• Tidak ada hasil yang ditemukan

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

Penguasaan Kemahiran Bahagi Menggunakan Petak Istimewa

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

a. Membantu murid Tahun 2 untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penolakan bagi sebarang dua nombor melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari.

b. Mengenal pasti persepsi dan respon murid terhadap penggunaan teknik jari dalam meningkatkan penguasaan kemahiran penolakan bagi sebarang dua nombor hingga 3 digit melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim.

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan berikut :

a. Adakah penggunaan teknik jari dapat membantu murid Tahun 2 dalam meningkatkan penguasaan kemahiran penolakan bagi sebarang dua nombor melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim ?

b. Apakah persepsi dan respon murid terhadap penggunaan teknik jari dalam meningkatkan penguasaan kemahiran penolakan melibatkan pengumpulan semula ?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan lima orang responden dari sebuah kelas Tahun 2 yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan di salah sebuah sekolah kebangsaan di kawasan Bandar Miri. Kumpulan sasaran pengkaji adalah murid yang lemah dalam penolakan bagi sebarang dua nombor hingga tiga digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Pemilihan responden adalah berdasarkan pemerhatian terhadap hasil kerja murid dalam buku aktiviti, lembaran kerja, latihan bertulis dan markah ujian diagnostik yang telah dijalankan kepada semua murid Tahun 2 dalam kelas tersebut. Berikut merupakan profil responden-responden yang terlibat dalam kajian ini.

Jadual 1: Profil Responden Kajian

Responden Jantina Umur Kaum Markah Ujian Diagnostik

R1 Leaki 8 Tahun Iban 30 %

R2 Lelaki 8 Tahun Melayu 20 %

R3 Perempuan 8 Tahun Melanau 40 %

R4 Perempuan 8 Tahun Iban 20 %

R5 Perempuan 8 Tahun Iban 20 %

PROSEDUR TINDAKAN

Pengkaji telah memilih model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan dalam perlaksanaan kajian tindakan ini. Menurut Ting Len Siong, Ahmad Sabry Bin Othman dan Ting Yun Yong (2014) dalam Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan, Mok Soon Sang (2010) dalam Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan dan Ho Ho Tong, Dr Rahmah Binti Murshidi, Dr Gan Wei Ling, Zaliha Binti Musa, Ahap Bin Awal, Lee Hou Yew, John anak Brodi, Sapiee Bin Saidi dan Stanley anak Abang (2013) dalam Asas Penyelidikan Tindakan, Teori dan Amalan, model ini

173 1. Perancangan

2. Tindakan

3. Pemerhatian 4. Refleksi

mengemukakan empat langkah utama yang dijadikan sebagai panduan untuk melaksanakan kajian ini iaitu perancangan (planning), tindakan (action), pemerhatian (observation) dan refleksi (reflection). Bagi kajian ini, pengkaji telah menjalankan dua kitaran atau gelung.

Rajah 2: Model Kurt Lewin (1946) KITARAN 1

i. Perancangan

Pada peringkat ini, pengkaji mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam topik penolakan bagi sebarang dua nombor hingga 3 digit yang melibatkan pengumpulan semula. Berdasarkan tinjauan awal dan pemerhatian terhadap latihan dan hasil kerja murid dalam sebuah kelasTahun 2, pengkaji mendapati kebanyakan murid-murid tidak menguasai kemahiran penolakan melibatkan pengumpulan semula. Seterusnya, pengkaji menjalankan ujian diagnostik dan memilih responden. Berdasarkan pencapaian markah ujian diagnostik, pengkaji telah memilih lima orang murid Tahun 2 sebagai responden dalam kajian ini.

Pengkaji telah memilih penggunaan teknik jari untuk membantu murid Tahun 2 dalam menyelesaikan soalan penolakan yang melibatkan dua nombor hingga 3 digit dengan pengumpulan semula. Pengkaji menyediakan borang pemerhatian untuk merekodkan kekerapan penggunaan teknik jari semasa menjawab soalan dalam lembaran kerja 1 dan 2, dua lembaran kerja dan 6 soalan temu bual.

ii. Tindakan

Pada prosedur tindakan ini, pengkaji telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi topik penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari kepada responden. Pada peringkat permulaan, pengkaji mengajar kemahiran penolakan dengan pengumpulan semula dengan memberi penerangan mengenai konsep pengumpulan semula dan menjalankan latih tubi kepada responden untuk melakukan pengumpulan semula tanpa mencari hasil tolak terlebih dahulu. Setelah pengkaji mendapati responden faham mengenai konsep pengumpulan semula, pengkaji memperkenalkan penggunaan teknik jari untuk mencari hasil tolak.

