• Tidak ada hasil yang ditemukan

Identiti Islam dalam Seni Rupa Malaysia: Pencapaian dan Cabaran

SULAIMAN ESA

Esei ini pada asalnya diterbitkan dalam katalog yang mengiringi pameran Identiti Islam Dalam Seni Rupa Malaysia: Pencapaian dan Cabaran

di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1992.

Diterjemah dari Bahasa Inggeris oleh Khatijah Sanusi, 1992.

Sesiapa yang mengenaIi dirinya akan mengenaIi penciptanya. (hadith) Kini adaIah zaman krisis identiti. Siapakah dan apakah asal usul kita? Dan apakah pendirian kita sekarang? Ini adalah persoaIan-persoaIan pokok yang dihadapi oleh manusia zaman ini.1

pengenalan

Sejak mula kemunculan sejarah seni moden Malaysia dalam dekad tiga puluhan, penerokaan ke arah identiti budaya nasional memang men-jadi pertimbangan yang utama dalam kegiatan dan penglibatan kreatif seniman-seniman. Usaha mencari dan menentukan ciri-ciri penting yang mendasari keperibadian kebudayaan Malaysia, menjadi tenaga penggerak di sebalik penglibatan kreatif mereka. Persoalannya apakah yang menjadi landasan kepada dasar dan isi kepada ciri-ciri penting bagi keperibadian identiti Malaysia ini? Kemudiannya apakah ukuran dan siapakah pula yang akan menentukannya? Ini adalah beberapa persoalan kritikal yang sedang dihadapi oleh pelukis-pelukis Malaysia dalam usaha mereka menghasilkan seni yang lebih bererti, bernas dan relevan kepada penglibatan mereka.

Malah terdapat di dalam perbincangan ilmiah dalam bidang kritikan ma-hupun dalam Sejarah Seni, isu identiti dan budaya sering menjadi pokok persoalan. Ramai pengkritik beranggapan bahawa nilai-nilai positif dalam sesebuah karya seperti sifat ketulenan, keunggulan dan keistimewaan tidak dapat dipisah dari jiwa peribadi kemalaysiaan. Seringkali kita terden-gar pengkritik asing membidas ciptaan pelukis-pelukis Malaysia kerana kegagalan karya mereka mencerminkan identiti nasional ini. Jika disorot kembali, pameran-pameran dan seminar yang dikendalikan di peringkat nasional seperti Rupa dan Jiwa (1979); Akar-akar Peribumi (1979); The

sulaiman esa identiti islam dalam seni rupa malaysia: pencapaian dan cabaran

Malaysian-ness of Malaysian Art: A Question of Identity (1991), pada hakikatnya merupakan di antara anjuran bagi merangsang, mencabar, dan mementingkan perhatian ke arah penerokaan terhadap keperibadian kebudayaan nasional.

kaedah pendekatan seni oleh pelukis-pelukis malaysia

Disebabkan pelbagai latarbelakang yang diwarisi oleh pelukis-pelukis tempatan dari berbilang bangsa, agama dan budaya, penerokaan ke arah identiti kebudayaan telah mengakibatkan mereka memberi interpretasi-interpretasi yang berbeza-beza. Pada sesetengah golongan pelukis ciri identiti ini dikaitkan dengan jolokan “Lautan Selatan dan unsur-unsur setempat”2 pada yang lain pula, ciri tersebut dihubungkan dengan sua-sana serantau, kesukuan dan perasaan jiwa.3 Lantas itu lahirlah lukisan-lukisan cat air yang mengutarakan tema-tema seperti sawah padi karya Yong Mun Sen, potret gadis ayu oleh Hoessein Enas, catan batik oleh Chuah Thean Teng, atau Pago-Pago oleh Latiff Mohidin, atau Alif Ba Ta oleh Ahmad Khalid Yusof sebagai sebahagian dari beberapa manifestasi dalam usaha mencari identiti kebudayaan nasional dalam seni rupa[13, 19, 23, 31, 36, 40, 53].

