• Tidak ada hasil yang ditemukan

Abd Khalid, Nurnadia 1 , Yaakob, Shakiroh 2

1First Author Affiliation,

Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, 06000, MALAYSIA

2Second Author Affiliation,

Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, 06000, MALAYSIA [email protected]

1. Pengenalan

Kolej Komuniti adalah institusi penyedia pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Program-program yang ditawarkan adalah dalam bidang pembuatan, pembinaan, pemasangan dan hospitaliti. Sehingga tahun 2018, sebanyak 102 buah kolej induk dan cawangan telah ditubuhkan seluruh Malaysia. Misi kolej komuniti adalah menjadi peneraju institusi TVET yang unggul (Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti).

Namun begitu, sesebuah institusi pendidikan dinilai pada keupayaan institusi tersebut menghasilkan graduan berkualiti dan memiliki kebolehpasaran yang tinggi. Hal ini menyebabkan banyak institusi pendidikan kini merasa terbeban dalam menyediakan laporan kebolehpasaran kepada pihak yang berkepentingan (Wong, 2015). Istilah kebolehpasaran graduan adalah luas bukan sahaja diukur pada hasil pembelajaran dari program yang diikuti oleh graduan tetapi merangkumi sikap pengurusan diri dan tingkahlaku proaktif graduan ke arah pengurusan kerjaya yang di ingini (Clarke, 2008, Noriah dan Zakariah, 2017).

Oleh yang demikian, pelbagai usaha penambahbaikan dalam tadbir urus dan pengajaran dan pemudahcaraan telah dijalankan oleh pihak institusi dalam memastikan tahap kebolehpasaran graduan tercapai seperti Astin dan Lee, 2003 yang mengkaji keberkesanan kurikulum yang digubal dengan proses pembelajaran pelajar. Selain itu, Chickering dan Gamson, 1999, Scott dan Scott, 2011, melihat kepada kaedah pengajaran yang efektif dalam menghasilkan graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran yang diperlukan.

Wong, 2015 juga mengatakan untuk melihat bukti kepada pencapaian matlamat dan misi, adalah perlu untuk institusi mengkaji keterlibatan pelajar dalam menilai institusi berdasarkan pengalaman yang di alami. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Mehdipour & Zerehkafi, 2013 bahawa adalah perlu bagi setiap institusi penyedia latihan pendidikan untuk mengenalpasti dan memahami setiap kekuatan dan kekurangan dalaman serta peluang dan ancaman luaran mereka bagi menghasilkan taraf pendidikan yang berkualiti. Perkara ini boleh dicapai dengan mengadakan kajian secara sistematik berkenaan kepuasan pelajar dengan mendapatkan data secara terus daripada penerima dan pengguna.

Walaubagaimanapun, kajian kepuasan yang meninjau pelbagai aspek dalam pendidikan TVET dengan menggunapakai pandangan graduan yang berstatus alumni masih kurang dijalankan di Malaysia.

2. Sorotan Kajian

Kepuasan adalah tingkah laku individu terhadap sesuatu perkara. Ia melibatkan pengetahuan dan kepercayaan, perasaan dan tingkah laku tindak balas terhadap perkara tersebut (Hammer dan Organ, 1978). Kepuasan pelajar akan membawa kepada kesetiaan pelajar terhadap institusi. Hal ini disokong oleh satu kajian yag dilakukan di universiti-universiti

Abstrak: Kertas ini bertujuan melihat tahap kepuasan graduan terhadap aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran serta sistem sokongan yang disediakan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Kajian ini melibatkan 176 orang alumni tahun 2018 daripada 5 program. Set borang adaptasi dari SKPG 2017 dan 2018 digunakan dalam kajian ini.

Analisis data dijalankan dalam bentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Hasil kajian mendapati secara keseluruhan, graduan berpuas hati dengan institusi dan memberi kesetiaan dengan akan mencadangkan institusi kepada pihak luar.

