• Tidak ada hasil yang ditemukan

di Malaysia: Wacana Pengantar SAFRIZAL SHAHIR

Diulangcetak di sini dengan izin Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur dan pengarangnya.

Islam dan Seni Moden

di Malaysia: Wacana Pengantar

SAFRIZAL SHAHIR

Esei ini merupakan tinjauan berupa pengantar terhadap perhubungan Islam dengan seni moden yang berkembang di Malaysia. Tinjauan dibuat dalam beberapa perspektif dan tidak terhad kepada pendekatan tertentu. Antara perkara yang ditinjau adalah aspek nilai dan elemen-elemen keislaman yang wujud pada karya-karya seni visual dalam konteks sejarah seni moden Malaysia. Namun sukar untuk membahaskan aspek nilai dan elemen dalam karya-karya tanpa kita memahami asas idea yang melatari sejarah pemikiran, sehingga terbentuknya karya-karya seni yang dirujuk. Penolehan ke belakang untuk meninjau aspek sosio budaya dan sejarah dilakukan untuk memberi gambaran dan idea asas kepada anjuran dan penelitian semasa yang ingin diketengahkan. Esei ini merupakan tinjauan pengantar yang luas dalam usaha memahami matriks penghasilan karya-karya seni terdahulu, sebelum kemudiannya berbicara mengenai beberapa karya seni moden atau sezaman yang bersangkutan dengan idea tersebut.

latar idea

Islam sebagai agama atau lebih tepatnya ad-din1 telah lama dianuti oleh penduduk tempatan.2 Kesannya Islam telah menjadi sebegitu integral dan sekaligus instrumental dalam perkembangan kehidupan yang men-cakupi aspek sosio budaya masyarakat. Dalam memahami konteks ini, Islam telah memainkan peranan besar membina pandangan setempat terhadap aktiviti dan kreasi seni secara umumnya di rantau Nusantara.3 Proses timbang terima atau adunan antara nilai fahaman sedia ada dan sebelumnya dengan Islam, dalam kes kesenian ini adalah situasi yang begitu unik kepada batas geografi Nusantara. Proses yang mengambil masa panjang itu telah menyerlahkan nilai atau weltanschauung berbeza; sesetengahnya baharu dalam konteks ketamadunan Nusantara. Perkembangan proses transformasi bentuk-bentuk kesenian visual yang dahulunya berupa atau bernilai berasaskan fahaman bukan Islam, secara perlahan-lahan diberi bentukan dan nilai Islamik. Keadaan ini men-zahirkan bentuk-bentuk seni yang berbeza dan unik berdasarkan sifat

safrizal shahir islam dan seni moden di malaysia: wacana pengantar

kepengaruhan yang luas dan pelbagai. Namun proses yang berlaku secara perlahan-lahan tersebut kemudiannya terencat akibat faktor-faktor luaran yang menghalang perkembangannya. Antara faktor utama yang boleh diketengahkan adalah penjajahan. Begitupun, tidaklah mudah atau bijak seandainya faktor penjajahan dianggap perencat utama dalam meneng-gelamkan transformasi bentukan seni tersebut. Hal ini disebabkan tiada bukti kukuh yang menunjukkan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris membuat dasar untuk menghalang perkembangan kesenian visual tem-patan. Tiada juga bukti kukuh menyokong hujah bahawa pihak penjajah telah berusaha memperkembangkan kesenian Barat terhadap landskap budaya tempatan.

Sebaliknya, secara tidak langsung penjajah terakhir yang lama menjajah Tanah Melayu iaitu Inggeris telah menyerapkan nilai dan kerangka Barat (dibaca modenisme) dalam aspek sosio budaya tempatan secara lebih mendalam.4 Seperti diketahui, menjadi dasar pihak Inggeris untuk tidak terbabit dalam adat dan keagamaan sewaktu menjajah Tanah Melayu. Namun begitu, kewujudan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu memberi kesan terhadap fahaman dan anutan nilai Barat terhadap anak-anak tempatan. Di sinilah sebenarnya bermula pertumbuhan faham modenisme dalam sosio budaya tempatan.

Dari perspektif perkembangan Islam di Tanah Melayu, pada tahap pen-jajahan Inggeris jugalah bermulanya cabaran Barat atau lebih tepatnya pengaruh pemikiran dan nilai moden terhadap Islam yang dianuti pen-duduk tempatan. Melalui aspek pentadbiran, yang meliputi hal kesihatan dan pendidikan (antaranya), pihak Inggeris telah memperkenalkan ele-men modeniti dalam ruang sosio budaya setempat.5 Situasi yang bermula sekitar awal abad ke-19 ini seterusnya berkembang sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, dan pentadbiran oleh anak tempatan seterusnya mengaplikasikan mekanisme moden dalam segenap aspek kehidupan sehingga kini.

Dengan resapan perlahan namun tekal, pemikiran modenisme mula mempengaruhi sifat pemikiran tradisional iaitu Islam, yang sebelum itu menjadi integral. Adalah benar bahawa bagi kesenian, dalam konteks ini seni visual, Islam bukanlah satu-satunya pengaruh yang menzahir-kan bentumenzahir-kan atau pemikiran kesenian tempatan. Elemen kemelayuan dalam kerangka Nusantara, yang terbit dari pengaruh Hindu, Buddha dan Animisme juga telah memberi sifat dan sebahagian watak kepada

bentukan tersebut. Namun seperti disebut di atas, selepas kehadiran-nya, Islam telah menjadi sendi asas kepada sebarang pertimbangan atau perubahan bentukan seni yang wujud.

Berdasarkan huraian pendek di atas, boleh diusulkan bahawa masukan modenisme dalam kerangka kesenian visual tempatan bermula dengan kehadiran penjajah Inggeris, yang menyebarkannya secara langsung atau tidak dalam ruang sosio budaya tempatan. Kemasukan itu pula bukanlah dalam bentuk nyata yang konkrit dan berstruktur6 sebaliknya bermula dengan sifat pemikiran dan nilai. Lama selepas itu, apabila hampir keseluruhan nilai dan pemikiran moden sudah diterima atau diserasikan anak tempatan, barulah usaha dan tindakan konkrit untuk mewujudkan idealisme dan praktis seni moden itu muncul dalam land-skap sosio budaya tempatan. Jajaran perkembangan kesenian visual moden tempatan berdasarkan ideologi modenisme tersebut turut dapat digerakkan melalui pelantar kefahaman ini. Ciri-ciri tersebut (seni moden Malaysia) amat unik, diterjemahkan hasil pertembungan atau siratan-siratan ideologi lain yang ikut serta atau terapung bersama akibat sosio budaya dan sejarah lampau.

Dalam kerangka ini, yang menjadi landas pengucapan seni adalah aspek modenisme seni visual yang berteraskan faham Barat. Faham Barat umumnya bersifat sekular sementara aspek Islam atau keislaman pula cuba disesuaikan, diserap atau digembleng bersama dalam penyataan visual moden tersebut. Sebagai huraian, boleh dianjurkan bahawa jenis seni moden yang muncul daripada pengkarya-pengkarya tempatan itu adakalanya berdilema dengan keperluan Islam dan kehendak seni moden. Ia berbalik kepada persoalan asas iaitu; Apakah kesenian Islam? Apakah ke-senian Islam Malaysia? Apakah seni moden? Apakah seni moden Malaysia? Bolehkah wujud seni moden Islam Malaysia? Atau, bolehkah wujud seni Islam moden Malaysia? Persoalan ini tidak dapat dijawab secara tuntas dalam pemerhatian sederhana yang singkat. Hal yang menyentuh aspek seni, Islam, modenisme (bahkan pasca moden) dan perhubungan-nya dengan batas geografi Malaysia ini perlu diperhalusi secara cermat, luas, mendalam dan kritikal. Persoalan asasi tersebut tidak akan dijawab menerusi esei ini dan boleh dihuraikan dalam kesempatan lain. Namun begitu dengan semangat sebuah pengantar, boleh dianjurkan bahawa ke-senian visual moden yang telah mula diusahakan di Tanah Melayu sekitar pertengahan abad ke-19 sehingga kini sebenarnya mempunyai ciri dan nilai keislaman yang berbeza-beza tahap penekanan dan tafsirannya.

