• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian ini menggunakan tiga teknik pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dalam pemerhatian pengkaji telah menggunakan dua jenis teknik pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur dibuat untuk mengesan penguasaan dan pencapaian responden terhadap penggunakan lipatan kertas untuk mencari pecahan setara. Pengkaji telah memerhatikan lima aspek iaitu adakah responden menggunakan lipatan kertas untuk menjawab soalan, bahan bantu mengajar mudah digunakan, bahan bantu mengajar digunakan dengan betul, bahan bantu mengajar berfungsi untuk membantu responden mendapat jawapan dengan betul dan masa yang digunakan untuk menyiapkan instrumen.

Pemerhatian tidak berstruktur dibuat semasa responden mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian ini dibuat untuk meneliti tahap penguasaan konsep pecahan setara bagi setiap responden. Selain itu pemerhatian ini juga dibuat untuk memerhatikan sama ada responden membuat kecuaian atau tidak dalam mencari pecahan setara dengan menggunakan kaedah lipatan kertas. Pengkaji telah membuat catatan pemerhatian tidak berstrutur dalam bentuk nota lapangan.

Dalam temu bual pengkaji telah menjalankan sesi bertemu bual semi berstruktur dengan responden dengan menggunakan soalan-soalan seperti yang disediakan dalam Lampiran 4. Soalan-soalan temu bual ini disediakan untuk mengenal pasti sama ada pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran pecahan setara dengan menggunakan lipatan kertas meningkat penguasaan mereka atau tidak.

Terdapat empat aspek yang ditemu bual iaitu pemahaman respoden terhadap Bahan Bantu Mengajar, adakah responden meminati aktiviti lipatan kertas, apakah sebab responden meminati aktiviti lipatan kertas, apakah sebab responden tidak meminati aktiviti lipatan kertas dan adakah aktiviti lipatan kertas ini memudahkan responden mencari pecahan setara. Hasil temu bual akan direkodkan secara transkripsi.

Dalam teknik pengumpulan data dan analisis dokumen, pengkaji telah menggunakan instrumen Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2. Setelah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti lipatan kertas untuk mengajar pecahan setara kepada responden, Lembaran Kerja 1 seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1 telah diberikan kepada responden. Pengkaji telah memberi jalur kertas kepada responden. Responden menyelesaikan latihan pecahan setara dengan menggunakan kaedah lipatan kertas. Lembaran Kerja 1 mengandungi 10 soalan yang perlu mencarikan pecahan setaranya. 10 soalan pecahan ini adalah dalam lingkungan penyebut kurang daripada 10. Tempoh yang diperuntukkan untuk menyelesaikan lembaran kerja ialah 20 minit. Hasil kerja responden dalam lembaran kerja dipantau secara berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaan responden.

Pengkaji memberi lembaran kerja 2 kepada responden seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 2. Kandungan soalan bagi Lembaran Kerja 2 sebanyak

128

10 soalan. Pengkaji tidak akan memberi jalur kertas kepada responden untuk menyelesaikan latihan pecahan setara. Ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana responden dapat mencari pecahan setara bagi mengukuhkan konsep pecahan setara.

Dalam masa yang sama pengkaji boleh mengenal pasti masalah lain yang timbul pada responden. Kitaran 2 dijalankan untuk responden M2 yang tidak mencapai tahap penguasaan miniman, iaitu dapat menjawab sekurang-kurangnya 8 daripada 10 soalan dalam Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.

CARA MENGANALISIS DATA

Analisis data telah dilakukan untuk mengetahui penguasaan konsep Pecahan Setara bagi empat orang responden selepas proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan aktiviti lipatan kertas. Analisis data berdasarkan jenis instrumen yang digunakan secara kualitatif.

Pengkaji menganalisis catatan pemerhatian tidak berstruktur yang dibuat dengan cara pengkategorian. Pengkaji menggunakan borang senarai semak (Lampiran 4) untuk menganalisis data yang diperolehi secara pemerhatian berstruktur daripada responden berpandukan aspek-aspek yang telah ditetapkan dengan mengira kekerapan “Ya” dan “Tidak”.

Data temu bual dituliskan dalam bentuk transkripsi dianalisis dengan menggunakan pengkodan secara manual. Pengkaji mengenal pasti maklumat yang diperolehi dan mengkategorikan maklumat penting kepada beberapa bahagian seperti perasaan responden semasa menjalani aktiviti lipatan kertas untuk mencari pecahan setara, keberkesanan aktiviti lipatan kertas terhadap responden untuk menguasai pecahan setara dan pendapat responden terhadap aktiviti lipatan kertas samada aktiviti ini membantu mereka dalam penguasaan kemahiran pecahan setara.