Katakunci: graduan, tahap kepuasan, kesetiaan terhadap institusi

Jerman dengan menggunakan kualiti hubungan model kesetiaan pelajar oleh Henning et al. (2001) mendapati kualiti pengajaran dan emosi komitmen pelajar terhadap institusi mereka adalah penting dalam membentuk kesetiaan pelajar.

Di Malaysia, satu kajian berkaitan tahap kepuasan pelajar terhadap aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran serta sistem sokongan di 5 universiti tempatan telah di jalankan. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan keseluruhan pelajar adalah di tahap memuaskan (Zalina et al, 2008). Kajian tersebut menfokus kepada persepsi pelajar jurusan kejuruteraan terhadap faktor-faktor yang mendorong kepentingan dan kepuasan mereka dalam pembelajaran bidang kejuruteraan dan penilaian terhadap sistem kemudahan sokongan yang disediakan di institusi pendidikan terlibat. Kajian ini hanya melihat kepada persepsi pelajar semasa dengan tidak mengambilkira pelajar yang telah bergraduan.

Menjerumus kepada skop di Politeknik dan Kolej Komuniti, kajian-kajian kepuasan pelajar banyak tertumpu pada kepada satu (1) bahagian aspek penilaian sahaja. Ini dapat dilihat dalam tinjuan terhadap tahap kepuasan prasarana, kajian yang dijalankan di Politeknik Banting (PBS) mendapati secara keseluruhannya kemudahan prasarana di PBS berada pada tahap sederhana dan memerlukan penambahbaikkan oleh pihak pengurusan (Noremy dan Fadilah, 2010). Hasil kajian kemudahan prasarana di Politeknik Syed Sirajudin (PTSS) juga mendapati pelajar berada pada tahap yang baik.

(Norhasyila, 2007). Tinjauan bagi aspek kepuasan pengajaran dan pembelajaran pula, satu kajian dilakukan di Kolej Komuniti Selayang ke atas pelajar jurusan Fesyen dan Pakaian menunjukkan tahap kepuasan pelajar berada pada tahap yang tinggi (Siti, 2010). Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk;

1. Mengenalpasti tahap kepuasan graduan semasa mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Bandar Darulaman 2. Melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan graduan semasa mengikuti pengajian di Kolej

Komuniti Bandar Darulaman 3. Metodologi Kajian

Adaptasi borang soal selidik pengesanan graduan KPT (SKPG) tahun 2017 dan 2018 telah digunakan dalam kajian ini.

Pada bahagian F dalam borang soal selidik (SKPG) meninjau pengalaman graduan semasa mengikuti pengajian di institusi. Soal selidik ini mengandungi 24 soalan yang berkaitan kurikulum, tenaga pengajar, kemudahan prasarana dan perkhidmatan. Skala Likert 5 tahap digunakan untuk kajian ini dengan skala 1 mewakili amat tidak memuaskan dan skala 5 sebagai sangat memuaskan.

Teknik pensampelan rawak digunakan dalam pemilihan sampel kajian berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejecie dan Morgan (1970) dengan aras keyakinan 95%. Responden adalah graduan Kolej Komuniti Bandar Darulaman yang berkonvokesyen pada tahun 2019. Seramai 176 orang alumni telah menjawab borang selidik yang telah diedarkan di laman sosial persatuan dan melalui pensyarah-pensyarah. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunapakai analisis deskriptif seperti min dan sisihan piawai. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan SPSS v22. Pengujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 17 orang alumni yang telah bergraduan pada tahun-tahun sebelumnya dan hasil analisis adalah melebihi 0.7. Pallant (2011) menyatakan nilai Alpha Cronbach mestilah melebihi 0.7 atau ke atas adalah baik untuk skala instrumen yang mempunyai sepuluh atau lebih item.

Kebolehpercayaan merujuk kepada darjah ketekalan sesuatu instrumen atau prosedur, apa sahaja yang diukur, ia mengukur secara konsisten dan tekal (Best & Kahn, 2006). Rujuk jadual 3.1 di bawah.

