• Tidak ada hasil yang ditemukan

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Objektif Kajian

Objektif Kajian.

Berikut merupakan objektif kajian yang telah ditetapkan:

a. Membantu murid menguasai kemahiran operasi asas tolak dengan menggunakan kaedah hutang dan bayar

b. Meningkatkan minat murid dalam kemahiran operasi asas tolak dengan menggunakan kaedah hutang dan bayar

Soalan Kajian

Kajian tindakan ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian berikut:

a. Adakah penggunaan kaedah hutang dan bayar dapat membantu murid menguasai kemahiran operasi asas tolak?

102

b. Bagaimanakah kaedah hutang dan bayar dapat meningkatkan minat murid dalam kemahiran operasi asas tolak?

KUMPULAN SASARAN

Penyelidikan tindakan ini dilakukan di sebuah sekolah rendah sekitar Daerah Subis. Kumpulan sasaran yang dipilih bagi kajian ini adalah sebanyak lima orang responden dalam kelas Tahun 2. Tiga lelaki dan dua perempuan dan berbangsa Iban. Responden kajian ini akan dipilih berdasarkan latihan kelas, ujian, lembaran kerja, tahap keupayaan murid dan tahap penguasaan murid dalam operasi asas matematik.

PROSEDUR TINDAKAN

Pengkaji memilih untuk melaksanakan kajian tindakan berdasarkan Model Kurt Lewin ( 1946 ). Beliau menjelaskan kajian tindakan sebagai lingkaran beberapa tahap. Model ini melibatkan lima peringkat ataupun tahap yang perlu dilaksanakan dalam satu kitaran kajian tindakan iaitu bermula daripada mengenalpasti aspek amalan, merancang, impementasi, melihat kesan tindakan dan akhir sekali adalah refleksi dan seterusnya kitaran kedua akan dibuat sekiranya kaedah yang digunakan tidak berjaya.

Mengenal pasti aspek amalan

Bagi mengenal pasti aspek amalan, pengkaji merefleksikan semula tentang kemahiran yang telah diajar selama ini. Pengkaji memikirkan apakah masalah yang timbul bagi nya yang berkaitan dengan amalan pengajaran sendiri. Dalam kajian ini,pengkaji mengenalpasti satu amalan pengajaran yang ingin ditambahbaik dalam kemahiran operasi asas tolak ini berdasarkan pengalaman mengajar pengkaji.

Pengkaji menggunakan cara yang ditunjukkan dalam buku kerja dan buku teks Tahun 2. Murid-murid hanya dapat memahami dan menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan ini sementara sahaja. Oleh itu, pengkaji mengubah amalan pengajaran diperlukan agar dapat membantu murid menguasai kemahiran operasi asas tolak ini dengan wang dalam kaedah hutang dan bayar.

Perancangan

Pengkaji membuat perancangan untuk mengubah amalan pengajaran. Perkara pertama yang akan dibuat ialah memilih responden melalui penetapan kriteria pemilihan responden. Kriteria pemilihan responden adalah responden itu sudah menguasai operasi asas matematik, boleh membaca dan menulis, berdasarkan keputusan ujian, latihan, lembaran kerja dan hasil kerja murid.

Bagi mengubah cara pengajaran lama ini, pengkaji menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit iaitu wang kertas RM10 dan RM1 sebenar, wang kertas contoh RM10 dan RM1 dan gambar rajah wang kertas RM10 dan RM1 dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran yang pengkaji gunakan ialah kaedah hutang dan bayar.

Tindakan atau implementasi

Setelah perancangan selesai dibuat,pengkaji melaksanakan strategi atau kaedah terhadap responden yang telah dipilih. Pada peringkat permulaan, pengkaji

103 menerapkan kaedah hutang dan bayar dalam PdP. Seterusnya memberikan Lembaran Kerja kepada responden bagi mengesan penguasaan dalam kemahiran yang telah dipelajari dan membuat pemerhatian tentang cara responden menjawab serta tahap penguasaan mereka. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tahap penguasaan responden pengkaji melaksanakan ujian pencapaian untuk kemahiran ini.

Hasil daripada ujian ini akan dianalisis untuk mengesan keberkesanan penggunaan kaedah hutang dan bayar dalam membantu responden menyelesaikan masalah operasi asas tolak.

