• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tema dan Pendekatan Mujarad dalam Seni Moden Malaysia

Diulangcetak dengan izin Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur dan pengarangnya. Kesilapan tipografi

mungkin telah diperbetulkan.

Tema dan Pendekatan Mujarad

dalam Seni Moden Malaysia

SAFRIZAL SHAHIR

pengenalan

Idea dan pendekatan mujarad dalam seni moden Malaysia muncul lebih setengah abad yang lalu. Melalui rangka gabungan perkataan “seni moden Malaysia” itu sendiri, tema dan pendekatan mujarad yang diguna itu mengambil model dan gagasan Barat sebagai rangka rujuk utamanya. Namun begitu, dalam beberapa kedudukan, terdapat juga elemen kemu-jaradan dalam seni moden Malaysia yang cuba digembleng berasaskan nilai dan budaya visual setempat.

Secara umum, dalam pemahaman moden, perkataan “mujarad” dalam seni visual atau seni halus adalah terjemahan atau aplikasi nyah-pewakilan (non-representational) atau nyah-hal benda (dematerialisation) pada bentuk atau imej penciptaan. Ia merujuk kepada gaya dan pendekatan persembahan yang membasmi rujukan imej yang boleh “dikenali” dalam penyataan visual tersebut. Maksudnya, ia tidak memberi rujukan atau gambaran imej atau bentuk hal benda yang boleh dirujuk, atau diperkait-kan dengan objek dan benda yang wujud, atau pernah dikenali dan dilihat di sekeliling kita. Adakalanya idea dan perkataan “mujarad” digunakan dalam bentuk kata konsep dan adakalanya digunakan sebagai kata sifat atau pendekatan dalam seni visual. Istilah seni “mujarad” seakan-akan mempunyai persamaan dengan istilah “nyah-objektif” (non-objective) dan “nyah-figuratif” (non-figurative). Kedua-dua istilah tersebut kelihatan hampir sama namun sebenarnya setiap istilah tersebut mempunyai ciri khususnya yang tersendiri.

Istilah “mujarad” dalam konteks seni visual umumnya agak sukar untuk didefinisikan secara menyeluruh dan memuaskan, melainkan jika ia digabungkan dengan pendekatan atau perkataan tertentu bagi fokus atau penghuraiannya. Boleh dikatakan bahawa istilah “mujarad” dalam seni visual adalah satu kata sifat yang berciri generik atau umum, yang perlu diperjelaskan aspek atau ciri ertinya dalam konteks-konteks tertentu atau khusus.1

Tema atau idea mujarad yang merangka pemahaman visual setempat sudah agak lama diterapkan. Tradisi visual tradisional setempat yang

tema dan pendekatan mujarad dalam seni moden malaysia safrizal shahir

berpaksikan sama ada melalui nilai keagamaan atau kebangsaan, yang secara kolektif boleh dirangkum dalam pemahaman sebagai kesenian Timur, telah menjelmakan imej atau ikon yang berbentuk atau bersifat mujarad. Tradisi visual mujarad tersebut yang berkembang dalam as-pek sosio-budaya masyarakat tempatan kemudiannya secara perlahan digantikan dengan sifat nikmat estetik moden seperti yang kita fahami atau gunakan dewasa ini. Perkembangan tersebut berkaitan juga dengan aspek-aspek sosiologikal yang menentukan pemilihan serta norma ke-budayaan masyarakat setempat.

Dalam konteks ini masyarakat tempatan menggunakan rangka rujuk moden (dibaca Barat) sebagai rangka ikutan budaya kehidupan yang kemudiannya, sama ada dipadankan, dikacuk atau meninggalkan nilai dan aspek visual tradisional leluhur mereka. Dalam aspek kesenian visual, modenisasi telah merubah aspirasi, nilai dan aplikasi mereka terhadap seni dengan langganan terhadap ideologi modenisme, yang secara relatif memunculkan sifat-sifat mujarad yang berbeza dalam seni. Dapat di-fahami bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara gagasan atau nilai mujarad dalam kesenian tradisional dan moden. Kesan dari situasi tersebut telah memunculkan ciri kemujaradan yang adakalanya unik, tersendiri dan adakalanya mentah dalam konteks karya-karya seni visual dengan tema dan pendekatan mujarad.