cabaran pasca merdeka

Berbeza dari dekad-dekad ketiga dan empat puluhan, rentak penerokaan ke arah identiti bertambah meningkat selepas kemerdekaan terutama sekali di dekad lapan puluhan. Dalam dekad tersebut, pengucapan ke arah ini semakin hebat berkembang dan penuh bersemangat khususnya di kalangan pelukis-pelukis Melayu. Faktor yang menjadi daya penggerak di sebalik pendekatan ini boleh dikaitkan kepada dua faktor penting: (i) Kongres Kebudayaan Nasional (1971), dan (ii) Kebangkitan Islam (1980-an). Pada kebanyakan pelukis-pelukis Melayu, kedua-dua butir peristiwa yang bersejarah ini membuka satu dimensi baru yang dapat mencetuskan satu kerangka pendekatan dalam mengesani unsur-unsur yang boleh dijadikan asas dan intisari identiti nasional berteraskan kebudayaan Melayu dan Islam.

penerokaan awal terhadap identiti islam

Di awal tahun tujuh puluhan terdapat sekumpulan pelukis Melayu yang

cuba memalingkan arah kepada Islam untuk titik rujukan bagi mengo-lah bentuk, simbol, dan tema dalam karya mereka. Walapun terdapat di kalangan mereka ini yang menimba ilham dari seni Islam Timur Tengah, namun ramai juga yang cuba menyahut idea dari seni tradisi Melayu yang lantas memancarkan semangat seni Islam.

Di antara mereka yang menjadi perintis kepada pergerakan ini pada tahun tujuh puluhan ialah Syed Ahmad Jamal, Ahmad Khalid Yusof, Abdul Ghaffar Ibrahim, Sharifah Fatimah Zubir, dan Sulaiman Esa. Se-terusnya dekad lapan dan sembilan puluhan senarai ini bertambah dengan nama-nama seperti Omar Rahmat, Zakaria Awang, Ponirin Amin, Awang Damit, Mad Anuar Ismail, Hashim Hassan, Raja Zahabuddin, Mastura Abdul Rahman, Habibah Zikri, Ruzaika Omar Basaree, Siti Zainon Ismail, Mohd Shukur Hashim, D’zul Haimi, Khatijah Sanusi, Wan Ahmad, Fatimah Chik, Tengku Sabri Ibrahim, Ramlan Abdullah, Ali Rahman, Wan Zahari, Ariffin Ismail serta ramai lagi pelukis-pelukis.

Cara pendekatan dan penglibatan pelukis-pelukis ini terhadap karya mereka sememangnya berbeza. Walaupun sesetengah pihak mengiktiraf karya-karya mereka sebagai memancarkan ciri seni Islam masakini namun pengiktirafan tersebut masih meragukan beberapa pihak. Pihak-pihak ini mencurigai pencapaian karya pelukis tersebut khususnya apabila dinilai dari aspek inovasi, kekreatifan mereka seandainya benar-benar memantulkan dan mengungkap pengertian seni lukis semasa. Pihak ini juga memper-soalkan apakah dengan pengolahan yang menggunakan seni khat atau imej sesebuah masjid itu sebenarnya lambang intisari seni Islam? Jadi apakah ini boleh menjadi bahan ukuran bagi menentukan sesebuah karya itu sebagai seni Islam? Dari aspek yang lain pula terdapat golongan yang menerima karya pelukis-pelukis sebagai satu sumbangan tenaga yang boleh memberi sumbangan kepada perkembangan seni rupa tanahair walaupun tidak menjawab persoalan yang lebih dasar mengenai ciri keIslaman.

Berdasarkan masalah inilah maka penulisan ini dibuat sebagai usaha membuka lembaran demi menenuhi dua tujuan utama:

1 Membicara langkah-langkah yang telah diambil oleh pelukis-pelukis Melayu selepas kemerdekaan dalam usaha mereka mencari identiti dan kebudayaan mereka sendiri.

