• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peringkat Aplikasi Ilmu Terjemahan di Malaysia

Tahap Keterangan Implikasi

Pertama Sarjana tempatan meminjam teori/ pendekatan terjemahan sarjana luar negara. Pada peringkat ini, sarjana tempatan menggunakan sepenuhnya teori/ pendekatan terjemahan yang dibina mengikut kesesuaian data luar negara serta idea yang muncul mengikut kerangka konsep bahasa asing.

Berlaku dua kesan, iaitu sama ada teori/ pendekatan terjemahan yang dikemukakan oleh sarjana luar negara sesuai diaplikasikan sepenuhnya; atau tidak sesuai diaplikasikan dalam konteks data di Malaysia. Contohnya kajian Rokiah Awang (2000) yang mengaplikasikan teori Skopos bagi menganalisis terjemahan berita akhbar. Kedua Sarjana tempatan meminjam dan

mengubah suai teori/ pendekatan terjemahan sarjana luar negara. Pada peringkat ini, sarjana tempatan melakukan pengubah suaian bagi menyesuaikan teori/ pendekatan terjemahan dengan data kajian di Malaysia.

Teori/ pendekatan terjemahan sesuai diaplikasikan dengan data kajian di Malaysia. Contohnya kajian Hasuria Omar (1998) mensintesis idea daripada pandangan sarjana Koller (1974), Reiss (1968,1971a, 1971b, 1973) dan Zilahy (1953) bagi membina model penilaian terjemahan. Model ini digunakan bagi tujuan menganalisis serta menilai terjemahan.

Ketiga Sarjana tempatan mencipta teori/ pendekatan terjemahan sendiri. Pada peringkat ini, teori/ pendekatan terjemahan yang dibina mengikut kesesuaian data dalam negara serta idea yang muncul mengikut kerangka konsep bahasa Melayu.

Wujud teori/ pendekatan baharu yang sesuai dengan acuan tempatan. Contohnya Ainon Mohd. (2009) yang mengetengahkan Teori Terjemahan Qurani.

University

2.5.2 Aspek Penterjemahan Teks Iklan

Bagi konteks kajian ini, genre yang dikaji melibatkan teks bidang media, khususnya tajuk utama dalam katalog bercetak. Faktor kajian pengkaji yang memfokuskan aspek terjemahan menyebabkan data kajian terdiri daripada teks selari, iaitu teks berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tinjauan pembacaan pengkaji menunjukkan terdapat kajian terdahulu yang mengkaji aspek penterjemahan dalam bidang media. Dapatan ini memberikan maklumat bahawa kajian penterjemahan dalam bidang media sememangnya boleh dilakukan dan telah dilakukan sama ada pada peringkat tempatan atau luar negara. Walau bagaimanapun, wujud persamaan dan perbezaan dalam kajian terdahulu berikutan kepelbagaian objektif dan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh sarjana. Berdasarkan kajian literatur, pengkaji meringkaskan kategori kajian penterjemahan dan kajian bahasa seperti dalam Jadual 2.7 bagi menunjukkan aspek yang sering dikaji dalam medium teks media.

Jadual 2.7: Kategori Kajian Penterjemahan dan Kajian Bahasa dalam Bidang Media Kajian

Terjemahan

Keterangan Implikasi Kajian

Kajian terjemahan dalam bidang media.

Kajian dilakukan terhadap pelbagai medium media seperti televisyen, radio, akhbar, majalah, berita akhbar, dan sebagainya.

Data kajian memberikan maklumat konvensi dan norma medium media yang mempengaruhi penterjemahan. Contohnya terjemahan bagi akhbar dilakukan untuk dibaca manakala terjemahan bagi radio dilakukan untuk didengar.

Kajian pendekatan terjemahan teks iklan.

Kajian dilakukan bagi mengenal pasti teori, pendekatan serta prosedur yang sering diaplikasikan bagi menterjemah genre teks iklan yang tertentu. Contohnya iklan risalah pelancongan, iklan produk kecantikan, dan iklan minuman ringan.

Data kajian memberikan maklumat teori, pendekatan serta prosedur yang sesuai diaplikasikan dalam penterjemahan teks tertentu. Contohnya pendekatan fungsian sesuai digunakan bagi menterjemah teks iklan.

(bersambung)

University

(Jadual 2.7, sambungan) Kajian

Terjemahan

Keterangan Implikasi Kajian

Kajian terjemahan komponen teks iklan.

Kajian dilakukan bagi mengenal pasti pendekatan terjemahan komponen teks iklan seperti penterjemahan slogan, tajuk utama, tubuh iklan, dan semiotik.

Data kajian memberikan maklumat bahawa komponen teks iklan yang berbeza mempengaruhi pendekatan terjemahan. Contohnya slogan

McDonald, iaitu I’m loving it tidak

perlu diterjemah ke dalam bahasa Melayu kerana telah diguna pakai secara meluas. Sebaliknya, keterangan bagi produk makanan dalam iklan

McDonald perlu diterjemahkan ke

dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman khalayak.

Kajian terjemahan elemen-elemen dalam teks iklan.