safrizal shahir islam dan seni moden di malaysia: wacana pengantar

sejarah pertemuan tahap awal

Pada abad ke-19, Tanah Melayu atau khususnya Negeri-negeri Selat dipengaruhi arus perubahan pembangunan yang diperkenalkan pihak Inggeris. Aktiviti perniagaan dan perusahaan contohnya memberi kesan terhadap perkembangan sosio budaya tempatan. Salah satu darinya adalah aktiviti percetakan yang dikatakan bermula di Melaka pada tahun 1846.7 Melalui aktiviti atau perniagaan inilah terciptanya sejarah dalam perkem-bangan seni visual moden tempatan, apabila buat pertama kalinya sketsa atau lakaran moden anak tempatan dicetak dan disebarkan dalam bentuk buku. Lakaran atau lukisan dalam buku Hikayat Abdullah menandakan pertemuan bersejarah di antara modenisme, budaya Melayu dan Islam dalam bentuk seni visual. Buku Hikayat Abdullah tersebut dikatakan mengandungi lakaran, lukisan, rajah dan peta yang dipercayai dibuat sendiri oleh Munshi Abdullah.8

Kreasi ciptaan visual Munshi Abdullah, walaupun pada hari ini disifatkan lebih sebagai sebuah ilustrasi, adalah penting kerana karya-karya terse-but merupakan bukti kukuh dan awal aplikasi moden seni visual anak tempatan. Berdasarkan bukti tersebut boleh dikatakan bahawa Munshi Abdullah adalah anak tempatan terawal yang berbakat moden dalam hal lukisan. Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Noor menyatakan; “Hikayat Abdullah memperlihatkan kepada kita...(bahawa) Munshi Abdullah mempunyai bakat yang besar dalam seni visual. Ilustrasi usungan raja Diraja”, “jenis-jenis hukuman”, “ilustrasi pedang” dan “ilustrasi polong dan penanggalan” dilukis dengan penuh kesedaran dan keyakinan. “Stroke-nya” menggam-barkan Abdullah seorang pelukis yang serius”.9

Paling penting dalam konteks ini adalah keupayaan Munshi Abdullah melukis atau melakar dalam fahaman moden.10 Beliau dikatakan melukis berdasarkan pemerhatian langsung keadaan atau peristiwa yang berlaku di hadapan matanya.11 Keadaan ini memperkuatkan hujah dengan bukti kukuh bahawa modenisme dalam seni visual oleh anak tempatan ber-mula semenjak pertengahan abad ke-19. Kandungan dan idea lukisan atau lakaran itu pula berlegar sekitar budaya Islam Melayu. Keadaan ini sesungguhnya unik dan penting kerana buat pertama kalinya juga anak tempatan yang beragama Islam mula menghasilkan karya seni visual dalam nada moden (atau dibaca Barat).

Penghasilan lukisan dan lakaran visual moden secara bercetak bagi menghiasi teks dalam sesebuah buku bernada Islam Melayu dilakukan

ilustrator Hasan Agha. Karya-karya beliau termuat dalam sebuah buku bertajuk Syair Indra Sebaha yang terbit pada tahun 1891 dan dicetak oleh Haji Muhammad Siraj, Kampung Gelam, Singapura.12 Apa yang menarik tentang imej lukisan tersebut adalah ia dilukis dengan gaya lukisan Mughal dalam kesedaran-kesedaran moden.13 Seterusnya pada tiga dekad pertama abad ke-20, tradisi lukisan ilustrasi moden bagi menghiasi buku, majalah dan akhbar telah berkembang dengan sebegitu pesat. Terdapat beberapa anak tempatan yang menghasilkan lukisan-lukisan moden tersebut, antaranya Mohd Said Haji Husain dan Abdullah Ariff. Kehadiran lukisan-lukisan tersebut mempunyai signifikasi besar. Kepen-tingannya bukan hanya dalam konteks sejarah seni visual moden Malaysia. Lebih penting adalah pengaruh modenisme seni visual tempatan menjadi lebih berbekas dalam persekitaran yang disifatkan kuat berpegang kepada adat budaya Melayu berteraskan Islam. Umumnya dalam konteks tradi-sional Melayu berteraskan Islam, gambaran imej visual dibuat secara separa mujarad atau mujarad penuh. Tradisi atau adat tersebut kuat di-pegang dan dipraktikkan dalam konteks bentukan seni tradisional. Namun kehadiran penjajah Inggeris dengan aspek modenisme dan mo-denitinya telah merubah landskap itu. Perubahan kaedah kesenian visual dari tradisional kepada moden lantas berlaku. Secara perlahan-lahan juga perubahan nilai atau kosmologi pemikiran anak tempatan berubah dari berpaksikan adat dan Islam kepada yang berpaksikan modenisme, sekurang-kurangnya dalam kes seni visual ini.