Pemerhatian

Data yang dikumpul melalui lembaran kerja serta ujian yang telah ditadbir di analisis. Hasil Lembaran Kerja responden dikumpul bagi melihat perkembangan responden manakala keputusan ujian pula akan dianalisis bagi melihat tahap pencapaian responden dalam menggunakan kaedah hutang dan bayar dalam menyelesaikan operasi asas tolak ini. Seterusnya mengumpul data pemerhatian dan temubual yang akan dilaksanakan untuk mengetahui kesan tindakan yang dilaksanakan.

Refleksi

Berdasarkan data yang dianalisis, pengkaji membuat refleksi tentang keberkesanan kaedah ini dalam membantu responden serta membuat refleksi tentang amalan sendiri yang berkaitan dengan kaedah ini yang digunakan dalam pengajaran kemahiran operasi asas tolak ini. Sekiranya terdapat masalah ataupun responden belum menguasai, kitaran seterusnya akan dibuat bagi mencapai objektif kajian.

CARA MENGUMPUL DATA

Bagi mengumpul data, pengkaji telah menggunakan tiga teknik pengumpulan data iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual

Analisis Dokumen

Setelah perancangan selesai dibuat, pengkaji melaksanakan strategi atau kaedah terhadap responden yang telah dipilih. Pada peringkat permulaan,pengkaji menerapkan kaedah hutang dan bayar dalam PdP. Seterusnya memberikan Lembaran Kerja kepada responden bagi mengesan penguasaan dalam kemahiran yang telah dipelajari dan membuat pemerhatian tentang cara responden menjawab serta tahap penguasaan mereka. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tahap penguasaan responden pengkaji melaksanakan Ujian Pencapaian untuk kemahiran ini. Hasil daripada ujian ini akan dianalisis untuk mengesan keberkesanan penggunaan kaedah hutang dan bayar dalam membantu responden menyelesaikan masalah operasi asas tolak.

Pemerhatian

Pengkaji mengumpul data pemerhatian yang dilaksanakan untuk mengetahui kesan tindakan yang dilaksanakan. Pengkaji menyediakan borang semakan pemerhatian dan pemerhatian tentang penguasaan responden, tingkah laku dan sebagainya. Pemerhatian adalah kaedah awal yang perlu pengkaji lakukan untuk mengenal pasti masalah responden dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

104

Temu bual

Pengkaji menggunakan kaedah temu bual dengan responden untuk mengukuhkan lagi data yang diperolehi. Dalam temu bual, pengkaji menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kemahiran yang diajar berdasarkan kaedah yang dikaji.

CARA MENGANALISIS DATA

Bagi menganalisis data, pengkaji membuat analisis berdasarkan kaedah pengumpulan data yang telah dipilih iaitu analisis dokumen, temubual dan pemerhatian yang terperinci sama ada berbentuk kualitatif ataupun kuantitatif

Analisis dokumen

Pengkaji membuat analisis kuantitatif. Penilaian Lembaran Kerja dan Ujian Pencapaian responden akan dibuat dengan menggunakan peratus. Rajah di bawah menunjukkan rumus yang akan digunakan oleh pengkaji untuk mengira peratusan markah responden

Markah(%) = Jumlah jawapan yang betul x 100 % Jumlah soalan

Rajah : Rumus pengiraan peratusan markah responden

Dalam analisis ini, pengkaji menetapkan sasaran kejayaan kajian iaitu semua responden perlu mendapat gred A dan B. Pengkaji menggunakan jadual penentuan markah iaitu bermula dari A ke D. Berdasarkan konsep Pembelajaran Masteri, murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Pengkaji menggunakan Gred Sekolah sebagai penentu gred berdasarkan peratusan markah bagi memudahkan proses penganalisis data.

Temu bual

Bagi temu bual, analisis datanya juga berbentuk kualitatif. Pengkaji menjalankan temu bual terhadap responden. Pengkaji membina skrip temu bual dan melalui skrip temu bual itu, pengkaji menganalisis transkrip temu bual menggunakan kaedah analisis pengkodan secara manual. Daripada temu bual pengkaji mengenal pasti maklumat-maklumat penting daripada jawapan responden dan akan mengkategorikan maklumat tersebut kepada beberapa tema.

