lewat 1960-an dan 70-an
LAURA FAN
Terjemahan dari Bahasa Inggeris oleh Hasnul J. Saidon.
Tubuh berubah, bukan saja kerana fesyen atau usia, namun dalam kes catan, sebagai realiti baru yang mencabar keunggulan silam. Malah, bagaimana seorang pengkarya menampilkan figura boleh menampak-kan konsep-konsep abstrak tentang peranan manusia dalam masyarakat. Figura mencerminkan adat yang berubah, orientasi baru dan titik-titik penolakan. Menjejak anjakan dalam figura-figura yang telah dilukis membekalkan kita dengan cara untuk membincangkan sikap terhadap gender, seks dan kuasa.
Tubuh, atau khususnya, pengawalan terhadap tubuh, telah menjadi penting dalam perdebatan polisi umum. Siapa yang memiliki hak untuk mendedahkan tubuh? Siapa yang mengawal tubuh wanita? Siapa yang menentukan berapa banyakkah bahagian tubuh lelaki yang boleh dilihat oleh khalayak? Dari kes penangkapan peserta ratu cantik sehinggalah pemantauan dedahan peha pemain bolasepak, persoalan tentang akses pada tubuh dan imajan tubuh telah banyak dibincangkan di sepanjang sejarah seni moden Malaysia, lalu menggambarkan polemik lebih besar tentang gender dan masyarakat keseluruhannya.
Figura1 telah memainkan peranan penting dalam bidang seni sepanjang tiga dekad yang lepas. Esei ini akan menyorot beberapa peristiwa besar dan karya-karya terpilih sekitar lewat 1960-an dan 1970-an, sewaktu mana seni rupa Malaysia telah mengambil tindakan sedar untuk merangka satu pendekatan yang berbeza. Lebih dari itu, perubahan peranan gender, keadaan ekonomi dan peristiwa politik penting yang telah mempengaruhi konsep tentang tubuh, juga bakal dibincangkan. Ini bukanlah bermakna pengkarya sepatutnya mengambil kira perkara ini bila menghasilkan karya. Namun, dalam pada kita meniti kehidu-pan di dunia, para pengkarya dan penonton sentiasa dipengaruhi oleh zaman dan, secara sedar atau tidak, memberi reaksi terhadap keadaan yang berubah.
laura fan membentuk figura malaysia
bangsa. Kawalan terhadap tubuh menjadi tumpuan dalam peperangan ini. Siapakah yang mengizinkan wanita untuk menggunakan tubuhnya? Siapakah yang menentukan pakaian yang sesuai untuk tubuh? Sebelum ini, adab dikawal oleh anggota keluarga lelaki dan komuniti. Perubahan ekonomi dan kotaraya melonggarkan kawalan sosial ini; kini terpulang kepada setiap individu untuk menentukan apakah jenis kehidupan yang ingin mereka lalui.
Serentak dengan bertambahnya ruang pilihan untuk wanita, para wanita Melayu terutamanya, berdepan dengan Islam. Pergerakan dakwah, yang banyak kali dikatakan sebagai suatu seruan kepada Islam dan suatu cara untuk menjadikan kepercayaan Islam sebagai teras dalam kehidupan se-seorang, mula bangkit di Malaysia sebagai reaksi terhadap rusuhan 1969. Gerakan ini mendapat lebih pengaruh dari 1970-an dan selepasnya.7
Bertentangan dengan identiti yang ditanggapi, politik dan budaya me-merlukan orang ramai mentafsir diri mereka dalam persekitaran moden dan metropolitan. Tidak mengejutkan, apabila isu identiti ini telah dibawa ke dalam catan-catan.
Salah sebuah lukisan figuratif dalam dekad 1960-an yang memaparkan ciri-ciri paling tersendiri ialah Love Me in My Batik (1968) [46] oleh Joseph Tan. Lukisan seksi bernada Seni Pop ini merupakan antara karya-karya yang menampilkan citra kewanitaan yang paling merangsangkan dalam sejarah seni rupa Malaysia. Sungguhpun kelihatan separuh bogel dengan pakaian batiknya terselak menampakkan celana kecil berwarna putih, namun senyuman nakal di wajahnya serta helaian akhbar di tan-gannya menunjukkan beliau seorang wanita muda yang sangat moden serta berpengetahuan tinggi, dan bertanggungjawab penuh ke atas segala tindak-tanduknya.8 Sedar tentang kedudukannya sebagai objek berahi, penonton melihat busana batik yang dipakainya berperanan sebagai lambang kepada aspek nasionalisme yang mementingkan fesyen. Hala-man akhbar yang dipegang wanita tersebut memaparkan teks yang me-negaskan betapa batik “sedang meningkat popular, dengan simbahan pelbagai warna dan percikan patriotisme.” Justeru, segala kerumitan dan percanggahan yang terlibat di dalam proses penggabungan modeniti dengan kebebasan seksual dan semangat patriotisme, iaitu segenap unsur yang menjadikan perubahan dari dekad 60-an ke 70-an amat mencabar lagi menyeronokkan, bersatu dan bertaut dengan begitu menonjol di dalam Love Me in My Batik.
