• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teknik Hemisfera Kitaran Langkah 3: Bertindak

Penguasaan Kemahiran Bahagi Menggunakan Petak Istimewa

Rajah 2: Teknik Hemisfera Kitaran Langkah 3: Bertindak

Pengkaji memperuntukkan 60 minit masa pengajaran untuk memperkenalkan Teknik Hemisfera ini. Selepas itu pengkaji memberi lembaran kerja untuk melihat pencapaian responden.

Langkah 4: Pemerhatian

Peningkatan murid dalam menguasai kemahiran membundarkan nombor bulat dilihat melalui lembaran kerja yang diedarkan semasa sesi pengajaran dan

162

pembelajaran yang telah dilaksanakan menggunakan Teknik Hemisfera.

Keberkesanan Teknik Hemisfera dinilai melalui perbandingan pencapaian pelajar dalam lembaran kerja tersebut.

CARA MENGUMPUL DATA

Prosedur pengumpulan dan penganalisisan data harus berkait dengan pembelajaran dan pengajaran serta menjawab objektif dan persoalan kajian (Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud, 2011). Terdapat banyak cara bagaimana seseorang penyelidik mengumpulkan data untuk mencapai matlamat menganalisis data.

(Akhtiar dan Shamsina, 2011). Dalam kajian ini, data-data akan dikumpulkan adalah seperti berikut:

a) Temu bual

Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual berstruktur. Tujuan temu bual ini adalah untuk mengumpul data penguasaan kemahiran responden kajian dalam tajuk pembundaran nombor bulat. Instrumen yang digunakan ialah senarai semak temu bual.

b) Pemerhatian

Pengkaji menggunakan teknik pemerhatian berstruktur. Kedua-dua pemerhatian ini dijalankan semasa sesi proses pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas Teknik Hemisfera diperkenalkan kepada responden. Tujuan pemerhatian berstruktur ini adalah untuk melihat sikap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas. Instrumen yang digunakan ialah senarai semak pemerhatian.

c) Analisis Dokumen

Lembaran kerja diberikan selepas Teknik Hemisfera diperkenalkan kepada kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti iaitu seramai 5 orang. Lembaran kerja ini mempunyai enam soalan. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana murid dapat meningkatan kemahiran membundarkan nombor bulat kepada nilai puluh yang terdekat. Data yang dikumpul ialah data penguasaan kemahiran pembundaran nombor bulat responden sebelum dan selepas pengenalan Teknik Hemisfera.

Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah borang markah.

CARA MENGANALISIS DATA

Daripada data yang telah dikumpulkan, pengkaji membuat analisis data yang telah dikumpulkan melalui beberapa kaedah yang berkaitan dengan kajian ini. Setiap dapatan kajian dilihat dan dianalisis untuk mendapatkan hasil bagi setiap dapatan.

Jean dan Jack (2005) mengatakan bahawa The implications for you are that you need to keep an eye on what kind of data you are gathering and how it will be interpreted so that you can later extract evidence from it. (hlm. 61). Analisis ini dibahagikan kepada analisis temu bual, analisis dokumen dan jadual pemerhatian.

163 a) Temu bual

Transkrip temu bual direkod dalam borang rekod temu bual untuk tujuan analisis. Setiap jawapan temu bual dengan responden dikategori mengikut kod yang telah ditetapkan.

b) Pemerhatian

Borang pemerhatian digunakan untuk membuat pemerhatian terhadap tingkah laku responden. Pengkaji juga telah menetapkan tingkah laku yang perlu diperhatikan. Pengkaji perlu menandakan (/) sekiranya responden menunjukkan tingkah laku yang ditetapkan atau (X) bagi sebaliknya pada ruang tingkah laku yang telah diperhatikan.

c) Analisis Dokumen

Analisis telah dilakukan dengan mengira kekerapan bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Apabila responden dapat menjawab 5 atau 6 soalan dengan betul iaitu mencapai kategori baik setelah menggunakan Teknik Hemisfera menunjukkan bahawa terdapat peningkatan responden dalam kemahiran membundarkan nomborbulat kepada puluh yang terdekat.

DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian ini diperoleh daripada proses temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.Berikut adalah jadual dan graf yang dikategorikan mengikut soalan kajian.

Adakah murid-murid dapat meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh yang terdekat menggunakan Teknik Hemisfera?

Dalam soalan kajian ini, pengkaji membincangkan data yang diperolehi daripada tiga instrumen iaitu transkrip temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis lembaran kerja.

a) Temu bual

Temu bual dengan responden telah dilaksanakan selepas kajian dijalankan.

Trankripsi temu bual dengan responden direkod dalam borang seperti dalam Lampiran A. Data yang dikumpulkan dianalisis dan dapat dilihat dalam Jadual 1.

Jadual 1: Analisis Temu bual Selepas Menggunakan Teknik Hemisfera

Soalan Kod/Respons Responden

Soalan 1 1. Senang R1, R2, R4, R5

2. Susah R3

Soalan 2 1. Senang R1, R2, R3, R4, R5

Soalan 3 1. Suka R1, R2, R3, R4, R5

Soalan 4 1. Ya R1, R2, R4, R5

2. Tidak R3

Soalan 5 1. Ya R3

2. Tidak R1, R2, R4, R5

Soalan 6 1. Senang R1, R2, R3, R4, R5

164

Berdasarkan Jadual 1, bagi soalan 1, 4 orang responden iaitu R1, R2, R4 dan R5 memberikan respons bahawa kemahiran membundarkan nombor bulat adalah senang. Seorang responden pula iaitu R3 mengatakan kemahiran pembundaran adalah susah. Bagi soalan 2, kesemua responden setuju bahawa soalan pembundaran yang diberikan adalah senang. Soalan 3 juga menunjukkan kesemua responden suka menggunakan Teknik Hemisfera untuk membundarkan nombor bulat.

Manakala, untuk soalan 4, hanya seorang responden iaitu R3 tidak dapat menggunakan Teknik Hemisfera untuk membundarkan nombor bulat. Seorang responden juga masih keliru antara nombor bulat terdekat dengan nombor yang terdekat. Walau bagaimana pun, kesemua responden mengatakan bahawa pembundaran nombor bulat senang dijawab menggunakan Teknik Hemisfera. Dapat disimpulkan bahawa Teknik Hemisfera dapat meningkatkan kemahiran murid membundarkan nombor bulat kepada puluh yang terdekat berdasarkan respons positif yang responden tunjukkan semasa sesi temu bual selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik Hemisfera.

b) Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian berstruktur untuk melihat sama ada Teknik Hemisfera dapat membantu meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh yang terdekat. Borang senarai semak digunakan untuk mengumpul data pemerhatian. Data yang dikumpulkan dapat dilihat dalam Jadual 2.

Jadual 2: Analisis Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Teknik Hemisfera

Bil. Kriteria Pemerhatian Bilangan Responden

1 Aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran 5

2 Mahir menggunakan Teknik Hemisfera 4

3 Jawab lembaran kerja dengan baik 4

4 Dapat membundar tanpa bantuan guru 4

Berdasarkan analisis pemerhatian dalam Jadual 2, kriteria 1 menunjukkan bahawa kesemua responden terlibat secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Bagi kriteria 2, empat orang responden iaitu R1, R2, R4 dan R5 telah mahir menggunakan Teknik Hemisfera. Manakala R3 belum mahir menggunakan Teknik Hemisfera. Kriteria 3 pula menunjukkan bahawa 4 orang responden yang sama dapat menjawab latihan dengan baik dalam lembaran kerja yang diberikan. Manakala hanya seorang responden iaitu R3 tidak dapat membundar nombor bulat tanpa bantuan daripada pengkaji. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa Teknik Hemisfera dapat meningkatkan kemahiran murid membundarkan nombor bulat kepada puluh yang terdekat berdasarkan respons positif yang responden tunjukkan semasa sesi pengajaaran dan pembelajaran.

c) Analisis Dokumen

Pengkaji menggunakan instrumen lembaran kerja untuk mengumpul data tentang penggunaan Teknik Hemisfera dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh yang terdekat. Bilangan soalan yang dijawab dengan betul dapat dilihat dalam Jadual 3 dan Rajah 1.

