• Tidak ada hasil yang ditemukan

CARA MENGANALISIS DATA Analisis Pemerhatian

Penguasaan Kemahiran Bahagi Menggunakan Petak Istimewa

CARA MENGANALISIS DATA Analisis Pemerhatian

Pengkaji membuat analisis terhadap pemerhatian yang dijalankan terhadap kekerapan responden menggunakan teknik jari semasa menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula dalam lembaran kerja 1 dan 2 dengan menggunakan kaedah peratusan.

Analisis Dokumen

Pengkaji menganalisis data berdasarkan hasil markah responden dalam lembaran kerja 1 dan 2 dengan menggunakan kaedah pengiraan peratusan untuk menilai penguasaan dan pencapaian responden dalam topik penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari.

Markah (%) = Jumlah soalan yang mendapat jawapan betul x 100 % Jumlah soalan

Peratus Kekerapan (%) = Bilangan Kekerapan x 100 % Jumlah soalan

177 Analisis Temu Bual

Pengkaji membuat rumusan dan menganalisis hasil temu bual dengan responden untuk mengenal pasti persepsi dan respon murid terhadap penggunaan teknik jari dalam menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula.

Pengkaji menganalisis hasil jawapan soalan temu bual yang diberikan oleh kelima-lima responden kajian dengan menggunakan kaedah peratusan.

DAPATAN KAJIAN

Penggunaan Teknik Jari Dalam Membantu Murid Tahun 2 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Penolakan Melibatkan Pengumpulan Semula

Pemerhatian

Pemerhatian yang direkodkan oleh pengkaji dalam jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan peningkatan dalam kekerapan responden menggunakan teknik jari dalam menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula dalam lembaran kerja 1 dan 2. Hasil pemerhatian ini menunjukkan kekerapan penggunaan teknik jari dapat membantu lima orang responden yang terdiri daripada murid-murid Tahun 2 dalam menyelesaikan soalan penolakan melibatan pengumpulan semula.

Jadual 1: Kekerapan Penggunaan Teknik Jari (Lembaran Kerja 1 dan 2) KEKERAPAN PENGGUNAAN TEKNIK JARI

Responden Lembaran kerja 1 Lembaran kerja 1 Kekerapan/10 Peratus (%) Kekerapan/10 Peratus (%)

R1 8 80 10 100

R2 7 70 9 90

R3 9 90 10 100

R4 6 60 8 80

R5 7 70 9 90

Berdasarkan Jadual 1, kekerapan penggunaan teknik jari semasa menjawab lembaran kerja 1 oleh responden R1 adalah sebanyak 80%, R2 sebanyak 70%, R3 adalah 90%, R4 adalah 60% dan R5 adalah 70%. Manakala, kekerapan penggunaan teknik jari semasa menjawab lembaran kerja 2 oleh responden R1 adalah sebanyak 100%, R2 sebanyak 90%, R3 adalah 100%, R4 adalah 80% dan R5 adalah 90%.

Rajah 2 menunjukkan graf peratusan kekerapan penggunaan teknik jari dalam lembaran kerja 1 dan 2.

Rajah 4: Graf peratusan kekerapan penggunaan teknik jari.

Peratusan Jawapan (%) = Bilangan Jawapan Ya atau Tidak x 100 % Bilangan Responden

178

Rajah 7 menunjukkan bahawa teknik jari telah dapat membantu 5 orang murid Tahun 7 dalam meningkatkan penguasaan kemahiran penolakan melibatkan pengumpulan semula.

Analisis Dokumen

Pengkaji telah memberikan lembaran kerja A dan B kepada setiap responden sebagai latihan dan pengukuran berkaitan pemahaman mereka terhadap penggunaan teknik jari dalam menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula.

Pengkaji memerhatikan kekerapan setiap responden menggunakan teknik jari semasa melakukan pengiraan soalan latihan dalam lembaran kerja 1 dan 2. Markah kelima-lima responden dalam setiap lembaran kerja 1 dan 2 direkodkan dan ditunjukkan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Hasil markah dalam lembaran kerja 1 dan 2.

