• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kereta X Kereta Y

Kereta Z

Kurang RM900

Lebih RM1 100

Maka harga bagi Y = 56 000 – 900 = 55 100 Harga Z = 55 100 + 1 100 = 56 200

Maka harga bagi 3 buah kereta itu ialah

56 000 + 55 100 + 56 200

= RM167 300

Contoh 2

2. Sebuah kotak mengandungi 2 730 biji guli. Muaz memasukkan guli- guli tersebut ke dalam 30 buah kotak kecil yang sama saiz. Berapakah bilangan guli bagi setiap kotak?

RM56 000

57 seperti yang dinyatakan di bahagian merancang dan bertindak. Ini bermakna langkah pemerhatian telah dilakukan sepanjang proses iaitu sebelum, semasa dan selepas kajian tersebut dijalankan. Selain itu, pengkaji turut membuat penilaian daripada lembaran kerja 1 yang diedarkan semasa kajian dilaksanakan. Melalui lembaran kerja ini, pengkaji dapat menilai tahap kefahaman responden dan merangka strategi untuk diteruskan pada kitaran kedua. Dapatan daripada lembaran kerja ini dianalisis untuk mengetahui keberkesanan teknik ini dan untuk mengenalpasti samada responden boleh menggunakan teknik ini dengan mudah.

Membuat Refleksi

Pada peringkat ini, data yang dikumpulkan daripada kajian direkodkan dan seterusnya dianalisis. Berdasarkan data yang diperolehi semasa PdP, respon dan pencapaian semasa, pengkaji telah mengesan bahawa teknik yang digunakan banyak membantu responden untuk memperbaiki dan seterusnya meningkatkan pemahaman mereka terhadap menentukan operasi yang terlibat apabila menjawap sesuatu soalan penyelesaian masalah nombor bulat.

Kitaran kedua

Pada kitaran ini, pengkaji meneruskan prosedur tindakan yang sama tetapi menggunakan soalan yang lebih mencabar. Penerangan dan perbincangan diteruskan dalam menggunakan teknik melukis gambar rajah ini bagi setiap soalan yang dikemukakan. Bilangan soalan juga diperbanyakkan untuk sesi soal jawab dan perbincangan. Lembaran kerja 2 diberikan untuk menilai keberkesanan teknik ini secara menyeluruh. Pengkaji juga melakukan satu ujian pencapaian untuk melihat sejauh mana teknik melukis gambar rajah ini dapat membantu murid dalam tajuk penyelesaian masalah dan keberkesanan kaedah ini untuk perancangan jangka masa panjang setelah aktiviti pengukuhan dan pemulihan diberikan. Setelah ujian pencapaian dilaksanakan, pengkaji melakukan temu bual terhadap responden untuk mengetahui pendapat mereka mengenai teknik melukis gambar rajah dan apa yang telah mereka pelajari dalam teknik melukis ini.

CARA MENGUMPUL DATA

Pada peringkat ini pula, pengkaji telah menentukan kaedah atau cara mengumpul data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan ini. di samping itu, pengkaji juga menjelaskan dengan terperinci segala instrument kajian tindakan ini. Segala instrumen dilampirkan bersama. Pengkaji menggunakan kaedah menganalisis dokumen dalam pengumpulan data tersebut. Dokumen yang digunakan ialah lembaran kerja dan ujian. Di samping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah temubual dengan responden untuk mengukuhkan lagi data yang dipeolehi. Seterusnya pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dengan menyediakan borang semakan pemerhatian dan memerhatikan penguasaan responden dan juga tingkah laku mereka.

Lembaran Kerja

Lembaran kerja merupakan instrument pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji. Lembaran kerja tersebut diberikan selepas bimbingan. Lembaran kerja 1 diberikan selepas bimbingan yang pertama. Lembaran kerja 1 mengandungi soalan penyelesaian masalah yang melibatkan nombor bulat.

58

Lembaran kerja 2 diberikan selepas bimbingan yang seterusnya diberikan iaitu pada kitaran kedua. Ini bertujuan agar responden membiasakan diri dengan teknik melukis yang diperkenalkan kepada mereka. Bimbingan yang minimum diberikan oleh pengkaji agar responden berupaya untuk menjawab soalan melalui pemahaman kendiri selepas bimbingan pada lembaran kerja 1. Melalui lembaran kerja ini, responden cuba menyelesaikan soalan tanpa bimbingan pengkaji.