Berdasarkan maklumat ini, pengkaji dapat menjawab soalan kajian yang dijalankan.

Pengkaji menganalisis hasil Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 responden dengan berdasarkan bilangan jawapan yang dijawab dengan betul oleh responden. Penguasaan responden terhadap konsep pecahan setara adalah berdasarkan tahap penguasaan yang ditetapkan dalam Jadual Penguasaan seperti yang ditunjuk dalam Jadual 3. Analisis kandungan kerja responden dalam hasil Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 akan mengenal pasti penguasaan responden terhadap kemahiran pecahan setara.

Jadual 3: Jadual Tahap Penguasaan Jumlah Soalan Yang

Betul Tahap Penguasaan Penerangan

0 – 5

Tidak Menguasai Responden tidak menguasai konsep pecahan setara

6 – 7

Belum Menguasai Responden belum menguasai sepenuhnya konsep pecahan setara 8 – 10 Menguasai Responden menguasai konsep

pecahan setara

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji membincangkan mengenai dapatan kajian berdasarkan tiga soalan kajian. Pengkaji telah menghuraikan analisis dapatan data dan mengaitkan data

129 dengan soalan kajian tindakan. Terdapat tiga teknik pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

Pengkaji menjalankan pemerhatian semasa responden menjalankan aktiviti lipatan kerja semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta semasa responden menjawab Lembaran kerja 1. Jadual 4 menunjukkan hasil pemerhatian berstruktur dengan menggunakan Borang Senarai Semak Pemerhatian.

Jadual 4: Hasil Pemerhatian Berstruktur Responden

Kriteria M1 M2 M3 M4

Masa Yang Digunakan 1. Responden menggunakan lipatan

kertas untuk menjawab soalan

Berdasarkan jadual, adalah didapati keempat-empat respondon dapat menggunakan lipatan kertas yang diberikan untuk menjawab soalan. Pengkaji mendapati mereka sangat meminati aktiviti lipatan kertas untuk mencari pecahan setara. Pengkaji mendapat 3 orang responden iaitu M1, M3 dan M4 dapat menggunakan lipatan kertas dengan mudah dan betul serta menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan tepat dalam masa yang kurang daripada 30 minit melainkan responden M2. Responden M2 didapati sangat meminati aktiviti lipatan kertas tetapi agak lambat mencari pecahan setara. Pengkaji juga mendapati responden M2 menggunakan masa 30 minit untuk menyelesaikan Lembaran Kerja 1.

Pengkaji juga menjalankan pemerhatian tidak berstruktur iaitu membuat pemerhatian terhadap kelakuan responden sama ada menunjukkan minat semasa aktiviti lipatan kertas dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta semasa responden membuat latihan dalam lembaran kerja 1 dan samada menunjukkan minat untuk membuat latihan lembaran kerja 2 tanpa menggunakan lipatan kertas. Pengkaji mendapati adalah keempat-empat respondon menunjukkan minat mereka semasa aktiviti lipatan kertas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mendapat keempat-empat responden dapat menumpukan sepenuh perhatian. Semasa membuat latihan dalam lembaran kerja 1, responden M2 menunjukkan minat tetapi tidak begitu berkeyakinan seperti responden M1, M3 dan M4. Responden M2 adalah responden yang terakhir menyelesaikan Lembaran Kerja 1.

Pengkaji juga menjalankan temu bual terhadap empat orang responden selepas Lembaran Kerja 1 diselesaikan oleh responden. Keempat-empat responden memberi jawapan yang sama bagi soalan-soalan temu bual. Mereka boleh memberitahu pengkaji hasil kerja lipatan kertas adalah untuk mencari pecahan setara.

Mereka juga memberitahu pengkaji mereka suka melakukan aktiviti lipatan kertas untuk mencari pecahan setara. Keempat-empat responden mengatakan dengan melakukan aktiviti lipatan kertas mereka dapat mencari pecahan setara. Bagi satu soalan dalam temu bual yang mempunyai jawapan yang berbeza seperti dalam Jadual 5.

130

Jadual 5: Jawapan Soalan 5 Temu Bual Yang Diberi Oleh Responden Responden Soalan 5 Adakah aktiviti lipatan kertas ini memudahkan kamu mencari

jawapan pecahan setara ?

M1 Saya berasa seronok, saya dapat mencari pecahan setara dan ini dapat meningkatkan minat saya.

