• Tidak ada hasil yang ditemukan

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu:

a. Membantu murid yang lemah meningkatkan pencapaian dalam kemahiran penambahan dua nombor dengan mengumpul semula dalam lingkungan 1000 dengan menggunakan manik dan melukis lidi.

b. Membantu meningkatkan minat murid yang lemah terhadap pembelajaran dalam penambahan dua nombor dengan mengumpul semula dalam lingkungan 1000 dengan menggunakan manik dan melukis lidi.

66

c. Menambahbaik amalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran penambahan dua nombor dengan mengumpul semula dalam lingkungan 1000 dengan menggunakan manik dan melukis lidi.

Persoalan kajian ini ialah:

a. Sejauh manakah penggunaan manik dan melukis lidi dapat meningkatkan pencapaian murid dalam penambahan dua nombor dengan mengumpul semula dalam lingkungan 1 000?

b. Adakah penggunaan manik dan melukis lidi dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran penambahan dua nombor dengan mengumpul semula dalam lingkungan 1 000 melalui kaedah Melukis Lidi?

c. Bagaimanakah saya menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran kemahiran penambahan dua nombor dengan mengumpul semula dalam lingkungan 1 000 dengan menggunakan manik dan melukis lidi?

KUMPULAN SASARAN

Responden yang terlibat dalam kajian ini merupakan murid-murid Tahun 2 di salah sebuah sekolah di bandaraya Miri. Responden telah dipilih berdasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap mereka semasa membuat latihan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, berdasarkan temubual dengan guru matematik mereka dan kemudiannya melalui pencapaian ujian diagnostik yang dijalankan terhadap mereka. Mereka mempunyai pencapaian yang rendah dalam ujian diagnostik yang dijalankan. Profil responden ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Profil Responden Kajian

Sasaran Jantina Bangsa Pencapaian dalam ujian diagnostik ( Bilangan betul daripada 6 soalan )

R1 Lelaki Iban 1

R2 Lelaki Cina 1

R3 Perempuan Cina 1

PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model Kurt Lewin (1946) seperti yang dinyatakan dalam Ying Len Siong, Ahmad Sabry Othman dan Ting Hun Yong (2013) sebagai panduan dalam melaksanakan kajian. Menurut model kajian Kurt Lewin (1946), terdapat lima langkah iaitu mengenalpasti amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, memerhatikan kesan tindakan dan membuat refleksi. Kajian ini telah dilaksanakan dalam dua kitaran.

Kitaran 1

Pada peringkat mengenalpasti masalah, pengkaji mentadbirkan Ujian Pencapaian 1 untuk mengenalpasti masalah responden dalam penambahan dengan mengumpul semula serta cara responden menjawab soalan penambahan. Kemudian, pengkaji mengambil keputusan untuk mengubah amalan pengajaran dan memperkenalkan amalan baru iaitu penggunaan manik dan melukis lidi untuk membantu murid yang lemah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah yang melibatkan pengumpulan semula.

67 Pada peringkat merancang pelan tindakan, pengkaji telah menetapkan objektif kajian dan soalan kajian. Pengkaji membuat satu rancangan perubahan amalan PdP yang bersesuaian iaitu penggunaan manik dan melukis lidi untuk membantu responden kajian ini menguasai kemahiran penambahan dengan mengumpul semula.

Pada peringkat melaksanakan pelan tindakan, pengkaji telah melaksanakan proses PdP topik penambahan dengan mengumpul semula dalam lingkungan 1000 seperti yang dirancangkan melalui penggunaan manik dan melukis lidi. Mula-mula, pengkaji menggunakan manik untuk membantu murid dalam pembinaan imej mental yang jelas dalam memahami konsep dan idea pengumpulan semula semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menyediakan kotak-kotak yang terdiri daripada nilai tempat puluh dan nilai tempat sa, tali kasut dan manik-manik.