Pemerhatian

Bagi kaedah pemerhatian bentuk analisis yang dibuat adalah kualitatif. Data yang dikumpul melalui pemerhatian akan dianalisis dengan mengira bilangan kekerapan yang terdapat dalam borang semakan pemerhatian. Pengkaji menggunakan jawapan “ya”atau”tidak” pada borang pemerhatian itu. Pemerhatian pertama pengkaji mengetahui kekerapan responden menghadapi masalah.

Pemerhatian yang kedua pula, pengkaji dapat mengetahui sama ada responden dapat menguasai kaedah baru dipelajari.

105 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji membincangkan dua persoalan kajian yang telah dibincangan. Hasil analisis data dihuraikan untuk memberi jawapan kepada dua persoalan yang pengkaji fokuskan. Terdapat 3 cara pengumpulan data yang telah digunakan iaitu temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian.

a. Adakah penggunaan kaedah hutang dan bayar dapat membantu murid menguasai kemahiran operasi asas tolak?

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama ini, pengkaji telah menggunakan teknik analisis dokumen dan pemerhatian dalam menilai sama ada kaedah hutang dan bayar membantu murid meningkatkan pencapaian dalam kemahiran operasi asas tolak ini. Instrumen yang digunakan iaitu Lembaran Kerja dan Ujian Pencapaian serta borang pemerhatian. Pengkaji telah menggunakan teknik pemerhatian berstruktur untuk mengenal pasti sama ada responden menggunakan kaedah hutang dan bayar dalam penyelesaikan lembaran kerja yang diberikan.setelah memperkenalkan kaedah tersebut untuk menjawab Lembaran Kerja dan Ujian Pencapaian. Jadual yang berikut menunjukkan senarai semak responden menggunakan kaedah hutang dan bayar bagi menyelesaikan soalan operasi asas tolak selepas kaedah itu diperkenalkan.

Jadual senarai semak penggunaan kaedah hutang dan bayar

Responden Lembaran Kerja Ujian Pencapaian

R1 / /

R2 / /

R3 / /

R4 / /

R5 / /

Berdasarkan data yang dikumpul melalui pemerhatian yang dijalan, kelima-lima responden menggunakan kaedah hutang dan bayar ini dalam menjawab Lembaran kerja dan Ujian Pencapaian.

Analisis data kajian bagi Lembaran Kerja dan Ujian Pencapaian dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual di bawah

Jadual Analisis data bagi Lembaran Kerja

Responden Lembaran Kerja

R1 5/5

R2 5/5

R3 5/5

R4 5/5

R5 5/5

Berdasarkan Lembaran Kerja yang diberi, kelima lima responden telah berjaya mencapai skor yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu mesti betul 5 daripada 5 soalan yang ditetapkan oleh pengkaji

Jadual Peratusan Markah Ujian Pencapaian

Responden Jumlah betul Markah diperolehi(%) Gred

R1 18 90 A

R2 20 100 A

R3 20 100 A

R4 19 95 A

R5 16 80 A

106

Berdasarkan Ujian Pencapaian pula, kelima-lima responden telah mencapai skor gred A dalam penilaian tersebut. Ini membuktikan bahawa responden boleh menggunakan kaedah ini dalam membantu mereka menguasai kemahiran operasi asas tolak.

Berdasarkan gred sekolah, kelima-lima responden telah melepasi skor gred yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurang nya responden memperolehi B dalam ujian pencapaian berikut.

b. Bagamanakah kaedah hutang dan bayar dapat meningkatkan minat murid dalam kemahiran operasi asas tolak?

Bagi menjawab soalan ini, Pengkaji telah menggunakan dua cara pengumpulan data iaitu pemerhatian dan temu bual. Dalam teknik pemerhatian, instrumen yang pengkaji gunakan ialah borang senarai semak minat manakala dalam teknik temu bual pula, pengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang berfokuskan kepada tindak balas dan perasaan responden setelah menggunakan kaedah ini.

Jadual di bawah menunjukkan dapatan Borang Senarai Semak Minat untuk kelima-lima responden setelah menggunakan kaedah hutang dan bayar dalam menjawab soalan kelima-lima responden telah menumpukan perhatian pada penerangan guru dan menjawab soalan dengan riak wajah yang tenang. Disamping itu juga responden tidak meniru dan berbual-bual dengan rakan untuk mendapatkan jawapan. Kelima-lima responden menggunakan kaedah ini dalam menyelesaikan Lembaran Kerja dan Ujian Pencapaian tersebut.

