• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seni Rupa Islam SYED AHMAD JAMAL

Esei ‘Seni Rupa Islam’ pada asalnya diterbitkan

dalam katalog Pameran Seni Lukis & Seni Khat-Pameran Tamaddun Islam, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara 1984. (Sebahagian besar makalah ini dipetik

daripada ‘Kertas Data No: 9’, 1976. Jabatan Pengajian Melayu, semasa penulis bertugas di Universiti Malaya).

syed ahmad jamal seni rupa islam

dan rupa.4 Nietzsche berpendapat bahawa seni ialah manifestasi alam metafizika. Manifestasi penglahiran nilai batin, yang menjadi punca atau zat keindahan adalah asas seni. Bentuk adalah pada zahirnya, keindahan adalah sebagai kesempurnaan keadaan yang memberi nikmat kepada jiwa. Allah mencipta alam dalam bentuk yang indah.

Di antara faktor-faktor yang penting dalam seni ialah hakikat, ketulenan/ kesucian, kejujuran, yang juga terjalin dalam jiwa seorang Islam. Fak-tor yang asas dalam karya seni dan jiwa seniman yang tulen ialah nilai kerohanian. Alam seni yang zahir berteraskan kepada nilai kerohanian yang menjadi asas. Seni menjadi bahan perantaraan yang menghubungi satu jiwa (pencipta) dengan satu jiwa yang lain (pengamat).5 Mengikut seorang falsafah seni, “Seni ialah bentuk pernyataan yang dicipta untuk diamati melalui deria dan fikiran”.6 Pada asasnya, Seni Rupa adalah hasil proses aktiviti perasaan dan fikiran yang disampaikan dalam bahan dan bentuk yang zahir – rupa, bentuk, corak, garisan, ton, warna, ruang. Elemen-elemen tersebut adalah pada permukaan, yang digunakan sebagai bahantara untuk menyampaikan hasrat (yang terpendam). Keindahan yang sebenarnya adalah keindahan yang batin, di bawah lapisan permu-kaan bentuk karya. Sama ada pernyataan itu disampaikan dengan cara realisme atau abstrak, hakikat batin adalah teras baginya. Manifestasi adalah penglahiran zahir. Nilai batin yang menjadi punca atau intisari keindahan adalah asas seni.

Dalam tradisi Seni Rupa Barat, lazimnya dibezakan di antara Seni Halus dan Seni Penggunaan atau Pertukangan (tangan) – Fine Art, Applied Art, Crafts.

Dalam Seni Rupa Islam, perbezaan tidak ditegaskan di antara apa yang dikenal sebagai seni yang halus, dan seni yang tidak halus atau yang kurang halus. Pendekatan ini digunakan terhadap nilai seni dan bukan terhadap jenis seni.

Barang yang dipamerkan dalam muzium adalah terasing dari tempat asalnya yang terputus perhubungannya dengan keadaan sekitarnya, dan menjadi pula barang yang bernilai tinggi. Untuk menikmati dengan se-penuhnya, kesedaran mengenai nilai asal, yang ada hubungan dengan tugas asalnya (sebagai hiasan atau alat) dan nilai yang baharu diper-olehinya (sebagai barang seni), amatlah penting. Jika tiada kesedaran mengenai kedua-dua aspek nilai itu, maka kita akan berpegang hanya

ke-pada satu jenis nilai, di luar keadaan konteks, dengan tiada pertimbangan penilaian. Kajian mengenai Seni Rupa Islam mendekatkan seseorang itu kepada pengertian mengenai nilai kerohanian yang menjadi asas alam zahir dan batin.

Sir Thomas Arnold menyatakan bahawa Seni Rupa Islam mempunyai tempat di samping kejayaan-kejayaan manusia yang utama.7 Seni Rupa mengisi kehendak-kehendak pernyataan yang hanya dapat dilahirkan melalui bentuk dan rupa.8

Kebudayaan Islam telah mewujudkan suatu bentuk Seni Rupa yang mem-punyai nilai dan sifat yang tersendiri, yang boleh dianggap sebagai satu aliran seni rupa yang teragung, mempunyai keagungan yang tersendiri. Seni Rupa Islam bukanlah seni rupa yang mewakili sebuah negeri atau suatu bangsa atau kebudayaan yang tertentu; tetapi mewakili berbagai kebudayaan dan negara, yang mempunyai kepercayaan yang sama, dengan pecahan-pecahan aliran pernyataan dan pengutaraan yang mewujudkan sifat jalinan batin yang tersendiri. Sifat-sifat ini dapat disaksikan dalam hasil seni rupa yang merintangi permukaan bumi yang luas, dari Maghribi dan Andalusia di Barat ke Malaysia dan Filipina di Timur.

