• Tidak ada hasil yang ditemukan

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan berteraskan objektif seperti berikut:

a. Menambahbaik amalan PdP dalam operasi tambah dan tolak soalan bukan rutin dengan kaedah mnemonik.

b. Meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menyelesaikan soalan bukan rutin bagi operasi tambah dan tolak dengan kaedah mnemonik.

c. Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran operasi tambah dan tolak jenis soalan bukan rutin dengan kaedah mnemonik.

Kajian tindakan ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian seperti berikut:

a. Bagaimanakah pengkaji menggunakan kaedah mnemonik untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam menyelesaikan bentuk soalan bukan rutin operasi tambah dan tolak?

b. Adakah kaedah mnemonik dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menyelesaikan soalan operasi tambah dan tolak bukan rutin?

c. Adakah kaedah mnemonik dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran dalam operasi tambah dan tolak jenis soalan bukan rutin?

KUMPULAN SASARAN

Responden kajian adalah terdiri daripada lapan orang murid Tahun 2 di sebuah sekolah di bandaraya Miri. Responden kajian ini adalah murid-murid yang berpotensi tetapi didapati mempunyai masalah menyelesaikan masalah soalan bukan rutin operasi tambah dan tolak. Responden-responden ini dikenalpasti melalui penilaian buku aktiviti dan lembaran kerja selepas pengajaran dijalankan. Lapan orang responden adalah terdiri daripada empat lelaki dan empat perempuan yang berumur lapan tahun.

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian ini adalah kajian tindakan berdasarkan Model Stephen Kemmis oleh Kemmis dan McTanggart (1990). Model kajian ini terdiri dari empat fasa utama iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dalam satu kitaran lengkap. Kajian ini dijalankan dalam 2 kitaran.

Dalam kitaran 1, pengkaji mengaplikasikan pendekatan kaedah mnemonik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menggunakan mnemonik yang dicipta untuk mengajar 4 bentuk soalan bukan rutin operasi tambah dan tolak.

Responden dibimbing menghafal dan melafazkan memonik sambil membuat pengiraan. Contoh pengajaran adalah ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2 menunjukkan contoh penggunaan mnemonik dan penerangannya untuk bentuk 1 dan bentuk 4 soalan bukan rutin operasi tambah dan tolak.

138

Jadual 2: Contoh penggunaan mnemonik dan penerangan Bentuk 1: gunakan operasi tolak untuk mencari nilai kecil.

maka jawapan di dalam kurungan ialah 113.

maka jawapan di dalam kurungan ialah 242.

Dalam kitaran kedua, pengkaji masalah mengaplikasikan mnemonik yang dicipta tadi dalam membuat pengiraan seperti kitaran 1. Penambahbaikan yang pengkaji lakukan dalam kitaran kedua ialah pengkaji meminta responden menulis mnemonik di dalam lembaran kerja dahulu setiap kali sebelum menjawab soalan.

Tujuannya ialah supaya masalah salah menghafal mnemonik boleh dielakan.

Dengan tertulisnya mnemonik tersebut, maka mereka boleh merujuk setiap kali apabila menjawab soalan. Apabila mereka sudah mahir dalam menghafal mnemonik tersebut, maka mereka tidak perlu lagi menulisnya lagi.

Pengumpulan data telah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber data yang telah dikumpulkan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu artifak, data pemerhatian dan data inkuiri. Data dari kategori artifak

cari kecil kita - kecil + kecil = besar

cari besar kita + besar – kecil = kecil

Ingat: besar – kecil = kecil

139 dalam kitaran 1 ialah Lembaran Kerja 1, 2 dan 3 serta ujian pencapaian 1. Manakala artifak dalam kitaran kedua ialah Lembaran Kerja 4 dan Ujian Pencapaian 2. Data pemerhatian iaitu senarai semak pemerhatian juga dikumpul sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Data inkuiri iaitu temu bual juga dijalankan selepas selesainya setiap kitaran.

Data-data yang diperolehi daripada kajian telah dianalisis. Analisis tersebut dibuat berpaksikan tema dan kategori yang ditentukan berteraskan objektif kajian.

Data dari lembaran kerja dan ujian pencapaian dianalisis berdasarkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul untuk melihat pencapaian responden. Data dari temu bual dianalisis dengan menghitung bilangan jawapan yang dijawab „Ya‟ dan „tidak‟.

Data dari senarai semak pemerhatian pula dianalisis secara pengkodan.

Berdasarkan analisis dapatan data yang diperoleh dalam fasa memerhati, pengkaji mereflek kesan penukaran amalan pengajaran pengkaji sama ada berjaya atau tidak. Jika kesan perubahan kurang berjaya, maka penambahbaikan amalan pengajaran tentang kemahiran soalan bukan rutin operasi tambah dan tolak dibuat semula dan kitaran seterusnya dijalankan.

CARA MENGUMPUL DATA

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen kajian iaitu Analisis dokumen, Pemerhatian dan Temu bual. Tiga instrumen ini digunakan dalam kajian ini telah mengambil kira unsur triangulasi untuk memastikan data yang dikumpulkan benar-benar menunjukkan suatu keadaan yang jitu. Untuk analisis dokumen, dalam kitaran 1 dan 2, lembaran kerja dan ujian pencapaian digunakan.

Manakala untuk instrumen pemerhatian pula, pemerhatian telah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang senarai semak pemerhatian. Item dalam senarai semak adalah bertemakan objektif kajian. Untuk instrumen temu bual pula, soalan temu bual adalah bertema iaitu untuk melihat kesan perubahan amalan pengajaran guru, serta sikap dan minat responden terhadap pembelajaran.

