• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam dan Pendidikan: ICT dalam Dunia Pendidikan Islam

S.Salahuddin Suyurno, Norsiah Sulaiman & Fairuzah Hj. Basri

Abstrak

Penggunaan ICT (Information Communication and Technology) dalam dunia pendidikan sepatut dan sewajarnya tidak mengganggu tugas dan matlamat sebenar pendidikan. Pendidikan menurut Islam tidak hanya memberi penekanan dari sudut memori malah pencernaan ilmu dan penyerapan ilmu di dalam tidak tanduk seseorang itu amat dititik beratkan. ICT tanpa kawalan akan mengakibatkan manusia seperti robot yang dikawal oleh keadaan. ICT boleh dianggap sebagai “tools” di dalam menyampaikan mesej kepada khalayak. Oleh itu penggunaan ICT di dalam dunia pendidikan mestilah berdasarkan falsafah pendidikan Islam itu sendiri. Tidak setakat maklumat yang dicari tetapi lebih jauh daripada itu. Pendidikan Aqidah, akhlak dan budi pekerti mulia menjadi teras falsafah pendidikan Islam supaya manusia kenal siapa pencipta. Falsafah pendidikan merupakan keseluruhan pendidikan tersebut samaada dari segi teori maupun praktikal. Ia melibatkan plan bertindak pendidikan bermula dengan dasar, sumber, cara-cara perlaksanaan sebagai teori sehinggalah perlaksanaannya dengan pengisian-pengisian yang telah ditetapkan dengan melihat pelbagai hal yang berkaitan dengan pendidikan termasuklah keberkesanannya. World view Islam melihat manusia sebagai khalifah yang telah diberikan keistimewaan seperti dikurniakan akal, ilmu, sumber alam, kesempurnaan kejadian, diutus Rasul dan dikurniakan, Kitab sebagai pembimbing dalam hal-hal kehidupan supaya pembangunan,, kebahgian , kesejahteraan tidak hanya dapat dinikmati di dunia tetapi juga di akhirat yang kekal abadi. Dengan keistimewaan ini manusia dibebaskan berkarya selagi tidak melanggar batas-batas Syara’. Jadi ICT/TMK dilihat dari sudut ini hanyalah merupakan barangan alat ciptaan manusia. Baik buruk kesan daripada penggunaannya adalah bergantung kepada manusia yang membina, meneroka (mendominasi perisian) dan pelanggan sebagai pengguna terakhir. Hal ini perlu dilihat secara teliti terutama persoalan yang melibatkan kepentingan ummah seperti dalam konteks pendidikan. Apa yang penting jangan sampai ada slogan “Tiada Komputer Tiada Masa Depan” kerana masa depan ummah adalah bersama Islam. Oleh itu kertas kerja ini akan cuba mengupas pengertian falsafah sebagai landasan teori, tujuan pendidikan,Pengertian beberapa intilah yang berkait, pengertian ICT/TMK dan kesan penggunaannya serta cabarannya dalam bidang pendidikan. Disentuh juga kemudahan mendapatkan ilmu-ilmu Islam dan kesimpulan serta sedikit cadangan.

Pendahuluan

Sebelum melihat apakah peranan dan manfaat yang disumbangkan oleh ICT terhadap dunia pendidikan terlebih dahulu kita meninjau sepintas lalu tentang asas atau world view mana sumbangan atau manfaat itu akan dinilai dan apa dan dimanakah kedudukan penilai (falsafah pendidikan) terhadap sumbangan yang diberikan oleh ICT khususnya dalam aspek Pendidikan Islam.

