KELVIN CHUAH
Terjemahan dari Bahasa Inggeris oleh Teratak Nuromar.
Sebelum pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan pembentukan negara-bangsa yang dipanggil Malaysia ini pada tahun 1963, Malaya, yang waktu itu merangkumi Semenanjung dan Singapura, berada di bawah kuasa penjajahan British. Kawasan serba strategik yang terletak di rantau Asia Tenggara ini amat penting kerana sumbangan besarnya kepada ekonomi Empayar British. Sebagai sebuah tanah jajahan yang terletak nun jauh dari pusat Empayar di England, keuntungan perdagangan dan perniagaannya lebih diutamakan oleh pentadbir-pentadbir daripada perkembangan budayanya. Namun be-gitu, tempoh masa yang merentasi dari kurun ke-19 sehinggalah kepada dekad-dekad awal kurun ke-20 seharusnya diambil kira di dalam usaha menyemak sejarah awal seni kita kerana era itu menandakan bermu-lanya praktis-praktis seni Barat di sini. Lagi pula, penilaian yang lebih menyeluruh berkenaan subjek ini wajar juga melibatkan perkembangan-perkembangan yang berlaku di kedua-dua Semenanjung dan Singapura, yang memiliki jalur sejarah yang serupa lagi saling berkait, melangkaui sempadan-sempadan geopolitik yang ada hari ini. Pemahaman ke atas praktis-praktis seni tersebut mungkin dapat mencerahkan minda dan seterusnya melanjutkan wacana tentang seni moden di Malaya, dan kajian mengenainya perlulah membabitkan ruang lingkup yang lebih luas yang mengambil kira keadaan sosial dan politik di kala itu.
Kebanyakan penulisan tentang seni tempatan mencatatkan bahawa sebelum kemunculan fotografi, cat airlah medium yang menjadi pilihan orang-orang Barat yang menghasilkan imej-imej Malaya, terutama sekali bagi pelukis-pelukis maritim British yang ditugaskan merakam pelbagai subjek termasuklah topografi, botani serta landskap.1 Maka tidaklah menghairankan apabila pelukis-pelukis tempatan terawal di Malaya turut memilih cat air sebagai medium eksklusif untuk praktis kesenian mereka sendiri. Kita tidak nampak komitmen sebegitu kuat terhadap medium cat air di lain-lain kawasan di rantau ini. Orang-orang Sepanyol di Filipina serta Perancis di Indochina memperkembang dan menggalakkan per-tumbuhan seni lukis cat minyak di tanah-tanah jajahan mereka. Wujud
kelvin chuah amalan seni lukis cat air di awal kemunculan seni moden di malaya
seorang guru besar berbangsa Melayu, bernama Abdullah Ariff, diterima sebagai ahli persatuan. Ramai yang hadir ketika itu mengangkat kening setinggi Bukit Bendera! Saya tunjukkan dua buah lukisan cat air Ariff dan mereka semua terkejut besar...”10 Abdullah Ariff kemudiannya menjadi guru seni kepada suri rumah-suri rumah British.11
Besar kemungkinan, Penang Impressionists menjadi model rujukan ke-pada persatuan-persatuan seni lukis yang lain. Pembentukan Penang Chinese Art Club selepas itu mungkin boleh dilihat sebagai reaksi kepada persatuan Penang Impressionists yang tidak menerima orang tempatan menjadi ahli. Diasaskan pada 1936, kelab ini bergiat aktif sehinggalah me-letus Perang Dunia Kedua.12 Menceritakan temubual beliau dengan Tay Hooi Keat (salah seorang anggota kelab itu), almarhum Redza Piyadasa, seorang sejarawan seni, menghurai kerangka pemikiran dan pengaruh utama dalam Penang Chinese Art Club:
“Gaya romantik nampaknya menjadi ikutan ramai di kalangan ahli-ahli kelab seni lukis Cina itu. Nyata sekali, mereka condong melukis pemandangan-pemandangan yang indah lagi mempesonakan... Mereka menerima pengaruh daripada contoh-contoh lukisan yang mereka lihat ketika itu. Lukisan-lukisan ahli-ahli persatuan Penang Impressionists pada asasnya memaparkan suasana serba indah dan menawan. Menurut beliau (Tay), satu lagi sebab ialah ter-dapatnya reproduksi, atau salinan, lukisan-lukisan pemandangan topografi Pulau Pinang yang dihasilkan dulu oleh pelukis-pelukis di kalangan ten-tera British pada abad ke-19. Reproduksi zaman Victoria ini dipamerkan di pejabat-pejabat kerajaan, di hotel-hotel ternama dan di beberapa buah sekolah. Pemandangan panorama serba indah menawan ini dipengaruhi oleh tradisi lukisan landskap gaya Klasik dan amat dikagumi oleh pelukis-pelukis tempatan.”13