Jadual di bawah merupakan transkripsi bagi temu bual yang telah dijalankan selepas responden menggunakan kaedah hutang dan bayar

Jadual Transkripsi Temu bual Pengkaji/Murid Soalan/respon murid

Pengkaji Adakah kamu suka menggunakan kaedah hutang dan bayar setelah cikgu mengajar kamu menggunakan nya untuk menyelesaikan operasi tolak?

R1,R2,R3, Suka cikgu

107 R4

R5

Suka cikgu,seronok guna cara ni.

Suka cikgu, tapi saya belum biasa lagi

Pengkaji Adalak kamu lebih mudah faham,setelah cikgu mengajar dengan menggunakan kaedah hutang dan bayar dalam kemahiran penolakan?

Pengkaji Adakah kamu lebih yakin menjawab soalan penolakan ataupun operasi tolak dengan menggunakan kaedah ini?

R1,R2,R3,R4,R5 Ya....cikgu.

Berdasarkan respon temu bual dalam Jadual di atas pula pengkaji dapat merumuskan bahawa kelima-lima responden menyatakan bahawa mereka lebih faham, suka dan yakin dengan jawapan mereka apabila mereka menggunakan kaedah hutang dan bayar ini. Ini bermakna kaedah hutang dan bayar ini telah dapat meningkatkan keyakinan kelima-lima responden berdasarkan temu bual yang dibuat oleh pengkaji.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji telah menerangkan lebih lanjut berkaitan dapatan kajian. Pengkaji telah menjawab dua soalan kajian iaitu bagaimana penggunaan kaedah hutang dan bayar dapat membantu murid menguasai kemahiran operasi asas tolak dan bagaimana kaedah hutang dan bayar dapat meningkatkan minat murid dalam operasi asas tolak

a. Penggunaan kaedah hutang dan bayar dalam membantu murid menguasai kemahiran operasi asas tolak

Bagi menjawab soalan yang pertama, pengkaji telah menggunakan data daripada analisis dokumen. Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi seperti yang dinyatakan, pengkaji telah membuat penilaian terhadap skor responden pada Lembaran Kerja dan Ujian Pencapaian.

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, ke lima-lima responden telah mendapat skor 5 dalam Lembaran Kerja seperti yang ditunjukan dalam jadual analisis data Lembaran Kerja. Ini adalah kerana pengkaji telah memperkenalkan kaedah hutang dan bayar di mana kaedah ini membantu responden untuk lebih faham dalam operasi asas tolak ini. Tambahan pula semua responden dapat menggunakan bahan maujud iaitu wang sebenar dan wang contoh. Bagi penggunakan wang sebenar dan wang contoh tidak mendatangkan banyak perbezaan kepada responden dalam menggunakan kaedah hutang dan bayar ini. Responden tahu akan wang sebenar dan wang contoh. Kedua-dua bahan ini, apabila digunakan oleh pengkaji dalam kaedah hutang dan bayar tidak mendatang masalah bagi semua responden menggunakan nya

Selepas itu, pengkaji memberikan Ujian Pencapaian kepada responden.

Berdasarkan analisis data pada jadual analisis markah ujian pencapaian, dua oang responden dapat menjawab dengan betul kesemua 20 soalan, seorang hanya salah satu soalan,seorang salah dua soalan dan seorang lagi responden salah empat soalan.

Walau bagaimanapun, kesemua responden telah melepasi sasaran menguasai sekurang-kurangnya 13 betul daripada 20 soalan yang dikemukakan dalam Ujian

108

Pencapaian. Secara keseluruhannya, berdasarkan peningkatan stor yang ketara dalam data yang ditunjukkan dalam jadual tersebut maka jelaslah bahawa kaedah hutang dan bayar dapat membantu murid menguasai kemahiran oparasi asas tolak sebarang dua nombor tanpa pengumpulan semula.

a. Penggunaan kaedah hutang dan bayar dalam membantu meningkatkan minat murid dalam kemahiran operasi asas tolak?

Bagi menjawab soalan kajian yang kedua, pengkaji telah menggunakan teknik pemerhatian dan temu bual untuk mendapatkan jawapan. Sesi temu bual telah dijalankan dengan responden sacara individu manakala pemerhatian dibuat berdasarkan borang senarai semak minat yang telah pengkaji hasilkan untuk mendapatkan data bagi menjawab soalan ini.

