• Tidak ada hasil yang ditemukan

1Pensyarah

Kolej Komuniti Tambunan, Jalan Batu Gong, No Peti surat 405, Tambunan, 89657, MALAYSIA [email protected]

1. Pengenalan

Kesukaran graduan mendapat pekerjaan dan peningkatan masalah penganguran menimbulkan kerisauan dalam kalangan graduan masa kini. Persaingan dalam mendapatkan pekerjaan dalam pasaran pekerjaan kesan daripada peningkatan bilangan institusi dan bilangan pelajar yang memasuki insititusi. Tidak dinafikan, peningkatan jumlah insititusi memberi petunjuk yang positif kerana ianya memberikan peluang yang lebih luas kepada penduduk untuk mendapatkan pendidikan tertiari yang lebih baik sekaligus meningkatkan akumulasi modal manusia dalam negara. Walaubagaimanapun, peluang pekerjaan yang disediakan tidak dapat menampung bilangan graduan yang meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini menimbulkan tanggapan bahawa adakah pendidikan tinggi gagal menghasilkan tenaga kerja yang dikehendaki keperluan pasaran kini? Penawaran dan permintaan yang tidak selaras dalam pasaran buruh juga menyumbang kepada masalah pengangguran kalangan graduan. Permasalahan yang dihadapi graduan dalam memperoleh pekerjaan mungkin disebabkakn kekurangan kemahiran kebolehpasaran dan kebolehkerjaan graduan memasuk pasaran buruh. Oleh itu, pembangunan graduan adalah penting dan perlu sejajar dengan perubahan pesat dalam pasaran buruh dan pekerjaan.

Kertas kajian ini akan meninjau pandangan graduan terhadap peranan institusi dari segi pembangunan kurikulum, dan bimbingan kerjaya dalam membangunkan kemahiran kebolehpasaran dengan merujuk kepada kes Graduan Kolej Komuniti Tambunan bagi tahun 2018.

Peranan institusi sememangnya penting dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran kerja hari ini. Penunjuk aras untuk melihat kejayaan sesuatu negara adalah berdasarkan modal insan penduduk tersebut. Hal ini kerana, modal manusia berhubung rapat dengan pertumbuhan ekonomi dan bertindak sebagi penggerak ekonomi negara. Kenyataan ini dibuktikan oleh Venhorst et al. (2010) yang mengatakan bahawa modal manusia merupakan kunci kepada teori pertumbuhan ekonomi moden. Berikutan itu, tekanan dirasai oleh institusi dalam melahirkan sumber tenaga kerja mahir dalam semua aspek untuk keperluan negara. Peranan institusi masa kini bukan sekadar gedung ilmu malahan dianggap sebagai enjin kemahiran negara bagi keperluan negara.

Pengetahuan dan kemahiran adalah elemen penting dan perlu sejajar bagi melahirkan graduan yang berdaya saing. Di Malaysia, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) yang digubal dan dilancarkan pada Ogos 2007 telah membincangkan dengan jelas peranan pengajian tinggi di negara ini. Pelan tersebut menggariskan keperluan negara melahirkan graduan yang bukan sahaja berpengatahuan tinggi tetapi mempunyai kemahiran dan ciri – ciri peribadi yang unggul. Institusi juga berperanan menyumbang kepada pelbagai kemahiran yang rumit supaya melahirkan modal insan yang kukuh kepada pembangunan ekonomi. Knight and Yorke (2003), mengatakan pembangunan modal insan meningkatlkan produktiviti melalui peningkatan potensi produktivi pekerjaan.

Abstrak: Institusi pengajian tinggi memandang serius mengenai kebolehpasaran graduan dan kini menjadi agenda penting di kebanyakan institusi tinggi di Malaysia. Pelbagai pandangan telah diutarakan apabila merujuk kepada permasalahan kebolehpasaran sehingga menarik minat pengkaji untuk mengenalpasti faktor mendorong permasalahan ini. Peranan institusi adalah penting bagi memastikan graduan yang dilahirkan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Malahan institusi juga harus berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemampuan memenuhi keperluan majikan dalam pasaran buruh. Kolej Komuniti Tambunan (KKTBS) adalah Kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Fokus utama kajian ini adalah untuk membincangkan kadar kebolehpasaran graduan KKTBS berdasarkan data yang diperoleh dari Sistem Pengesanan Graduan (SKPG) yang dibangunkan oleh KPT. Selain itu, penilaian dibuat berdasarkan keberkesanan kurikulum program, dan keberkesanan perkhidmatan bimbingan kerjaya dalam meningkatkan kemahiran kebolehpasaran graduan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 136 orang graduan memberikan persepsi positif membuktikan institusi berperanan penting dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan memperoleh nilai min yang tinggi. Graduan berpendapat bimbingan kerjaya yang dijalankan institusi membantu pelajar lebih terperinci kepada prospek kerjaya dalam industri.

Kata kunci : kebolehpasaran, kurikulum program, peranan institusi, KKTBS

2. Penyataan Masalah

Pendidikan tinggi di negara ini berkembang dengan pasat dengan peningkatan jumlah institusi yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Penduduk kini boleh memilih mana – mana pendidikan tertiari yang memenuhi kehendak masing – masing. Pendidikan tinggi sama ada di universiti awam atau swasta, politeknik dan kolej komuniti menunjukkan penduduk mempunyai kuasa memilih yang terbaik untuk diri sendiri. Namun demikian, peningkatan bilangan graduan sehingga tidak mampu menampung keperluan pasaran kerja menimbulkan isu pengangguran dan kebolehpasaran graduan. Kertas kajian ini adalah bagi membincangkan persepsi graduan Tahun 2018 di KKTBS terhadap penglibatan universiti dalam pembangunan kemahiran kebolehpasaran semasa pengajian mereka di kolej.