tradisional gender memanglah bukan matlamat asal DEB, namun ia merupakan salah satu dari kesannya dan perubahan dramatik ini menjadi sebahagian dari peninggalan terpentingnya.
Dari segi kerangka baru perundangan, komponen paling penting men-gandungi perubahan pada Perlembangaan Malaysia pada tahun 1971 “untuk meletakkan tanpa sebarang keraguan, kerakyatan, bahasa Kebang-saan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja”4. Mengambil kira sejarah Malaysia, yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum yang baru dibebaskan dari kuasa kolonial, ini merupakan satu deklarasi yang berani, dan bagi kebanyakan penduduk, sesuatu yang amat menyedihkan. Usaha untuk menjadikan kebudayaan Melayu lebih berpengaruh melibatkan penukaran bahasa yang digunakan di sekolah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, suatu perubahan yang sukar dan mengejut untuk ramai guru. Usaha ini juga melibatkan penggu-naan kebaya batik untuk pramugari Sistem Penerbangan Malaysia. Dari segi akademiknya, contoh usaha ini dapat dikesan dari tindakan Ungku Aziz mengadakan pameran di Universiti Malaya yang menjurus pada aspek-aspek kebudayaan Melayu, dengan penampilan bidang-bidang yang “unik dan penting dalam rekabentuk dan estetik Melayu”.5 Seperti yang dinyatakan oleh T.K. Sabapathy, “pencariannya tertumpu kepada keMelayuan seni Melayu atau atas ciri keperibumiannya.”6
Kenyataan bahawa ketulenan budaya perlu ditemui menunjukkan betapa hibrid (campur-aduk) kehidupan Malaysia telah terbentuk. Interaksi kompleks antara pelbagai budaya dan pemikiran melibatkan kebudayaan India, Cina dan juga pengaruh Eropah dan Amerika telah membentuk Malaysia yang moden, khususnya kehidupan dan budaya kota. Selain dari isu-isu nasional, Malaysia ketika itu sedang dilanda era hiburan 70-an. Disko sedang menggila dan Tin Mine di Kuala Lumpur menjadi medan permainan untuk para pemimpin tentera, golongan diraja, para arkitek, para profesional asing dan pewaris mereka. Kebebasan seksual yang diraikan di Barat, yang dimungkinkan oleh The Pill dan mobiliti ekonomi wanita yang baru ditemui, juga menjadi penanda perubahan. Beberapa tajuk utama berita akhbar mendedahkan cabaran yang perlu ditangani oleh kerajaan Malaysia berhubung dengan aksi-aksi tarian bogel di hotel-hotel sekitar 1970, golongan Hippie di beberapa lapangan terbang (Malaysia suatu ketika merupakan sebahagian dari jejak Hippie sehinggalah Malaysia, Singapura dan Indonesia mengharamkan para pengamal Hippie dari memasuki negara), dan penangkapan para pengedar heroin
antara-laura fan membentuk figura malaysia
ke bidang korporat. Segelintir yang lain mengambil keputusan berhijrah ke luar negara. Mana-mana pelukis yang kekal menghasilkan karya-karya figuratif barangkali mengaitkannya dengan penggarapan identiti budaya. Lukisan-lukisan figuratif pada 1970-an memperlihatkan sebuah dunia kesenian yang dinamik dengan karya-karya yang merangkumi berbagai-bagai elemen daripada pengaplikasian canggih gaya-gaya seni antarabangsa di dalam usaha membicarakan isu-isu nasional sehinggalah kepada pemaparan potret-potret keluarga dan rakan yang membawa nada-nada emosional lagi mengharukan.