Aktiviti penulisan berkenaan lukisan oleh anak tempatan beragama Islam mula wujud sekitar tahun 1920-an. Penulisan tersebut dihasilkan oleh Syed Sheikh Al Hadi. Penulisan Jawi dalam bahasa Melayu di akhbar Al Ikhwan itu sesungguhnya agak unik dan mengejutkan memandang-kan beliau bumemandang-kanlah seorang yang mempunyai latar pendidimemandang-kan seni pada masa itu.

tahap pertemuan signifikan islam dan seni moden

Tradisi penciptaan karya-karya seni moden seterusnya berkembang de-ngan amat pesat pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an. Karya-karya yang dihasilkan itu pula secara jelas telah mengikut acuan bentukan seperti di Barat. Walaupun kandungan nilai, motif atau idea tempatan hadir dalam karya-karya tersebut secara umumnya kerangka idea utama yang digunakan dalam penghasilannya berupa faham Barat.14

safrizal shahir islam dan seni moden di malaysia: wacana pengantar

Beberapa dekad sebelum kemunculan ketara karya-karya seni moden tem-patan bernilai Barat, pengaruh kemunculan seni moden terlebih dahulu mengalami beberapa tahap pertemuan awal dengan Islam. Pertemuan formal terawal berlaku melalui pengenalan subjek lukisan yang mulanya dikenali sebagai Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1920-an. Dalam subjek lukisan ini, salah satu aktiviti yang dilakukan pelajar adalah melukis secara representational. Segelintir ibu bapa pelajar beragama Islam per-nah menentang pengajaran pengenalan subjek tersebut di sekolah. Kes tersebut dilaporkan berlaku di Jelutong, Pulau Pinang. Pemikir dan ulama terkenal Syed Sheikh Al-Hadi (1867 – 1934) melontarkan pandangannya dalam hal ini. Katanya, “Di dalam pada ini pun ajaib kita mendengarnya banyak sangat sungutannya orang-orang konon mengajar anak-anak Melayu (Islam) di dalam sekolah-sekolah melukis gambar itu ditegah oleh ugama Islam...”. Beliau menambah, “Perkara-perkara gambar-gambar ini telah menjadi suatu daripada perkara yang sangat-sangat berguna bagi kemajuan manusia sama ada gambar-gambar yang beribu-ribu tahun dahulu ataupun gambar-gambar yang baharu diperbuat orang pada masa ini”.15 Dalam kedudukan ini Syed Sheikh Al-Hadi melontar pandangan progresif tentang aspek lukisan tersebut dari perspektif Islam, berdasarkan kepentingannya secara praktikal.

Namun jika ditinjau dalam konteks sosial atau keideaan, kekangan untuk mengambil atau mendekati lukisan (Barat moden) sebagai satu aspek pembelajaran, apresiasi atau praktikal sewaktu itu lebih banyak terhalang akibat aspek adat, tradisi dan peluang. Hal ini diketengahkan memandangkan Islam tidak sepenuhnya melarang aktiviti melukis atau menggambar sebagai satu penyataan atau ekspresi seni visual. Sebaliknya, berkemungkinan juga aktiviti menggambar atau melukis tidak digalak-kan di kalangan masyarakat tempatan beragama Islam kerana pengaruh tindakan, kuliah atau penulisan alim ulama (sebelum atau pada masa tersebut) yang dijadikan panduan mereka dalam hal-hal syariat Islam. Bahkan ekspresi seni visual itu tidak secara nyata menjadi tuntutan dalam Islam. Berkemungkinan juga sikap tersebut kemudiannya menjadi budaya masyarakat Islam tempatan.