Kesalahan atau kecuaian yang dilakukan dicatatkan oleh pengkaji bagi melakukan penambaikan dalam amalan pengajaran yang seterusnya. Jika berlaku peningkatan, maka bimbingan tersebut membantu murid menjawab soalan penyelesaian masalah nombor bulat melalui teknik melukis gambar rajah.

Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian yang diberikan berdasarkan tahap pemahaman responden.

Ia mengandungi lima soalan yang terdiri daripada aras senang, sederhana dan susah.

Tiada bimbingan diberikan dan responden juga tidak dibenarkan berbincang. Ini bertujuan agar responden tidak meniru dan hanya bergantung pada diri sendiri dalam menjawab soalan ujian tersebut. Pengkaji telah meletakkan sasaran tahap lulus adalah betul 3 soalan dan ke atas. Ini bertujan untuk mengenalpasti sama ada responden telah menguasai tajuk tersebut melalui teknik melukis gambar rajah. Ujian pencapaian diberikan pada kitaran kedua.

Temu Bual

Semasa proses dilaksanakan, pengkaji juga menjalankan sesi temu bual dengan responden. Selepas menunjukkan empat langkah model Polya dengan diikuti teknik melukis, pengkaji akan bertanya soalan-soalan seperti berikut:

i. Adakah anda lebih memahami kehendak soalan dengan menggunakan teknik melukis gambar rajah ini?

ii. Adakah teknik ini lebih mudah

iii. Teknik manakah yang lebih membantu untuk anda memahami kehendak soalan.

iv. Adakah teknik ini memerlukan masa yang panjang untuk memahami kehendak soalan.

Pemerhatian

Pengkaji melakukan kaedah pemerhatian dengan menyediakan borang semakan pemerhatian dan memerhatikan penguasaan responden dan juga tingkah laku mereka. Pemerhatian ini penting untuk mengenalpasti dapatan yang diperolehi daripada proses PdP yang dilaksanakan dengan menggunakan teknik melukis gambar rajah.

CARA MENGANALISIS DATA

Pengkaji telah menggunakan kaedah menganalisis data yang bersesuaian berdasarkan instrument kajian yang digunakan. Perancangan dan pelaksanaan kaedah tersebut dijelaskan dengan sebaiknya agar ia dapat membantu melancarkan proses kajian ini. Pada peringkat ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan juga temubual. Berpandukan data yang diperolehi, pengkaji membuat analisis yang terperinci sama ada berbentuk kualitatif atau kuantitatif.

Dalam analisis ini, pengkaji telah menetapkan sasaran kejayaan kajian iaitu semua

59 respondan perlu dapat menyelesaikan soalan penyelesaian masalah dengan melukis gambar rajah yang boleh dikaitkan dengan soalan. Setelah gambar rajah dilukis, respondan akan dapat menjawab soalan dengan betul.

Pemerhatian

Pemerhatian digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data iaitu melalui borang prosedur pemerhatian. Pengkaji telah melakukan pemerhatian menyeluruh terhadap responden semasa berada di dalam kelas, semasa proses PdP, semasa menjawab soalan, semasa menjawab ujian dan selepas proses PdP. Pemerhatian ini penting untuk mengenalpasti kelemahan yang ketara yang ada pada responden secara spontan atau pun tidak. Pengkaji telah menyediakan borang prosedur pemerhatian untuk membantu pengkaji meneliti setiap tindakan dan tingkah laku yang dilakukan oleh responden.

Analisis Dokumen

Pengkaji menggunakan instrument lembaran kerja untuk membuat analisa dokumen berpandukan hasil kerja yang telah dilakukan oleh responden. Hasil dapatan daripada lembaran kerja yang disiapkan oleh responden dianalisis berdasarkan jumlah bilangan soalan yang dijawab dengan betul, langkah penyelesaian dengan teknik melukis dan jenis kesilapan yang dikesan. Jika dapatan adalah positif, maka teknik ini diguna pakai untuk meneruskan kepada PdP yang seterusnya dan ia dianggap berjaya meningkatkan pemahaman responden dalam mengenalpasti atau menentukan operasi yang terlibat dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah nombor bulat.