2 Menganalisis karya-karya mereka di samping mengupas tahap pen-capaian dan cabaran-cabaran yang mereka hadapi.

sulaiman esa identiti islam dalam seni rupa malaysia: pencapaian dan cabaran

Bagi memudahkan perbincangan, penulisan ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama, mengalurkan tentang asal usul seni tradisi Melayu yang dikatakan berunsur Islam serta memahami konsep keindahan yang tersirat melalui konsep “adab” yang mewarnai identiti Melayu-Islam. Bahagian kedua, penulisan ini akan membincangkan proses masalah percanggahan kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu tradisi akibat dari penjajahan Barat. Bahagian ini juga akan mem-bicarakan penglibatan pelukis-pelukis Melayu Islam dalam seni lukis moden yang turut mencerminkan keadaan krisis identiti yang mereka alami. Bahagian ketiga pula akan mengutara persoalan bagaimana dan apakah kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh pelukis-pelukis tanahair dalam membebaskan fikiran dan kebudayaan mereka dari cengkaman penjajahan Barat selepas mencapai kemerdekaan.

Manakala bahagian keempat akan membincangkan usaha-usaha yang telah dan yang sepatutnya diambil dalam menyahut cabaran Kongres Kebudayaan Nasional demi mewujudkan seni yang berjiwakan Islam.

bahagian i: islam sebagai tunjang seni tradisi melayu

Walau apa juapun hujah yang dikemukakan mengenai Melayu dan Islam telah mencetuskan satu revolusi kebudayaan yang paling penting di rantau ini bermula dari abad ke-13. Revolusi tersebut merupakan satu fenomena yang terpenting yang telah merubah rupa dan jiwa masyarakat Melayu (Syed Naquib al-Attas).4 Oleh itu boleh dikaitkan bahawa pengisian Islam dalam membentuk kebudayaan masyarakat Melayu telahpun berlaku. Bagi abad-abad seterusnya ajaran dan etos Islam terus menunjangi kebudayaan orang-orang Melayu (Taib Osman).5

Islam telah menjadi satu civilizing force yang mempengaruhi secara menda-lam terhadap keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu. Jiwa Melayu telah diserapi oleh nilai Islam yang kental mengakibatkan perubahan yang radikal dari segi sikap, watak, identiti serta pandangan hidup diri sendiri. Betapa menyeluruh dan meluas Islam merangkupi kehidupan masyarakat Melayu telah diperkatakan oleh Aziz Deraman apabila beliau menulis:

“Jiwa Islam telah menyerapi falsafah dan beberapa cabang kebudayaan Melayu ... pertumbuhan kebudayaan Melayu ditunjangkan kepada konsep tauhid, rubbubiah khalifah di samping menegakkan nilai-nilai murni kesucian, kebersihan (purity).”6

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mempengaruhi pertumbuhan seni dan peradabannya. Lamya al-Faruqi dalam tulisannya menjelaskan bahawa Islam telah membawa kitab suci Al-Qu’ran dan hadis Nabi yang

menjadi model yang utuh membentuk isi kebudayaan Melayu.7

Al-Qu’ran dan Seni Tradisi Melayu

Jelaslah bahawa ajaran Islam melalui Al-Qu’ran menjadi teras kepada seni tradisi Melayu. Oleh itu satu pengajian ringkas mengenai apre-siasi, ikonografi, morfologi dan dimensi tentang falsafah Islam adalah perlu untuk memahami visi Realiti Al-Qu’ran terutama sekali tentang hubungan Tuhan-Manusia-Alam.