Pemerintahan Islam yang menakluki kawasan yang baharu telah memberi galakan terhadap perkembangan seni yang subur yang tumbuh dari bumi itu sendiri dan dipupuk dengan sifat keIslaman. Perkembangan seni rupa adalah suatu aspek yang nyata dalam perkembangan Kebudayaan Islam. Seni Rupa Islam digunakan dengan cara keseluruhan, pada alat, barang penggunaan, di bahagian dalam dan luar bangunan, dan seterusnya dalam rekabentuk kota dan taman.

Dalam Seni Rupa Islam terbukti perkaitan jiwa umat Islam yang menghasilkan karya-karya seni itu dengan semangat Islam, merintangi masa dan rantau. Dalam makalahnya ‘Islamic Art or Muslim Art?’ Professor Lamya al-Faruqi menyatakan bahawa seni ialah satu daripada manifestasi yang paling penting dalam Islam yang tumbuh daripada ugama dan mem-perkembangkan Kebudayaan Islam, dan berpusat pada Tauhid.9 Seni Rupa Islam mewujudkan faktor pernyataan yang asasi yang meng-hasilkan pecahan-pecahan yang terkaya dalam perkembangan seni tampak

syed ahmad jamal seni rupa islam

yang mempunyai warisan Kebudayaan yang sama. Pada keseluruhannya, pelahiran pernyataan jiwa individu bukanlah faktor yang terutama dalam seni rupa Islam. Ini berbanding dengan tradisi seni rupa Barat, di mana pelahiran watak dan pernyataan perasaan individu adalah faktor yang amat penting terutamanya semenjak zaman pembaharuan. Seba-liknya, dalam Seni Rupa Islam, hasil manifestasi itu mencerminkan nilai yang menyelubungi dengan perbezaan mengikut pemilihan kebudayaan. Dalam Seni Rupa Islam terwujud keadaan yang tidak berbelah bagi, sebagai pewujudan hakikat yang menyatupadukan. Apa yang disaksikan ialah bahawa hasil-hasil seninya berpokok kepada warisan kesenian yang satu. Seni Rupa Islam dihasilkan dengan penuh kesedaran mengenai nilai Islam mengenai aqidah – mengenai tauhid.

Faktor yang penting dalam Seni Rupa Islam ialah hakikat yang terus merintangi masa dan jarak. Nilai asas tidak luput atau kabur oleh zaman dan jarak rantau. Seni Rupa Islam memberi gambaran dengan rupa dan bentuk mengenai sifat batin (jiwa) Islam. Nilai kebatinan amatlah penting untuk mengamatinya. Tegasan diberi terhadap kesempurnaan dalam pengutaraan. Melalui bentuk, seni rupa adalah manifestasi keindahan hasrat dan seterusnya disampaikan hingga ke dimensi yang mendalam dari permukaan rupa. Dalam Seni Rupa Islam wujud perhubungan yang rapi di antara nilai seni dan nilai kerohanian.10

Seni Rupa Islam tidak menghasilkan keadaan kesibukan atau kerosakan suasana tenteram untuk tatapan, tetapi menarik fikiran dari tumpuan ke-pada sesuatu yang menyelewengkan fikiran darike-pada pegangan mengenai Tauhid. Dalam Seni Rupa Islam keindahan menggambarkan nilai seni yang berupa jasmani (yang tidak kekal) dan yang rohani (yang kekal); nilai batin disampaikan melalui bentuk seni rupa yang zahir.

ruang dan struktur

Titus Burckhardt berpendapat bahawa pengamatan Seni Rupa Islam ialah di peringkat konsep dan bukan pada ruang. Dalam Seni Rupa Islam sambungnya, nilai untuk renungan tidak terhad kepada karya yang statik sahaja, tetapi melalui irama yang mencerminkan keadaan yang kekal, yang sentiasa wujud dalam perjalanan masa.11