Penulisan esei ini merupakan usaha awal untuk mengenalpasti secara meluas aliran gaya (trend) di dalam perkembangan seni mujarad dalam konteks sejarah seni moden Malaysia. Kita sedar betapa luasnya idea-idea mujarad dalam seni, dengan interpretasi pelbagai; ianya boleh merangkumi bermacam kategori, pendekatan dan gaya. Esei ini tidak akan mengkla-sifikasikan jenis, gaya dan pendekatan seni mujarad dengan cara yang berstruktur dan ketat. Dalam seni moden Malaysia, boleh dianjurkan, terdapat lima profil atau “gelombang” perkembangan bagi kecenderun-gan seni mujarad, yang mana setiap gelombang itu pula mempunyai ciri penciptaan karya yang tersendiri, khususnya dari aspek idea dan gagasan penciptaan. Proposisi tersebut adalah percubaan untuk mengelompokkan, secara longgar, trend atau tahap perkembangan seni mujarad yang wujud dalam konteks perkembangan awal seni moden Malaysia. Ianya dilakukan berdasarkan “perkongsian ideologi umum”, keselarian gagasan gaya dan keselarian latar masa dalam konteks ciptaan karya-karya seni mujarad tersebut. Pendekatan secara longgar ini tentunya akan mengakibatkan pertindihan dari segi seniman yang akan turut berada dalam lebih dari

satu kelompok – sesuatu yang lumrah dalam konteks perkembangan dan penggayaan seni dalam seni moden Malaysia. Oleh kerana sifat penulisan ini berupa kajian awal, satu set proposisi umum yang longgar haruslah dicadangkan sebagai rasionalisasi kepada pendekatan penulisan yang di-gunakan. Penumpuan kajian yang lebih kritis, mendalam, berstruktur dan tuntas mengenai subjek ini boleh dilakukan pada masa akan datang.

gelombang pertama

Kehadiran tema atau pendekatan mujarad dalam seni moden Malaysia boleh dikatakan bermula sekitar penghujung tahun 1940-an atau tahun 1950-an. Terdapat beberapa percubaan oleh Yong Mun Sen untuk men-zahirkan karya-karya bersifat mujarad penuh dengan menggunakan me-dium cat air pada tahun 1949.2 Di samping itu, pada awal tahun 1950-an terdapat kecenderungan oleh pelukis-pelukis Nanyang untuk menzahir-kan karya impresionisme dan pasca impresionisme khususnya, dengan memasukkan ciri separa mujarad (semi abstract) dan pemiuhan kepada subjek karya.3 Namun pada pertengahan tahun 1950-anlah sebenarnya ekspresi karya seni secara mujarad itu menemui titik permulaan yang teguh. Seniman kelahiran Sarawak iaitu Tsai Horng Chung, menghasilkan sebuah catan mujarad bertajuk Abstract Composition pada tahun 1955 [09]. Beberapa karya catan oleh Syed Ahmad Jamal pada tahun 1956 boleh diklasifikasikan sebagai mewakili ciri karya mujarad moden yang teguh.4 Sekitar waktu tersebut, Tay Hooi Keat turut melahirkan beberapa karya berciri mujarad.5

Bermula dari pertengahan tahun 1950-an sehingga penghujung tahun 1960-an, seniman moden Malaysia telah melahirkan banyak karya berciri mujarad yang melanggam gaya ekspresionisme abstrak atau yang berciri ekspresionistik. Di antara seniman yang berkarya secara mujarad dalam bentuk catan adalah Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat, Yeoh Jin Leng, Cheong Laitong, Latiff Mohidin, Ibrahim Hussein dan Jolly Koh. Sementara Anthony Lau pula berkarya secara mujarad dalam bentuk arca.

Ciri karya mujarad oleh seniman-seniman yang disebutkan, selain bebera-pa orang yang lain, menghadirkan sifat estetik modenisme ekspresionistik yang sebelumnya diketengahkan atau diaplikasi secara meluas oleh para pelukis Euro-Amerika. Rujukan kepada gerak tindak dan penggayaan seniman tersebut dalam karya-karya mereka telah menjelmakan nilai dan sikap mujarad “baharu” dalam konteks Malaysia.