Pendekatan penuh yakin kepada gaya seni internasional terserlah dalam karya Ibrahim Hussein bertajuk My Father and the Astronaut (1970) [51]. Di sebelah kiri komposisi berdiri sosok ayahnya, seorang yang rendah diri namun punya maruah tinggi, dengan cuma berkain pelikat. Semen-tara di sebelah kanan pula terdapat imej seorang angkasawan lengkap berpakaian angkasa dengan cermin di topinya memantul pemandangan sawah padi di Kedah dan puncak Gunung Jerai, sebuah gunung terso-hor di sana. Dalam baris teks yang merentasi kedua-dua panel tersebut tertera tarikh 13 Mac 1936, hari kelahiran pelukis. Teks di sebelah kiri menyebut jenis-jenis buahan tropika yang ditanam di kebun ayahnya, manakala yang di sebelah kanan mengingatkan “jika seseorang lari dari takdir dirinya maka segala pencapaian besarnya akan lenyap.” Tampak galak meraikan kejayaan, namun terselit juga unsur-unsur meyakinkan, lukisan ini mengungkap kecapaian-kecapaian yang disaksi rakyat Malay-sia di sepanjang hayat mereka. “Bila saya beritahu ayah yang saya telah bertemu dengan orang yang pertama sekali menjejak kaki di bulan, saya fikir dia akan merasa takjub, tetapi sebaliknya dia pula mengagumkan saya dengan kata-kata ini – ‘kau semua orang gila. Siapa yang nak ke bulan? Tiada apa di sana; sedangkan di sini banyak penderitaan’.”11 Karya ini memperkatakan tentang dunia baru serba pasti yang seluruh rakyat Malaysia harus menerima kedatangannya dengan tangan terbuka, dan mengajak mereka untuk tidak terus melayan perasaan duka dan sugul yang timbul akibat rusuhan 1969. Apa yang diperlukan, ujar Ibrahim, ialah keberanian.
Salah satu dari imejan bogel yang paling dikenali dalam sejarah seni Malaysia datang dari Sulaiman Esa, seorang pengkarya yang kemudiannya menjadi peneraju seni Islam di Malaysia. Sulaiman berkawan de-ngan Redza Piyadasa ketika mereka sama-sama menuntut di Hornsey College of Art. Selepas pulang ke Malaysia, kedua-dua mereka mengajar Salah seorang lagi pelukis figuratif yang peka dengan gaya-gaya kesenian
antarabangsa ialah Cheong Laitong, seorang pelukis yang begitu berminat dengan seni abstrak hasil pendidikannya di Amerika Syarikat dan London. Sekitar 1960-an beliau mula mengolah karya-karya separa abstrak, di samping catan-catan yang sepenuhnya abstrak. Karya Untitled yang be-liau hasilkan dari 1968 hingga 1970 memperlihatkan sepasang kekasih sedang berasmara, meski unsur separa abstraknya berjaya mengaburi aksi tersebut [45].9 Dengan menggunakan warna-warna terang dan skema komposisi yang memunculkan sifat ketegaran garisan serta kesan gera-kan pada bentuk-bentuk bulat, lukisan ini menimbulgera-kan dua macam keadaan yang bertentangan serentak. Ia mewujudkan suasana ceria dan sekaligus serius. Warna-warna biru dan merah samar yang bertenaga menyarankan suasana gembira dan menyenangkan; sebaliknya, figura gelap serta jalur-jalur merah yang dicalit ke atasnya menggugat kecera-han dan kelembutan di bahagian kiri. Lukisan ini antara sebilangan kecil karya-karya eksplisit yang pernah dihidangkan kepada khalayak umum, dan emosi-emosi rumit yang dihidangkannya nampak jelas meskipun masih kekal bersifat peribadi.
Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada 1969 dan wacana-wacana yang me-nyusulinya membuktikan wujud keperluan mendesak kepada idea-idea, budaya-budaya serta pentakrifan identiti yang baru. Sesetengah pelukis terus berhenti berkarya menggunakan unsur-unsur figura. Walaupun Syed Ahmad Jamal membantah keras resolusi Kongres Kebudayaan Ke-bangsaan tahun 197110 untuk mengaitkan kerja-kerja kesenian dengan dasar-dasar negara, tetapi beliau kemudiannya mengubah pendirian itu dan meninggalkan praktis lukisan figuratif. Terlibat dengan pengan-juran beberapa pameran mustahak di Universiti Malaya dan kemudian berkhidmat sebagai pengarah di Balai Seni Lukis Negara, aktiviti-aktiviti pengkuratoran serta karya-karya lukisan Syed Ahmad Jamal merintis perubahan penting ke arah seni abstrak. Lain-lain pelukis, contohnya Latiff Mohidin, yang sememangnya sedari awal condong ke arah seni abstrak, dan malahan Joseph Tan, di dalam lukisan-lukisan terkemudian beliau, dikenali sebagai pelukis-pelukis abstrak. Tambahan pula di Institut Teknologi MARA, sebuah institusi pendidikan seni kerajaan yang paling terkemuka, kelas-kelas seni figuratif dikawal dengan begitu rapi. Beberapa pelukis, khususnya di kalangan para pelukis Cina dan India, merasa tersisih ekoran daripada tindakan dan keputusan yang diambil oleh kerajaan. Sesetengah dari mereka, seperti Cheong Laitong, beralih
laura fan membentuk figura malaysia
penuh hormat. Rambutnya secara tidak formal mengurai ke bahu, manakala matanya yang ekspresif dan berjaga-jaga mencadangkan yang beliau sedang duduk menggaya untuk seorang yang dirasakan selesa untuk bersama. Walaupun Hamidah menggunakan bahasa formal Hoessein Enas, peng-gunaan bentukan tiga dimensi, gambaran tona kulit yang enak dilihat dan fokus ekspresi kepada bahagian mata menjadikan figura Hamidah berbeza dalam cara yang menakjubkan. Subjek beliau selesa dengan diri, tidak ter-tumpu pada usaha untuk menarik perhatian lelaki atau mempersembahkan diri dalam gaya yang menggiurkan. Sebaliknya, pengkarya mempersem-bahkan subjeknya sebagai seorang yang yakin dengan diri sendiri. Meraikan kehidupan tradisi Melayu juga menjadi penanda kepada catan-catan Khalil Ibrahim. Catan-catan-catan beliau yang menakjubkan, kadangkala menggunakan batik, sering menggambarkan komuniti nelayan. Karya beliau East Coast I (1978) adalah satu contoh [62]. Beliau menggunakan medium kraf dalam cara yang moden untuk menggambarkan gaya hidup tradisional. Apa yang dilakukan oleh beliau adalah mencuba satu jalan baru dan bukannya mengikuti apa yang dikatakan moden, yakni catan abstrak dan realisme. Sebaliknya, dengan bertukar medium, Khalil telah meluaskan skop seni berdasarkan karektor kebangsaan. Dalam percubaan untuk me-nghubungkan jurang antara kraf dengan seni, karya-karya Khalil menandai pendekatan yang menarik dalam perdebatan berkenaan dengan figura. Antara pengkarya figura yang paling menarik perhatian sekitar 1970-an ialah Zulkifli Dahalan. Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan seni multi-dimensi 70-an dipanggil Anak Alam. Karya-karya Zulkifli mempamerkan suatu rasa kasih terhadap komuniti dan nilai-nilai kema-nusiaan. Karya beliau yang paling dikenali, Realiti Berasingan – Satu Hari di Bumi Larangan (1975) dan Kedai-Kedai (1973) tertumpu kepada dunia manusia[59, 60].
Realiti Berasingan – Satu Hari di Bumi Larangan menggambarkan panda-ngan mata burung kehidupan kampung Melayu, dalam mana semua orang dalam keadaan tidak berpakaian. Figura-figura kurus kering dan janggal ini memiliki daya tarikan yang agak mengganggu. Dilukis menggunakan garisan hitam di atas permukaan putih yang mengingatkan kita terhadap imejan kartun, figura-figura ini bersiar-siar dalam kampung, lelaki duduk dalam bulatan sambil berbual dan pasangan berdua-duan, manakala pada bahagian tengah dan bawah karya, seorang lelaki, mungkin Zulkifli sendiri, duduk dalam rumahnya sambil melukis dengan penuh tekun. Pelbagai di Institut Teknologi Mara dan bergabung untuk menghasilkan sebuah
pameran dan manifesto provokatif berjudul Towards a Mystical Reality pada tahun 1974, yang mencabar para pengkarya untuk menyoal pengaruh Barat dan menggalakkan penerokaan falsafah Asia dalam pendekatan berkarya.12 Pemikiran sebegini boleh diekspresikan menerusi peng-gunaan corak-corak Islam oleh Sulaiman. Karya transisi yang menarik dapat dilihat dalam siri cetakan beliau berjudul Waiting For Godot, di mana imajan wanita bogel diletakkan di bawah imajan corak Islam yang lebih besar.13
Waiting For Godot I, dihasilkan untuk Pertandingan Seni Cetak pada tahun 1977 anjuran Balai Seni Lukis Negara (kini Balai Seni Visual Negara (BSVN)) dan kini dalam Koleksi BSVN, adalah imejan yang paling dike-nali [56]. Isteri Sulaiman Esa, Khatijah Sanusi telah menulis bahawa karya ini mewakili “representasi visual terhadap konflik dalaman Sulaiman yang menepis seni Barat....dan memasang hasrat untuk mengadaptasi tradisi budaya Melayu-Islam”14. Mempersembahkan Barat dalam ben-tuk wanita bogel, dan dipenuhi dengan konotasi tentang godaan yang dikaitkan dengan wanita bogel dalam tradisi Islam dan Kristian, adalah satu strategi yang tidak lazim dan tidak dapat dipastikan kepentingannya oleh audien. Mengambil kira debat sosial yang berlaku serentak ketika itu tentang peranan wanita, penggunaan wanita bogel di sini mencadangkan keresahan lelaki dalam mengawal peranan gender.