CARA MENGANALISIS DATA

Untuk analisis dokumen, pengkaji telah menyemak Lembaran Kerja 1, 2 dan 3 serta ujian pencapaian. Pengiraan bilangan jawapan betul dan bilangan salah bagi setiap instrumen direkodkan. Masalah yang dihadapi oleh responden dalam menjawab soalan dianalisis. Untuk Instrumen pemerhatian pula, pemerhatian dibuat berdasarkan senarai semak pemerhatian yang bertema. Perkara yang diperhatikan ditandakan secara pengkodan. Untuk analisis temu bual pula, Data temu bual berstruktur yang bertema telah menggunakan jawapan “Ya” dan “Tidak”.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan dan menghuraikan analisis hasil dapatan yang diperoleh daripada ketiga-tiga alat pengumpulan data, iaitu senarai semak pemerhatian, temu bual dan lembaran kerja serta ujian pencapaian.

140

Menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran operasi tambah dan tolak soalan bukan rutin dengan pendekatan kaedah mnemonik

Instrumen yang pengkaji gunakan untuk melihat sejauh mana penambahbaikan amalan pengajaran pengkaji ialah daripada analisis data temu bual dan senarai semak pemerhatian. Jadual 3 adalah analisis data dari temu bual kitaran 1. Pada kitaran 1, soalan 3,4,6,7 dan 8 adalah soalan yang bertemakan amalan pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Jadual 3, didapati kesemua responden telah mengatakan mereka faham bagaimana mencari nilai di tengah atau di depan untuk operasi tambah dan tolak soalan bukan rutin. Kesemua responden mengatakan mereka boleh menghafal mnemonik yang diperkenalkan. Kesemua responden juga faham cara menggunakan mnemonik yang dicipta dan juga mereka semua mengatakan penggunaan mnemonik ini memudahkan mereka mencari jawapan.

Jadual 3 menunjukkan analisis data dari temu bual semasa di kitaran 1.

Pada kitaran 2, dua orang responden iaitu R5 dan R6 telah ditemu bual.

Soalan 1, 2 dan 3 adalah soalan temu bual yang bertemakan amalan pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua responden telah mengatakan mereka dapat ingat mnemonik tersebut. Mereka juga menjawab “ya” untuk soalan temu bual yang berbunyi “Adakah kamu faham mnemonik ini?” Dua orang responden ini juga mengatakan bahawa mereka tahu bila masanya guna operasi tambah dan bila pula guna operasi tolak. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis data untuk soalan 1 dan soalan 2 temu bual pada kitaran 2.

Jadual 3: Analisis Data Dari Temu Bual Kitaran 1

No Soalan

Bilangan responden

Ya Tidak

3 Kamu faham bagaimana mencari nilai di tengah atau di depan untuk operasi tambah soalan bukan rutin?

8 0

4 Kamu faham bagaimana mencari nilai di tengah atau di depan untuk operasi tolak soalan bukan rutin?

8 0

6 Dapatkah kamu menghafal mnemonik ini? 8 0

7 Adakah anda faham bagaimana menggunakan mnemonik ini?

8 0

8 Adakah penggunaan mnemonik ini memudahkan kamu mencari jawapan?

8 0

Jadual 4: Analisis Data Dari Temu bual Kitaran 2

No Soalan tambah dan bila pula guna operasi tolak?”

/ /

Petunjuk : / = Ya, X = tidak

Manakala untuk instrumen pemerhatianberdasarkan Jadual 5, Item no 1, 2, 3, dan 4 adalah item yang bertemakan amalan pengajaran dan pembelajaran. Pada kitaran 1 dan 2, kesemua responden memberi tumpuan semasa penerangan guru kecuali R3. Kesemua responden juga memberi respon semasa proses PdP kecuali R6.

Semasa membuat lembaran kerja, kesemua responden juga diperhatikan mampu menghabiskan latihan dalam masa yang singkat. Kesemua mereka juga diperhatikan menunjukkan kemajuan dari segi prestasi dalam menjawab soalan bukan rutin operasi tambah dan tolak.

141 Jadual 5: Analisis Pemerhatian Item 1 Hingga 4 Dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2

No Item Kitaran 1 Kitaran 2

1 Memberi tumpuan semasa penerangan guru. SR kecuali R3

SR

2 Memberi respon semasa proses PdP. SR kecuali R6

SR

3 Responden mampu menghabiskan latihan dalam masa yang singkat.

SR SR

4 Responden menunjukkan kemajuan SR SR

Petunjuk : SR = semua responden

Meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menyelesaikan soalan bukan rutin bagi operasi tambah dan tolak dengan kaedah nemonik

Rajah 3 menunjukkan skor responden dalam Lembaran Kerja 1, 2, 3dan Ujian Pencapaian pada kitaran 1. Responden 7 telah berjaya menjawab dengan betul kesemua soalan dari kesemua lembaran kerja dan ujian pencapaian. Manakala R1, R2, R3, R5 dan R8 pula berjaya mencapai sekurang-kurangnya 5 dari 8 soalan betul dalam setiap lembaran kerja dan Ujian Pencapaian. R6 pula adalah dalam kategori yang kurang memuaskan kerana tidak mencapai 5 dari 8 soalan betul dalam Lembaran Kerja 3.

Rajah 3: Skor responden pada kitaran 1

Dalam kitaran 2 pula, 2 orang responden yang terpilih mengikuti PdP ialah R5 dan R6. Berdasarkan Rajah 4, didapati prestasi R6 telah meningkat iaitu menjawab semua betul dalam Lembaran kerja 4 dan Ujian Pencapaian. Manakala R5 pula juga telah menunjukkan keputusan yang baik iaitu telah menjawab 5 soalan betul dari 6 soalan yang dibekalkan dalam lembaran kerja 3 dan ujian pencapaian masing-masing. Rajah 4 menunjukkan skor responden pada kitaran 2.

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8