• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN KAEDAH “KEKISI” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PENDARABAN MURID TAHUN EMPAT

SHAMSIAH MAHSEN1 SI TONG YONG2

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai kesan penggunaan kaedah “Kekisi” ke atas empat orang murid Tahun Empat Cemerlang dalam topik pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit atau empat digit dengan satu digit. Ia juga bertujuan untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran saya dalam bilik darjah melalui kaedah “Kekisi”. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Hasil analisis data mendapati kaedah “Kekisi” mendatangkan kesan positif terhadap pencapaian empat orang murid berkenaan dalam topik pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit atau empat digit dengan satu digit di samping menambah baik amalan pengajaran saya untuk topik berkenaan.

ABSTRACT

The research was conducted to evaluate the effect of using “Lattice” method on four Year Four Cemerlang pupils achievement in multiplication of 3 digits or 4 digits by one digits. It also aimed to improve my teaching and learning practices in the classroom through the use of “Lattice” method. The data for this study was collected through observation, questionnaire and document analysis. The findings of the research showed that “Lattice” method have positive effect on four pupils‟

achievement in in multiplication of 3 digits or 4 digits by one digits other than improved my practices in that topic.

PENDAHULUAN

Pada masa kini, penggunaan Matematik telah bertambah dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Jika dahulu Matematik adalah untuk pengiraan sahaja, tetapi pada masa kini peranan Matematik meliputi pelbagai jenis aktiviti manusia seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan komunikasi. Dalam pembelajaran Matematik, Gagne (1971) telah menyenaraikan empat kategori yang harus dipelajari iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Secara kasar, pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembelajaran bagi memproses maklumat dan pembelajaran bagi menggunakan pengalaman yang telah dikuasai dan tersimpan di dalam ingatan . Menurut Lerner (2003) model pembelajaran maklumat menerangkan pengaliran maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan maklumat melalui proses di dalam otak sehingga menghasilkan tindakan. Penggunaan pelbagai kaedah dapat membantu murid-murid sekolah rendah dalam menguasai kemahiran Matematik.Matlamat Pendidikan Matematik Sekolah Rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid sekolah rendah dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia 1995). Sehubungan dengan itu, program

111 Matematik Sekolah Rendah memberi tumpuan kepada kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebagai seorang guru Matematik, pengkaji dapati empat orang murid daripada Tahun 4 Cemerlang tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga dan empat digit dengan mengumpul semula. Apabila pengkaji membuat pemerhatian melalui latihan mereka, pengkaji dapati mereka keliru apabila menambah hasil darab.

Walaupun beberapa kali ditegur tentang kesilapan, mereka masih juga membuat kesilapan yang sama.Daripada masalah yang pengkaji hadapi ini timbul pelbagai persoalan, apakah cara yang patut pengkaji gunakan untuk membantu mereka mengatasi masalah ini. Pengkaji telah cuba memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini belum dapat diselesaikan.

Pengkaji telah membuat keputusan untuk mengkaji pemasalahan ini.Tajuk ini menjadi tajuk yang akan pengkaji jalankan dalam kajian.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pengkaji ini ialah untuk menyelesaikan masalah beberapa murid dalam kelas pengkaji yang keliru dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga atau empat digit yang melibatkan pengumpulan semula. Setelah diselidik, didapati faktor yang menyebabkan murid menghadapi masalah mendarab nombor tiga atau empat digit dengan satu digit adalah kerana mereka sering melakukan kesilapan dalam pengumpulan semula dan terdapat sesetengah digit tidak ditambah.

Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika tidak dapat dikuasai oleh murid, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang.

Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah Kekisi untuk mengatasi masalah kemahiran mendarab untuk beberapa orang murid Tahun 4 Cemerlang di salah sebuah sekolah rendah di Daerah Bintangor. Mennurut Abdul Jamil Othman(1999), majoriti murid yang diperkenalkan dengan kaedah Lattice menyatakan kaedah ini senang dan selesa digunakan untuk menyelesaikan soalan pendaraban berbanding kaedah tradisi seperti Kaedah Bentuk Lazim. Oleh itu, kajian ini memfokuskan satu kaedah iaitu kaedah Kekisi dalam membantu murid untuk menguasai konsep darab. Selain itu murid dijangka dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul menggunakan kaedah Kekisi iaitu, mengira menggunakkan petak yang dilukis mengikut jumlah digit, seterusnya dapat menjawab pendaraban melibatkan nombor tiga atau empat digit.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Objektif Kajian

a. Dengan Kaedah Kekisi dapat membantu responden menyelesaikan soalan darab nombor tiga atau empat digit dengan nombor satu digit.