Sekiranya ideologi dan pembentukan persatuan-persatuan seni lukis tem-patan, seperti Penang Chinese Art Club, boleh ditafsir sebagai condong kepada hal-hal politik, budaya dan sosiologi, yang bertitik tolak daripada kekecewaan mereka tidak diterima menjadi ahli persatuan seni lukis pen-jajah, maka kenyataan Piyadasa di atas jelas sekali memperlihatkan sikap pemikiran ahli-ahli persatuan seni lukis tempatan serta bentuk-bentuk komposisi yang menarik minat mereka, kesan pengaruh daripada karya-karya pelukis-pelukis Penang Impressionists dan lain-lain contoh karya-karya seni yang mungkin pernah dilihat oleh mereka. Malangnya, rekod-rekod mengenai persatuan itu nampaknya telah habis musnah semasa Pendudu-menentukan bentuk olahan yang diingini. Pada pendapat saya, ini suatu
pendekatan yang baru lagi berani jika dibandingkan dengan lukisan-lukisan cat air bertema landskap dan topografi terdahulu. Lukisan-lukisan terke-mudian ini menghidangkan pengolahan bahan subjek secara “lebih dekat dan peribadi”, tidak sepertimana karya-karya dokumentasi terdahulu yang kelihatan lebih mengutamakan pemandangan panorama. Satu contoh yang baik dapat dilihat pada lukisan-lukisan cat air Dorothea Aldworth, seorang tokoh yang malangnya kurang diketahui sejarah hidupnya.5 Lain-lain pelukis yang terkenal ketika itu termasuklah Puan Kathleen Codrington (isteri Gabenor Pulau Pinang) dan Mary Barnard.6 Mereka-mereka ini merupakan sebahagian daripada isteri-isteri para pegawai British dan individu-individu wanita British yang berada di Malaya ketika itu dan melukis gambar-gambar pemandangan dan masyarakat tempatan. Sementara itu, usaha-usaha pihak kolonial dalam pendidikan seni visual hanya bermula setelah Richard Walker tiba di Singapura pada 1923. Di-lantik sebagai Guru Utama Seni Lukis Sekolah-sekolah Inggeris Kerajaan dan kemudian sebagai Penguasa Seni Lukis Sekolah-sekolah Singapura, Walker mempunyai ramai anak murid sepanjang perkhidmatannya di sini, termasuklah Lim Cheng Hoe.7 Hanya 30 tahun kemudian, pada tahun 1951, barulah Peter Harris tiba di Kuala Lumpur untuk mengetuai inisiatif-inisiatif pendidikan seni di Semenanjung.
Lukisan-lukisan oleh para pelukis maritim, pegawai tadbir, dan suri rumah yang menjadi ahli persatuan-persatuan seni lukis menjadi sumber penting contoh seni lukis Barat dan sumber rujukan utama kepada pelukis-pelukis tempatan yang belajar sendiri bagi mendalami segenap penggunaan dan kaedah cat air.8 Persatuan-persatuan seni lukis berkenaan menjadi amat berpengaruh – tatkala kurangnya pendidikan seni secara rasmi dalam bidang tersebut, sumber-sumber yang terbatas mahupun tiada rujukan langsung mengenai praktik-praktik seni cat air dari pusat pentadbiran (England), dan oleh kerana kerajaan penjajah tidak mahu memperkenal-kan aktiviti-aktiviti kesenian kepada orang-orang awam.
Antara yang terpenting ialah kumpulan Penang Impressionists yang aktif sekitar 1920-an bagi memenuhi keperluan golongan suri rumah British.9 Pelukis-pelukis tempatan tidak dibenar melibatkan diri di dalam se-barang kegiatan anjuran persatuan ini, kecuali hanya dua orang, dan salah seorangnya Abdullah Ariff. Charles Jackson, seorang ahli Penang Impressionists, berkata: “Ketika satu mesyuarat bulanan, saya cadangkan
kelvin chuah amalan seni lukis cat air di awal kemunculan seni moden di malaya
pelukis cat air senior ini dan beberapa pelukis lebih muda yang kurang terkenal menyambung semula kerja-kerja melukis mereka atau baru menceburkan diri ke dalam bidang ini [13, 14, 18].