Jadual 3 dan Rajah 1 menunjukkan bilangan soalan yang berjaya dijawab dengan betul daripada 6 soalan yang diberikan dalam lembaran 1 iaitu sebelum diperkenalkan Teknik Hemisfera dan Lembaran 2 selepas penggunaan Teknik Hemisfera.

165 Jadual 3: Analisis pencapaian sebelum dan selepas menggunakan Teknik Hemisfera

Responden Lembaran 1 Lembaran 2

Bilangan soalan dijawab dengan betul

Pencapaian Bilangan soalan dijawab dengan betul

Pencapaian

R 1 4/6 Sederhana 6/6 Baik

R 2 5/6 Baik 6/6 Baik

R 3 3/6 Sederhana 4/6 Sederhana

R 4 4/6 Sederhana 6/6 Baik

R 5 4/6 Sederhana 6/6 Baik

Rajah 3: Analisis pencapaian sebelum dan selepas menggunakan Teknik Hemisfera Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 1, terdapat peningkatan pencapaian responden dalam penggunaan Teknik Hemisfera. 4 orang responden telah mendapat pencapaian yang baik iaitu berjaya menjawab keenam-enam soalan dengan betul.

Manakala, seorang sahaja responden yang tidak menunjukkan peningkatan pencapaian selepas menggunakan Teknik Hemisfera iaitu masih pada tahap sederhana.

Peningkatan responden dalam Kitaran 2 pula dapat diperhatikan berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 2. Pada Kitaran 1, R3 hanya mencapai pencapaian sederhana dengan menjawab 4 daripada soalan yang dikemukan dengan betul. Manakala, pada Kitaran 2 R3 telah mencapai tahap baik dengan menjawab semua soalan dengan betul.

0 1 2 3 4 5 6 7

R1 R2 R3 R4 R5

Lembaran 1 Lembaran 2

166

Jadual 4: Analisis pencapaian Kitaran 1 dan Kitaran 2

Responden Kitaran 1 Kitaran 2

Bilangan soalan dijawab dengan betul

Pencapaian Bilangan soalan dijawab dengan betul

Pencapaian

R 3 4/6 Sederhana 6/6 Baik

Rajah 4: Analisis pencapaian Kitaran 1 dan Kitaran 2

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Dapatan data daripada analisis dokumen yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan Teknik Hemisfera telah membantu meningkatkan kemahiran murid dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh yang terdekat. Hal ini dapat dikukuhkan dan dibuktikan lagi dengan pencapaian responden dalam lembaran kerja yang telah diberikan dalam Kitaran 1 dan kitaran2. Pencapaian responden telah meningkat daripada sederhana kepada mencapai tahap baik berbanding sebelum Teknik Hemisfera diperkenalkan. Pencapaian responden dalam kedua-dua kitaran yang dilaksanakan ini menunjukkan peningkatan yang baik dan memuaskan.

Di samping itu, dapatan kajian bukan sahaja menunjukkan bahawa teknik atau cara ini telah membantu responden meningkatkan kefahaman, tetapi juga membina keyakinan diri terhadap sesuatu yang telah dipelajari oleh pelajar serta menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan bersemangat. Ini terbukti apabila responden dapat menjawab soalan yang diberikan dalam lembaran kerja dengan baik tanpa memerlukan bantuan guru. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat juga menunjukkan responden terlibat secara aktif dalam aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Teknik Hemisfera yang diperkenalkan juga telah menarik minat responden untuk menggunakannya semasa menjawab soalan melibatkan pembundaran nombor bulat. Dengan adanya minat murid untuk belajar, maka ini sekali gus dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh yang terdekat. Ini disokong oleh kajian Ng Ying Sha (2004). Tambahan pula, teknik yang diperkenalkan mudah dan senang digunakan oleh responden.

Penggunaan teknik yang sesuai dan baik dapat menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebagai aktiviti yang amat menarik jika dikendalikan dengan betul.