Mengikut pandangan metafizik Islam, Allah sebagai Realiti mutlak yang Tansih (transcendent) dan juga Tasbih (immanent), mencipta manusia dan meletaknya dengan sebaik-baik kejadian dalam dua martabat dalam lingkungan ketuhanan. Dalam hubungan yang menegak dan ontologikal terhadap Tuhan, ia adalah hamba manakala dalam hubungannya dengan makhluk lain, ia adalah khalifah. Jadinya asas hubungan manusia dengan Tuhannya adalah ibarat perhubungan pusat dengan tepian. Manusia terdiri dari dua sifat. Ia adalah jasad dan roh yang sekaligus membentuk tubuh dan jiwa. Manusia mempunyai unsur rohaniah yang tinggi dan mulia serta unsur kehaiwanan yang rendah kedudukannya. Pertentangan daripada dua unsur pertama mengajaknya membuat amal kebajikan, manakala yang kedua pula sering mengheretnya untuk melakukan ke-jahatan. Lantaran itulah, Rasulullah meletakkan jihad yang paling besar bagi setiap Muslim ialah untuk menguasai nafsu dan sifat kehaiwanan yang kasar dan menampilkan sifat yang mulia dan tinggi.

Hubungan yang mendatar juga mengingatkan manusia kepada alam sejagat sebagai yang berperingkat dan strukturnya mengandungi tingkat kewujudan berupa rohaniah, bayangan dan fenomenal. Apa jua yang lahir dalam semesta membayangkan kewujudan dan sifat keAgungan Ilahi. Dalam pegangan ilmu Metafizik Islam, alam adalah penyata ketuhanan - ia melantunkan sifat-sifatNya melalui bentuk-bentuk yang diciptaNya. Alam adalah pengucapan Ilahi, yang dijelaskan dalam “Nafas Al-Rahim” dan memberi khabar berita melalui isyarat fenomena alam.

Alam adalah kitab yang terbuka, satu lapangan isyarat dan simbol yang mengingatkan manusia supaya belajar dan memerhati bagi mencapai ilmu yang lebih tinggi.

sulaiman esa identiti islam dalam seni rupa malaysia: pencapaian dan cabaran

Islam dan Estetik Melayu

Kesan keyakinan orang-orang Melayu terhadap pengajaran dan sim-bolisme telah menyerapi bentuk pemikiran, seni dan budaya tradisinya. Dengan meneliti falsafah seniukir tradisional Melayu maka terhurailah kefahaman masyarakat Melayu terhadap pertalian ontologi dan aksio-logi di antara manusia-alam-Pencipta yang diabadikan seperti dalam ungkapan berikut:

Tumbuh berpunca Punca penuh dengan rahsia Tumbuh tidak menunjak lawan Tumbuh tidak memaut kawan Tapi berlengkar dengan penuh mesra.

Kedua-dua rangkap awal membayangkan titik permulaan pada setiap makhluk dan tumbuhan – manusia, alam semesta berpunca dari Tuhan – Pencipta Alam seperti yang termaktub dalam “tumbuh berpunca”. Tetapi Tuhan itu adalah zat yang tidak diketahui dan luar dari kemampuan manusia untuk memanifestasikannya. Hakikat ini dianggap sebagai satu misteri, justeru “punca penuh rahsia”.

Ketiga rangkap yang akhir membayangkan konsep alam sejagat yang mencerminkan sifat-sifat Tuhan yang Maha Mengasihi, Maha Pemurah Maha Indah, Maha Agung dan Maha Sempurna yang diabadikan dengan konsep “tidak menerjak kawan tetapi berlegar mesra”.

Dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Konsep Keindahan Dalam Sastera Melayu Klasik yang bertunjangkan Islam” V.I. Braginsky menulis:

“Sifat Tuhan merupakan nama suci Allah yang dicerminkan di dalam fenomena yang terbahagi kepada dua iaitu Jamal dan Jalal. Lantas hadis menegaskan bahawa Tuhan itu indah dan mencintai keindahan. Apa yang dapat ditafsirkan di sini keindahan mengikut masyarakat Melayu ialah sifat “ethicalspiritual”.

Konsep keindahan tidak semestinya hanya terlekap pada sifat-sifat fizikal. Keindahan yang lebih hakikat menurut Al-Ghazali ialah yang bersifat kerohanian. Dari dasar-dasar kerohanian, ia akan terpancar semula kepada gejala-gejala jasmaniah yang di manifestasikan melalui nilai moral dan mencerminkan pelbagai sifat seperti lembut, halus, berguna, seimbang,

teratur, dan lain-lain kesemuanya mencerminkan unsur yang sempurna berorientasikan kepada konsep adab Melayu. Tradisi Melayu menganggap “adab” sebagai intipati identiti dan personaliti Melayu yang dimanifestasi-kan dalam pelbagai bentuk kesenian dan tingkah laku. Keindahan adalah manifestasi visual tentang etika kesopanan, keharmonian, kerohanian yang semuanya berpunca dari Tuhan.

bahagian ii: seni malaysia moden: krisis identiti melayu

Kesan pengaruh daripada penjajahan Inggeris sedikit sebanyak telah memberi akibat yang buruk kepada masyarakat Melayu seterusnya ke-pada kebudayaan dan peradaban mereka.8 Para penjajah bukan hanya mengeksploitasi kekayaan negara jajahan untuk kepentingan ekonomi negeri mereka, tetapi turut menodai seni dengan unsur-unsur budaya me-reka seperti muzik, tarian, diselit dengan nilai baru berdasarkan ciri-ciri “keangkuhan” dan “keungggulan” budaya mereka. Mereka beranggapan bahawa tanggungjawab untuk mentamadunkan bangsa Melayu yang ber-budaya primitif dan kolot merupakan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan. Kaum penjajah telah bersungguh-sungguh cuba mencairkan keimanan dan akidah masyarakat Melayu dan menyingkirkan kuasa dan keutuhan Islam dalam masyarakat Melayu.9

Krisis Identiti

Tentunya masyarakat Melayu kemudian mengalami alienasi sosial dan mudah terpengaruh kepada pemikiran dan nilai etika barat yang ber-sifat humanistik, materialistik dan sekular yang bercanggah dengan nilai dan norma hidup Melayu yang mementingkan unsur keagamaan. Ini menimbulkaan kemelut terhadap pemikiran masyarakat Melayu yang membawa kepada krisis identiti seperti yang disebut oleh Nordin Selat: “Kehidupan masyarakat pertengahan Melayu penuh kekeliruan. Walaupun pada dasarnya asal usul orang Melayu tapi ia mengamalkan cara hidup barat.”10

Di bidang seni lukis, isu “konflik jiwa” dan “kekeliruan” turut ketara di kalangan pelukis-pelukis Melayu melihat penglibatan mereka da-lam aliran yang wujud dada-lam dekad 30-an yang lebih dikenali sebagai seni lukis moden Malaysia. Ternyata gambaran seni yang mendasari seni moden rata-rata bersifat “sekular” dan “materialistik”. Seolah-olah asas pemikirannya tidak membawa nilai kerohanian dan keagamaan.

sulaiman esa identiti islam dalam seni rupa malaysia: pencapaian dan cabaran

Ikutan aliran-aliran seni moden seperti Realisme, Impresionisme, Ekspresionisme dan sebagainya oleh pelukis-pelukis Melayu moden mula memaparkan unsur etos Islam mula terlerai dari imej-imej seni diganti dengan gambaran dan semangat sekular dari barat.