Kajian dilakukan bagi mengenal pasti penterjemahan elemen-elemen yang terkandung dalam teks iklan. Contohnya penterjemahan elemen budaya, retorik, dan gender dalam teks iklan.

Data kajian memberikan maklumat bahawa elemen seperti budaya dan bahasa mempengaruhi terjemahan. Faktor bahasa serumpun (Contoh: bahasa Melayu - bahasa Indonesia) memudahkan terjemahan dilakukan berbanding menterjemah pasangan bahasa yang tidak serumpun (Contoh: bahasa Arab - bahasa Jepun).

Kajian berkenaan maklum balas/ pandangan daripada

responden kajian.

Kajian ini dijalankan menerusi edaran borang soal selidik atau temu bual. Tinjauan dilakukan bagi mendapatkan maklum balas responden berkenaan kualiti/ keberkesanan penyampaian mesej dalam teks iklan.

Data kajian memberikan maklumat pendapat khalayak awam atau golongan fokus kajian. Dapatan bersifat objektif kerana responden memberikan reaksi positif, negatif atau neutral terhadap kualiti/ keberkesanan penyampaian mesej bagi terjemahan teks iklan.

Kajian Bahasa Keterangan Implikasi Kajian

Kajian laras bahasa iklan.

Kajian dilakukan bagi menyenaraikan pola-pola bahasa yang wujud dalam penulisan sesuatu teks iklan. Contohnya penggunaan bahasa kiasan, penggunaan kata adjektif, kata nama khas, elemen mainan kata, serta nilai dan norma dalam bahasa iklan.

Dapatan kajian memberikan maklumat pola-pola laras bahasa yang wujud dalam penulisan sesuatu teks iklan. Maklumat yang diperoleh sesuai dipraktikkan dalam pengajaran subjek penulisan teks iklan atau laras bahasa iklan.

(bersambung)

University

(Jadual 2.7, sambungan)

Kajian Bahasa Keterangan Implikasi Kajian

Kajian wacana teks iklan.

Kajian dilakukan bagi mengenal pasti elemen yang wujud dalam wacana teks iklan. Contohnya elemen ideologi dan semiotik yang wujud dalam teks iklan.

Dapatan kajian memberikan maklumat tersirat dalam penulisan teks iklan. Secara tidak langsung membuka ruang untuk perdebatan. Contohnya ideologi kecantikan atau fahaman agama yang terkandung di sebalik penulisan iklan yang membawa kesan tertentu kepada pembaca iklan.

Kajian aspek keinggerisan dalam bidang media.

Kajian dijalankan bagi menyenaraikan senarai kategori istilah serapan daripada bahasa Inggeris, serta kesan keinggerisan terhadap bahasa tempatan.

Dapatan kajian memberikan pencerahan dari segi sebab-sebab isu keinggerisan berlaku serta kesannya terhadap masyarakat. Selain itu, kajian-kajian terdahulu yang melakukan analisis data juga dapat menambahbaik maklumat senarai istilah atau perkataan keinggerisan bagi konteks semasa kajian dilakukan. Kajian berkenaan maklum balas/ pandangan daripada responden kajian.

Kajian ini dijalankan menerusi edaran borang soal selidik. Tinjauan dilakukan bagi mendapatkan maklum balas responden berkenaan isu keinggerisan dalam bidang media.

Dapatan kajian memberikan maklumat pandangan khalayak terhadap isu keinggerisan, sama ada bersetuju atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, faktor seperti jenis kumpulan sasaran (golongan profesional atau kurang berpendidikan), bilangan responden (banyak atau sedikit), geografi (masyarakat bandar atau kampung), umur dan sebagainya mempengaruhi jawapan yang diperoleh.

Berdasarkan analisis sorotan literatur dan ringkasannya dalam Jadual 2.7, pengkaji mendapati masih kurang kajian secara mendalam terhadap terjemahan iklan dalam medium bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di Malaysia. Oleh itu, kajian ini cuba membuka dimensi baharu dalam penyelidikan penterjemahan teks periklanan bagi pasangan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Faktor tersebut juga membolehkan pengkaji untuk mengkaji isu keinggerisan dalam teks terjemahan iklan berbahasa Melayu di Malaysia. Sarjana Fischer (2008) misalnya menjelaskan peminjaman perkataan bahasa Inggeris yang tidak formal atau slanga cenderung untuk digunakan

University

dalam medium periklanan. Justeru, isu keinggerisan yang dikaji semestinya menawarkan pelbagai dapatan kajian yang menarik. Di samping itu, faktor kekurangan panduan khusus berkenaan kaedah untuk menterjemahkan iklan akan menyebabkan pengkaji bersifat objektif, iaitu terbuka untuk mencuba segala teori, kaedah atau prosedur dalam menangani penterjemahan tajuk utama dan isu keinggerisan dalam katalog Cosway dan katalog Avon. Selain itu, kajian ini juga dapat meneruskan kajian-kajian terdahulu dalam usaha untuk mengatasi permasalahan bagi penterjemahan teks media. Ringkasan komponen utama bagi kajian pengkaji dijelaskan seperti Rajah 2.2 berikut: