• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh hasil darab 13 × 23 dengan Kaedah Garisan Bertindak

Pengkaji telah mengajar responden menggunakan lidi untuk membantu responden mendapatkan jawapan hasil darab dengan tepat dan cepat. Seterusnya, responden diajar untuk melukis garisan-garisan dengan membilang titik persilangan untuk mendapatkan hasil darab. Lembaran kerja dan ujian pencapaian diberikan untuk menguji keberkesanan kaedah yang digunakan. Pada Kitaran 2 amalan pengajaran ditambahbaikkan di mana responden melukis garisan dengan menggunakan dua jenis warna yang berlainan. Ini memudakah responden untuk mendapatkan hasil darab. Lembaran Kerja 3 diberikan kepada responden selepas pendedahan dengan amalam pengjaran yang ditambahbaikkan.

Memerhati

Pemerhatian dijalankan terhadap semua analisis data yang dikumpul melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temubual pada kitaran 1 dan kitaran 2. Bilangan soalan yang jawab dengan betul dalam lembaran kerja dan ujian pencapaian untuk menentukan pencapaian responden. Pengkaji juga menggunakan borang senarai semak yang mengandungi 11 item untuk mengumpul data melalui pemerhatian. Lima soalan temubual untuk mendapatkan maklum balas responden terhadap penggunaan Kaedah Garisan.

Mereflek

Melalui hasil analisis data yang diperoleh dalam ujian pencapaian, temubual dan lembaran kerja, dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan bagi amalan pengajaran yang dijalankan. Pengkaji membuat penambahbaikan dan pembaharuan terhadap amalan pengajaran yang dijalankan bagi membantu menguasai pendaraban nombor dua digit dengan dua digit.

CARA MENGUMPUL DATA

Tiga teknik pengumpulan data digunakan dalam kajian ini iaitu analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Dalam analisis dokumen terdapat tiga jenis instrumen yang digunakan dalam Kitaran 1 iaitu Lembaran kerja 1 (Lampiran1), Lembaran kerja 2 (Lampiran 2) dan Ujian Pencapaian murid (Lampiran3). Pada

2 titik menunjukkan 2 ratus

9 titik menunjukkan 9 sa

3 + 6 = 9, 9 titik

menunjukkan 9 puluh

Jadi, hasil darab13 × 23 ialah 299.

92

kitaran kedua, Lembaran Kerja (Lampiran 6) disediakan untuk menguji penguasaan responden dengan Kaedah Garisan yang ditambahbaikkan. Bilangan soalan yang dijawab dengan betul dicatat. Ini bertujuan untuk melihat perkembangan penguasaan operasi darab dari semasa ke semasa dan juga bertujuan untuk melihat dengan lebih cepat dan dilihat secara terus kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh responden.

Pemerhatian dijalankan sepanjang kajian pada Kitaran 1 dan Kitaran 2 yang dilaksanakan.. Borang senarai semak tersebut mengandungi 11 item “Ya” atau

“Tidak” bagi merekodkan perubahan tingkah laku, sikap, minat dan cara menjawab soalan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data temu bual telah dicatatkan dalam borang temu bual yang telah disediakan oleh pengkaji. Lima soalan temubual telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap penggunaan kaedah Garisan dalam kemahiran mendarab dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2.

CARA MENGANALISIS DATA

Dalam analisis dokumen pengkaji menggunakan jadual untuk membandingkan pencapaian responden dalam lembaran kerja bagi melihat pencapaian responden. Manakala kemajuan pencapaian murid dapat dikaji melalui analisis terhadap ujian pencapaian dan lembaran kerja pesert kajian. Semua hasil dapatan Lembaran Kerja dan Ujian Pencapaian dikategorikan kepada tiga kategori iaitu cemerlang, sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.

Jadual 1: Kategori terhadap bilangan soalan yang dijawab dengan betul..