Inilah antara persoalan-soalan besar yang mencerminkan masalah identiti krisis dialami oleh pelukis-pelukis kita seperti yang telah digambarkan oleh Lamya al-Faruqi. “Penolakan terhadap nilai tradisi Melayu terserlah dalam karya pelukis Melayu yang tergulung dalam kumpulan pelukis moden. Mereka ini berminat menghasilkan seni dalam bentuk pemandangan atau alam semulajadi yang dipengaruhi dari pelukis Barat.”11

Sentimen yang sama yang dirasai oleh Awang Had Salleh dengan nada yang pilu membicarakan kesan subversif pengaruh seni moden yang telah merosakkan kepekaan pelukis-pelukis Melayu. Beliau menegaskan:

“Satu sifat yang ketara dalam seni di negara ini ialah kewujudan dua dunia yang terasing; dunia tradisional dan moden. Yang tradisional adalah, dunia yang bersifat terencat, dan yang moden terasing. Seolah-olah tiada pertalian di antara keduanya. Dari satu sudut, terdapat ukiran-ukiran Melayu tradisional, seni khat, tenunan songket, dll...dari sudut lain pula kita disaksikan seni era moden, seni abstrak yang berlandaskan falsafah Barat yang asing.”12

bahagian iii: zaman selepas merdeka: rujukan kembali identiti islam

Pencapaian Kemerdekaan sepatutnya membawa pelbagai makna yang tersirat. Dari aspek sosio-politikal, ia bererti kebebasan “rupa”. Dari segi sosio-budaya dan agama ia memberi pengertian sebagai pembebasan “jiwa dan pemikiran” dari penjajahan Barat.

Walau bagaimanapun hal ini tidak mudah dicapai begitu sahaja. Zaman selepas penjajah, pelukis-pelukis negara ini menghadapi beberapa cabaran yang rumit.

Bagaimana hendak mengimbangkan ciri Islam dengan rasionalisme dan agama. Bagaimana hendak mengenal pasti modeniti sebagai satu ideologi dan kaedah pendekatan. Bagaimana hendak mengimbangkan unsur tradisi dan modeniti?

Seterusnya apakah identiti yang sebenar dalam konteks satu masyarakat majmuk? Adakah identitinya ditakrifkan dari segi agama atau dari segi kebangsaan?

Sesungguhnya zaman selepas merdeka merupakan satu era yang sung-guh mendesak bagi mempersoalkan beberapa hal yang berkaitan dengan kepercayaan, aspirasi dan idealismenya di samping menilai keupayaan dalam usaha tersebut. Tuntutan untuk mengenal dirinya dan memastikan identitinya tentu menjadi perkara dasar.

Dalam hubungan ini Kongres Kebudayaan Nasional (1971) dan Kebangkitan Islam (1980-an) memainkan peranan penting kepada ramai pelukis Me-layu kerana kedua-dua peristiwa ini dapat mencorak arah dasar falsafah, dan rasional kegiatan kreatif mereka. Antara lain hasrat Kongres ialah mendekatkan semula Islam sebagai paksi kepada tindak-tanduk dalam kebudayaan negara. Proses merealisasikan hasrat tersebut secara kebetu-lan disalurkan oleh aliran kebangkitan Islam yang menular di seluruh dunia. Apabila diimbas kembali, tindakbalas positif mereka terhadap usaha merealisasikan cita-cita Kongres dan khususnya yang bersang-kut de-ngan kebangkitan semula Islam wajarlah ditanggap mengibersang-kut perspektif-perspektif berikut:

i sosio-budaya: usaha-usaha untuk mengembalikan semula zaman silam mereka menggambarkan tindakbalas kreatif mereka ke atas cabaran era selepas Merdeka. Seperti yang mungkin dihuraikan oleh Antal, seseorang pengkarya tidak hanya melibatkan dirinya dengan per-masalahan estetika semata-mata tetapi juga memberikan tumpuan secara aktif kepada realiti sosial dan politik zamannya. Pada asasnya, dia bertindak sebagai perakam, pemantul, dan kadang kala, peneguh aspirasi serta idealisme masyarakatnya. Hanya dengan melibatkan diri dalam dialog aktif dengan realiti sosial sekelilingnya barulah karya yang dihasilkannya mencapai perkaitan dan makna kontekstual. ii artistik-kreatif: satu ciri semula jadi yang ada pada ramai pengkarya