Kemudian, pengkaji memastikan responden mengenalpasti nilai tempat puluh lebih besar daripada nilai tempat sa. Kemudian, pengkaji memperkenalakan setiap manik berasingan sebagai satu dalam nilai tempat sa. Seterusnya, responden dibekalkan seutas tali kasut untuk menggabungkan manik-manik. Gabungan manik tidak boleh melebihi tanda hitam tali kasut yang hadnya hanya dapat memuatkan sepuluh biji manik sahaja. Ini bermaksud bahawa satu puluh akan diwakili oleh sepuluh biji manik yang berasingan. Manik-manik yang digabungkan akan diletakkan pada nilai tempat puluh.

Setelah murid menguasai konsep penambahan dengan mengumpul semula,

pengkaji pun memperkenalkan amalan melukis lidi untuk membantu murid menyelesaikan masalah penambahan dengan mengumpul semula tanpa menggunakan bahan bantu belajar dalam bentuk lazim. Rajah 3 adalah contoh penggunaan amalan melukis lidi dalam operasi penambahan 14 + 8.

Rajah 3: Contoh penggunaan amalan melukis lidi dalam operasi tambah Selepas setiap sesi PdP, pengkaji mengedarkan lembaran kerja (latihan) kepada responden. Setiap latihan mengandungi 6 soalan berdasarkan kemahiran yang diajar. Ujian Pencapaian 2 diberikan kepada responden pada akhir Kitaran 1.

Pada peringkat melihat kesan tindakan, pengkaji menggunakan instrumen lembaran kerja (latihan), ujian pencapaian, temu bual dan pemerhatian. Pengkaji memerhatikan reaksi responden semasa sesi PdP dan semasa menyelesaikan latihan yang diberikan. Reaksi responen dicatatkan dalam senarai semak pemerhatian dengan mengambil kira kekerapan responden menunjukkan reaksi yang berkaitan.

Analisis dilakukan terhadap cara responden menjawab instrumen yang diberi seperti lembaran kerja (latihan) dan ujian pencapaian. Pengkaji juga membuat temu bual

14 + 8 =

1 I 4

+ 8 II

2 2

III I III

68

tidak berstruktur terhadap para responden dari aspek pandangan responden terhadap penggunaan manik dan melukis lidi sama ada ia mudah digunakan dan dapat meningkatkan minat murid untuk belajar.

Bagi menilai kesan perubahan amalan pengajaran terhadap penggunaan manik dan melukis lidi dalam meningkatkan penguasaan penambahan dengan mengumpul semula, pengkaji membuat analisis ke atas bilangan betul soalan yang dijawab dalam Ujian Pencapaian 2. Pengkaji membuat pengelasan dan mengenalpasti responden yang berjaya sekiranya berjaya menjawab 4 daripada 6 soalan yang dikemukakan dalam Ujian Pencapaian 2.

Pada peringkat refleksi, pengkaji telah membuat penilaian dan kesimpulan daripada pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Pengkaji cuba mengimbas kembali dan menilai kesan perubahan amalan pengajaran yang telah disampaikan. Pengkaji menyelidik kelemahan dan kekuatan amalan pengajaran yang telah dilaksanakan. Melalui refleksi ini, pengkaji dapat melihat kelemahan dan kekuatan amalan ini serta mencadangkan langkah-langkah penambahbaikkan yang boleh dibuat bagi meningkatkan kesan perubahan amalan pengajaran untuk kitaran yang seterusnya.

Kitaran 2

Pada peringkat merancang, pengkaji telah membuat pengubahsuaian terhadap amalan melukis lidi dalam Kitaran 1. Petak-petak yang diperkenalkan adalah untuk memudahkan responden melukis lidi dengan lebih sistematik agar responden dapat melihat lidi yang dilukis dengan jelas dan senang membuat pengiraan. Amalan baru ini dapat mengurangkan bilangan kecuaian murid semasa membuat pengiraan. Rajah 4 adalah contoh penggunaan amalan melukis lidi dalam petak dalam operasi

Rajah 4: Pengubahsuaian Yang Dibuat Dalam Amalan Melukis Lidi dalam Petak Berdasarkan Rajah 4, murid melukis lidi sebagai bahan visual konkrit mengikut nilai digit yang diberi. Bagi digit yang berada di bahagian atas, murid perlu melukis lidi pada sudut bawah kanan petak manakala digit yang berada di bahagian bawah, murid perlu melukis lidi pada sudut atas kanan petak. Cara ini akan memudahkan murid membuat pengumpulan. Selepas itu, murid mengumpulkan sepuluh batang lidi dan membuat satu bulatan. Seterusnya ditambah pada nilai tempat di sebelah kiri dan menulis bilangan lidi yang selebihnya. Nilai yang ditambahkan perlu ditulis pada sudut atas kanan petak.