Bilangan soalan yang dijawab dengan betul Kategori

0 - 2 Lemah

3 - 4 Baik

5 - 6 Cemerlang

Bagi data pemerhatian, analisis data dilakukan dengan menggunakan kekerapan bilangan “Ya” dan “Tidak”. Pengkaji turut mencatat sebarang maklumat yang diperoleh berkaitan responden dalam ruangan catatan. Dapatkan data daripada senarai semak akan dianalisis dan seterusnya dikategorikan mengikut tema pada Kitaran 1 dan Kitaran 2. Data yang dikumpul melalui temubual, Pengkaji menganalisis data dengan mengira bilangan soalan yang dijawab “Ya” dan

“Tidak”.Jadual kekerapan digunakan untuk merumuskan data pada Kitaran 1 dan Kitaran 2.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini mengandungi tiga soalan yang perlu dijawab. Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian berdasarkan tiga persoalan kajian terebut.

Peningkatan Pencapaian Murid Yang Lemah Dalam Operasi Darab Nombor Dua digit dengan Dua Digit Dengan Kaedah Garisan

Pengkaji menggunakan lembaran kerja, temubual dan Ujian Pencapaian semasa melaksanakan Kitaran 1 dan Kitaran 2 adalah untuk menilai penguasaan responden dalam operasi darab nombor dua digit dengan dua digit dengan menggunakan Kaedah Garisan. Jadual 1.2 menujukkan bilangan soalan yang dijawab

93 dengan betul oleh keempat-empat orang responden pada Lembaran Kerja 1 (LK1) , Lembaran Kerja 2 (LK2 pada Kitaran 1.

Berdasarkan Jadual 1, R1 dan R2 dapat menjawab semua soalan dengan betul dalam Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2, mencapai kategori yang cemerlang. R1 dan R2 menggunakan Kaedah Garisan untuk menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit dengan dua digit dengan tepat. Manakala R3 dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat pada peringkat konkrit (Lembaran Kerja 1), tetapi pada peringkat abstrak (Lembaran Kerja 2) R3 hanya dapat menjawab empat soalan daripada enam soalan dengan betul, dua soalan yang lain jawapannya tidak tepat. R3 juga dapat menjawab 5 soalan dengan betul pada Ujian Pencapaian, satu soalan lagi mempunyai jawapan yang salah. R4 hanya dapat menyelesaikan empat soalan operasi darab pada peringkat konkrit (Lembaran Kerja 1) dengan menggunakan lidi. Tetapi R4 hanya dapat menjawab dua soalan dengan betul sahaja pada peringkat abstak (Lembaran Kerja 2). Keputusan pencapaian responden pada Ujian Pencapaian pada Kitaran 1 dan Lembaran Kerja 3 pada Kitaran 2 ditunjukkan pada jadual 2.

Jadual 2: Bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh responden pada Kitaran 1

Lembaran Kerja/Responden

Bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh responden pada Kitaran 1

Jadual 3: Pencapaian responden dalam Ujian Pencapaian pada Kitaran 1 dan Lembaran Kerja 3 pada Kitaran 2.

Responden Bilangan soalan yang dijawab dengan betul oleh responden pada Kitaran 1 dan Kitaran 2

Merujuk kepada Jadual 3, penguasaan reponden dalam pendaraban nombor dua dengan dua digit dengan menggunakan Kaedah Garisan pada Ujian Pencapaian Kitaran 1. R 1 dan R2 berjaya menjawab kesemua soalan dalam Ujian Pencapaian dengan betul. R3 pula berjaya menjawab lima soalan daripada enam soalan dengan betul dalam Ujian Pencapaian. Ketiga-tiga responden ini berada pada kategori cemerlang berdasarkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Dalam Ujian Pencapaian pada Kitaran 1 R4 hanya dapat menjawab dua soalan dengan betul sahaja, dan berada pada kategori yang lemah. R4 menunjukkan peningkatan pada Kitaran 2 iaitu dapat menjawab tiga soalan daripada enam soalan dengan tepat.

Berdasarkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul, R4 berada pada kategori sederhana.

94

Analisis data dalam Jadual 2 dan Jadual 3 boleh juga dipaparkan menggunakan graf berdasarkan bilangan soalan yang dapat dijawab dengan betul menggunakan Kaedah Garisan dalam Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja dan Ujian Pencapaian pada kitaran 1 serta Lembaran Kerja 4 pada kitaran 2. Data tersebut ditunjukkan dengan jelas dalam Graf 1.

.

Graf 1: Bilangan soalan yang dijawab dengan betul bagi setiap lembaran kerj a