Jika hasil dapatan adalah mengecewakan, panduan dan cara bimbingan yang baru akan dilakukan tetapi masih juga menggunakan teknik melukis gambar rajah.

Ini berlaku dalam kitaran kedua. Bimbingan yang diberikan adalah berbeza-beza bagi setiap responden. Pengkaji memberikan bimbingan yang setara terlebih dahulu sebelum latihan bermula, selepas memerhatikan cara responden menyelesaikan masalah, bimbingan secara individu perlu dilakukan untuk mengenalpasti punca masalah yang berlaku. Selepas itu, pengkaji melakukan refleksi bersama responden berkenaan kesilapan yang dilakukan.

Temu Bual.

Temu bual dijalankan selepas pengkaji memberi bimbingan serta setelah responden menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan. Soalan yang berkaitan isu menyelesaikan masalah nombor bulat diberikan kepada responden untuk mendengar sendiri pendapat mereka dengan teknik melukis gambar rajah kepada pemahaman mereka terhadap tajuk tersebut.

DAPATAN KAJIAN

Data yang dikumpul serta diperolehi daripada empat cara pengumpulan data yang digunakan iaitu melalui lembaran kerja, ujian pencapaian, temu bual dan pemerhatian digunakan untuk mengukur sejauh mana teknik yang dipraktikkan dapat membantu meningkatkan pemahaman responden dalam menentukan dan mengenalpasti operasi yang terlibat dalam sesuatu soalan yang melibatkan penyelesaian masalah nombor bulat .

60

Penggunaan Teknik Melukis Dalam Menentukan Operasi Yang Terlibat Dalam Penyelesaian Masalah Nombor Bulat.

Dalam soalan yang telah diberikan kepada responden pada lembaran kerja 1 dan 2, pengkaji dapat melihat dapatan hasil yang positif. Kesemua responden telah menunjukkan suatu perubahan yang baik. Kesemua responden telah menggunakan teknik melukis gambar rajah sehinggakan setiap kali PdP berlangsung, responden akan cuba untuk melukis gambar rajah untuk menyelesaikan segala soalan yang diberikan. Bagi melihat tahap penguasaan responden dalam teknik melukis, pengkaji telah menggunakan bilangan soalan yang dijawab dengan betul sebagai landasan pengukuran tahap pemahaman mereka. Jadual berikut menunjukkan dapatan daripada lembaran kerja yang diberikan.

Jadual 1

Responden Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2

Bilangan Soalan Betul Bilangan Soalan Betul

R1 3 / 5 4 / 5

R2 3 / 5 3 / 5

R3 2 / 5 4 / 5

R4 4 / 5 5 / 5

Manakala pada ujian pencapaian yang telah dijalankan, lima soalan yang berasaskan tiga aras kesukaran iaitu mudah, sederhana dan susah diberikan kepada responden untuk menguji pemahaman mereka dalam menentukan operasi yang terlibat dalam menyelesaikan soalan penyelesaian masalah nombor bulat. Jadual di bawah merupakan dapatan daripada ujian tersebut.

Jadual 2 Ujian Pencapaian

Responden Bilangan soalan yang dijawab dengan betul

R1 4

R2 4

R3 4

R4 5

Berdasarkan jadual di atas, kita dapat perhatikan bahawa tahap penguasaan responden yang terlibat terhadap soalan penyelesaian masalah ini semakin meningkat. Ternyata teknik melukis gambarajah ini dapat membantu mereka untuk mengenalpasti operasi yang terlibat dan seterusnya mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan mudah berbanding teknik yang digunakan sebelum ini.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan instrument lembaran kerja dan ujian pencapaian untuk menganalisis data. Setelah meneliti hasil dapatan daripada tindak balas yang diberikan oleh responden, pengkaji mendapati bahawa teknik melukis ini memberikan kesan positif dalam membantu meningkatkan pemahaman dalam mengenalpasti operasi yang terlibat dalam soalan penyelesaian masalah. Kesilapan dan kecuaian yang dilakukan ternyata berkurangan dari lembaran kerja 1 ke lembaran kerja 2. Hasil kerja yang ditunjukkan oleh responden di dalam kedua-dua lembaran kerja tersebut menunjukkan kekemasan dan keyakinan dalam penyusunan maklumat. Pembentukan model lukisan yang boleh mempengaruhi responden untuk

61 memahami kehendak soalan terutama dalam mengenalpasti operasi yang terlibat.