Konsep ruang gambaran Seni Rupa Islam bukanlah yang dikuasai atau dipengaruhi oleh tradisi kesedaran dan pengetahuan perspektif saintifik/

optik. Ruang dalam konsep ini mempunyai aneka dimensi; yang mempu-nyai implikasi ruang dan kemungkinan imajinasi. Dalam Seni Rupa Islam ruang hendaklah difahami wujud dalam lebih daripada satu tingkatan pengamatan. Mereka yang mengamati konsep ruang gambaran yang berpandukan tradisi seni rupa Barat, mungkin berpendapat bahawa Seni Rupa Islam tiada mempunyai konsep ruang gambaran, dan mengamati Seni Rupa Islam di peringkat permukaan sahaja, sebagai seni hiasan. Dalam Seni Rupa Islam, ruang hendaklah difahami bukan pada peringkat “hiasan” dua dimensi sahaja, tetapi ruang yang meliputi, di luar, di dalam, dan di antara, keadaan pewujudan bentuk, rupa, corak, garisan, dan se-terusnya. Penulis-penulis Barat selalu menulis “tiada permulaan dan tiada penghujung” mengenai Seni Rupa Islam. Tiap orang Islam sentiasa sedar terhadap keadaan alam yang fana dan mengenai alam yang baqa. Satu daripada nilai Seni Rupa Islam yang utama ialah pewujudan keadaan atau suasana yang diwujudkan oleh keadaan ruang, yang pada mata kasar didapati kosong; tetapi jika diamati dengan kepekaan yang halus, mem-punyai makna dan hakikat yang berpegang teguh kepada tauhid. Dalam Seni Rupa Islam, konsep struktur (rangka bentuk) adalah mengikut konsep kulit, yang menarik dengan kuasa ketegangan, dan bukan konsep yang berasaskan kepada struktur tradisi Seni Rupa Barat. Keteguhan struktur ini berasaskan imbangan kuasa-kuasa perhubungan di antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Struktur ini bukan dibina da-lam ruang, yang wujud dada-lam bentuk atau suasana bentuk, tetapi terjalin dalam implikasi konsep aneka dimensi.

seni rupa abstrak

Seni Rupa Islam adalah pernyataan dalam bentuk yang berupa beberapa dimensi hakikat yang berpusat kepada tauhid. Oleh kerana Seni Rupa Islam tidak mementingkan nilai tiga dimensi dan imej manusia, terwu-jud perkembangan dimensi dan kemungkinan yang lain, dalam bentuk abstrak dan berkembang dengan suburnya. Seni Rupa abstrak diterima oleh masyarakat moden sebagai bentuk seni yang menghasilkan ke-mungkinan daya gambaran dan tidak dianggap sebagai bentuk seni yang menyekat imajinasi. Orang Arab/Islam yang banyak menumpukan fikiran terhadap matematik dan logik menghasilkan rupa abstrak geometri dengan susunan aneka kemungkinan yang tidak terhad.

Ben-syed ahmad jamal seni rupa islam

tuk matematik yang asas digunakan dalam susunan yang tenteram, yang sebaliknya pula mewujudkan kegiatan tampak yang dinamis. Masyarakat moden kini yang tertarik dengan seni abstrak, mengamati bentuk abstrak itu sebagai sambungan penglihatan yang mempunyai bukan hanya nilai hiasan dua dimensi tetapi mengandungi implikasi ruang aneka dimensi.

Seni Rupa Islam menekankan logik tampak lebih daripada pernyataan emosi. Dalam Seni Rupa Islam seni geometri berkembang dengan luasnya. Dengan berasaskan kepada lingkungan sebagai imej keseluruhan yang tidak terhingga, bentuk-bentuk itu dibahagi-bahagikan dalam variasi yang sama dan seimbang dan seterusnya dimajukan dengan susunan imbangan yang harmonis. Corak bentuk geometri ini digunakan untuk hiasan bangunan yang mewujudkan hasil Seni Rupa yang mempunyai nilai keseluruhan – perpaduan bentuk dan hiasan permukaan, dan pada konsepnya, tidak wujud di permukaan sahaja. Di sini dapat disaksikan bahawa disiplin dan kawalan tidak semestinya menyekat ciptaan, bah-kan menghasilbah-kan kemungkinan yang terkaya dengan perkembangan. Perhubungan di antara bahagian-bahagian dan gubahan keseluruhan menghasilkan irama dalam susunan yang kukuh dan mententeramkan jiwa. Corak-corak geometri dibina mengikut ulangan bentuk-bentuk geometri, susunannya mengikut pengolahan. Dalam Seni Rupa Islam bukan sahaja didapati keadaan yang tenteram; tetapi juga getaran tenaga. Dengan cara dan perubahan serta perkembangan yang tertentu, corak geometri ialah pernyataan irama cara tepat yang langsung.12

Corak-corak geometri digunakan dengan imajinasi dalam jubin dan susu-nannya. Panel-panel jubin disusun mengikut geometri. Hiasan geometri digunakan juga dalam pertukangan kayu bertatah, hiasan Al-Qu’ran. Selain daripada catan-catan kecil, drama mengenai manusia tidak wu-jud dalam Seni Rupa Islam, tetapi jiwanya mendapat getaran mengenai Tauhid yang disaksikan dalam segala kejadian alam.

