• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam dan Imej Keganasan: Satu Analisa Tentang Prinsip Jihad Dalam Al-Qur’an

Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff & Fikri Mahmud

Abstrak

Selepas serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) di New York, masyarakat antarabangsa bertekad memerangi keganasan. Amerika Syarikat adalah negara paling kuat menjuarai serangan terhadap keganasan dan hampir pula mengaitkannya dengan Islam. Meskipun antara Islam dan keganasan adalah dua wajah yang saling bertentangan, namun kedua-duanya selalu dihubungkaitkan. Pada sudut yang lain, gerakan-gerakan keganasan memang wujud pula dalam masyarakat Islam. Perkara tersebut semakin menambah pandangan negatif dan memperburukkan lagi warna Islam di mata dunia. Jihad secara khusus telah difahami sebagai gerakan keganasan, atau sekurang- kurangnya dianggap sebagai penyebab timbulnya gerakan tersebut. Artikel ini cuba mengupas persoalan ini dengan membuang imej keganasan terhadap Islam melalui kupasan terhadap prinsip jihād dalam al-Qur’an.

Pendahuluan

Sejak Abad Pertengahan, Islam di Barat selalu menjadi sasaran tohmahan, sama ada yang telah dilakukan oleh pihak gereja mahupun para sasterawan. Islam dianggap sebagai agama yang berbahaya, lahir dari kuasa jahat, disiarkan dengan pedang, pencetus perselisihan dan keganasan.47 Sebelum peristiwa 11 September 2001 berlaku, bagi kebanyakan rakyat Amerika “muslim” bererti “pengganas”, “Islam” bererti “kekerasan” dan umat Islam disinonimkan dengan fanatisme.48 Selepas peristiwa tersebut imej Islam semakin buruk. Sebahagian orang beranggapan bahawa keganasan benar-benar sebati dengan Islam, Nabi

47

Menurut Firestone, sikap prejudis Barat terhadap Islam sama tuanya dengan Islam Itu sendiri (Western prejudice toward Islam is as old as Islam itself). Lihat Reuven Firestone (1999), Jihad: The Origin of Holy War in Islam. New York: Oxford University Press, h. 13. Mengenai pandangan- pandangan dunia Barat Kristian terhadap Islam sejak Abad Pertengahan dapat dirujuk pada Richard William Southern (1962), Western Views of Islam in the Middle Ages. Cambridge: Mass; Maxime Rodinson (1974), “The Western Image and Western Studies of Islam”, dlm. Joseph Schacht & C.E. Bosworth (eds.), The Legacy of Islam, c. 2. Oxford: Oxford University Press; Norman Daniel (1980),

Islam and the West: The Making of an Image, c. 4. Edinburgh: University Press; Philip K. Hitti (1985),

Islam and the West: a Historical Cultural Survey. H.M.J. Irawan (terj.). Bandung: Penerbit Sinar Baru; Albert Hourani (1991), Islam in European Thought. Cambridge: Cambridge University Press; Karel Steenbrink (1995), Kawan Dalam Pertikaian: Kaum Kolonial Belanda dan Islam di Indonesia (1596- 1942). Suryan A. Jamrah (terj.). Bandung: Penerbit Mizan; dan lain-lain.

48 Lihat Abdurahman Alamoudi (1997), “Images of Muslims in America”, dlm. Farish A. Noor (ed.),

Muhammad dituduh sebagai seorang pengganas.49 “Muhammad was a terrorist. Based upon Muhammad's actions and teachings, Islam justifies terrorism. Today, Muslims use that justification to attack and murder those who differ from them. Muslim terrorists follow in Muhammad's footsteps”, kata Silas.50

Antara ajaran Islam yang paling banyak mendapat perhatian adalah jihad. Perkataan jihad telah dipandang negatif dan difahami sebagai aktiviti keganasan, atau sekurang-kurangnya dianggap sebagai penyebab timbulnya gerakan keganasan.51 Bahkan menurut Edmund Bosworth, segala aktiviti politik yang berlaku di negara-negara seperti Turki, Iran, Sudan, Ethiopia, Sepanyol, India dan sebagainya selama lebih 12 abad adalah berpunca daripada panggilan jihad.52

