau kaedah yang harus dipatuhi oleh askar dalam berperang). Selanjutnya lihat John Kelsay and James Turner Johnson (ed.) (1991), Just War and Jihad. New York. Westport Connecticut. London: Greenwood Press. Huraian singkat tentang sejarah Just War, lihat artikel "The Theory of the Just War", dlm. laman web http://www.bbc.co.uk/religion/ethics/ war/justwarintro.shtml, tarikh akses 15 April 2004.

Kaedah Hafazan Al-Qur’an Yang Sistematik dan Praktikal