Falsafah merupakan pengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar ilmu ( Kamus Dewan:1993:321). Manakala Heraclitus seorang ahli falsafah bangsa Greek (555 SM) mendefinisikan falsafah sebagai ilmu yang membahaskan hakikat sesuatu dan ahlinya disebut sebagai orang yang membahas tabiat sesuatu kerana ingin mengetahui hakikatnya (A. Jalil Hassan:1979:4). Apabila falsafah dinisbahkan kepada pendidikan, atau yang disebut sebagai falsafah pendidikan ia merupakan suatu bentuk aktiviti dan idea yang sistematik yang menjadikan falsafah suatu alat untuk mengorganisasi, menyusun dan mengubahsuai operasi pendidikan (Sadiq Sam’an: 1962: 177- 178)31.

Menurut al-Shaibany, falsafah pendidikan merupakan usaha melaksanakan teori dan metod yang berhubung dengan pengalaman manusia. Maka ia berfungsi bagi menilai, menyelaras dan menganalisa segala permasalahan dalam kehidupan manusia khususnya di sini dalam bidang pendidikan.

Manakala pendidikan Islam itu sendiri dapat disimpulkan sebagai satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Qur’an dan al- Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam dan negara bagi mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Pada hari ini ia dikenal sebagai pendidikan bersepadu; iaitu pendidikan yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah disamping adanya integrasi ilmu-ilmu akal ke arah membina komuniti ummah berteraskan akidah (Tajul Ariffin Nordin: 1998:97)

Fungsi

Dari sudut fungsi, falsafah pendidikan mempunyai peranan yang begitu penting dalam sesuatu sistem pendidikan, lebih-lebih lagi untuk melakukan reformasi, kemajuan dan membina asas-asas yang kukuh. Antara peranan yang dapat disumbangkan oleh “Falsafah” dalam bidang pendidikan adalah:

Membentuk fikiran yang sempurna, sesuai dengan nature operasi, motif dan peranan pendidikan.

Mempertingkatkan kemampuan bagi mengatasi masalah-masalah dan polisi pendidikan disamping membantu memperbaiki tahap pelaksanaan, metod dan sistem pembelajaran.

Sebagai asas penentuan dalam konsep pelajaran am dan khas, membentuk kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, menggariskan polisi dan teknik yang sistematik dan berkesan bagi kegunaan pengurusan dan pentadbiran di pusat-pusat pengajian tinggi (Adullah Ishak: 18).

Jadi, berdasarkan pengertian di atas, falsafah pendidikan boleh dibahagikan kepada:

• Falsafah teoritikal

• Falsafah praktikal

Ia merupakan pembahagian yang telah dipopularkan oleh Ibn Sina dan setiap satunya didasari oleh ilmu-ilmu tertentu. Misalnya falsafah teoritikal mengandungi ilmu tabi’e, matematik, metafizik (ketuhanan) dan kully (universal). Manakala falsafah praktikal mengandungi ilmu akhlak, ilmu pengurusan rumah tangga (keluarga), ilmu pengurusan bandar dan ilmu Nabi atau Syariat (Hasan Langgulung:1995:69). Kedua bahagian falsafah ini diperlukan oleh manusia untuk melaksanakan ‘ubudiah kepada Allah S.W.T. sebagai khalifahNya. Ia juga merupakan intipati falsafah pendidikan Islam yang diambil daripada

31

Diambil daripada Abdullah Ishak (Dr.). Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam. 1989. Petaling Jaya: al-Rahmaniah (Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia). Hal.18

S.Salahuddin Suyurno et.al. / 33

pemahaman surah al-Baqarah ayat 30 (Ibid:50). Salah satunya menjadi pelengkap kepada yang lain, tanpa falsafah teorikal, kelangsungan pendidikan yang bersifat praktikal akan berjalan tanpa kawalan dan haluan atau matlamat. Manakala tanpa falsafah praktikal, pendidikan teoritikal (asas dan dasar) seluruhnya akan tinggal beku dan jumud tidak bergerak. Akibatnya pendidikan tidak mendatangkan kesan dan perlaksanaannya dalam kehidupan manusia. Sedangkan ilmu dan perlaksanaannya merupakan pra syarat melayakkan manusia memegang status sebagai khalifah Allah.