Keadaan ketiadaan imej manusia mewujudkan suasana yang tenang dan ruang yang sepi – keadaan kesepian yang menghasilkan pewujudan yang tidak berbelah bagi mengenai Tauhid. Peranan karya seni rupa sebagai objek renungan ialah satu daripada keistimewaannya yang paling agung. Di sini Seni Rupa mengambil peranan sebagai unsur saluran zat rohani memberi ketenteraman pada jiwa, memenuhi kehendak deria lihat.

motif tumbuhan

Motif tumbuhan ialah satu daripada elemen-elemen yang memberi sifat persendirian dalam Seni Rupa Islam. Motif yang berasaskan tumbuhan digunakan sebagai satu daripada elemen-elemen seni rupa yang utama. Motif-motif ini mendapat perubahan bentuk di beberapa peringkat – sama ada sifat tumbuhan masih digunakan dengan cara langsung, ataupun sifat asas digunakan, atau hanya sifat garis gerak. Garisan berbelit-belit tetapi dalam susunan yang tenang, disendikan dengan motif-motif daun. Garisan-garisan itu mempunyai gerak yang bersambung, yang tiada pangkal dan tiada hujung, tetapi terus sambung menyambung.

Motif-motif digunakan mengikut susunan geometri – yang mewujudkan keadaan tenteram, sungguhpun garisan meliputi permukaan bahan sering gubahan-gubahan kecil itu diasingkan dalam petak yang digunakan di sisi motif geometri, serta diutamakan. Hasil yang wujud ialah motif-motif yang mempunyai sifat keaslian tumbuhan yang lembut dan bentuk ab-strak. Gerak yang lembut berpadu dengan ketampanan garis yang tegas. Hasil keseluruhannya ialah keadaan perpaduan perjalanan garis. Motif tumbuhan digunakan dengan mencapai taraf kejayaan yang tinggi pada lukisan, seni tembikar, ukiran batu/kayu, tenunan kain, permaidani, dan lain-lain jenis seni rupa.

seni lukis

“Malaikat tidak akan masuk rumah di mana terdapat gambar atau an-jing” – Al-Bukhari.

Nawawi, dalam abad yang ke 13, telah menyatakan bahawa larangan membuat rupa manusia dan sebagainya tidak terhad hanya kepada karya yang mewujudkan bayang (berbentuk), yakni termasuk lukisan yang mempunyai dua dimensi.13

Dalam tradisi Islam perbuatan membuat bentuk rupa manusia dan makhluk yang lain dilarang, kerana perbuatan itu seolah-olah meniru ciptaan Tuhan. Perbuatan ini juga mungkin disalahgunakan sebagai pa-tung yang disembah, dan menyamai perbuatan orang-orang bukan Islam. Sungguhpun begitu, imej manusia dan haiwan terhasil dalam Seni Rupa Islam. Imej manusia digunakan tetapi tidak untuk kegunaan ugama, dan bilangannya adalah kecil.

syed ahmad jamal seni rupa islam

Lukisan yang mengandungi imej manusia telah dihasilkan dalam tamad-dun Islam semenjak Islam masih mulai berkembang. Aliran gaya lukisan yang mempunyai imej manusia wujud di Mesopotamia, Syria, Turki, Mesir, dan terutamanya di Iran. Tembok Istana Qusay ‘Amra (Jordan) 724-43 M, zaman pemerintahan Umayyah, dihias dengan lukisan-lukisan imej ma-nusia dan binatang. Tetapi gaya lukisan itu yang dipengaruhi oleh Seni Rupa Yunani dan Sassania, belum mempunyai sifat yang dapat dikenali sebagai sifat Seni Rupa Islam. Lukisan tembok di Istana Jausaq, zaman pemerintahan Abbassi di Samara (Iraq) 833-841 M, mengandungi imej manusia, yang sudah mempunyai sifat Seni Rupa Islam dari segi teknik dan penggunaan.