Kesalahfahaman terhadap Islam disebabkan berbagai faktor, antaranya:

Pertama, imej negatif yang telah ditimbulkan oleh gereja sejak Abad Pertengahan. Perkara ini sudah pun diakui oleh gereja. Selepas Majlis (Council) Vatican II (1962-1965) gereja berusaha kembali untuk memulihkan imej Islam yang sudah terlanjur buruk.53

49

Salah seorang pemimpin paderi di gereja Kristian Evangelical Amerika Syarikat, Jerry Falwell, dalam satu wawancaranya dengan program 60 Minutes di rangkaian televisyen CBS mengatakan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pengganas. Kenyataannya itu mendapat reaksi keras dari tokoh-tokoh agama dari berbagai negara, termasuk di Malaysia. Lihat Utusan Malaysia, 4 dan 5 Oktober 2002, hh. 1 dan 4.

50 Silas (t.t.), “Muhammad, Islam, and Terrorism”,

http://www.answering-islam.org/Silas/terrorism.htm, tarikh akses 20 April 2004. Silas (nama samaran?) berusaha meyakinkan bahawa Islam benar-benar sebati dengan keganasan. Ia memaparkan bukti-bukti sejarah yang sebelumnya telah dikemukakan oleh para orientalis dan sudah lama dijawab oleh Moulavi Cheragh Ali pada abad ke-19 lalu. Lihat Moulavi Cheragh Ali (1984), A Critical Exposition of the Popular “Jihad”, Delhi (India): Idarah-I Adabiyat-I Delli (buku ini sudah diterbitkan di Calcutta, th. 1885). Demikian juga dengan laman web TheTruth Tree. Laman web ini memuat kutukan terhadap Islam, “A Hindu Condemtion of Islam” yang ditaja oleh kelompok Hindu, Jyotish. Lihat laman web http://www.truthtree.com/islam/islam_menu.shtml, tarikh akses 5 Mai 2004.

51 Sebagai contoh betapa perkataan jih d membawa maksud yang sangat negatif sejak peristiwa 11

September 2001 lepas adalah apa yang dialami oleh Zayed Yasin, seorang Pelajar Islam Amerika, yang terpilih untuk menyampaikan ucapan ringkas bertajuk “Of Faith and Citizenship: My American Jihad” (Agama dan Kerakyatan: Jih d Saya Sebagai Rakyat Amerika) pada Majlis Konvokesyen di Universiti Harvard awal Jun 2002. Hal ini telah mengundang protes daripada sebilangan pelajar Universiti berkenaan dan Zayed dihina serta menerima ugutan bunuh sejak pihak Universiti memilihnya untuk menyampaikan ucapan tersebut. Lihat berita “Pelajar Universiti Harvard Protes Ucapan “Jihad”",

Utusan Malaysia, 31 Mei 2002, h. 17. Bandingkan dengan pengertian jih d yang terkandung dalam konteks tulisan R. Emmett Tyrell berikut: “Orang Arab [muslim] adalah kaum fanatik religius yang mengabdi pada sebuah agama pejuang non-Barat. Warisan mereka bagi kita termasuk kata-kata pembunuh jihad… Di muka bumi ini hanya orang Cina dan Rusia yang terbiasa dengan pembantaian satu sama lain, yang lebih tidak terkendali. Orang Rusia dan Cina melakukan hal ini untuk membuat masyarakatnya lebih efisien dan untuk omong besar; Orang Arab melakukan itu karena ketaatan agama… Apapun kasusnya [kesnya], orang Arab mencabut pisaunya dengan kenikmatan, dan ketika ia selesai menjagal [menyembelih], ia makin dekat kepada Allah”. Lihat Edmund Ghareeb (1988), “Pro-

Israel Influence in American Media Coverage of the Middle East”, dlm. The Zionist, Mass

Communication from Theory to Application. Tunis: ALESCO (Arab League Educational, Cultural and Scientific Organization), h. 35; dikutip daripada Satrio Arismunandar (1993), “Islam di Mata Media Massa Barat”, Islamika, no. 1, Juli-September 1993, h. 66.