Seterusnya pengkaji mengajar kemahiran penolakan bagi sebarang dua nombor hingga 3 digit dengan mengumpul semula dari puluh ke sa pada sesi bimbingan 1, ratus ke puluh pada sesi bimbingan 2, ratus ke puluh dan puluh ke sa pada sesi bimbingan 2 dan menerangkan langkah-langkah pengiraan dengan menggunakan teknik jari untuk mencari hasil tolak dalam bentuk lazim seperti contoh soalan berikut :

174

Ra Pu Sa 3 11 13

4 2 3 Nombor atas

- 1 5 7 Nombor bawah

i. Tentukan nilai tempat bagi setiap digit nombor.

ii. Pada nilai tempat „sa‟, tentukan sama ada nombor pada bahagian atas cukup untuk menolak nombor pada bahagian bawah.

iii. Lakukan pengumpulan semula bagi soalan penolakan terlebih dahulu sebelum melakukan pengiraan dengan menggunakan teknik jari.

iv. Gunakan teknik jari untuk mencari hasil tolak, iaitu dengan menyebut nombor pada bahagian bawah iaitu 7. Kemudian membuat penghitungan sambil mengeluarkan satu persatu jari sehingga nombor yang disebut mencapai nombor pada bahagian atas iaitu 13 seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.

Contoh : “13 – 7”

Penggunaan Jari Sebutan Nombor

Letakkan “tujuh” dalam otak.

Persediaan untuk mengira jari (jari kiri)

Menyebut "Lapan”

Menyebut "Sembilan”

Menyebut "Sepuluh”

Menyebut "Sebelas”

Menyebut "Dua Belas”

Menyebut "Tiga Belas”

Rajah 3: Cara pengiraan menggunakan teknik jari bagi soalan “13 – 7”.

v. Murid mengulang langkah 3 dan langkah 4 untuk mencari hasil tolak pada nilai tempat puluh dan ratus.

Setelah selesai sesi bimbingan, pengkaji memberikan lembaran kerja 1 kepada responden. Pengkaji merekodkan pemerhatian terhadap kekerapan setiap responden menggunakan teknik jari semasa membuat pengiraan soalan penolakan dengan pengumpulan semula dalam lembaran kerja 1. Hasil markah lembaran kerja 1 direkodkan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan.

iii. Pemerhatian

Pengkaji membuat pemerhatian terhadap perkembangan dan penguasaan responden dalam menyelesaikan soalan penolakan dengan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari berdasarkan hasil markah dalam lembaran kerja 1 dan kekerapan penggunaan teknik jari semasa menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja 1.

iv. Refleksi

Pengkaji membuat refleksi tentang keberkesanan penggunaan teknik jari dalam menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula kepada responden. Berdasarkan data yang dikumpul, terdapat peningkatan markah dalam lembaran kerja 1, berbanding markah ujian diagnostik yang telah dijalankan kepada responden. Pengkaji juga mendapati 6 soalan temu bual yang dikemukakan kepada

175 kelima-lima responden terhadap penggunaan teknik jari telah memberikan maklum balas yang positif . Walau bagaimanapun, masih terdapat kesilapan pengiraan dan kecuaian yang dilakukan oleh responden dan kekeliruan semasa mengira dengan menggunakan teknik jari.

KITARAN 2 i. Perancangan

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden iaitu kecuaian dan kesilapan pengiraan soalan penolakan yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim dan kekeliruan semasa mengira dengan menggunakan teknik jari, pengkaji telah merancangkan beberapa penambahbaikan pada kitaran 2.

ii. Tindakan

Pada kitaran 2, pengkaji telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran semula dan sesi bimbingan kepada responden bagi topik penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari kepada responden. Pengkaji telah menambahbaik pengiraan dengan menggunakan teknik jari dengan membulatkan nombor bawah yang perlu ditelakkan dalam otak dan melukis anak panah sebagai panduan arah penghitungan dari nombor bawah kepada nombor atas setelah mengumpul semula dalam bentuk lazim supaya murid tidak keliru dan terus menghitung nombor yang berikutnya pada jari sehingga mencapai nombor atas bagi mendapatkan hasil tolak.

Ra Pu Sa 3 11 13

4 2 3

- 1 5 7

2 9 6

Setelah selesai sesi bimbingan, pengkaji memberikan lembaran kerja 2 kepada responden. Pengkaji merekodkan pemerhatian terhadap kekerapan setiap responden menggunakan teknik jari semasa responden membuat pengiraan soalan penolakan dengan pengumpulan semula dalam lembaran kerja 2. Hasil markah lembaran kerja 2 direkodkan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan.

iii. Pemerhatian

Pengkaji membuat pemerhatian terhadap perkembangan dan penguasaan responden dalam menyelesaikan soalan penolakan dengan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari berdasarkan hasil markah dalam lembaran kerja 2 dan kekerapan penggunaan teknik jari semasa menjawab soalan latihan dalam lembaran kerja 2.

iv. Refleksi

Pengkaji membuat refleksi bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik jari dalam membantu responden untuk menyelesaikan soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula Berdasarkan data yang diperolehi, terdapat peningkatan dalam kekerapan penggunaan teknik jari di kalangan responden ketika menjawab 10 soalan dalam lembaran kerja 2. Pada akhir kitaran 2, kelima-lima responden telah mahir untuk melakukan pengiraan bagi soalan penolakan melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik jari. Kelima-lima responden juga

176

telah menunjukkan peningkatan markah yang sangat ketara dalam lembaran kerja 2 setelah menggunakan teknik jari. Oleh yang demikian, kitaran kajian ini telah tamat pada kitaran 2.

CARA MENGUMPUL DATA