Realisme juga digunakan oleh ahli-ahli komuniti artistik Melayu untuk memperkukuhkan identiti budaya mereka, terutama sekali oleh para pengkarya yang dipengaruhi oleh Angkatan Pelukis Semenanjung (APS), suatu kumpulan yang ditubuhkan oleh pengkarya figuratif berbakat dari Indonesia, Hoessein Enas. Catan-catan naratif beliau, terutama sekali dari tahun 1950-an dan 60-an, memberi inspirasi kepada apresiasi yang tinggi terhadap gambaran realistik dan sangat beremosi terhadap dunia budaya dan keluarga Melayu [23, 36]. Kebanyakannya belajar-sendiri, ahli-ahli APS sering dibandingkan dengan para pengkarya yang terlatih di luar negara yang lebih cenderung pada abstraksi. Pada sekitar 1970-an, sekumpulan kecil catan-catan besar figuratif bersifat naratif telah dihasil-kan, namun beberapa pengkarya masih terus menghasilkan karya-karya yang membayangkan realisme tiga dimensi gaya Hoessein Enas. Karya Hamidah Suhaimi berjudul Masnah (1975) mempersembahkan-wanita muda berkeyakinan tinggi berpakaian kasual tradisi Melayu yang
laura fan membentuk figura malaysia
oleh kesedihan untuk berdepan dengan beberapa akibat yang berke-mungkinan timbul. Menerusi pelbagai reaksi, para pengkarya mewakili peninjauan peribadi terhadap isu-isu kebangsaan. Malah, peranan figura itu sendiri dipersoal, keputusan untuk terus menggambarkan figura dan mesej yang ingin disampaikan oleh para pengkarya menunjukkan ke-beranian dan kemurahan hati, juga keinginan untuk menyentuh hati orang ramai yang mungkin tidak dapat menerima abstraksi. Mereka juga menyatakan sesuatu yang mereka rasakan penting untuk kehidupan dan rakyat Malaysia.
1 Walaupun kelihatan kedua-duanya istilah “tubuh”dan “figura” digunakan berselang-seli, mewakili dua perkara yang nyata berbeza. Dari segi penggunaan “tubuh”, saya merujuk kepada teori Michel Foucault tentang tubuh sebagai satu lapangan di mana pelbagai idea tentang kawalan dan kuasa diekpresikan. (Lihat Michel Foucault, Discipline and Punish: The Birth of the Prison, terj. Alan Sheridan, London: Penguin Books 1991 (cetakan semula dari edisi 1977)). Manakala untuk istilah “figura”, penggunaannya berkait dengan cara merujuk kepada gambaran manusia dalam karya seni. Saya menggunakan kedua-dua istilah kerana esei ini merujuk pada teori tubuh apabila membincangkan karya-karya figuratif. Ia adalah satu persoalan akademik dan sesuatu yang diambil kira oleh para ahli akademik. 2 Aihwa Ong, ‘State versus Islam: Malay Families, Women Bodies, and the Body Politic in
Malaysia’, America Ethnologist, 17:2 (Mei 1990), h. 259. 3 Ibid., h. 265.
4 Phillip Mathews (peny.), 1957–2007 Chronicle of Malaysia: Fifty Years of Headline News, Kuala Lumpur: Editions Didier Millet 2007, h. 129.