52

Lihat Edward W. Said (1981), Covering Islam: How the Media and the Experts Determine How We See the Rest of the World. London: Routledge & Kegan Paul, h. 108.

53 Selepas Majlis tersebut Pejabat Untuk Urusan-urusan Non-Kristian (The Office for Non-Christian

Affairs) di Vatican menerbitkan sebuah dokumen yang bertajuk “Orientation for a Dialogue between Christians and Muslims” (Orientasi Untuk Dialog Antara Umat Kristian dan Umat Islam). Antara isinya adalah menjelaskan pengertian jih d sebagai “usaha untuk menyiarkan Islam dan mempertahankannya

Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff & Fikri Mahmud / 79

Kedua, konflik yang telah berlaku antara kedua belah pihak sepanjang sejarah. Masing- masing pihak telah berjaya menaklukkan pihak lainnya secara bergantian. Mulanya umat Islam yang berjaya mengusir kekuasaan Barat (Rom-Greek) dari Timur Tengah, kemudian menaklukkan beberapa wilayah Eropah. Setelah itu giliran Barat pula yang menaklukkan dan menduduki dunia Islam selama berabad-abad. Pihak Barat secara tidak adil membesar- besarkan penaklukan yang dilakukan umat Islam. Pendudukan Turki ke atas wilayah Eropah dianggap sebagai “teroris dunia”.54 Penaklukan yang dilakukan umat Islam disebut pencerobohan budaya (cultural agression), imperialisme Arab (Arab imperialism), atau kolonialisme Islam (Islamic colonialism), dan sebagai bukti bahawa Islam disebarkan dengan pedang.55 Sebaliknya, penjajahan bangsa Eropah ke atas wilayah Asia, Afrika, dan Amerika Latin mereka namakan “misi membudayakan bangsa barbar” (a mission to civilize the barbaric native).56

Ketiga, kejahilan tentang Islam. Secara umum masyarakat Barat kurang memahami Islam. Para sarjana non-muslim yang mengkaji Islam pun kurang mengetahui hakikat Islam sebenar. Yang mereka kaji lebih banyak berkenaan dengan “Islam sejarah” atau “Islam aktual”, bukan “Islam normatif” atau “Islam konseptual”,57 Padahal untuk mendapatkan kajian yang lebih objektif kedua-duanya mestilah dibezakan.58 Sebab Islam sejarah/Islam aktual adalah Islam yang telah diterjemahkan ke dalam konteks sejarah oleh umat Islam untuk menjawab cabaran sejarah yang serba kompleks dalam bidang sosial-politik dan budaya yang datang silih berganti. Jawapan yang diberikan itu belum tentu semuanya bertolak daripada ajaran al-Qur’an dan al-sunnah. Sedangkan Islam normatif/Islam konseptual adalah Islam yang tersurat dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih (authentic), tapi belum tentu tercermin dalam perilaku umat Islam dan realiti sejarah mereka. Oleh kerana sarjana Barat –pada umumnya– mengkaji Islam dari perspektif sosio-historik, maka natijah melawan para penceroboh” (the effort to spread Islam and defend it against its aggressors). Ditambahkannya bahawa " jihad tidak bertujuan untuk memusnahkan (extermination), tetapi adalah untuk “menyiarkan hak-hak Tuhan dan hak-hak manusia di negeri-negeri baru”. Lihat Maurice Bucaille (1978), The Bible, The Qur’an and Science. Alastair D. Pannell & the Author (terj.). Indianapolis: American Trust Publications, hh. ii-iii dan 111-114.