Jadual 3.1 – Analisis Kebolehpercayaan.

Konstruk Bil. Item Alpha

Cronbach

Kurikulum 6 0.94

Tenaga Pengajar 6 0.97

Prasarana 6 0.97

Perkhidmatan 3 0.87

4. Analisis data

Analisis demografik menunjukkan jumlah responden adalah seramai 176 orang terdiri daripada graduan kursus Sijil Komputer dan Sokongan sebanyak 47.2%, Sijil Servis Kenderaan Ringan sebanyak 15.9%, Sijil Teknologi Elektrik sebanyak 26.1%, Sijil Teknologi Senibina sebanyak 6.8% dan Diploma Teknologi Automotif (Kenderaan Perdagangan) sebanyak 4.0%. Rujuk rajah 4.1 di bawah.

Rajah 4.1 – Analisis Demografik.

Dalam menganalisis kepuasan graduan terhadap kurikulum program yang diikuti menunjukkan jumlah min yang mendapat nilai tertinggi ialah Latihan Industri yang memberi manfaat dan pendedahan kepada dunia pekerjaan iaitu skor min adalah M=4.65, S.P=0.66 dan skor min terendah ialah Pendedahan kepada Latihan Amali iaitu sebanyak M=1.94, S.P=0.23. Ini menunjukkan bahawa graduan berpendapat penekanan perlu diberikan kepada memperbanyakkan lagi pengajaran berbentuk pendedahan amali dan praktikal ketika di institusi. Perbezaan skor min antara dua item tersebut adalah selari di mana graduan memberi skor kepuasan yang tinggi terhadap Latihan Praktikal yang disediakan dalam kurikulum berbanding pendedahan yang mereka terima ketika di kolej. Rujuk jadual 4.2 di bawah.

Jadual 4.2- Jadual konstruk kurikulum

Item Min Sisihan Piawai

Kesesuaian kandungan pengajian 4.59 0.65

Pendedahan kepada latihan amali 1.94 0.23

Matapelajaran wajib institusi 4.53 0.65

Pendedahan kepada keusahawanan dan peningkatan insaniah 4.50 0.73

Kurikulum sesuai dengan pekerjaan 4.34 0.81

Latihan industri memberi manfaat dan pendedahan kepada dunia pekerjaan

4.65 0.66

Pada konstruk fasilitator atau tenaga pengajar, sikap pensyarah yang sentiasa sedia membantu dan membimbing mendapat skor min tertinggi iaitu M=4.72, S.P=0.54 dan min terendah adalah pada Pembelajaran dan Pengajaran mengikut sukatan dan Penggunaan Alat Bantuan Mengajar yang menarik dan berkesan dengan skor min yang sama iaitu masing-masing M=4.50, S.P=0.73 dan M=4.50, S.P= 0.74. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa graduan berpuas hati dengan sikap pensyarah yang bertindak sebagai fasilitator tetapi berpendapat bahawa pembelajaran dan pengajaran perlu fokus pada sukatan dan mempelbagaikan bahan-bahan yang digunakan untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik. Rujuk jadual 4.3 di bawah.

Jadual 4.3- Jadual konstruk fasilitator/pensyarah

Item Min Sisihan Piawai

Teknik pengajaran mudah difahami 4.58 0.71

Pembelajaran dan pengajaran mengikut sukatan 4.50 0.73

Penggunaan bahan Alat Bantuan Mengajar yang menarik dan berkesan

4.50 0.74

Interaksi dengan pelajar 4.58 0.70

Pensyarah sentiasa sedia membantu dan membimbing 4.72 0.54

Pensyarah sentiasa memberi tumpuan kepada pelajar semasa PdPc

4.68 0.55

Analisis pada kemudahan prasarana yang disediakan di institusi, kemudahan makmal dan bengkel mendapat skor min tertinggi iaitu M=4.49, S.P=0.79 dan skor min terendah adalah kemudahan kafeteria iaitu sebanyak M=3.82, S.P=1.16. Sisishan piawai yang tinggi ini adalah disebabkan oleh lokasi dan keadaaan bangunan rumah kedai institusi di tengah-tengah pusat Bandarulaman yang mempengaruhi situasi ini apabila pihak pengurusan menghadapi kekangan tempat untuk menyediakan ruang kafeteria yang memuaskan, begitu juga ruang bagi aktiviti pelajar. Rujuk jadual 4.4 dibawah.