Dalam ujian pencapaian, pengkaji juga mendapati bahawa bilangan soalan yang dijawab dengan betul menggunakan teknik melukis gambar rajah ini juga semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa teknik melukis gambar rajah ini dapat membantu responden menguasai dan memahami kehendak soalan terutama dalam mengenalpasti operasi yang terlibat.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Dalam dunia teknologi maklumat ini, banyak kaedah serta teknik yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam meningkatkan tahap kefahaman mereka terhadap isi pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan bantuan media digital. Perisian Microsoft Powerpoint mempunyai keupayaan dalam penyampaian data secara lebih visual yang mana pergerakan penyusunan maklumat tersebut berlaku di samping menarik minat responden.

Penggunaan ICT ini bukan sahaja boleh dicipta sendiri, bahkan ia boleh dikongsi bersama. Responden boleh memuat turun aplikasi dengan latihan terancang yang diberikan, boleh membuat latihan secara kendiri dan boleh mencipta sendiri soalan dan melakarkan grafik yang disukai berpandukan aplikasi yang ada.

Selain daripada itu, kaedah penceritaan dalam teknik melukis juga dapat memberikan situasi yang lebih berasaskan kehidupan seharian responden. Model gambar yang dihasilkan dapat menjelaskan pelbagai jenis jalan penceritaan yang kita inginkan. Permainan watak dalam cerita itu juga memberikan responden peluang untuk melibatkan diri dalam situasi cerita tersebut.

RUMUSAN

Teknik melukis gambar rajah merupakan teknik yang mudah untuk membantu murid memahami kehendak soalan terutama untuk mengenalpasti operasi yang terlibat dalam soalan penyelesaian masalah bagi mata pelajaran Matematik.

Dengan teknik ini, murid akan lebih senang memahami kehendak soalan dan senang untuk merangka cara penyelesaian dalam soalan penyelesaian masalah Nombor Bulat. Ini dibuktikan dalam pernyataan The Singapore Math Teacher, (n.d) di mana melalui teknik melukis, murid akan lebih senang untuk mengolah maklumat yang sukar ke dalam bentuk grafik. Penerangan melalui grafik juga sesuai untuk tahap kognitif murid yang berada dalam lingkungan usia 10 hingga 12 tahun di mana mereka dapat merancang strategi yang sesuai berkenaan soalan yang mereka hadapi.

RUJUKAN

Abd.Rahman Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai Penyelidik,ms 18,PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (n.d.). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah spesifikasi kurikulum Matematik Tahun 5. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

62

Chan Ka Kieng, Bernard Lau Yuen long, Mohd Sefai Jusoh, Mohammad Yaacob, Tham Soo Koon, Repiah Singah, Koe Chong Aun. (1995). Pukal latihan penyelesaian masalah dalam Matematik. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang: Bahagian Pendidikan Guru.

Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng(1992). Pedagogi satu Pengenalan,Siri Pendidikan Fajar Bakti, Kuala Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Ed. Ke-3. Buku manual kajian tindakan. Putrajaya:

Bahagian Perancangan dan Penyelididkan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Modul Primary Mathematics MTE 3113. ( Penyelidikan Tindakan I ). Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Manual/Panduan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan I dan Penyelidikan Tindakan II, (2013).

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Mod Sepenuh Masa dan Mod Separuh Masa, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai, Penerbit UiTM

Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.) Pembelajaran Masteri.

Diperolehi daripada http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/panduan/masteri.pdf Ting Leng Siong, Ahmad Sabry Othman & Ting Hun Yong (2013):

Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam 98009 Miri, Sarawak.

Email: ¹[email protected], ²[email protected]

PENGUASAAN KEMAHIRAN MENAMBAH DENGAN