Gambar landskap merupakan subjek yang paling dominan dalam keba-nyakan lukisan cat air yang dihasilkan oleh orang-orang British di Malaya, dan ia menjadi contoh ikutan kepada pelukis-pelukis tempatan. Walaupun beberapa pembaharuan dalam praktis lukisan landskap cat air British mungkin sedikit sebanyak mengalir ke Malaya, namun medium cat air terus berkembang subur di tangan pelukis-pelukis tempatan. Perban-dingan di antara gaya kolonial dengan gaya tempatan pasti menampakkan beberapa perbezaan dari segi proses pengkaryaan.
Bolehlah dihujahkan bahawa lukisan-lukisan oleh pelukis-pelukis tempa-tan memaparkan pemandangan dan cara hidup tempatempa-tan secara realistik, dan ia bertentangan dengan imej-imej aman, damai serta mungkin natu-ralistik yang lahir dari tangan pelukis-pelukis kolonial.18 Hal ini boleh disahkan dengan menilai banyak contoh lukisan plein-air, yang dibuat di luar dan bukan dalam studio, yang dihasilkan waktu dulu. Pelukis-pelukis kolonial lebih gemar melukis pemandangan indah dan cantik, yang sama sekali berlawanan dengan karya-karya pelukis-pelukis tempatan yang cenderung menghidangkan imej-imej persekitaran dengan lebih teliti dan tepat. Adakah ini natijah daripada persepsi serba romantis dan idealis mereka terhadap keeksotikan “yang lain”? Lukisan-lukisan awal ciptaan pelukis-pelukis kolonial menampilkan, antaranya, pemandangan laut, bangunan-bangunan bernuansa seni bina Barat, dan landskap tumbuhan hijau, bukit-bukau serta komposisi-komposisi yang menimbulkan suasana tenang. Manakala pelukis-pelukis cat air tempatan pula lebih menonjolkan kesedaran diri dengan melukis imej-imej yang tersirat dengan metafora dan dengan memilih bahan subjek yang berkait dengan kelangsungan hidup masyarakat tempatan. Mun Sen sering menceritakan tentang ke-sukaran dan kegetiran hidupnya menerusi imej-imej kerbau yang kerap dilukis oleh beliau sepanjang karier beliau. Lim Cheng Hoe beberapa kali melukis Sungai Singapura (tersohor sebagai pelabuhan perdagangan yang penting dan merupakan subjek kegemaran ramai pelukis cat air dahulu) dalam masa beberapa dekad yang berlainan yang seterusnya memperli-hatkan kelainan suasana dan kecondongan gaya [16].
Dalam ruang lingkup seni lukis cat air tempatan terdapat satu ragam perbezaan yang amat menonjol di antara cara pendekatan “Barat” dan kan Jepun.14 Kesukaran untuk menjejaki rekod-rekod mengenai seni di
Malaya sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua bolehlah dikatakan secara umumnya berpunca akibat daripada perang tersebut.
Menarik diperhatikan betapa walaupun kegiatan-kegiatan seni tergendala teruk akibat Perang Dunia Kedua, namun tahanan-tahanan perang di Singapura masih mampu menghasilkan lukisan-lukisan cat air. Meskipun sukar mendapatkan bahan-bahan lukisan, sesetengah di antara mereka bijak menggunakan apa saja yang ada. Leo Rawlings, misalnya, meng-gunakan rambutnya sendiri sebagai alat untuk melukis. Charles Jackson dan Bill Haxworth merupakan dua pelukis yang merakam keadaan tahanan-tahanan perang di sana.15 Imej-imej yang masih ada sampai sekarang menunjukkan pentingnya medium cat air bagi mencatat dan merakam situasi-situasi tempatan dalam suasana kekurangan lain-lain bahan untuk melukis. Walau bagaimanapun, memandangkan kebanyakan lukisan ketika itu memakai teknik sapu air yang tipis dengan warna yang kurang terang, kita boleh rasakan betapa bahan-bahan melukis digunakan secara berhati-hati dan berjimat-jimat.