Seni Lukis terus berkembang dengan pesatnya dalam zaman peme-rintahan Timuriah di Parsi, Mogul, India, Mesir zaman pemepeme-rintahan Fatimi (969-1191 M) dan Turki Osmania (1300-1929 M). Lukisan-Iukisan saintifik yang mengandungi imej manusia untuk memberi keterangan yang lanjut telah mendapat galakan. Contoh-contoh yang baik ialah lukisan-lukisan sains oleh al-Jazari, Syria, awal abad ke 13-M.

Lukisan-lukisan yang dibuat dalam bidang yang kecil, seluas buku yang besar, meliputi lukisan untuk buku-buku mengenai perubatan dan sains, hingga ke lukisan-lukisan yang menggambarkan keadaan peperangan, perburuan, penggambaran, cerita-cerita asyik, alam impian, dan sebagai-nya yang diolah dalam susunan gubahan yang teratur, dengan terang, atau sifat kegarisan yang halus dan teliti, atau diutarakan dalam hamparan warna yang bercahaya seperti gubahan permata.

Sungguhpun banyak lukisan-lukisan itu menggambarkan alam impian dengan pemandangan yang indah dan menarik, banyak juga yang dapat memenuhi kehendak-kehendak rohani dan intelek.

Lukisan-lukisan itu mewujudkan hakikat mengikut jarak “psychic”, dimensi yang lebih dari yang terdapat di permukaan lukisan.14 Pada mulanya, pemerhati lukisan itu tertarik kepada keadaan gubahan yang kompleks, kemudian, pada peringkat pengamatan yang lebih tinggi, dibawa ke alam mistik. Keadaan ini bukan reaksi dengan cara langsung, tetapi pembayangan penghasilan penjelmaan keadaan maya.

Beberapa orang pendukung seni lukis telah muncul dalam tamaddun Islam dari masa ke semasa dalam beberapa zaman dan negeri.

Yazuri, seorang wazir zaman Khalifah Mustanzir (1035-1094) zaman Fatimi, juga seorang pendukung seni telah menjemput dua orang pelukis, al Qasir dan Ibn Aziz. Ibn Aziz telah berjanji bahawa lukisan imej ma-nusia yang akan dilukisnya apabila dilihat akan seolah-olah keluar dari permukaan tembok. AI-Qasir pula mencabar bahawa dia akan melukis tubuh manusia yang apabila dilihat seolah-olah memasuki tembok itu. Mengikut cerita, kedua-duanya berjaya, dan seterusnya menerima hadiah yang lumayan dari Yazuri.15

Beberapa tokoh Islam yang termasyhur telah memberi pendapat mereka terhadap lukisan dan pelukis.

Akbar pernah berkata bahawa, pelukis, semasa membuat lukisan akan me-nyedari kelemahannya dan akan berusaha mencari ilmu mengenai tuhan. Qadi Ba’albak telah berkata bahawa lukisan menyenangkan hati dan menyegarkan jiwa.

Seorang pujangga yang menulis mengenai warna mengatakan bahawa fikiran yang merunsingkan dihapus, kerana jiwa menjadi segar dan mulia apabila melihat gambar-gambar itu.

Qadi Ahmad telah menulis:16 Behzad ialah seniman agung zaman17

Beliau telah menunjukkan kemahirannya yang istimewa, Masa telah menzahirkan Mani,18

Tetapi, ya Allah, Behzad ialah yang terbaik. Lukisan arangnya yang lancar

Lebih handal dari sapuan lukisan Mani, Jika Mani mengetahui mengenainya, Tentu beliau meniru deria kadarbandingnya.

Mengenai himpunan khat dan lukisan oleh Maulana Behzad dan lain-lain di Masyhad, Qadi Ahmad menulis:

Gambar-gambarnya terlalu indah, Dari segi kebersihan dan taraf Hanya roh yang dapat tempat dalamnya Imej-imej bunga dan rupa burung-burung

syed ahmad jamal seni rupa islam

Menjadikannya sebagai sebuah taman firdausi yang tidak dirosakkan oleh angin musim buah

Beribu-ribu bunga mawar dan tulip, tangkai dan kelopaknya Tidak dirosaki oleh ribut dan hujan air batu,

Muda mudi dengan muka yang bersinar suria Dengan segan, menutup bibir apabila bertutur, Sekaliannya bersatu dalam peperangan dan keamanan, Bukan seperti makhluk dunia yang penuh dengan perkara yang munafik dan hina!