Responden Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2

R1 70 % 90 %

R2 60 % 80 %

R3 80 % 100 %

R4 60 % 70 %

R5 50 % 60 %

Berdasarkan markah lembaran kerja 1 dan 2, kelima-lima responden telah menunjukkan peningkatan markah yang ketara selepas sesi bimbingn, iaitu R1 meningkat dari 70% kepada 90%. R2 meningkat dari 60% kepada 80%, R3 meningkat dari 80% kepada 100%, R4 meningkat dari 60% kepada 70% dan R5 meningkat dari 50% kepada 60% . Peningkatan markah dalam kedua-dua lembaran kerja ini membuktikan bahawa teknik jari dapat membantu responden dalam meningkatkan penguasaan kemahiran penolakan melibatkan pengumpulan semula.

Rajah 5: Graf markah dalam kedua-dua lembaran kerja

Persepsi Dan Respon Murid Terhadap Penggunaan Teknik Jari Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Penolakan Melibatkan Pengumpulan Semula

Berdasarkan hasil temu bual dengan mengemukakan 6 soalan yang telah dijalankan kepada kelima-lima responden, pengkaji mendapati kelima-lima responden telah menunjukkan persepsi dan respon yang positif terhadap penggunaan teknik jari.

Analisis Temu Bual

Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual berstruktur yang terdiri daripada 6 soalan secara individu kepada setiap responden selepas sesi pengajaran dan bimbingan menggunakan teknik jari untuk menyelesaikan soalan penolakan

179 melibatkan pengumpulan semula bagi mendapatkan persepsi dan respon setiap responden terhadap penggunaan teknik jari dalam meningkatkan penguasaan kemahiran penolakan melibatkan pengumpulan semula. Jadual 4 di bawah merupakan analisis jawapan temu bual 5 orang responden yang telah dianalisis dengan lebih terperinci.

Jadual 4: Rumusan Jawapan Temu Bual Responden

Bil. Item Jawapan Responden

Ya % Tidak %

1. Adakah anda tahu menjawab soalan tolak setelah mengaplikasikan teknik jari ?

5 100 % 0 0 % 2. Adakah anda berasa lebih mudah untuk

mencari jawapan tolak menggunakan teknik jari ?

5 100 % 0 0 %

3. Adakah anda berminat untuk menggunakan teknik jari dalam operasi tolak ?

5 100 % 0 0 % 4. Adakah anda berasa yakin semasa

menjawab soalan tolak menggunakan teknik jari ?

5 100 % 0 0 %

5. Adakah anda berasa seronok semasa

menjawab soalan tolak menggunakan teknik jari ?

5 100 % 0 0 %

6. Adakah anda telah menguasai kemahiran penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari ?

5 100 % 0 0 %

Berdasarkan Jadual 4, pengkaji mendapati kesemua responden telah menjawab “Ya” pada keenam-enam soalan temu bual yang telah dikemukakan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik jari dapat memberikan kesan yang positif.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Penggunaan Teknik Jari Dalam Membantu Murid Tahun 2 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Penolakan Melibatkan Pengumpulan Semula.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa perlaksanaan kitaran 1 dan 2, pengkaji mendapati kebanyakan responden menggunakan teknik jari untuk mencari hasil tolak melibatkan pengumpulan semula dalam lembaran kerja 1 dan 2 yang diberikan. Kelima-lima responden telah menunjukkan peningkatan markah yang sangat ketara dan memuaskan setelah mengaplikasikan teknik jari semasa menjawab soalan latihan dalam kedua-dua lembaran kerja yang disediakan.

Peningkatan markah yang diperolehi oleh responden dalam lembaran kerja 1 dan 2 setelah menggunakan teknik jari, jelas membuktikan bahawa teknik jari ini berkesan dalam membantu murid untuk menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Ngan Jia Ing (2011).

Persepsi Dan Respon Murid Terhadap Penggunaan Teknik Jari Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Penolakan Melibatkan Pengumpulan Semula.

Melalui sesi temu bual yang dijalankan, pengkaji mendapati kelima-lima responden memberikan maklum balas positif terhadap penggunaan teknik jari dalam

180

menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Berdasarkan data yang dikumpul dalam jadual kekerapan penggunaan teknik jari dan borang rumusan jawapan temu bual, responden menyatakan bahawa penggunaan teknik jari lebih mudah dan menjadikan mereka lebih yakin dan berasa seronok semasa melakukan pengiraan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari. Melalui kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan jika guru menjalankan suatu teknik yang melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Chieng Leh Hui (2011).