Terbuktilah bahawa cat air merupakan suatu medium penting di awal kemunculan seni moden di Malaya. Ia menyediakan daya momentum yang diperlukan bagi pelukis-pelukis modenis tempatan yang terawal melancarkan ekspresi kesenian, kebudayaan dan sosio-sejarah mereka sendiri. Praktis seni lukis cat air cergas dan aktif terutama di Pulau Pinang. Pelukis-pelukis cat air tempatan yang awal terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Yong Mun Sen (semenjak 1930-an), Abdullah Ariff, Tay Hooi Keat dan Lim Cheng Hoe.16
Mengangkat aktiviti melukis sebagai kerjaya mungkin terlebih sukar dilaksanakan di tahun-tahun awal tersebut berbanding dengan zaman sekarang. Hampir kesemua pelukis ini melakukan pekerjaan-pekerjaan lain demi mencari nafkah buat diri mereka sendiri dan juga kaum keluarga mereka. Mun Sen menjalankan perniagaan studio foto; Tay Hooi Keat, Abdullah Ariff dan Khaw Sia bertugas sebagai guru; dan Lim Cheng Hoe bekerja sebagai kerani sepenuh masa sehingga bersara. A.B. Ibrahim dan A.J. Rahman dikatakan membuka sebuah kedai seni lukis sejak 1946 di Alor Setar, Kedah.17 Mereka barangkali boleh dianggap sebagai pelukis-pelukis komersial terawal yang menjual lukisan-lukisan cat air bertemakan pemandangan kawasan sekitar. Menjelang tahun 1950-an, praktis cat air bersemarak semula selepas tamat perang apabila
pelukis-kelvin chuah amalan seni lukis cat air di awal kemunculan seni moden di malaya
di Malaya semakin berkembang kerana pelukis-pelukis kian menyedari kewujudan berbagai-bagai pendekatan seni lukis dan tidak lagi tertakluk semata-mata kepada medium cat air. Perkembangan seni moden justeru menenggelamkan seni lukis cat air, yang mana secara umumnya hanya tertumpu kepada penghasilan imej-imej yang berulang-ulang. Semen-tara itu di Singapura, Nanyang Academy of Fine Arts turut memberi sumbangan kepada kaedah-kaedah baru pendidikan dan praktis seni dengan kerangka pendidikan seninya sendiri, dan ini justeru menandakan kemunculan pendekatan-pendekatan modenisme, lantaran itu menjadi isyarat tamatnya riwayat seni lukis bertunjangkan cat air yang telah ber-langsung untuk satu jangka masa yang lama.
1 Medium cat air tidak digunakan secara meluas di kebanyakan rantau Asia Tenggara untuk tujuan-tujuan dokumentasi.
2 Kecuali negara Filipina, memandangkan penjajahan begitu lama oleh Sepanyol dan peranan besar yang dimainkan oleh para mubaligh Katolik di sana, yang menganggap seni suatu alat penting untuk pendidikan agama rakyat yang dijajah. Terdapat sekurang-kurangnya tiga buah sekolah seni formal yang didirikan pada abad ke-19, termasuklah Academia de Dibujo y Pintura pada 1850, yang mana antara pelajar-pelajarnya ialah Juan Luna dan Felix Resurrection de Hidalgo. Pada 1925, pelukis Perancis, Victor Tardieu, mengasaskan École Supérieure des Beaux Arts de l’Indochine di Hanoi, atas arahan Gabenor Jeneral, dengan matlamat menggalakkan kreativiti seni tempatan, dan berasaskan pada kedua-dua tradisi seni lukis tempatan dan seni moden Barat. Lukisan cat minyak turut menjadi medium pilihan pelukis-pelukis Eropah dan Indo-Eropah/Indonesia yang berkarya dalam kerangka genre romantik Mooi Indie di kawasan Hindia Timur Belanda sejak akhir abad ke-19. 3 Huraian lanjutan dan imej-imej karya-karya Charles Dyce serta Edward Cree boleh ditemui
dalam buku-buku berikut. Lim Chong Keat, Penang Views: 1770–1860, Pulau Pinang: Summer Times Publishing 1986, dan Irene Lim, Sketches in the Straits: Nineteenth-century watercolours and manuscript of Singapore, Malacca, Penang and Batavia by Charles Dyce, Singapura: Muzium NUS, Universiti Kebangsaan Singapura 2003.