54 Seperti yang ditulis oleh Bosworth: “The Ottoman Turks struck terror into the heart of Christian

Europe, so that the Elizabethan historian of the Turks, Richard Knollys, described them as ‘the present terror of the world’”. Lihat C.E. Bosworth (1980), “The Historical Background of Islamic Civilization”, dlm. R. M. Savory (ed.), Introduction to Islamic Civilization. New York, Cambridge: University Press, h. 25; lihat juga Bernard Lewis (1993), Islam and the West. New York–Oxford: Oxford University Press, h. 15. Pada masa itu “Islam” disamakan dengan “Turki”, dan “orang-orang Turki” disinonimkan dengan “umat Islam”. Lihat Rodinson (1974), op. cit., h. 31. Jadi Islam (umat Islam) ketika itu sudah dianggap sebagai “teroris” dunia.

55

Lihat Ibn Warraq (1995), Why I am not a Muslim. New York: Prometheus Books, h. 198 dan

seterusnya.

56 Lihat Habib Siddiqui (2004), “An Analysis of Anti-Islamic Polemics”, diterbitkan dalam laman web

Ivews, http://www.iviews.com/articles/articles.asp?ref=IV0405-2323&p=2, tarikh akses 27 Mai 2004.

57 Fazlur Rahman membahagi Islam kepada “

Islam normatif” (normative Islam) dan “Islam sejarah” (historical Islam), lihat Fazlur Rahman (1982), Islam and Modernity: Transformation of an Intellectual Tradition. Chicago & London: University of Chicago Press, h. 141, dan Taufik Adnan Amal (1992),

Islam dan Tantangan Modernitas: Studi atas Pemikiran Hukum Fazlur Rahman, c. 3. Bandung: Penerbit Mizan, h. 147. Kemudian Rakhmat juga membahagi Islam kepada dua macam: “Islam aktual” dan “Islam konseptual”, lihat Jalaluddin Rakhmat (1991), Islam Aktual: Refleksi Sosial Seorang Cendekiawan Muslim, Bandung: Penerbit Mizan, h. 18.

58

We must distinguish between the religious communities as beareres of religious cultures and the normative truths or transcendent aspects of religious”, kata Rahman. Lihat Fazlur Rahman (1985), “Approaches to Islam in Religious Studies: Review Essay”, dlm. Richard C. Martin (ed.), Approaches to Islam in Religious Studies. Tucson: The University of Arizona Press, h. 194.

yang dihasilkannya pun tidak kurang ada yang bertentangan dengan Islam itu sendiri. Max Weber misalnya memandang Islam sebagai “agama tukang-tukang perang” (the religion of warrior class), yang bertujuan mendapat ufti (jizyah) daripada penganut agama lain, supaya Islam naik ke peringkat tertinggi dalam skala sosial dunia.59 “…Muhammad”, kata Weber”, “constructed the commandment of the holy war involving the subjugation of the unbelievers to political authority and economic domination of the faithful”.60

Keempat, sikap sebahagian umat Islam itu sendiri. Segolongan umat Islam memang ada yang berfikiran ganas, mereka melakukan keganasan dengan alasan melaksanakan jihad. Ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi digunakan secara serampangan untuk membenarkan tindakan keganasan yang mereka lakukan.61 Bahkan ada yang menamakan kumpulan mereka dengan menggunakan perkataan jihad, seperti al-Jihad al-Islami, Tandhim al-Jihad, dan sebagainya. Kelompok yang menyembelih warga Korea Selatan di Iraq bulan Jun 2004 yang lepas menamakan diri mereka sebagai kumpulan al-Tawhid wa al-Jihad. Tragedi 11 September 2001 disambut oleh sebahagian umat Islam dengan rasa syukur dan penuh kegembiraan, walaupun para ulama' dan pemimpin Islam mengutuknya.62 Perkara semacam ini tentu menambahburukkan lagi pandangan dunia terhadap Islam secara umum dan jihad secara khusus.