M2 Ya cikgu, tetapi kalau tiada jalur kertas diberi semasa membuat latihan pecahan setara, saya rasa sukar bagi saya mencari jawapan pecahan setara.

M3 Ya, cikgu. Saya suka aktiviti ini. Ia sangat menarik.

M4 Ya cikgu. Saya tahu bagaimana mencari pecahan setara.

Berdasarkan jadual, didapati kesemua responden bersetuju bahawa aktiviti lipatan kertas ini memudahkan mereka mencari jawapan pecahan setara. Hanya Responden M2 mengatakan jika tanpa jalur kertas yang diberi semasa membuat latihan pecahan akan menyukarkan dia mencari pecahan setara. Pengkaji telah menggunakan dua teknik pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan permerhatian tidak berstruktur. Bagi pemerhatian berstruktur, pengkaji telah membuat analisis tentang empat kriteria dan masa yang digunakan oleh empat orang responden. Data yang dikumpulkan dan dianalisis seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6 : Hasil Analisis Pemerhatian Berstruktur Analisis 1. Responden menggunakan lipatan

kertas untuk menjawab soalan

4 0 22 minit

2. BBM mudah digunakan 4 0 30 minit

3. BBM digunakan dengan betul 4 0 20 minit 4. BBM berfungsi dan responden

mendapat jawapan dengan betul

4 0 20 minit

Berdasarkan Jadual 6, pengkaji mendapati keempat-empat responden meminati aktiviti lipatan kertas untuk mencari pecahan setara. Pengkaji mendapati responden M2 perlu menggunakan masa yang lebih panjang untuk mendapat pecahan setara. Pengkaji telah membuat pemerhatian tidak berstruktur kepada keempat-empat responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, semasa responden membuat Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2. Pengkaji membuat catatan pemerhatian tidak berstruktur dalam bentuk nota lapangan. Pengkaji menggunakan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 dalam pengumpulan data terhadap penggunaan lipatan kertas dalam meningkatkan penguasaan responden terhadap konsep pecahan setara. Pengkaji telah mengumpulkan pencapaian keempat-empat responden dalam Lemaran Kerja 1 seperti dalam Jadual 5.

Pengkaji menggunakan Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 dalam pengumpulan data terhadap penggunaan lipatan kertas da lam meningkatkan penguasaan responden terhadap konsep pecahan setara. Dalam kitaran 2, pengumpulan data terhadap melukis dan melorek jalur pecah dalam membantu penguasaan responden M2 terhadap konsep pecahan setara. Pengkaji telah mengumpulkan pencapaian keempat-empat responden dalam Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2 dan Lembaran Kerja 3 (Kitaran 2) seperti dalam Jadual 7.

131 Jadual 7: Pencapaian Responden Dalam Lembaran Kerja

Responden

Lembaran Kerja

Jumlah Soalan Yang Betul Dijawab Daripada 10 Soalan

M1 M2 M3 M4

1 10 7 8 9

2 10 5 9 10

3 - 9 - -

Berdasarkan Jadual 6.5, bagi Lembaran Kerja 1 yang telah diberi kepada responden bersama jalur kertas yang dijadikan bahan membantu responden untuk menjawab pecahan setara, adalah didapati responden M1 telah berjaya menjawab semua soalan dengan betul, responden M2 berjaya menjawab tujuh soalan dengan betul, responden M3 berjaya menjawab lapan soalan dengan betul dan responden M4 pula Berjaya menjawab Sembilan soalan dengan betul.

Setelah responden menyiapkan Lembaran Kerja 1, pengkaji telah memberi Lembaran Kerja 2 kepada responden. Lembaran ini diberi kepada responden untuk mencari pecahan setara tanpa diberi jalur kertas sebagai bahan bantu. Berdasarkan Jadual 6.5, didapati responden M1 dapat menjawab sepuluh soalan dengan betul, responden M2 hanya dapat menjawab lima soalan dengan betul, responden M3 berjaya menjawab sembilan soalan dengan betul dan responden M4 berjaya menjawab semua soalan dengan betul.

Berdasarkan analisis di atas, pengkaji mendapati responden M2 belum menguasai kemahiran pecahan setara dengan sepenuhnya. Maka pengkaji menjalani kitaran 2 untuk membantu responden M2 untuk menguasai kemahiran pecahan setara. Dalam kitaran 2, Lembaran Kerja 3 (Lampiran 4) telah diberi dan dianalisis.

