• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pecahan Bilangan Tajuk Utama dalam Katalog Kajian

Katalog Cosway Katalog 1 Katalog 2 Katalog 3 Jumlah Bilangan Tajuk Utama 206 188 200 - - - 594 Bilangan Halaman 84 84 92 - - - 260 Katalog Avon Katalog 1 Katalog 2 Katalog 3 Katalog 4 Katalog 5 Katalog 6 Jumlah Bilangan Tajuk Utama 71 69 69 82 72 75 438 Bilangan Halaman 132 148 152 156 144 144 876

Bagi tujuan memudahkan analisis data, tajuk utama bagi katalog Cosway dan katalog Avon dilabel secara sistematik. Bagi katalog Cosway, awalan C1 digunakan bagi katalog Cosway yang pertama, diikuti dengan C2 bagi katalog kedua dan seterusnya C3 bagi katalog ketiga. Tajuk utama dalam katalog Cosway pula dilabel D1 hingga seterusnya, iaitu meliputi bilangan data yang diperoleh dalam katalog berkenaan. Dalam setiap analisis data, gabungan label C1D1 digunakan bagi merujuk katalog Cosway satu dan data satu, seterusnya disusuli dengan label C1D2 sehingga label terakhir ialah C3D200. Sistem label yang sama digunakan bagi katalog Avon, iaitu awalan A1 digunakan bagi katalog pertama dan diikuti dengan A2, A3, A4, A5, dan A6. Tajuk utama dalam katalog Avon pula dilabel sebagai A1D1 hingga A1D71, iaitu meliputi bilangan data yang diperoleh dalam katalog pertama. Label gabungan A1D1 sehingga A6D75 digunakan dalam penulisan analisis data. Tindakan melabelkan tajuk utama diambil bagi memudahkan pengkaji membezakan sumber katalog bagi tajuk utama, iaitu sama ada data diperoleh daripada katalog Cosway atau katalog Avon. Penomboran bagi bilangan terbitan katalog serta data tajuk utama juga dapat memudahkan analisis data dilakukan secara sistematik. Senarai penuh tajuk utama dalam kedua-dua katalog kajian boleh dirujuk dalam Lampiran A dan Lampiran B.

University

3.3.1 Justifikasi Pemilihan Katalog Cosway dan Katalog Avon

Antara beberapa sebab atau justifikasi yang mendorong pengkaji memilih katalog Cosway dan katalog Avon sebagai data kajian adalah seperti yang berikut:

(i) Maklumat produk Cosway boleh diakses dalam laman sesawang Cosway atau katalog Cosway. Tinjauan pengkaji mendapati maklumat produk di laman sesawang hanya boleh diakses dalam bahasa Inggeris sahaja 11 , justeru mendorong pengkaji untuk memilih medium bercetak, iaitu katalog Cosway yang mengandungi versi bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Melayu. Dalam konteks kajian ini, hanya teks selari berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja yang dikaji. Bagi katalog Avon pula, maklumat produk yang sama dipaparkan dalam laman sesawang serta katalog bercetak.

(ii) Maklumat boleh diakses sekurang-kurangnya dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kesukaran untuk mendapatkan brosur, risalah dan katalog yang boleh diakses dalam sekurang-kurangnya dwibahasa mendorong pengkaji untuk memilih katalog bercetak Cosway dan Avon.

(iii) Katalog Cosway dan Avon mengetengahkan produk tempatan dan juga produk antarabangsa. Secara tidak langsung, pengkaji mempunyai variasi data disebabkan produk luar negara mempunyai nilai, norma dan sistem bahasa berdasarkan negara yang mengasaskan produk.

(iv) Kepelbagaian data, iaitu katalog Cosway dan katalog Avon terdiri daripada beberapa bahagian yang boleh dibahagikan kepada produk kesihatan, mekap, pakaian dan sebagainya. Secara tidak langsung, kepelbagaian produk boleh mewakili data-data lain dalam kajian penterjemahan iklan.

(v) Tajuk utama dalam katalog Cosway dan katalog Avon mengandungi unsur mainan kata yang sesuai untuk dikaji dari aspek penterjemahan bahasa iklan.

11 Pengkaji berpendapat pentadbir syarikat Cosway mempertimbangkan medium iklan dalam talian boleh diakses oleh masyarakat di seluruh dunia, justeru mementingkan penggunaan bahasa Inggeris sahaja bagi mempromosikan produk.