Pada peringkat melaksanakan pelan tindakan, pengkaji telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan pengubahsuaian terhadap amalan melukis lidi yang diperkenalkan. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji memberikan lembaran kerja (latihan) kepada responden untuk melihat perkembangan mereka. Ujian Pencapaian 3 telah diberikan kepada responden pada akhir Kitaran 2.

69 Pada peringkat melihat kesan tindakan, pengkaji bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing sepanjang proses ini. Pengkaji memerhati reaksi responden semasa mereka berinteraksi dan menyelesaikan lembaran kerja (latihan). Pengkaji menggunakan senarai semak pemerhatian untuk menilai reaksi responden dengan memantau kewujudan beberapa reaksi yang disenaraikan dalam senarai semak.

Dengan ini, pengkaji dapat menilai sebarang perubahan responden sama ada dapat menjawab soalan penambahan dengan mengumpul semula menggunakan amalan yang telah diubahsuaikan. Selain itu, pengkaji juga dapat menilai keberkesanan pengubahsuaian amalan yang telah dilaksanakan dalam Kitaran 2.

Pada peringkat refleksi, pengkaji membuat refleksi mengenai dapatan kajian sama ada menjawab objektif kajian. Dengan menjawab objektif kajian, pengkaji bukan sahaja dapat mengetahui kesan pengubahsuaian yang dibuat daripada Kitaran 1 malahan dapat melihat kesan keseluruhan pengubahsuaian amalan ke atas kajian.

CARA MENGUMPUL DATA

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga teknik pengumpulan data iaitu ujian pencapaian, pemerhatian, dan temu bual.

Ujian Pencapaian 1 dijalankan sebelum amalan melukis lidi dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Pencapaian 1 ini diberikan untuk mendapatkan data awal sebelum kajian diperkenalkan. Ujian Pencapaian 2 diberikan kepada responden setelah amalan melukis lidi diperkenalkan. Ujian ini diberikan untuk melihat kesan perubahan amalan terhadap pencapaian responden dalam topik penambahan dengan mengumpul semula. Pengkaji dapat melihat perbezaan bilangan betul soalan yang dijawab responden sebelum dan selepas amalan melukis diperkenalkan. Seterusnya, pengkaji dapat melihat keberkesanan kajian tindakan yang dijalankan dengan lebih terperinci sebelum meneruskan dengan kitaran 2.

Ujian Pencapaian 3 pula diberikan kepada responden setelah penambahbaikkan amalan melukis lidi pada Kitaran 2. Pengkaji mengumpul data kajian dengan mengira bilangan betul soalan yang dijawab responden. Bilangan soalan yang betul dalam ujian Pencapaian 1, Ujian Pencapaian 2 dan Ujian Pencapaian 3 direkodkan dan dipersembahkan dalam jadual.

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian sepanjang kitaran 1 dan kitaran 2 untuk melihat perubahan sikap dan minat responden terhadap pembelajaran penambahan dengan mengumpul semula menggunkan amalan melukis lidi. Pengkaji melakukan pemerhatian tidak berstruktur terhadap para responden berdasarkan 10 item yang disenaraikan dalam senarai semak pemerhatian semasa responden membuat latihan. Pengkaji menilai reaksi responden dan merekod reaksi yang wujud dalam senarai semak pemerhatian. Berdasarkan data dalam senarai semak pemerhatian, pengkaji mengira dan merekod kekerapan responden melakukan sesuatu reaksi dalam jadual kekerapan pemerhatian.