Secara asasi memang terdapat larangan terhadap aktiviti menggambar oleh umat Islam bersandarkan kepada hadith-hadith bertaraf sahih yang diri-wayatkan oleh Imam Muslim.16 Namun begitu terdapat juga keharusan ru-ang untuk aktiviti menggambar seperti yru-ang dibahaskan ulama sezaman.17

Umumnya tradisi menggambar (lukisan) Barat yang baru masuk secara perlahan telah kurang mendapat tempat berdasarkan situasi tersebut. Walaupun sendi keislaman sebegitu kuat dipegang masyarakat Islam tempatan berdasarkan anjuran Islam yang dibawa dan disebarkan oleh alim ulama tempatan, masih terdapat aktiviti yang tidak sepenuhnya mengikut aturan syariat Islam dilaksanakan ahli masyarakat. Keadaan ini terjadi khususnya dalam aspek kebudayaan dan kesenian tradisional. Dalam kesenian visual tradisional, terdapat elemen yang merupakan campuran atau gabungan berdasarkan pengaruh agama lain atau tradisi asal setempat (animisme dan sebagainya) yang berada di luar aturan syariat Islam. Tradisi tersebut seterusnya berkembang dalam aktiviti kesenian tempatan.

Berdasarkan fenomena tersebut, perkara sama turut terjadi apabila seni moden mula mendapat tempat sebagai satu penyataan seni visual utama oleh seniman tempatan. Walaupun Islam masih menjadi sendi anutan kepercayaan dalam beragama dan berkehidupan, ideologi atau pemikiran lain yang adakalanya tidak selari dengan kehendak syariat Islam turut diketengahkan secara sintetik mahupun total. Ciri-ciri yang merupakan inti kepada pertemuan Islam dengan seni moden inilah yang dikete-ngahkan oleh kebanyakan seniman tempatan.

Walaupun seni visual moden masih belum diterima secara meluas oleh masyarakat Islam tempatan pada dekad kemerdekaan (1950-an), terdapat perkembangan menarik yang boleh diperhatikan. Ini merujuk kepada perkembangan penulisan berkenaan seni moden yang mula berkembang pada dekad tersebut. Pada awal tahun 1950-an tradisi penulisan Jawi yang membincang atau mengetengahkan berita mengenai seni visual moden telah berkembang. Majalah Mastika dan Seni pada masa tersebut telah me-nyiarkan artikel atau berita mengenai seni lukis moden. Penulisan oleh M. Ashraf, Abdul Ghani Hamid, Adi Mas dan Abdul Kadir Ahmad18 berkenaan seni moden dalam majalah tersebut memperlihatkan perkembangan yang baik terhadap kefahaman seni moden itu sendiri. Dari sudut lain boleh dikatakan bahawa tradisi penulisan ini boleh dianggap sebagai percubaan awal dalam sejarah kritikan dan ulasan seni di Malaysia.

aspek dan elemen islam dalam karya seni moden malaysia

safrizal shahir islam dan seni moden di malaysia: wacana pengantar

elemen Islam dalam karya-karya seni moden di Malaysia. Pertama, bentuk Barat menyerap elemen keislaman. Kedua, bentuk keislaman menyerap elemen kebaratan.

Kedudukan pertama berlaku apabila pelukis atau seniman berkarya meng-gunakan ideologi seni moden sebagai teras falsafah, gaya dan gagasan mereka. Titik punca mereka mengerjakan karya itu bergerak dari sifat, mekanisme dan pengaruh seni moden Barat. Asas dan bentukan karya mereka secara dasarnya mewakili idea dan praktik seni moden Barat. Kandungan karya mereka kemudiannya mengetengahkan idea-idea yang berciri keislaman. Ia diserlahkan melalui beberapa cara antaranya peng-gunaan imej, motif dan teknik-teknik tertentu berkaitan tradisi budaya visual bersendikan Islam yang diperolehi dari sumber yang pelbagai. Merujuk kepada sejarah perkembangan seni moden Malaysia pasca merdeka, kedudukan pertama inilah secara majoritinya dipraktikkan oleh kebanyakan seniman visual tempatan. Seniman-seniman dari kedudu-kan ini biasanya mendapat pendidikedudu-kan secara formal dalam bidang seni halus dari kerangka sistem Barat. Idea, sifat dan praktik bentukan seni yang mereka ketengahkan terhasil dari fahaman Barat yang dipecahkan mengikut genre-genre tertentu seperti catan, arca, fotografi atau cetakan. Prosedur dan disiplin penciptaan karya mereka juga mengikut cara Ba-rat. Ia termasuk arus gagasan nilai tentang aspek keindahan, aturan dan aspek bentukan yang biasanya dirujuk hasil dari pengaruh sejarah dan teori seni Barat.