University

Variasi penulisan tajuk utama menghasilkan dapatan kajian yang menarik, khususnya apabila dinilai dari perspektif penterjemahan.

(vi) Faktor bilangan tajuk utama yang tinggi dalam katalog Cosway dan Avon. Faktor kuantiti yang banyak membantu dalam mendapatkan dapatan kajian yang lebih jitu. Selain itu, bilangan penggunaan tajuk utama yang tinggi dalam kedua-dua katalog kajian berbanding katalog-katalog lain memberi implikasi bahawa syarikat Cosway dan Avon menekankan atau memperakui kepentingan tajuk utama dalam mempromosikan produk kepada orang awam.

(vii) Data tajuk utama dalam katalog Cosway dan katalog Avon memenuhi objektif kajian dan mampu menjawab persoalan kajian yang diutarakan.

3.3.2 Maklumat Syarikat Cosway12 dan Syarikat Avon13

Syarikat Cosway memulakan operasi pada Disember 1979 berlandaskan konsep pemasaran produk-produk berkualiti pada harga kompetitif menerusi sistem rangkaian pemasaran yang unik. Pada masa kini, Cosway telah berkembang menjadi salah sebuah daripada syarikat Rangkaian Pemasaran Asia yang terbesar. Cosway juga merupakan anak syarikat kepada Berjaya Goup, iaitu konglomerat multinasional yang terkenal disebabkan kepelbagaian pasarannya. Operasi Cosway pula melibatkan pelbagai negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Australia, India, Korea and Jepun. Kepelbagaian pasaran dan negara yang diteroka oleh Berjaya Group secara tidak langsung membawa implikasi bahawa produk-produk yang ditawarkan hanya boleh didapati di kedai-kedai Cosway sahaja. Situasi berkenaan menyebabkan pengguna cenderung untuk setia dengan produk Cosway disebabkan tiada persaingan atau kesukaran untuk mendapatkan jenama tertentu di pasar raya atau kedai tempatan.

12 Maklumat diakses daripada laman sesawang Cosway.

13 Maklumat diakses daripada laman sesawang Avon.

University

Dalam konteks kajian ini, katalog Cosway memainkan peranan penting selaku perantara antara syarikat Cosway serta orang awam yang melanggan dengan syarikat berkenaan. Melalui katalog ini, pelanggan mendapat maklumat berkaitan produk Cosway serta diskaun yang diberikan terhadap produk terpilih sewaktu tempoh promosi diadakan. Kebiasaannya, katalog Cosway diedarkan kepada pelanggan atau ahli Cosway menerusi pos dan kekerapan edaran adalah sebulan sekali. Pelanggan yang menjadi ahli Cosway juga dibekalkan dengan kad keahlian dan kad ini perlu ditunjukkan setiap kali pelanggan membuat pembayaran untuk produk belian. Bagi orang awam yang tidak menjadi ahli Cosway, mereka boleh mendapatkan katalog di cawangan kedai Cosway atau mengakses maklumat produk Cosway di laman sesawang Cosway.

Syarikat Avon pula merupakan syarikat yang sinonim dengan slogannya yang khusus buat wanita, iaitu the company for women. Sepanjang 34 tahun bertapak di Malaysia, syarikat Avon telah memperkenalkan pelbagai barangan kosmetik, kesihatan, dandanan diri, keperluan peralatan rumah dan sebagainya. Katalog Avon diedarkan secara percuma kepada pelanggan Avon sebanyak dua kali dalam tempoh satu bulan menerusi pos. Walau bagaimanapun, pelanggan perlu kekal aktif untuk mendapatkan katalog, iaitu membuat belian secara kerap. Syarikat Avon juga menawarkan barangan yang terhad, iaitu produk-produk berkenaan boleh didapati di cawangan butik Avon sahaja. Menerusi katalog, pelanggan mendapat maklumat berkaitan produk Avon serta diskaun yang diberikan terhadap produk terpilih. Bagi orang awam yang tidak menjadi ahli Avon pula, mereka masih boleh mengakses katalog Avon di laman sesawang syarikat Avon atau mendapatkannya di cawangan butik Avon.

University

3.3.3 Komponen Katalog Cosway dan Katalog Avon

Susun atur bagi katalog Cosway dan Avon terdiri daripada beberapa bahagian yang disusun secara konsisten dan sistematik. Rata-rata produk Cosway dan Avon yang diiklankan dalam katalog bercetak terdiri daripada bahagian seperti Jadual 3.4 berikut: