• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menuntut/Menuntut Semula Jatidiri Kebangsaan dalam Seni Rupa Malaysia

Bahagian kedua jilid pertama Naratif Seni Rupa Malaysia ini terdiri dari-pada sebelas buah esei. Penulisan-penulisan ini membicarakan perihal seni rupa Malaysia serta pengalaman dan konsep identiti dan bagaimana ia membina pertarungan di antara pelbagai praktis, naratif dan wacana kesenian yang bersaing. Pelukis-pelukis tempatan sudah menghadapi masalah sebegini sejak tahun 1930-an, dan lebih ketara lagi sesudah za-man penjajahan pada tahun 1950-an dan 1960-an. Usaha-usaha untuk membentuk sebuah identiti kebudayaan kebangsaan, yang disentuh oleh ramai penulis di sini, yang bermula pada 1970-an, membangkitkan konflik antara tradisi dan modeniti, justeru mencerminkan apa yang berlaku da-lam masyarakat Malaysia secara amnya pada waktu ini. Pencarian sebuah identiti kebudayaan mewujudkan lebih banyak bentuk seni non-figuratif yang berteraskan khususnya budaya Melayu dan rekabentuk Islam. Ter-dapat juga satu peringkat di mana penggunaan bentuk tubuh manusia dielakkan dalam pembikinan arca dan seni dua dimensi.

Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) pada tahun 1971 memberi ruang yang besar kepada para pelukis Melayu untuk melihat kembali warisan kebudayaan mereka. Penemuan semula simbol dan imej tradi-sional memberi semangat kepada mereka untuk mendepani hegemoni estetik dan modeniti Barat, dan untuk membuktikan penguasaan bangsa mereka. Walau bagaimanapun, sentimen etno-religio-nasionalis Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) tidak begitu menyenangkan para pelukis bukan Melayu. Dengan menganggap dasar tersebut bertujuan meminggir budaya dan identiti kaum mereka, mereka mulai mempersoal rangka-rangka sosio-budaya yang diwujudkan kerajaan.

Tuntutan dan persaingan identiti menjadi semakin genting sejak 1980-an dan seterusnya bilamana beberapa orang pelukis bertindak untuk kembali ke akar Melayu dan untuk sebuah kebangkitan Islam, sementara yang lain-nya, jika tidak mengabsahkan prejudis masing-masing, menuntut pendeka-tan budaya yang pelbagai dalam penghasilan seni. Para pelukis Malaysia pada tahun 1990-an dan 2000 menghadapi keadaan politik identiti yang berbeza dari segi penonjolan diri yang berubah-ubah, tidak jelas, hibrid akibat kemunculan budaya-budaya global di era pascamoden ini.

strak yang bertunjangkan surrealisme dan automisme tampil, khususnya dari kalangan pelukis kolektif Anak Alam. Gelombang keempat menyak-sikan kedatangan abstraksi yang menumpukan pada bentuk dan metod penghasilan budaya Islam dan Timur. Pelukis-pelukis abstrak semenjak tahun 1990-an kelihatan memberi penekanan terhadap penerokaan bahan dan media, selain pada cara serta format persembahan.

T.K. Sabapathy memulakan Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia, yang mengiringi pameran bertajuk serupa pada tahun 1976, dengan penera-ngan ringkas mengenai dua aliran utama arca moden: vitalisme dan kon-struktivisme. Karya-karya arca di Malaysia pada waktu itu kebanyakannya bersifat vitalistik dan menekankan “tenaga gambaran dan penguasaan ketukangan”. Walaupun jumlah pengarca konstruktivis agak kecil, mereka memberi satu pendekatan alternatif kepada arca, merujuk teori-teori persepsi, komunikasi dan sains kemanusiaan, serta membuat penyelidikan bentuk secara epistimologikal dan ontologikal. Ketidakpopularan arca, seperti yang dihujah oleh Sabapathy, mungkin berpunca daripada “ciri-ciri yang berkait dengan orientasi-orientasi budaya, dan institusi-institusi yang menguasai seni lantaran “latarbelakang keIslamannya dan ikatannya yang kuat pada tradisi budaya pertukangan” di Malaysia.

Pada permulaan esei Cerita Arca Malaysia beliau, Tengku Sabri Ibrahim menggariskan dua “idea arca” yang wujud di Malaysia: yang pertama terbina dari estetik Barat sepertimana yang diterangkan T.K. Sabapathy, yang kedua, dari kerangka kraf asli. Walaupun mempunyai latihan dalam bidang arca moden, Tengku Sabri sedari awal sudah didedahkan kepada seni ukiran tradisional Melayu amalan beberapa tokoh ternama, termasuk bapanya sendiri, yang mendidik beliau tentang konsep Islamik estetik Melayu, dan teknik-teknik seni tradisional. Beliau menyorot beberapa pameran arca di penghujung tahun 1990-an dan 2000 yang menampilkan strategi kuratorial yang berbeza-beza. Pertumbuhan arca-arca awam di seluruh negara sayangnya menunjukkan betapa “beragamnya senario arca Malaysia”. Tahun 1990-an bagi Tengku Sabri bukan sahaja masa untuk merenung semula konflik “idea-arca” yang dihadapinya, tetapi juga untuk mendalami arca, instalasi dan karya multimedia bersifat eksperimental, intelektual, kontekstual, interaktif dan kolaboratif yang dihasilkan oleh artis-artis muda Malaysia.

Di penghujung esei beliau bertajuk Tubuh dalam Seni Moden Malaysia, Izmer Ahmad mengajak kita mempertimbangkan betapa “wacana berke-Menerusi Islam dan Seni Moden di Malaysia: Wacana Pengantar,

Safrizal Shahir mengulas perhubungan di antara Islam dan seni moden di Malaysia sejak pertengahan abad ke-19, dan membincang beberapa karya kontemporari yang dibingkai faham Islamisme. Penjajahan British menandakan bermulanya anjakan dalam nilai-nilai sosio-budaya, dan memperkenalkan penampilan modenis pada amalan-amalan seni visual. Beliau menganggap permulaan kepada idiom kesenian moden boleh ditemui pada lakaran-lakaran Munshi Abdullah yang dihasilkan seawal 1846. Komentar Syed Sheikh Al Hadi dalam jurnal Al Ikhwan memapar-kan bahawa seni moden telah dibantah oleh masyarakat Melayu-Islam seawal tahun 1920-an. Pengolahan estetik Islamik dalam seni moden Malaysia, tegas Safrizal, melibatkan penerapan nilai-nilai Islam ke dalam bentuk-bentuk seni Barat, dan juga sebaliknya.

Esei Sulaiman Esa bertajuk Identiti Islam dalam Seni Rupa Malaysia: Pen-capaian dan Cabaran terbahagi kepada empat bahagian. Pada bahagian pertama, Sulaiman menerangkan bagaimana kepercayaan, metafizik dan falsafah keindahan Islam mempunyai rujukan yang kuat pada seni tradisional Melayu dan sifat kedirian. Proses menidakkan Islam ke-tika penguasaan British, yang disentuh secara ringkas pada bahagian kedua, mencetus krisis jatidiri psiko-spiritual di kalangan para pelukis Melayu sewaktu “Zaman Modenis”. Bahagian ketiga meneliti isu-isu jatidiri selepas Kemerdekaan, yang kelihatan terjawab dengan pelan-caran KKK dan kemunculan kebangkitan Islam. Beliau menekankan bahawa tindakbalas para pelukis terhadap aspirasi KKK harus diteliti dari empat perspektif. Beliau sete-rusnya menyenarai empat tema dalam seni Melayu-Islam. Bahagian akhir memperkatakan tentang kejayaan dan cabaran yang dialami para pelukis Melayu dalam usaha mereka menebus semula identiti Islam.

abstrak, arca, tubuh, batik & di sebaliknya

Tema dan Pendekatan Mujarad dalam Seni Moden Malaysia, sebuah lagi esei oleh Safrizal Shahir, memperjelaskan lima fasa dalam perkembangan gaya abstrak seni moden Malaysia. Gelombang pertama berkembang sekitar pertengahan 1950-an, dan ditunda oleh bentuk ekspresi-diri yang ilusionistik dan subjektif yang diserap dari persekitaran tempatan. Gelom-bang kedua, sekitar lewat 1960-an, dicirikan oleh pendekatan-pendekatan non-ilusionistik dan objektif, diwakili oleh karya-karya konstruktivis dan neo-plastik pelukis-pelukis New Scene. Di pertengahan 1970-an, seni

ab-motif-motif bukan representasi yang diambil dari budaya tradisional sebagai tindakbalas kepada DKK dan kebangkitan Islam. Kecenderungan pascamodenis asal di kalangan para pelukis muda telah digambarkan oleh karya-karya multi-dimensi dalam Salon Malaysia 1991/92, yang bukan memerlukan pembacaan secara formalistik tetapi secara sosio-budaya-politikal. Para artis ini seolah-olah cuba mencadangkan bahawa isu iden-titi dalam seni Malaysia bukan sekadar berkait dengan pertembungan antara budaya Barat dan tempatan, tetapi terutamanya dengan “Situasi Malaysia”. Mempertimbangkan penolakan mereka terhadap hegemoni seni Barat, karya yang dihasilkan oleh artis-artis Islamik dan artis-artis muda ini menjadi contoh usaha-usaha “pascamodenis”.

Himpunan esei ini menggambarkan kisah perjalanan seni yang agak kompleks, berbeza namun menarik yang dilalui pelukis-pelukis (dan penulis-penulis seni) Malaysia untuk membentuk, menuntut dan bersaing demi merangka pelbagai versi identiti Malaysia. Wacana mengenai apa yang terbaik mewakili jatidiri adalah sebuah kisah yang tiada berpenghu-jung, dan kadangkala kelihatan sia-sia. Persoalan identiti dalam seni rupa Malaysia, sama ada berteraskan regionalisme, spiritualisme, globalisme, multi-budaya, cauvinisme bangsa, Ketuanan Melayu, Ketuanan Rakyat, 1Malaysianisme, atau idea tentang Melayu seperti yang terangkum da-lam Perlembagaan Rakyat yang pada asalnya diusul PUTERA-AMCJA, menunggu masa untuk diselesaikan, mahupun direvolusikan.

naan tubuh dalam seni rupa Malaysia pada asasnya bersangkut paut den-gan ideologi”. Beliau mencatit perkembanden-gan pelakuan tubuh tempatan sebagai penanda identiti dalam lukisan Malaysia sejak zaman penjajahan hingga selepas era KKK untuk “menghayati dengan lebih baik hakikat pelenyapan tubuh dalam karya-karya seni sekitar 1980-an”. Beliau kemu-diannya menerangkan bahawa wacana tentang tubuh terangkum dalam persaingan ideologi. Kebangkitan Islam pada awal 1980-an bukan sahaja mencetus proses Islamisasi pada amalan tubuh Melayu-Islam, tetapi juga menghakis pewakilan tubuh dalam seni rupa. Akhirnya beliau men-jelaskan tentang subjeksi tubuh dalam jaringan signifikasi sosial, sambil membuat rumusan dengan mengatakan bahawa “pelbagai situasi jasma-niah dalam masyarakat Malaysia moden… memperlihatkan wujudnya tenaga inskriptif ideologi ke atas tubuh…”.

Yee I-Lann menamakan esei beliau sempena tajuk karya kolaj 1968 Joseph Tan Love Me in My Batik (Cintai Aku yang Berbaju Batik). Seni batik mempunyai “bahasa signifikasi dan pemaknaan yang licik”, dan oleh itu menampilkan “agenda-agenda yang besar serta idea-idea yang jitu”. Ia mula digunakan pada tahun 1950-an dan 60-an, rata-rata oleh pelukis-pelukis Cina, untuk merangka sebuah amalan kebudayaan baru yang di-gerakkan oleh semangat patriotisme dan kebangsaan. Sejak tahun 1970-an hingga 1980-an, pelukis-pelukis Melayu menonjolkan batik sebagai ba-han dan sumber subjek dan motif berkaitan tradisi, budaya, lokaliti dan kepercayaan mereka, untuk menandakan aspek keMelayuan pasca ko-lonial mereka. Apa yang menarik bagi beliau adalah cara batik menjadi “kitsch serba politikal”, diserap ke dalam budaya popular serta menjadi alat propaganda kerajaan, dan pada waktu sama menjadi semacam “kulit” yang membaluti konsep identiti kebangsaan. Beliau mengutarakan ko-mentar Ismail Zain dan Redza Piyadasa untuk menunjukkan bagaimana penekanan terhadap sentimentaliti mengakibatkan kekurangan unsur kritikaliti dalam pengolahan seni dan kraf tradisional, termasuk batik, sebagai bahan dan subjek seni halus.

Esei Zainol Shariff, Ke Arah Wawasan Alternatif: Idea Seni Rupa Ma-laysia Sejak 1980, dimulai dengan perbincangan mengenai dua bentuk manifestasi Islam dalam seni moden Malaysia yang melibatkan penolakan figura. Seni batik, kata beliau, adalah bahan “terawal serta paling lama bertahan” yang mentakrif identiti seni Malaysia. Ketika lukisan batik pada tahun 1950-an dan 1960-an memaparkan subjek-subjek sosial, fizikal dan geografikal, pada tahun 1980-an ia berganjak kepada penggunaan

menulis dan melukis dalam kesenian tradisional melayu: impaknya dalam seni rupa kontemporari – kajian nilai budaya siti zainon ismail

Menulis dan Melukis dalam