Syabas, mahaguru-mahaguru pengguna berus yang mewujudkan yang ajaib.

Alatnya yang indah memberi nafas yang baharu Mereka mengatasi tiap makhluk

Dan menghidupkan rupa tiap yang digambarnya, Dalam penciptaan mereka mendapat hikmat Dari bulatan yang meliputi langit ke permukaan bumi, Mereka melihat ciptaan (Ilahi).

Dan membuat salinan tiap ciptaan asal

Ciptaan mereka ialah sebagai panduan kepada bentuk rancangan alam Mereka dan qalamnya menyembah (Allah),

Saya tidak memahami dengan apa cara seni dapat mereka membuat imej yang seolah-olah bertutur dengan manusia.19

keadaan seni lukis di malaysia

Kekuatan akidah dan pegangan pada Tauhid telah mewujudkan karya-karya yang berunsur Islam oleh pelukis-pelukis Malaysia dengan secara langsung atau tidak. Amalan ibadah dan cara hidup mengikut Islam – mempengaruhi fikiran, sikap, kelakuan dan perbuatan termasuk seni lukis, sebagai pernyataan jiwa.

Sungguhpun kebanyakan pelukis-pelukis Malaysia mendapat didikan lanjutan seni lukis di Barat, beberapa hasil karya mereka mirip kepada nilai-nilai Islam, di mana aspek bentuk tiga dimensi tidak ditegaskan, dan nilai garis, corak yang berulang dan tegasan mengenai kedataran membentuk karya mereka. Beberapa pelukis telah menggunakan Khat sebagai asas bentuk seni lukis. Pelukis Malaysia yang awal menggunakan khat sebagai asas bentuk lukisannya ialah Syed Ahmad Jamal dengan karya Khairil Annuar (1958) dan Tulisan (1961). Bentuk tulisan yang diutamakan dengan

kesega-ran tenaga menyakesega-rankan Khat sebagai bentuk pernyataan dengan nilai keliutan dengan kemungkinan yang besar. Tahun 1959 telah menghasilkan Angin Dingin dan Umpan [25] oleh Syed Ahmad Jamal, dengan bentuk sapuan berus yang mempunyai sifat gerak garis Khat/Jawi, dengan latar belakang kosong yang menyarankan ruang yang tidak terhad. Lukisan ini ialah ekoran dari lukisan Khairil Annuar. Nik Zainal Abidin pula mula menghasilkan lukisan cat airnya atas tema wayang kulit [26]. Lukisan-lukisan beliau dengan bentuk datar, tegasan corak, dan ketiadaan tekanan kepada sesuatu pemusatan, serta menyeluruhi dengan nilai yang sama dari pinggir ke pinggir mempunyai nilai-nilai seni rupa Islam. Bentuk patung yang digunakan hanya seperti bayang sahaja dengan dua dimensi. Begitu juga karya-karya oleh Yusoff Haji Abdullah dengan tekanan kepada nilai dua dimensi. Dalam tahun 1963, Abdul Latiff Mohidin menghasilkan beberapa karya dengan rekabentuk yang datar yang menekankan tegasan sama rata di seluruh permukaan lukisan. Dalam awal tahun enam puluhan Syed Ahmad Jamal menghasilkan lukisan abstrak dengan bentuk yang mempunyai sifat khat. Permukaan Dalam Ruang Bil. 3 (1971) oleh Ismail Zain, menyarankan nilai estetika sezaman dengan dikotomi permukaan dan ruang dalam petak-petak grid, yang juga mengandungi sifat seni rupa Islam dengan motif yang digunakan, ulangan corak, serta sambungan yang tidak terhad empat arah datar.

Sejak lewat tahun tujuh puluhan wujud kesedaran mengenai nilai dan asas Islam di kalangan pelukis-pelukis Malaysia. Apa yang mulanya timbul sebagai suatu reaksi terhadap pengabdian mengikuti tiap pe-rubahan seni rupa di Barat telah menghasilkan pertimbangan semula mengenai nilai dan norma seni. Sungguhpun reaksi ini tidak terhad hanya kepada pelukis-pelukis Malaysia, tindakan ini adalah suatu yang jujur. Jika dalam awal tahun tujuh puluhan pelukis-pelukis telah dengan tekunnya melahirkan karya-karya yang paling avant-garde, sama ada Hard-edge, Pop Minimal, Conceptual atau ilham Zen (melalui U.S.A.), keadaan kemarau seni pada pertengahan tahun tujuh puluhan telah