ialah keinginan untuk menjadi kreatif, inovatif, untuk meneroka pel-bagai idea, tema, bentuk dan lain-lain aspek yang baru secara kreatif. Tambahan pula, desakan untuk mencari suara baru serta mengungkap konsep-konsep dan idea-idea baru turut menjadi fokus kebanyakan pengkarya kontemporari. Justeru, bagi sebahagian besar pengkarya Melayu peluang memenuhi keperluan-keperluan asas ini terbuka luas apabila mereka mengambil jalan mengapropriasi warisan Melayu-Islam tradisional.

sulaiman esa identiti islam dalam seni rupa malaysia: pencapaian dan cabaran

iii filosofikal-spiritual: menurut Clifford Geertz, ahli antropologi terke-muka dari Amerika, manusia pada dasarnya haiwan penggarap konsep, pengungkap simbol dan pembikin makna. Usaha mencari makna amat penting kepada manusia.13 Dalam nada serupa, Weber mengusulkan bahawa keperluan metafizikal manusia berkait rapat dengan keper-luan mereka kepada makna. Inilah sesungguhnya dorongan ke arah mencapai pemahaman – untuk mengkosmologikan dunia, dengan berlandaskan falsafah ontologi. Dorongan inilah semangat, yakni semangat gigih mencari kebenaran.14

Sebenarnya, bagi kebanyakan pengkarya Melayu, usaha mencari makna, dari sudut orientasi epistemologi dan aksiologinya, mempunyai asas dalam Islam. Islamlah yang menyediakan jawaban-jawaban kepada persoalan pentakrifan jatidiri mereka, ketentuan spiritualnya dan kedudukan kon-teks atau situatedness ontologinya.

Justeru seperti yang dihujahkan oleh Ozey Mehmet, “Akhirnya, Islam dan bukan semangat nasionalisme yang muncul sebagai sumber identiti paling dominan. Islamlah yang membezakan bangsa Melayu daripada lain-lain kaum … dalam lingkungan masyarakat majmuk yang berubah dengan begitu cepat, Islam menyediakan makna kepada konsep ‘keMe-layuan’.” 15

Dari Pinggir ke Pusat

Komitmen seniman-seniman Melayu untuk mendukung Islam seba-gai kuasa yang unggul dalam kegiatan kreatif mereka terbukti dari cara pendekatan, sikap, dan pemilihan tema. Satu ciri yang ketara dalam kegiatan seniman-seniman ini ialah usaha yang gigih untuk menghasilkan karya yang bersifat God-centered dan bukan man-centered. Di kalangan ramai pelukis Melayu kini, seni tidak lagi berperanan sebagai satu usaha yang bersifat “ego trip” atau penglibatan dengan masalah etika semata-mata. Ianya kini lebih bersifat sebagai satu kegiatan yang bersifat berzikir kepada Allah dan bertaqwa. Sesungguhnya kreativiti kini merupakan satu perjalanan rohaniah dari tepian ke pusat. Sejauh manakah penglibatan seniman-seniman ini dalam usaha memberi nafas Islam kepada karya mereka terserlah daripada tema-tema yang dipilih sebagai isi kandungan seperti yang dihuraikan berikut.

1 Manusia Sebagai Hamba Tuhan

Al-Qu’ran menjelaskan manusia dicipta pada hakikatnya adalah

un-tuk menyembah dan mengabadikan diri kepada Tuhan. Sesungguh-nya tiada perbuatan yang lebih baik daripada bertaqwa kepadaSesungguh-nya. Allah yang Maha Besar, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan sifat-sifat lain yang murni adalah punca dan kuasa yang mutlak yang boleh menentukan nasib hidup seseorang. Bagi seseorang seniman kebahagiaan, kesejahteraan dan ketenteraman di dunia