Jadual 4.4- Jadual konstruk fasiliti/prasarana

Item Min Sisihan Piawai

Makmal (Komputer, Sains) dan bengkel 4.49 0.79

Kemudahan bilik kuliah/ bilik tutorial 4.46 0.75

Kemudahan kafeteria/kantin/dewan makan 3.82 1.16

Kemudahan ruang aktiviti pelajar 4.11 1.05

Kemudahan perpustakaan 4.40 0.84

Kemudahan ICT di kampus 4.28 0.93

Bagi khidmat perkhidmatan yang disediakan oleh pihak instutusi untuk kemudahan urusan pelajar, dapat dilihat bahawa perhidmatan kaunter Hal Ehwal Pelajar yang mendapat skor min tertinggi iaitu M=4.34, S.P=0.85 dan skor min terendah ialah bantuan selepas tamat pengajian (Alumni) iaitu M=4.14, S.P=1.12. Graduan berpendapat mereka masih memerlukan khidmat bantuan dari pihak kolej selepas tamat pengajian. Nilai sisihan piawai yang tinggi ini adalah akibat perbezaan kefahaman dikalangan graduan berkenaan fungsi sebenar Persatuan Alumni ditubuhkan. Rujuk jadual 4.5 dibawah.

Jadual 4.5- Jadual konstruk perkhidmatan

Item Min Sisihan Piawai

Khidmat kaunter Hal Ehwal Pelajar 4.34 0.85

Khidmat aduan pelanggan 4.32 0.88

Bantuan selepas tamat pengajian (Alumni) 4.14 1.12

Secara keseluruhan daripada kajian ini menunjukkan bahawa konstruk tenaga pengajar penyumbang tertinggi kepada kepuasan graduan di institusi iaitu skor min sebanyak M=4.59, S.P=0.57 dan konstruk kurikulum menyumbang kepuasan terendah graduan iaitu M=4.09, S.P= 0.48. Rujuk jadual 4.6

Jadual 4.6- Min keseluruhan konstruk

Konstruk Min Sisihan Piawai

Kurikulum 4.09 0.48

Tenaga Pengajar 4.59 0.57

Prasarana 4.26 0.75

Perkhidmatan 4.27 0.85

5. Kesimpulan dan cadangan penambahbaikan

Secara keseluruhannya kepuasan pengalaman graduan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman menunjukkan bahawa sebanyak 98.3% graduan merasai pengalaman yang positif semasa mengikuti pengajian di institusi dan akan mencadangkan kepada pihak luar bagi melanjutkan pelajaran di institusi ini dan 1.7% tidak merasai pengalaman yang baik dan tidak akan mencadangkan kepada orang luar untuk mengikuti pengajian di institusi ini. Rujuk jadual 5.1 di bawah.

Rajah 5.1- Jadual cadangan institusi kepada pihak luar

Bagi penambahbaikan, penyelidik boleh mencadangkan agar pendedahan kepada latihan amali dalam struktur kurikulum dipertingkatkan oleh pihak penggubal kurikulum. Ini berikutan graduan berpendapat bahawa pendedahan kepada latihan amali kini masih tidak mencukupi dan penting untuk membantu para pelajar lebih memahami pengajaran dalam bentuk teknikal. Tambahan, para pengajar perlu fokus pada pembelajaran dan pengajaran mengikut sukatan yang ditetapkan. Graduan berpendapat para pensyarah tidak mengajar mengikut sukatan mungkin disebabkan kekurangan maklumat berkenaan sukatan pembelajaran yang diberikan pada awal permulaan setiap subjek. Selain itu, dalam mempelbagaikan penggunaan alat bantuan mengajar yang menarik dan berkesan bagi menarik minat para pelajar, penyelidik mencadangkan untuk menerapkan penggunaan Teknologi Maklumat terkini bagi membantu menarik minat mereka. Bagi pihak pengurusan institusi pula mereka perlu mempertingkatkan keselesaan kemudahan kafeteria sedia ada.