Para ulama' dari dahulu hingga kini berbeza pandangan dalam memahami jihad. Adakah jihad hanya bersifat mempertahankan diri (defensive) atau juga menyerang (offensive). Apakah ia hanya boleh dilancarkan terhadap orang-orang kafir yang memerangi umat Islam sahaja, atau terhadap non-muslim secara keseluruhan. Ini adalah kerana adanya ayat-ayat jihad yang nampak seolah-olah bertentangan. Mereka cuba mencari penyelesaian melalui penggunaan kaedah ‘A<mm dan Takhsis-nya, Mut}laq dan Muqayyad-nya, bahkan juga Nasikh dan Mansukh-nya. Dengan cara beginilah mereka merumuskan hukum jihad.

Ayat-ayat jihad turun mengikut keadaan yang dihadapi umat Islam; Masing-masing keadaan menuntut penyelesaiannya tersendiri. Adalah tidak mungkin merumuskan hukum jihad secara umum hanya berdasarkan kepada satu keadaan tertentu sahaja.63 Penggunaan kaedah Nasikh-Mansukh dalam perkara ini pula boleh membawa suatu kekeliruan.64 Oleh itu,

59

Max Weber (1971), The Sociology of Religion. Ephraim Fischoff (terj.). c. 2. London: Social Science Paperbacks, h. 262.

33

Ibid., h. 87.

61

Pada bulan Pebruari 1988, Osama bin Laden mengeluarkan fatwa menghimbau kaum muslimin supaya membunuh rakyat Amerika di mana pun berada. Ia mendasari fatwanya itu dengan surah al- Tawbah (9): 5. Fatwa tersebut disiarkan pada Al-Quds al-Arabi, 23 Pebruari 1998. Lihat Simon Reeve (1999), The New Jackals: Ramzi Yousef, Osama bin Laden and the Future of Terrorism. London: André Deutsch, h. 268; dan Rohan Gunaratna (2002), Inside Al-Qaeda: Global Network of Terror. New Delhi: Roli Books Pvt. Ltd., h. 1.

62

Omar Bakri, misalnya, daripada Barisan Islam Antara Bangsa (IIF) kepada La Republica yang berpusat di Rom mengatakan bahawa hari serangan dilancarkan itu perlu dirayakan: “Bagi dunia Islam, hari ini merupakan hari yang perlu dirayakan dan kami telah mengagihkan gula-gula dan manisan di masjid-masjid di seluruh dunia, terutamanya di London”, katanya. Osama bin Laden mengucapkan tahniah kepada kumpulan berani mati yang menyerang Amerika Syarikat itu sambil menafikan dirinya terlibat dalam kejadian tersebut. Malahan menurut salah seorang pembantunya yang kata-katanya dipetik oleh Jamal Ismail, ketua Biro Televisyen Abu Dhabi: “Osama bersyukur kepada Allah dan terus sujud sebaik sahaja mendengar berita itu”. Lihat Utusan Malaysia, 13 September 2001.

63

Seperti dikatakan Tibi: "Qur'anic traditions of war are based on verses related to particular events. At times, they contradict one another. It is not possible, therefore, to reconstruct from these verses a single Islamic ethic of war and peace". Lihat Bassam Tibi (1996), "War and Peace in Islam", dlm. Terry Nardin (ed.), The Ethics of War and Peace: Religion and Secular Perspectives. Princenton: Princenton University Press, h. 129.

64

Konsep Nasikh-Mansukh hendak menyeragamkan hukum yang berlaku bagi semua situasi dan kondisi yang beranika ragam itu ke dalam satu hukum sahaja, iaitu dengan mengambil

Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff & Fikri Mahmud / 81

jalan yang paling selamat adalah mengamalkan ayat-ayat tersebut dalam kondisinya masing- masing. Maka pendekatan sejarah dalam memahami jihad amat diperlukan. Oleh kerana keterbatasan ruang, artikel ini hanya akan ditumpukan pada sebab dan tujuan jihad, serta sasaran dan cara pelaksanaannya, dengan tujuan memperbandingkannya dengan keganasan.

Prinsip Jihad Dalam Al-Qur’an