Berdasarkan respon dan tindak balas responden menjadi semakin positif.

Kesemua mereka menumpukan perhatian semasa guru beri penerangan mengenai kaedah hutang dan bayar ini. Ini menunjukkan mereka sedia menerima dan ingin mempelajari kaedah ini dari pengkaji. Selain itu, semasa menjawab soalan dalam Lembaran Kerja iaitu setelah diperkenalkan dengan kaedah hutang dan bayar ini, mereka mula menggunakannya dengan menunjukkan riak wajah yang tenang dan mereka tidak menunggu jawapan daripadarakan ataupun cuba meniru. Ini jelas kepada pengkaji bahawa responden menjadi lebih yakin dan secara tidak langsung berminat dalam kemahiran opreasi asas tolak ini.

Berdasarkan analisis pengkaji terhadap transkrip jawapan temu bual seperti yang ditunjukkan dalam jadual Jadual Transkripsi Temu bual kesemua responden menunjukkan maklum balas yang positif dengan soalan temu bual yang ditanyakan.

Berdasarkan senarai semak minat dan soalan-soalan temu bual yang ditanyakan kepada responden dalam sesi temu bual, pengkaji telah membuat kesimpulan bahawa kaedah hutang dan bayar dapat meningkatkan minat murid dalam kenahiran operasi asas tolak sebarang dua nombor tanpa pengumpulan semula.

Jawapan-jawapan yang diberikan oleh kesemua responden dalam sesi temu bual membuktikan bahawa mereka lebih minat dalam kemahiran operasi asas tolak sebarang dua nombor tanpa pengumpulan semula setelah menggunakan kaedah hutang dan bayar ini.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk kajian pada masa hadapan, pengkaji mencadangkan supaya kajian dibuat untuk menggunakan kaedah hutang dan bayar ini dalam topik perpuluhan. Ini kerana, dalam topik Perpuluhan, pelajar juga sering keliru dengan nilai tempat dan kedudukan titik perpuluhan. Kaedah hutang dan bayar ini boleh ditambahbaik dengan megunakan sen pula.

Diharap cadangan yang diberikan dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Setiap kelemahan di dalam kajian ini dapat diperbaiki dan ditambahbaik untuk membantu lebih ramai lagi murid untuk menguasai kemahiran operasi asas tolak.Semoga kajian tindakan ini dapat menjadi panduan yang berguna kepada pembaca yang ingin membuat kajian dalam bidang matematik.

109 RUMUSAN

Penyelidikan Tindakan menggunakan kaedah hutang dan bayar ini telah mencapai objektif kajian iaitu berjaya membantu murid menguasai dan meningkatkan minat murid dalam menguasai kemahiran operasi asas tolak. Terbukti dengan pencapaian yang positif dari lima responden yang telah dikaji. Dengan menggunakan pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Berdasarkan pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual yang telah dibuat, menunjukkan kelima-lima responden telah menunjukkan pencapaian yang positif dan kejayaan dalam menguasai kemahiran operasi asas tolak ini.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun Dua. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran

Pembelajaran matematik sekolah rendah nombor bulat. Selangor Darul Ehsan:Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Greg Cruey. (2008). Teaching Subtraction: Base Ten Blocks Help Make Subtraction

concrete. Diperoleh daripada http://www.suite101.com/content/teaching-subtraction-a38822#ixzz10tiUqcmU.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya.

Roseliszai Binti Mohd. (2013).Penggunaan Kaedah SEPU-TA dalam meningkatkan penguasaan murid lemah Tahun 2 Brilliant dalam penolakan dengan pengumpulan semula. Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013. Kuala Terengganu, Terengganu : Jabatan Matematik IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail.

Suggate, J., Davis, A., and Goulding M (1998). Mathematics knowledge For primary Teachers. Great Britian : David Fulton Publishers.

Thanh, T., Taing, E., Emery C., and Shahabi, P. (2009). Subtraction with Regrouping. Diperolehi daripada https://wiki.eee.uci.edu/index.php/Subtraction_with _ Regrouping.

Tooling University. (2013).What is the definition of subtraction? Diperolehi daripada http://

www.toolingu.com/definition -800100 -164049-subtraction.html

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.

Email : ¹lanmith8272@yahoo.com, ²hamden gani@yahoo.com

PENGGUNAAN KAEDAH “KEKISI” DALAM MENINGKATKAN