Kafeteria kini yang diwujudkan lebih kelihatan seperti warung. Penambahbaikan ruang tersebut dengan pembinaan bangunan mungkin membantu memberi keselesaan kepada pelajar. Pihak persatuan alumni kolej juga perlu aktif dalam menerangkan fungsi sebenar persatuan agar graduan tidak terkeliru. Bantuan iklan-iklan kerja kosong yang dipamerkan di laman sosial persatuan yang bertujuan membantu graduan mungkin menyebabkan kekeliruan fungsi ini berlaku.

Rujukan

Astin, A., & Lee, J. (2003). How risky are one-shot cross-sectional assessments of undergraduate students? Research in Higher Education, 44 (6), 657–672.

Chickering, A., & Gamson, Z. (1999). Development and adaptation of the seven principles for good practice in undergraduate education. New Direction for Teaching and Learning, 80 (Winter), 75–81.

Clarke, M. (2008). Understanding and managing employability in changing career contexts. Journal of European Industrial Training, 32(4), 258–284. https://doi.org/10.1108/03090590810871379

Cohen, M. (2011). Research Methods in Education. Routledge; 7 edition

Hamner, W.C. and W.D. Organ (1978), Organizational Behaviour, Business Publications, Texas

Henning-Thurau, T., F. Langer, M., & Hansen, U. (2001). Modeling and Managing Student Loyalty: An Approach Based on the Concept of Relationship Quality. Journal of Service Research - J SERV RES, 3, 331–344.

https://doi.org/10.1177/109467050134006

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Retrieved from http://www.mypolycc.edu.my/

Mehdipour, Y., & Zerehkafi, H. (2013). Student Satisfaction At Osmania University, 2(6), 233–240.

Minhat, N. (2007). Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan yang Disediakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. 1, 1–13.

Mohd Ali, Z., Mustafa, Z., & Zainal Abidin, N. (2008). Persepsi Pelajar Institut Pengajian Tinggi Terhadap Kualiti Pendidikan Kejuruteraan. 3(2), 12–24.

Ya, akan mencadangkan kepada keluarga, rakan dan orang luar

Tidak akan mencadangkan kepada keluarga, rakan dan orang luar

Series1 98.3 1.7

98.3

1.7 0

20 40 60 80 100 120

Nooriah Yusof, & Zakiah Jamaluddin. (2017). Pembangunan Kebolehpasaran Siswazah : Tindakan Universiti dan Cabaran yang Dihadapi. Jurnal Personalia Pelajar, 20(1), 15–32.

Noremy Che Azemi, & Fadilah Mat Assain. (2010). Tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Politeknik Port Dickson (PPD) bagi sesi Disember 2010. Seminar Penyelidikan Dan Inovasi, (Isqae), 1–11.

Pallant, J., (2001). SPSS Survival Guide. Australia: Allen & Unwin.

Scott, D., & Scott, S. (2011). Effective university teaching and learning. Retrieved from

http://www.ucalgary.ca/provost/files/provost/Scott&ScottEffective UniversityTeaching and Learning.pdf Siti Fatimah, D. (2010). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sijil Kolej Komunti (Modular) Fesyen Dan Pakaian Di Kolej Komunti Selayang, Selangor. Retrieved from

http://www.kkselayang.edu.my/images/penerbitan/tahapkepuasan.pdf

Wong, A. C. K. (2015). Understanding Students’ Experiences in Their Own Words: Moving Beyond a Basic Analysis of Student Engagement (Vol. 45).