tema dan pendekatan mujarad dalam seni moden malaysia safrizal shahir

Sifat mujarad dalam karya dari kelompok pelukis ini menekankan aspek ekspresi individu yang subjektif dan ilusionistik. Kerangka estetik yang diketengahkan dalam aplikasi mujarad bagi karya-karya mereka memberi tumpuan kepada tafsiran atau gerak tindak individu yang bebas dalam menterjemah alam atau idea. Keadaan ini melahirkan karya-karya seni yang bernada sangat individualistik dari segi ekspresinya. Objektif pen-ciptaan karya adalah untuk mencari sensasi rasa dan bentukan terhadap alam dan idea. Dari segi aplikasi, karya-karya mujarad ini menggunakan bahantara sebagai tunggangan demi mencapai ciri ambiguiti atau intipati yang diinginkan dari segi bentuk dan rupa imej. Kawalan-kawalan tertentu adakalanya dilakukan untuk mencari atau mencipta imej mujarad yang teguh dan kukuh dari segi bentukan melalui elemen dan prinsip seni visual. Secara keseluruhannya, pemusatan cetusan karya telah meletakkan individu sebagai penentu kepada pembangunan imej-imej mujarad yang diinginkan secara subjektif berdasarkan gerak rasa atau intuisi. Hasilnya karya-karya mujarad dari kelompok pelukis ini mempunyai ciri plastik dan organik bebas yang hampir menyeluruh. Kenyataan berikut oleh Syed Ahmad Jamal berkemungkinan boleh merumus ciri dan sikap kelompok pelukis ini, walaupun tidak secara keseluruhan. Katanya:

“I believe basically, in art as a form of expression for perception through the sense and the imagination, and the immediacy of the kind of presence that was expressed in Expressionism, the directness and the close relationship of purpose and means. The main impact of Abstract Expressionism, that of the emotive and mystical qualities of the exteriorization of the feelings and the sense, as a kind of direct form of mediation which telegraph the intenseness of feeling, of thought and imagination through plastic means.”6

Walaupun karya-karya tersebut menjelmakan imej-imej mujarad yang boleh dirujuk dari segi teknik dan gaya dalam kerangka modenisme Barat, penumpuan kepada idea dan citarasa karya-karya mujarad tersebut sedikit sebanyak mempunyai nuansa tempatan. Rujukan-rujukan sifat mujarad dalam konteks ini banyak berlaku dari segi struktur pemilihan gaya persembahan, ekspresi atau penyataan. Mengambil contoh adikarya seperti Tulisan (1961) oleh Syed Ahmad Jamal, The Haji Ship (1966) oleh Tay Hooi Keat, Sawah Padi, Dusun, Bukit, Langit (1963) oleh Yeoh Jin Leng [29] dan Pago-Pago Landscape (1964) oleh Latiff Mohidin [40], kita dapat melihat bahawa dari segi kandungan idea, ia berkaitan rapat dengan rangka sosio budaya setempat. Namun seperti yang telah disebutkan, pengkaedahan bentukan karya-karya tersebut menggunakan rujukan

Barat dalam kerangka proses teknik dan gayanya untuk memujaradkan “realiti-realiti” yang dilihat atau dibayangkan.

gelombang kedua

Sekitar akhir tahun 1960-an, muncul fasa baharu dalam aspek ciptaan karya berciri mujarad dalam sejarah seni moden Malaysia. Kecen-derungan baru ini melibatkan sikap pragmatik dan objektif penciptaan karya seni. Secara lebih khusus, sekumpulan seniman telah mencipta dan mengetengahkan sifat dan ciri karya bernada konstruktivisme atau neo plastikisme yang membasmi sifat romantisisme dan ilusionistik dalam karya mereka.

Kumpulan seniman muda yang baru pulang dari menerima pendidikan seni di England dan Amerika itu menawarkan satu pengalaman dan tabiat tampak mujarad yang dikatakan baharu.7 Mereka terdiri dari Tan Teong Eng, Tan Teong Kooi, Tang Tuck Kan, Redza Piyadasa, Sulaiman Esa dan Choong Kam Kow. Kumpulan ini telah mengadakan pameran berkumpulan pertama mereka dengan tajuk The New Scene pada tahun 1969. Mengambil sempena tajuk pameran tersebut, kumpulan ini de-ngan kecenderude-ngan ideologi dan praktis mereka, telah kemudiannya dikenali sebagai pelukis New Scene. Mereka telah membuat kenyataan berikut; bahawa mereka, “concerned with making original contribution to the existing international movement in art which aims at an intellectual, impersonal, non-symbolic approach”.8

Kumpulan pelukis ini menampilkan karya-karya yang membasmi subjek rujukan, berciri dingin dan bersifat objektif terhadap seni. Mereka me-ngadakan pameran berkumpulan, menulis manifesto dan berwacana demi mengetengahkan idea-idea kewujudan karya mujarad mereka. Sumber stimulasi idea kesenian bukan keutamaan seniman ini dalam realiti. Alam dan realiti luaran tidak dapat memberi sifat “kebenaran” dan ianya tidak releven dalam mencapai matlamat kesenian mereka. Mereka telah menolak ciri emosi, perasaan dan andaian yang subjektif yang disifatkan mengaburi tujuan-tujuan seni yang sebenar atau tulus.