0 2 4 6 8

R3

Kitaran 1 Kitaran 2

167 Rajah 5: Lembaran Kerja Selepas Teknik Hemisfera Digunakan

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan dapatan daripada kajian yag telah dijalankan, pengkaji mencadangkan kajian ini dapat diteruskan dengan kajian dalam tajuk penambahan dan penolakan melibatkan nombor dalam lingkungan 10.

a) Penggunaan Dalam Tajuk Penambahan

Dalam topik penambahan nombor bulat dalam lingkungan 10, guru boleh menggunakan Teknik Hemisfera bagi menggantikan kaedah garis nombor yang lazim digunakan. Langkah-langkah dalam penggunaan Teknik Hemisfera adalah seperti berikut:

a. Guru meletakkan kad soalan di poket soalan. Contohnya:

2 + 4 = ___

b. Guru meminta murid menggerakkan penanda ke arah nombor 2. Seterusnya, guru menerangkan bahawa operasi tambah bermaksud bergerak atau melangkah ke hadapan mengikut nilai nombor. Jadi, + 4 bermaksud menggerakkan penanda 4 langkah ke hadapan.

c. Murid menggerakkan penanda 4 langkah ke hadapan. Nombor di mana penanda berhenti menunjukkan jawapan.

b) Penggunaan Dalam Tajuk Penolakan

Teknik Hemisfera ini juga boleh diaplikasikan untuk topik penolakan nombor bulat dalam lingkungan 10. Langkah-langkah bagi mengajar topik penolakan menggunakan Teknik Hemisfera adalah seperti berikut:

a. Guru meletakkan kad soalan di poket soalan. Contohnya:

8 - 3 = ___

b. Guru meminta murid menggerakkan penanda ke arah nombor 8. Seterusnya, guru menerangkan bahawa operasi tolak bermaksud bergerak atau

168

melangkah ke belakang mengikut nilai nombor. Jadi, - 4 bermaksud menggerakkan penanda 4 langkah ke belakang.

c. Murid menggerakkan penanda 4 langkah ke belakang. Nombor di mana penanda berhenti menunjukkan jawapan.

Guru-guru diharapkan dapat memberi penerangan dengan lebih jelas dengan jarak yang sesuai semasa menggunakan teknik agar semua murid dapat melihat penerangan guru. Guru juga perlu memberi arahan ringkas dengan ayat yang mudah difahami oleh murid-murid. Guru haruslah memastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah dalam menggunakan teknik yang ditunjukkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya minat, pemahaman dan penguasaan murid terhadap kemahiran yang diajar dapat ditingkatkan.

RUMUSAN

Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan Teknik Hemisfera oleh pengkaji menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan kemahiran murid tahun satu membundarkan nombor bulat kepada puluh terdekat. Merujuk kepada pencapaian murid dalam lembaran kerja sebelum Teknik Hemisfera diperkenalkan didapati respoden hanya mencapai tahap sederhana. Peningkatan yang jelas dapat ditunjukkan oleh responden apabila graf perbandingan pencapaian menunjukkan peningkatan daripada tahap sederhana kepada tahap baik selepas Teknik Hemisfera diperkenalkan.

RUJUKAN

Akhtiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan. Selangor:

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan.Tanjung Malim: Quantum Books.

Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011). Kajian Tindakan:Konsep Dan Amalan Dalam Pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Jean, M. & Jack, W. (2005). Action Research for Teachers A Practical Guide. London: David Fulton Publisher, Ltd.

Kemmis, S. & Mc Taggart, R. (1988). The Action Research Planner. Edisi ke-3. Australia: Deakin University.

Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar DiKalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah.Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Nik Ahmad Nik Yaacob (1984). Rencana Pendidikan: Panduan Guru Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya.

Noraini Idris & Shuki Osman (2009). Pengajaran dan Pembelajara : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw – Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Vivienne P. Joannou. (2006). Step-by-step Maths: Excel Year 7. Green Giant Press, Singapore.

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.

Email: 1jasminhanani@yahoo.com, 2erniekho@hotmail.com

PENGGUNAAN TEKNIK JARI DALAM MENINGKATKAN