Karya-karya seni yang tercipta dari kedudukan ini pada dasarnya ber-bentuk Barat dan dengan mudah dapat ditafsirkan sebagai satu ber-bentuk asli seni moden berciri Barat. Namun seperti yang telah disebutkan tadi, masukan elemen keislaman atau yang berkaitan dengan budaya visual bersendikan Islam telah membuatkan karya-karya sebegini agak berbeza dari segi ciri visualnya berbanding karya-karya yang secara total merujuk kepada sifat dan elemen bentukan seni moden Barat.

Contoh karya seni yang dibuat dalam kerangka ini adalah daripada Syed Ahmad Jamal. Beberapa karya catan dan arca beliau yang meman-faatkan aspek keliutan bentuk dari fahaman seni moden digembleng den-gan elemen tulisan Jawi atau tema keislaman [25, 55]. Seniman-seniman moden tempatan lain antaranya seperti Ahmad Khalid Yusof, Abdul Ghaffar Ibrahim dan Husin Hourmain turut menerapkan aspek tersebut

dalam karya-karya mereka. Penggunaan elemen kaligrafi Jawi sebagai subjek atau motif dalam karya-karya seni moden tempatan sebenarnya agak popular. Hubungkait antara Islam dan kaligrafi Jawi amatlah rapat, memandangkan huruf-huruf tersebut secara geneologinya berkait dengan bahasa Arab yang digunakan di dalam Al-Qu’ran.19 Semangat eksperimentasi tersebut juga mungkin tergesa dengan sifat keliutan dan keanjalan kaligrafi sebagai satu elemen imej yang bersifat “bebas namun terkawal” [53, 77].

Dari sudut lain, terdapat juga pelukis-pelukis seni moden tempa-tan yang mengangkat aspek keideaan yang lebih mendalam untuk memerikan elemen keislaman melalui karya mereka. Bermula pada akhir tahun 1970-an sehingga kini, Sulaiman Esa telah cuba memberi penyataan dialog atau monolog menerusi idea-idea keislaman dalam karya-karya seni modennya. Pada tahun 1980-an Sulaiman Esa telah mula mengerjakan karya seni yang memerikan teknik-teknik yang dimanfaatkan daripada bahan serat [101]. Pada waktu yang sama beliau telah cuba memvisualkan idea-idea Islamik yang bersifat kosmologikal dalam karya-karyanya. Beliau dilihat telah mencuba untuk mengete-ngahkan praktis dan idea kesenian bersendikan elemen keislaman secara lebih kukuh.

Penerokaan secara serius idea-idea konseptual dalam menterjemah dialog atau monolog terhadap Islam menerusi karya-karya seni ini juga merupakan satu ciri khusus yang muncul dalam konteks perkembangan seni moden Malaysia. Lebih menarik apabila di sekitar tahun 1970-an lebih banyak seniman telah terpanggil untuk mencipta karya-karya yang menyentuh aspek visual berciri keislaman. Fenomena ini berlaku mungkin disebabkan senario sosio politik dan sosio budaya yang berlaku di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

Karya-karya yang lebih bernada dan berciri konseptual tersebut keliha-tan lebih dingin dan bening. Ponirin Amin pada akhir tahun 1970-an dan 1980-an turut mengangkat idea-idea keislaman melalui karya-karya seni cetaknya dengan tafsiran yang bersifat ideologikal dan berstrategi semiologi [76]. Tradisi yang sama juga dapat dilihat dalam karya-karya arca oleh Zakaria Awang. Karya-karya arca beliau telah cuba membawa inti-inti idea islamik yang diketengahkan dengan bijak melalui pemanfaatan ruang dan pilihan bahantara. Aura arca-arca beliau dapat dicirikan dengan sifat kepegunan diam yang kontemplatif atau adakalanya lirikal, namun

safrizal shahir islam dan seni moden di malaysia: wacana pengantar

berkonteks secara mendalam dengan aspek-aspek keislaman [103].20 Terdapat juga karya-karya seni moden tempatan yang meneroka aspek metafizik atau kosmologi Islam dengan tegar. Karya-karya catan Anuar Rashid yang berbeza sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyerlahkan sifat dan idea yang secara luarannya disebut “melampaui batas realiti fizik”. Beliau meneroka realiti dan gelombang kosmologi berkaitan Islam yang tersendiri. Keadaan ini sesungguhnya telah