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pengkaji mencadangkan bahawa kajian lanjutan terhadap penggunaan teknik jari dalam kajian ini perlu diperkenalkan kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6, terutama untuk membantu kumpulan murid yang masih lemah dan belum menguasai pengiraan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.

Penggunaan teknik jari ini juga dapat diaplikasikan dalam topik lain yang melibatkan penolakan dengan pengumpulan semula seperti wang, masa dan waktu, panjang, jisim dan isipadu cecair dalam Tahun 3. Pengajaran kemahiran penolakan yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari boleh dilaksanakan dengan lebih menarik dengan berbantukan komputer atau bahan bantu belajar yang melibatkan penyertaan yang aktif di kalangan murid.

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa penggunaan teknik jari dapat membantu lima orang responden dalam menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula. Kajian ini juga telah menunjukkan hasil kesan yang positif. Ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan markah dalam lembaran kerja 1 dan 2 serta peningkatan kekerapan terhadap penggunaaan teknik jari ketika menjawab soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula dalam Lembaran Kerja 1 dan 2. Melalui pemerhatian dan temu bual berstruktur yang telah dijalankan, kelima-lima responden telah memberikan maklum balas positif terhadap penggunaan teknik jari.

RUJUKAN

Habibah Suid (2004), Faktor-faktor kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah. Tesis Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia.

Chieng, Leh Hui (2011). Penggunaan Kaedah Jari Dalam Membantu Murid Tahun Dua Menyelesaikan Operasi Tolak Melibatkan Pengumpulan Semula. Prosiding Seminar Pengkajian Tindakan IPG KBL Tahun 2011. 4 dan 5 Oktober. Kuching Sarawak : Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, ms 137-149. Diperoleh daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/Buku%20Koleksi%20PT%20MT

%202011.pdf

Ho, Ho Tong, Lee, Hou Yew, Dr Gan, Wei Ling, Dr Rahmah Binti Murshidi, Zaliha Binti Musa, Ahap Bin Awal, John Brodi, Sapiee Bin Saidi dan Stanley Abang (2013), Asas Penyelidikan

181

Tindakan : Teori dan Amalan. Kota Samarahan, Sarawak : Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak.

Julaila Selamat, Rashidah Punawan dan Rosnah Embok Tang (2010), Meningkatkan penguasaan kemahiran menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dari ratus ke puluh dan puluh ke sa. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor (On-line). Diperoleh daripada www.arjpnj.com/ktindak/files/tolak.pdf

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004), Mathematics Curriculum Specification os Integrated Curriculum for Primary School. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Leuhing Lawat. (2011). Meningkatkan kemahiran murid mengira fakta asas tambah dan tolak melalui pendekatan penggunaan jari. Song, Sarawak: Sekolah Kebangsaan Nanga Beguang. MS 1-18. Diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/93906463/Kajian-Tindakan-Matematik-Sk-Nanga-Beguang

Mok Soon Sang (2010), Siri Pengajian Profesional : Penyelidikan Dalam Pendidikan. Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ngan, Jia Ing. (2011). Penggunaan kaedah jari dalam penguasaan Kemahiran Penolakan Fakta Asas Murid Tahun Dua. Prosiding Seminar Pengkajian Tindakan IPG KBL Tahun 2011. 4 dan 5 Oktober. Kuching Sarawak : Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, ms 123- 136.

Diperoleh daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/Buku%20 Koleksi%20PT%20MT%202011.pdf

Noraini Idris. (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn. Bhd.

Saiful Azali Hamdan dan Habibah Marzuki. (2012). Penggunaan kaedah jari dalam penolakan dengan pengumpulan semula bagi murid tahun tiga. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2012). Miri, Sarawak: Jabatan Matematik IPG kampus Sarawak Miri, ms 129 – 137.

Ting, Leng Siong, Ting, Hun Yong dan Ahmad Sabry Bin Othman (2014), Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan guru kampus Sarawak Jalan Bakam, 98009, Miri, Sarawak

Email: ¹margratepasu@yahoo.com,²erniekho@hotmail.com

PENGGUNAAN TEKNIK TULANG MEMBANTU MENINGKATKAN