Responden M2 berjaya menjawab 9 soalan daripada 10 soalan dengan betul seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.5.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Reflkeksi dapatan kajian dibuat berdasarkan tiga aspek iaitu penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan lipatan kertas dalam penguasaan konsep pecahan setara dan peningkatan minat murid. Sebelum kajian ini dijalankan, pengkaji telah mengadakan satu ujian diagnostik. Dalam ujian diagnostik didapati kesemua responden tidak berjaya menguasai konsep dan kemahiran dalam pecahan setara. Pengkaji telah membuat perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan menggunakan lipatan kertas untuk membantu murid-murid memahami dan menguasai konsep pecahan setara Berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur yang dibuat oleh pengkaji, didapati empat orang responden menunjukkan keseronokan dan dapat bekerjasama semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Empat orang responden ini kelihatan begitu ceria di air muka. Penggunaan lipatan kertas telah menunjukkan peningkatan bagi responden dalam penguasaan konsep dan kemahiran dalam pecahan setara. Ini selari dengan pendapat Brady (2008) seperti hasil lembaran kerja yang ditunjukkan dalam Rajah 8.

132

Rajah 8: Hasil Lembaran Kerja Responden

Daripada Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2 dalam kitaran 1, keputusan yang dicapai oleh responden telah menunjukkan tahap penguasaan konsep pecahan setara adalah meningkat. Pengkaji telah membuat kitaran 2 memandangkan responden M2 yang belum menguasai konsep pecahan setara dengan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun melalui aktiviti lipatan kertas ini responden M2 dapat mencari sebahagian pecahan setara. Ini dapat dilihat dalam Lembaran Kerja 1.

Dalam kitaran 2 responden M2 dapat mencari pecahan setara dengan melukis jalur pechan di tepi soalan. Responden M2 telah memahami konsep pecahan setara melalui aktiviti lipatan kertas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9. Berdasarkan konsep yang dikuasai barulah responden M2 dapat melukis jalur pecahan.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, adalah didapati semua responden menunjukkan minat semasa menggunakan lipatan kertas untuk mencari pecahan setara. Pengkaji mendapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti lipatan kertas untuk mencari pecahan setara, empat orang responden berasa begitu seronok dan ini dapat dilihat oleh pengkaji di air muka mereka. Empat orang responden menunjukkan keinginan mereka dan menjalankan aktiviti lipatan kertas dengan bersungguh-sungguh. Ini adalah selari dengan pendapat Reimer dan Moyer (2005) .

Rajah 9: Hasil Lembaran Kerja 3 Responden M2

133 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan oleh pengkaji lain ialah mengabungkan penggunaan multimedia seperti perisian power point yang dapat menarik perhatian responden kerana dengan penggunaan gambar, animasi dan bunyi boleh membantu responden belajar dengan lebih seronok tentang domain pengetahuan yang baharu. Pengajaran berasaskan multimedia boleh membantu responden lebih bermotivasi dalam pembelajarannya. Selain itu penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih cepat dan berkesan. Pengkaji lain boleh menggunakan perisian power point untuk memperkenalkan konsep pecahan setara. Dengan bantuan multimedia pengkaji boleh memperkenalkan konsep pecahan satu demi satu. Ini akan membolehkan responden mempelajari konsep pecahan langkah demi langkah.

RUMUSAN

Daripada kajian yang telah dibuat, pengkaji dapat mengenalpasti kelemahan empat orang responden dalam penguasaan konsep pecahan setara. Penggunaan lipatan kertas yang diaplikasikan oleh pengkaji dapat membantu empat orang responden. Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa objektif kajian iaitu menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam mengajar topik pecahan setara dengan penggunaan lipatan kertas dapat membantu murid-murid menguasai konsep pecahan setara dan dapat membantu meningkatkan minat murid dalam mempelajari pecahan setara dengan penggunaan lipatan kertas.

RUJUKAN

Brady , K. (2008). Using paper folding in the primary years to promote student engagement in Mathematical learning. Diperoleh daripada http://www.merganet.au/document /RP52008.PDF

Mack, K.N. (1998). Building a foundation for understanding the multiplication of Fraction, Teaching Children Mathematics, 5: 34 – 38.

Muhamad Ismail Ahmad. (2004). Perkembangan pendidikan negara. Selangor Darul Ehsan: Pustaka Mawar.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publiscations & Distributors Sdn Bhd.

Reimer, K., & Moyer, P. S. (2005). Third-grader lenarn about fractions using virtual manipulative : A classroom study. Journal in Mathematics and Science Teaching, 24(1), 5-25

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar. (2006). Isu-isu dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 980009 Miri, Sarawak.

Email: 1chaiphinphin@yahoo.com, 2huln1234@gmail.com

PENGGUNAAN PENDEKATAN KAEDAH MNEMONIK