Boleh dikatakan bahawa kumpulan seniman ini berusaha untuk mencapai matlamat bagi mencipta karya seni yang tulen dan “benar” tanpa meng-gunakan apa-apa perantara ilusi (imej ikonik) yang berupa subjek dan objek yang memberi ciri ilusionistik bayangan. Mereka telah berusaha

tema dan pendekatan mujarad dalam seni moden malaysia safrizal shahir

untuk mencari dan menyerlahkan ciri bentuk seni yang tulus lagi benar. Natijahnya mereka menghasilkan karya-karya mujarad yang menung-gang elemen-elemen seni seperti garis, warna, jalinan dan rupa yang digembleng secara mekanistik berdasarkan prinsip-prinsip seni seperti harmoni, kesatuan, berirama dan sebagainya. Pencarian mereka adalah untuk mencipta karya seni yang “benar” dari segi visual dan idea, di samping menyerlahkan isu-isu fizikal berkaitan karya tersebut.

Kemujaradan karya mereka lebih bersifat mekanistik yang keras menurut aturan rasional dan logik. Ketulenan bentuk seni yang paling tulen telah membawa mereka mencipta karya-karya mujarad, demi sifat mujarad yang dapat digali dengan akal rasional dan logik dalam memberi realiti seni (sudah tentu, konsep sebenar seni sememangnya boleh dianggap sebagai mujarad). Adalah nyata di sini bahawa tafsiran mujarad yang dikatakan paling “benar” dan tepat dalam seni itu sebenarnya banyak bergantung kepada “kaedah penglihatan”, yang menggunakan struktur falsafah rasional dalam penyiasatan visual mereka. Sifat, aspek dan ciri tersebut boleh dilihat dalam karya-karya antaranya seperti Terengganu 3 (1968) oleh Redza Piyadasa [43], Blue Movement (1971) oleh Sulaiman Esa, 49 Squares (1969) oleh Tang Tuck Kan [47] dan S.E.A. Thruflow 111

(1974) oleh Choong Kam Kow [48]. Ahmad Khalid Yusof, Joseph Tan

dan Kok Yew Puah turut menghasilkan karya-karya mujarad bercirikan konstruktivisme atau neo plastikisme seputar masa tersebut.

gelombang ketiga

Bermula pertengahan tahun 1970-an, pendekatan mujarad dalam seni moden Malaysia telah melalui fasa penuh dengan tafsiran yang sedikit berbeza, atau mengalami proses “timbang terima” yang kritis dan bijak terhadap idea mujarad moden Barat. Kesannya, ciri atau bentukan seni mujarad seniman Malaysia pada era tersebut dan seterusnya telah menawarkan keunikan bentuk dan pengucapan yang memberi warna atau variasi bentukan yang pada tahap-tahap tertentu bersifat berbeza. Bermula pada tahap inilah sikap dan sifat seni mujarad yang cuba mem-beri gabungan kepada idea setempat dan pendekatan Barat mula berlelu-asa dan diteruskan sehingga akhir abad ke-20.

Pendekatan mujarad yang boleh disifatkan sebagai agak berbeza mun-cul sekitar pertengahan tahun 1970-an. Karya-karya seni mujarad yang majoritinya berkualiti mistik atau misteri umumnya dicipta

ber-sumberkan alam bawah sedar. Pendekatan mujarad oleh kelompok seniman ini dibangunkan untuk meneroka, meraikan dan memberi kenyataan kepada kemungkinan-kemungkinan berbeza atau asing yang terpendam. Adakalanya aspek rayanan (halusinasi) digerakkan untuk “melayan” idea-idea terpendam tersebut demi memberi sifat sensasi atau “kebenaran” dari alam berbeza yang disifatkan “benar” mewakili kebenaran yang terpendam. Dari satu aspek ciri pengkaedahan pen-ciptaan karya mujarad ini antaranya selari dengan proses penghasilan karya surealisme atau teknik automatisme. Kesedaran tampak dari leluhur tempatan juga telah diketengahkan dalam persembahan karya mereka yang memberi ciri primitif dan berbeza seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Kebanyakan karya-karya mujarad dari pendekatan ini telah dihasilkan oleh seniman-seniman yang bernaung (secara longgar) dalam sebuah perkumpulan yang dipanggil sebagai Anak Alam atau yang berkaitan dengan mereka. Seniman-seniman seperti Mustapa Ibrahim, Abdul Ghafar Ibrahim, Zulkifli Dahalan, Siti Zainon Ismail, Latiff Mohidin, Baharom dan Ali Rahamad (antaranya) telah melahirkan karya-karya seni, yang walaupun tidak kesemua mereka terkelompok mewakili pe-nyataan, ciri atau sikap seperti yang dinyatakan di atas, telah memberi ruang kepada perkembangan pendekatan karya mujarad seperti yang disebutkan. Karya-karya seni mujarad mereka adalah dalam bentuk lukisan, sketsa dan seni grafik. Sebahagiannya diterjemahkan juga dalam bentuk arca dan catan.

Walaupun secara formalistiknya, karya seni mujarad bagi kelompok pe-lukis ini boleh dikaitkan bersekali dengan kecenderungan ekspresionisme atau ekspresionisme abstrak (dalam gelombang pertama), namun pada pandangan penulis, ciri intrinsik dari segi idea dan teknik bagi kelompok pelukis ini ternyata agak berbeza berbanding dengan kelompok pelukis ekspresionis dari gelombang pertama. Sebagai contoh, pendekatan gaya dan teknik seni mujarad yang wujud dalam karya sketsa oleh Baharom, Ali Rahamad dan Mustapa Ibrahim, termasuk catan dan arca mereka (kecuali Baharom) telah memberi isyarat bahawa dasar ciptaan karya mereka amat berkait dengan sifat “melayan” alam bawah sedar untuk diangkat menjadi realiti. Ciri seni mujarad bagi kelompok pelukis ini telah menggemakan semula anasir seni mujarad bawah sedar yang awalnya berkembang di tangan seniman antarabangsa seperti Andre Breton, Max Ernst atau Paul Klee [57].

tema dan pendekatan mujarad dalam seni moden malaysia safrizal shahir

Secara retrospektif, kecenderungan gaya sebegini sebenarnya telah mula muncul di dalam beberapa buah catan dan lukisan berkualiti organik dan surreal dari siri Pago-Pago Latiff Mohidin sekitar tahun 1969, yang mungkin juga telah menjadi sumber ilham kepada sebahagian pelukis yang disebut di atas. Selain itu, Latiff Mohidin pada tahun 1970-an telah meneroka idea-idea “bawah sedar” menerusi bentuk-bentuk yang lebih teratur dalam fasa pertama siri Mindscape beliau [58].

Pertimbangan utama bagi kelompok seniman mujarad ini adalah terhadap dasar rangsangan alam bawah sedar yang dijelmakan untuk mencari sen-sasi bayangan visual. Kesannya ia akan menghasilkan karya yang bersifat seperti bentuk-bentuk aneh, unik dan/atau terapung. Sensasi bentukan bagi kelompok seniman ini juga lahir dari hasrat untuk menggambarkan alam tanpa bentuk; seperti bunyi, hasrat dan pelakuan.

gelombang keempat

Pada tahun-tahun terakhir dekad 1970-an sehinggalah membawa ke ta-hun 1980-an, kecenderungan baharu dalam karya-karya berciri mujarad timbul melalui usaha tafsiran, gabungan dan penyesuaian pendekatan mujarad moden (oleh Barat) dengan ciri, sifat atau aspek visual muja-rad yang digali dari ruang tmuja-radisional setempat, khususnya Islam dan Melayu. Hasilnya, muncul karya-karya agak berbeza ciri kemujaradannya dengan penekanan penggayaan, ikonografi atau teknik yang tersendiri. Buat pertama kali dalam sejarah seni moden Malaysia, pertembungan ciri, sifat dan ideologi mujarad dari Barat dan Timur berlaku dengan pesatnya. Pada tahap ini terdapat gesaan atau keinginan yang kuat untuk menempatkan corak, gaya mujarad Barat dalam kerangka kesedaran dan pengalaman tempatan.