Pengkaji telah melaksanakan temu bual tidak berstruktur dengan responden setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Kitaran 2. Pengkaji menanyakan soalan-soalan tentang penggunaan manik dan melukis lidi. Tujuan temubual ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti dengan lebih dekat pemahaman responden terhadap amalan melukis lidi dalam menyelesaikan soalan penambahan dengan mengumpul semula dan melihat minat responden terhadap topik penambahan dengan mengumpul semula selepas amalan melukis lidi diperkenalkan. Pengkaji mencatatkan hasil temu bual dengan menggunakan 9 kriteria.

70

CARA MENGANALISIS DATA

Pengkaji membuat pemerhatian pada 10 perkara yang telah ditetapkan. Hasil pemerhatian terhadap responden dianalisis dengan membandingkan bilangan kewujudan reaksi responden pada Kitaran 1 dengan Kitaran 2. Hasil temubual dicatatkan dan analisis berdasarkan respon daripada responden. Ujian Pencapaian yang dijalankan membantu pengkaji melihat penguasaan responden dalam kemahiran penambahan melalui penggunaan manik dan melukis lidi pada sebelum dan selepas kajian dijalankan. Pengkaji menganalisis pencapaian responden berdasarkan bilangan soalan betul yang dijawab. Ujian Pencapaian 1 diberikan sebelum kajian diberikan manakala Ujian Pencapaian 2 diberikan selepas Kitaran 1. Ujian Pencapaian 3 pula diberikan selepas Kitaran 2.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji menghuraikan hasil analisis data dan mengaitkan hasil dapatan data dengan tiga soalan kajian.

Penggunaan Manik Dan Melukis Lidi Dalam Kemahiran Penambahan Dengan Mengumpul Semula

Pengkaji menggunakan ujian pencapaian dalam pengumpulan data terhadap penguasaan kemahiran penambahan dengan mengumpul semula. Bilangan betul soalan yang dijawab bagi Ujian Pencapaian 1, Ujian pencapaian 2 dan Ujian Pencapaian 3 ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Bilangan Betul Soalan Yang Dijawab Dalam Ujian Pencapaian 1, Ujian Pencapaian 2 dan Ujian Pencapaian 3

Responden Ujian Pencapaian 1

Berdasarkan data yang dikumpul melalui ujian pencapaian yang telah ditadbirkan, didapati ada peningkatan ketara dalam pencapaian responden. Semasa Ujian Pencapaian 1, ketiga-tiga responden hanya dapat menjawab satu soalan dengan betul. Bagi Ujian Pencapaian 2 pula, R1 dan R3 berjaya menjawab 5 soalan dengan betul manakala R2 hanya dapat manjawab 3 soalan dengan betul. Dalam Ujian Pencapaian 3, ketiga-tiga responden dapat menjawab kesemua soalan dengan betul.

Semasa temubual tidak berstuktur, pengkaji telah menemubual para responden secara spontan. Responden telah memberikan maklum balas positif terhadap penggunaan manik dan melukis lidi dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dengan mengumpul semula. Semua responden berpendapat bahawa cara melukis lidi ini memudahkan mereka menyelesaikan soalan tambah dengan mengumpul semula. R1 dan R3 berpendapat bahawa mereka dapat menyelesaikan soalan tambah dengan mengumpul semula dengan lebih cepat menggunakan amalan melukis lidi manakala R2 berpendapat bahawa cara melukis lidi melambatkannya menyelesaikan soalan namun cara ini dapat membantunya memahami konsep kumpul semula dan menjawab soalan dengan betul. Ketiga-tiga responden bersetuju untuk menggunakan cara melukis lidi untuk menyelesaikan soalan tambah dengan

71 mengumpul semula bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam operasi tambah dengan mengumpul semula.

Minat Murid Dalam Mempelajari Kemahiran Penambahan Dengan Mengumpul Semula Melalui Penggunaan Manik Dan Melukis Lidi

Untuk mengkaji persoalan kajian ini, pengkaji telah menggunakan teknik temubual tidak berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Semasa temubual tidak berstruktur, pengkaji menemubual para responden secara spontan mengenai pandangan mereka terhadap penggunaan manik dan melukis lidi yang telah dijalankan. Responden telah memberi respon yang positif. Mereka berasa seronok dan berminat untuk menggunakan amalan melukis lidi dalam operasi tambah.