4 Pada tahun 1885, Swettenham mengembara ke Pahang dengan George Giles, pelukis kerajaan. Mereka menghasilkan lukisan-lukisan cat air, dan beberapa buah lukisan dilukis oleh mereka berdua (Lim Chong Keat, Frank Swettenham and George Giles: Watercolour and Sketches of Malaya 1880–1894, Singapura: Summer Times Publishing 1998, h. 10-25). 5 Dorothea Aldworth dan Mary Barnard disebut dalam J.M. Gullick, Old Kuala Lumpur, New
York: Oxford University Press 1994.
6 Maya Jayapal, Old Singapore, New York: Oxford University Press 2001.
7 Kwok Kian Chow, Channels and Confluences: A History of Singapore Art. Singapura: National Heritage Board 1996.
8 Walaupun kebanyakan “pelukis-pelukis cat air” ini menjalani latihan dan pendidikan yang agak lama, tetapi mereka bukanlah kelompok yang mungkin dianggap sebagai pelukis-pelukis yang terlatih sepenuhnya. Emma Roberts berpendapat wanita-wanita ini memang tahu selok-belok prinsip-prinsip seni dan mempunyai banyak masa lapang untuk melukis ketika suami-suami mereka sibuk bekerja (dlm Mildred Archer, British Drawings in the India Office Library. Volume 1 Amateur Artists, London: Her Majesty’s Stationary Office 1969, h. 9). Mereka mungkin mendapat sedikit sebanyak pendidikan seni sebelum menyertai suami-suami mereka berkhidmat di luar negara.
kaedah yang lebih bersifat sinkretik. Pendekatan “Barat”, seperti yang dipakai oleh Abdullah Ariff, kelihatan lebih memberi tumpuan kepada melukis butir-butir terperinci dengan susunan latar depan, tengah dan belakang.19 Kemungkinan besar Abdullah, yang mendapat pendidikan awalnya di sebuah sekolah Anglo-Chinese, terdedah kepada seni cat air sejak kecil lagi menerusi buku-buku dan contoh-contoh karya yang sedia ada waktu itu.20 Pendekatan yang lebih sinkretik diamalkan oleh be-berapa pelukis Cina, sama ada yang berhijrah mahupun yang lahir di sini, yang menerima pengaruh dari kedua-dua seni lukis Barat dan China.21 Pelukis-pelukis penghijrah tersebut telah menyerap prinsip-prinsip seni lukis Barat dan Timur ketika belajar di China, manakala rakan-rakan sealiran mereka yang lahir di sini mendapat didikan seni lukis China dan diperkenalkan kepada medium cat air sewaktu di zaman persekolahan. Cara mereka mengendali medium cat air mencerminkan kespontanan sapuan berus dan teknik mewarna dengan kurang penekanan diberikan kepada butir-butir terperinci.22
Pergolakan politik serta kemelut budaya yang berlaku di China men-jelang permulaan abad ke-20 mengakibatkan penghijrahan beramai-ramai para intelektual China ke Malaya. Fenomena ini, tidak dapat tidak, lantas memacu kemajuan serta menekankan peri penting pendidikan budaya di sekolah-sekolah vernakular di Malaya. Apabila Peter Harris dilantik selaku Penguasa Seni Lukis Persekutuan Malaya pada tahun 1951, sekolah-sekolah aliran China sudahpun mempunyai subjek seni lukis dalam sukatan pelajaran mereka. Ketika itu, guru-guru seni lukis yang pernah mendapat didikan seni menjadi tenaga-tenaga pengajar di sekolah-sekolah menengah.23 Kita dapat lihat kemajuan seni lukis cat air di sekolah-sekolah berlaku secara tidak tersusun, akibat tiada usaha seragam bagi mempromosi seni, apalagi seni lukis cat air, di sekolah-sekolah di Malaya secara amnya.24
Tahun-tahun 1950-an mungkin boleh dilihat sebagai satu dekad peralihan dalam praktis seni lukis tempatan. Wajar diambil perhatian betapa walau-pun pelajar-pelajar dihantar ke luar negara untuk menimba pendidikan seni secara formal, tetapi praktis cat air masih besar pengaruhnya di Semenanjung. Apabila pelajar-pelajar tersebut pulang ke tanah air sekitar penghujung 1950-an dan 1960-an, setelah didedahkan kepada pelbagai pendekatan, kemungkinan, kaedah dan isu berkenaan pengkaryaan seni kontemporari, mereka menyemarak dan mengaktif persada seni tem-patan dengan gaya-gaya seni internasional. Sempadan-sempadan seni
pelukis-pelukis nanyang: ekspresi beraneka ragam di lautan selatan kelvin chuah