Kebanyakan seniman yang terlibat dalam kecenderungan ini asalnya telah terbiasa dengan tema dan pendekatan mujarad Barat yang tulen dan percubaan telah dilakukan untuk memberi dimensi tempatan dalam karya-karya mujarad “baharu” yang dicipta itu. Pencapahan tema dan pendekatan dapat dilihat dengan jelas dalam memberi dimensi tafsiran tersebut. Sebahagian seniman, antaranya seperti Anuar Rashid, Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Tengku Sabri Tengku Ibrahim dan Mad Anuar Ismail telah meneroka aspek kosmologi, nilai-nilai Islam dan mitos tra-disional setempat yang diketengahkan dalam gaya abstraksi Barat[65, 94, 103].

Terdapat juga teknik-teknik khusus setempat yang mula diketengah-kan dalam karya, yang sebelum ini dikategoridiketengah-kan sebagai kraf atau seni visual tradisional. Ikon, motif, teknik dan simbol dari ruang budaya visual tradisional Islam, Melayu atau primitif setempat telah digembleng atau diangkat dalam bentuk persembahan moden dengan berciri mujarad. Kecenderungan untuk mengetengahkan karya-karya yang boleh disifat-kan “segar” dan “berbeza” dari segi visual, akibat dari penerapan teknik yang diangkat atau dipengaruhi dari budaya visual tradisional tersebut, telah menjadi trend yang menggejala pada sekitar akhir tahun 1970-an, 1980-an, sehingga ke pertengahan tahun 1990-an.

Aspek atau idea mujarad dalam seni moden Malaysia boleh dikatakan telah diberi nafas baru dengan pengaruh teknik dan idea tersebut. Karya-karya dengan teknik songket oleh Syed Ahmad Jamal, karya be-rasaskan batik oleh Fatimah Chik dan Syed Shaharuddin Syed Bakeri, dan seni fiber oleh Sulaiman Esa dan Khatijah Sanusi contohnya, telah menyumbang kepada “kesegaran” bentuk mujarad tersebut[79, 80, 101].

Idea-idea kesenian Timur, yang berkait dengan ciri mujarad juga telah diberi perhatian secara serius dalam karya-karya oleh seniman seperti Ponirin Amin, Choong Kam Kow dan Joseph Tan.

seni mujarad semenjak 1990-an (gelombang kelima)

Dalam pembacaan yang luas, seni mujarad sebagai satu bentuk ekspresi seni terus berkembang dan dipersembahkan oleh pelbagai lapisan seniman Malaysia pada dekad 1990-an dan seterusnya. Perkara ini dinyatakan dengan pandangan bahawa, secara perlahan-lahan sejak dari tahun 1990-an, pendekatan seni mujarad sebagai satu ekspresi seni telah mula kurang diberi perhatian berbanding penerokaan terhadap seni berbentuk figuratif berasaskan seni media dan/atau yang bersifat eksperimental. Namun begitu, keunggulan atau kekuatan penyataan seni mujarad yang agak baru dan berbeza juga telah muncul dalam era pasca 2000.

Perkataan “baru” dan “berbeza” yang digunakan ini tidaklah sepenuhnya merujuk kepada keaslian idea atau bentukan seni. Bahkan seperti yang difahami dalam era “Neo-” dan “Pasca-” gaya seni kini, yang ditandai oleh sifat kitar semula gaya, pendekatan atau teknik, seni mujarad telah diberi nyawa dan rupa dari sisi yang mungkin belum pernah dilihat sebelum

tema dan pendekatan mujarad dalam seni moden malaysia safrizal shahir

ini. Keadaan inilah juga yang berlaku dalam konteks perkembangan seni mujarad di Malaysia pasca tahun 1990-an sehinggalah kini.

Penumpuan seniman-seniman yang menghasilkan seni mujarad ini adalah pada aspek-aspek khusus, yang pertama sekali, meliputi kualiti, penerokaan dan cabaran terhadap bahantara, dan keduanya, kepada soal format dan corak persembahan karya. Adakalanya kedua-dua aspek tersebut saling bersilang dalam usaha seniman untuk menghasilkan suatu “pembaharuan” dalam komposisi ciptaan karya mereka. Karya seni yang berkualiti mujarad oleh Fauzan Omar dan Ramlan Abdullah contohnya begitu mementingkan aspek nilai dan kualiti bahantara yang digunapakai