112

b. Menimbul minat responden terhadap mata pelajaran Matematik dalam kemahiran mendarab dan mengenal pasti sejauh mana penggunaan kaedah Kekisi dapat menarik minat responden.

Soalan Kajian:

a. Adakah penggunaan Kaedah Kekisi dapat membantu responden menyelesaikan darab nombor tiga atau empat digit dengan satu digit?

b. Adakah kaedah Kekisi dapat menarik minat responden terhadap mata pelajaran Matematik?

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran pengkaji terdiri daripada murid Tahun Empat Cemerlang yang didapati mempunyai masalah dalam mendarab nombor tiga atau empat digit dengan nombor satu digit yang melibatkan pengumpulan semula seperti dalam Rajah 1. Responden ini adalah dari kalangan tahap pencapaian akademik yang sederhana.

Ciri-ciri responden yang menarik minat pengkaji untuk mengkaji adalah kerana responden telah menguasai operasi tambah dan tolak, selain itu responden telah hafal sifir tetapi semasa menyelesaikan operasi darab, responden sering melakukan kesilapan.

Jadual 1 : Profil responden Kajian

Responden Jantina Kaum Umur Tahun

R1 Lelaki Melayu 10 4

R2 Lelaki Melayu 10 4

R3 Lelaki Melayu 10 4

R4 Perempuan Iban 10 4

Rajah 1 : Kesilapan murid dalam menyelesaikan operasi darab dengan menggumpul semula.

113 PROSEDUR TINDAKAN

Dalam kajian yang telah dijalankan, pengkaji menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) yang diadaptasi daripada buku Asas Penyelidikan Tindakan Teori dan Amalan (2014). Model Kurt Lewin melibatkan empat peringkat yang utama iaitu perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Rajah 2 menunjukkan model Kurt Lewin (1946) yang digunakan.

LINGKARAN KE 2

Rajah 2 : Kitaran Model Kurt Lewin (1946) Langkah-langkah pelaksanaan kajian

Kitaran 1

Pengkaji mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 4 melalui pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Pengkaji telah mengenal pasti murid-murid bermasalah dalam topik pendaraban nombor tiga dan empat digit dengan mengumpul semula.Setelah mengenal pasti masalah, pengkaji memilih responden yang terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah memulakan perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan menggunakan kaedah Kekisi untuk mengajar kemahiran mendarab nombor tiga atau empat digit dengan mengumpul semula. Responden telah diajar cara pengiraan darab dengan kaedah Kekisi. Pengkaji telah meminta responden membuat aktiviti pendaraban mengikut arahan yang diberi pengkaji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

KITARAN 1

TINDAKAN REFLEKSI

PERANCANGAN

PEMERHATI AN

KITARAN 2 TINDAKAN

REFLEKSI

PEMERHATI AN PERANCANGAN

114

Rajah 3: Kaedah Pendaraban Kekisi

Setelah itu, lembaran kerja 1 telah diberikan kepada responden untuk mengukuhkan kemahiran yang diajar di samping mengenal pasti masalah yang dihadapi responden semasa membuat pendaraban. Berdasarkan hasil kerja responden, pengkaji dapati masih ada masalah dalam menambah hasil darab. Kitaran 2 diteruskan oleh kerana dalam kitaran 1 responden masih bermasalah dalam pendaraban.

Kitaran 2

Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi responden dalam kitaran 1, pengkaji telah merancang untuk membantu responden dengan membuat penambahbaikan dalam penggunaan kaedah Kekisi iaitu dengan memperkenalkan penggunaan warna pada garisan dan tanda bulat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

Membuat jadual dan seterusnya melukis garisan diagonal bagi setiap segiempat sama.

Mendarab nilai 6 dan 6 untuk mendapat nilai 36, dan diletakkan pada persilangan antara garis pertama dan lajur keempat. Nilai yang seterusnya juga dicara dengan mengulangi langkah yang sama.

Menambahkan nilai-nilai yang diperolehi pada langkah 2 mengikut garisan diagonal bermula dari bahagian kanan ke kiri petak tersebut.

Bagi mendapat jawapan 4356 x 6, hasil darab dibaca secara menurun dari bahagian kiri dan ke bahagian kanan bawah dan jawapan yang diperolehi adalah 26136.

4 3 5 6

2 6

6 1 3 6

4356 x 6 = 26136 2

4

1 1 8

3 0

3 6

115

Rajah 4: Kaedah Kekisi Diagonal Berwarna

CARA MENGUMPUL DATA