5 T.K. Sabapathy, ‘Merdeka Makes Art or Does It?’, dlm T.K.Sabapathy (peny.), Vision and Idea: ReLooking Modern Malaysian Art,. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara 1994, h.72. 6 Ibid., h. 72.
7 Aihwa Ong, ‘State versus Islam: Malay Families, Women Bodies, and the Body Politic in Malaysia’, h. 267.
8 Perlu dimaklumkan, Retrospektif Joseph Tan pada tahun 2006 di Balai Seni Lukis Negara selepas kematiannya membolehkan lukisan-lukisan yang menginspirasikan karya ini disaksikan oleh orang awam buat pertama kalinya. Adalah memeranjatkan untuk melihat keseluruhan bilik pameran dipenuhi dengan lakaran-lakaran pasangan sedang berasmara dan lebih mengejutkan untuk melihat bahawa ini merupakan asas kepada aksi tubuh wanita dalam Love Me in My Batik. Malangnya, lakaran-lakaran tersebut tidak diterbitkan walaupun ianya menyediakan pandangan yang mengujakan terhadap dunia seni era 1970-an. 9 Walaupun catan ini bertarikh 1968, ketika mengusahakan pameran Cheong Laitong di NN
Gallery pada tahun 2007, Laitong menyatakan bahawa karya tersebut disiapkan pada tahun 1970 dan didokumenkan sedemikian dalam katalog.
10 T.K. Sabapathy, ‘Merdeka Makes Art or Does It?’, h. 70–71.
11 Chu-Li, ‘The Living Wholeness & Living Unison of Ibrahim Hussein’, dlm Ibrahim Hussein. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara 1986, h. 30.
12 T.K. Sabapathy, ‘Merdeka Makes Art or Does It?’, h. 117-119.
13 Perlu dimaklumkan bahawa waktu yang penuh dengan daya kreatif ini telah diulas dengan baik dalam buku T.K. Sabapathy tentang Redza Piyadasa. Banyak hal tentang proses pemikiran Sulaiman Esa ketika itu boleh diperolehi dari bab ‘Pathways to An-Other Reality’ dan ‘From the Real to the Conceptual’, juga dibayangkan dalam temuramah ‘Piyadasa in
jenis tumbuhan, binatang dan serangga menghuni dunia yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik perhatian ini. Figura-figuranya yang bogel tidak bersifat seksual. Ciri bogel ini juga menyampaikan idea tentang kesamarataan antara figura-figura kerana tiada satupun figura memakai sebarang tanda kelebihan sosial, ekonomi dan buda-ya. Manusia adalah sama dibogelkan menerusi lukisan-lukisan garis monokromatik Zulkifli.
Karya beliau Kedai-Kedai melangkah lebih jauh. Kali ini, beliau meng-gambarkan figura bogel melalui kehidupan seharian dalam kota. Meng-gunakan teks dalam bahasa Tamil, Cina dan Melayu untuk menandakan kedai baju, bar dan kasut, Zulkifli mempersembahkan satu komuniti pelbagai kaum yang harmoni. Warna mencadangkan bangsa walaupun kesemuanya kelihatan sama apabila digambarkan bogel dan kurus tinggal tulang. Beliau juga sudah biasa dengan teknik-teknik penghasilan seni moden. Ini ditunjukkan menerusi penggunaan elemen-elemen kom-posisi formal seperti penghasilan ruang ortogonal untuk menunjukkan jalanraya yang semakin menjauh dan penggunaan pemendekan tiga-suku untuk menggambarkan kereta yang sedang membelok. Bagaimanapun, penerusan penggunaan lukisan bergaris oleh beliau, yang seakan kartun, menjadikan karya tersebut lebih mesra dan mudah didekati. Karya-karya Zulkifli menuturkan sebuah masyarakat yang menerima dan terbuka, sama-rata, berharmoni dan bebas.
Era 1970-an adalah waktu yang dramatik dalam kehidupan Malaysia. Bukan saja kerana berlakunya perubahan politik dan industri yang pesat, malah pembentukan dasar-dasar berpusatkan agama mula merubah masyarakat Malaysia. Wanita-wanita Melayu yang berpendidikan dan dibebaskan mula mencabar struktur kehidupan tradisional Malaysia yang dikuasai lelaki. Wanita pada dekad seterusnya mula memainkan peranan yang lebih besar bagi membentuk imej dan penyertaan mereka dalam kehidupan berbudaya. Era 70-an juga menyaksikan permulaan proses