3. Objektif Kajian

Objektif utama kajian adalah untuk :

1. Membandingkan penerimaan peluang pekerjaan dalam kalangan graduan di Kolej Komuniti Tambunan 2. Menilai keberkesanan silibus program dari perspektif graduan di Kolej Komuniti Tambunan

3. Menilai keberkesanan perkhidmatan bimbingan kerjaya dari perspektif graduan di Kolej Komuniti Tambunan 4. Kajian Literatur

KKTBS merupakan antara kolej yang menawarkan Sijil Agroteknologi selain dari Kolej Komuniti Rembau. Kolej ini mula beroperasi sepenuhnya di Tambunan pada tahun 2015 selepas berpindah dari Lahad Datu. Ianya dipindahkan ke Tambunan kerana melihat kesesuain bidang agroteknologi dan bidang pelancongan dan pengembaran di kawasan tersebut. Daerah tambunan kaya dengan tanaman halia serta unik dengan tempat yang berkonsepkan semula jadi menjadikan kolej ini semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk daerah ini dan sekitar Sabah. Pada peringkat awal, KKTBS bermula dengan pengambilan seramai 84 orang pelajar. Data diperoleh dari Unit Pengambilan Pelajar, KKTBS. Sejak itu, KKTBS membangun dengan pesat dan kini KKTBS menawarkan tiga Sijil iaitu Sijil Agroteknologi, Sijil Pelancongan dan Pengembaraan dan Sijil Penyelenggaraan Pacuan Empat Roda. KKTBS memastikan pelajar dapat memenuhi keperluan sijil khusus dalam bidang yang dipilih tetapi pada masa yang sama pelajar berpeluang mengikuti aktiviti – aktiviti yang dijalankan bidang lain. Hal ini adalah bagi memastikan KKTBS mampu melahirkan graduan yang berkemahiran dan serba boleh.

Fenomena pengangguran dalam kalangan graduan bukan lagi fenomena luar biasa malah isu ini dipandang serius oleh kerajaan. Peningkatan kadar pengangguran, menimbulkan persoalan sama ada releven atau tidak sesuatu bidang tersebut. Majikan kini tidak hanya memandang kepada pengetahuan sahaja, kemahiran insaniah juga diambil kira.

Butcher et al., 2011 menyatakan bahawa graduan kini bukan sekadar perlu mahir dalam kemahiran teknikal tetapi juga kepada pengetahuan dan kemahiran terhadap kebolehkerjaan agar graduan dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki “multi skills”.

5. Metodologi Kajian

Matlamat kajian ini secara keseluruhan membincangkan persepsi graduan terhadap peranan institusi dari segi pembangunan kurikulum, dan bimbingan kerjaya dalam membangunkan kemahiran kebolehpasaran. Instrument kajian yang digunakan ialah soal selidik. Kaedah pengumpulan data kajian ini adalah melalui borang soal selidik yang didapati dari SKPG secara atas talian (online) di laman web http://graduan.moe.gov.my/TVET/Default.aspx. Sistem ini akan dibuka sebulan sebelum tarikh konvokesyen dan akan ditutup selepas sebulan daripada tarikh konvokesyen. Sistem ini dibangunkan oleh KPT bagi mengesan kebolehpasaran graduan setiap institusi dan data akan disimpan dalam pangkalan data khusus untuk rujukan. Seramai 136 orang responden telah memberi maklum balas melalui soal selidik Kajian Pengesanan Graduan.

Borang soal selidik yang mengandungi tujuh bahagian. Kertas kajian ini akan membincangkan berkenaan bahagian F iaitu pengalaman semasa mengikuti pengajian di institusi. Bahagian ini terdiri daripada dua konstruk iaitu Konstruk Kurikulum dan Konstruk Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya. Soalan – soalan dalam bahagian ini terdiri dari soalan tertutup 5 skala likert yang mengukur persepsi pelajar terhadap institusi berdasarkan skor 1 untuk amat tidak memuaskan dan dan skor 5 untuk amat memuaskan.

5.1 Profail Responden

Kajian menggunakan 136 orang resoponden yang terdiri daripada graduan Sijil Agroteknologi dan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan. Melalui Jadual 1, kajian telah dijalankan terhadap kesmeua graduan yang bergraduat Tahun 2018.

Jadual 1 - Profail responden

KURSUS FREKUENSI PERATUSAN

SIJIL AGROTEKNOLOGI 71 52.2

SIJIL PELANCONGAN DAN

PENGEMBARAAN 65 47.8

JUMLAH 136 100.0

5.3 Kaedah Analisi Data

Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 23 dan ditunjukkan melalui jadual dan rajah dalam membincangkan hasil dapatan kajian. Analisa Interprestasi Julat Min akan merujuk kepada Analisa Wiersma & Jurs (2009) yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2 - Interprestasi Julat Min

JULAT TAHAP

1.00 -2.33 Rendah

2.34 -3.67 Sederhana

3.68 -5.00 Tinggi

6. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan yang dijalankan oleh KPT menunjukkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan KKTBS antara yang tinggi berbanding lapan Kolej Komuniti Zon Sabah. Jadual 3 menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan di antara lapan buah kolej komuniti Zon Sabah iaitu Kolej Komuniti Tawau, Kolej Komuniti Lahad Datu, Kolej Komuniti Sandakan, Kolej Komuniti Semporna, Kolej Komuniti Kota Marudu dan Kolej Komunti Penampang.

Jadual 3 - Kadar Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Zon Sabah, 2018

KOLEJ KOMUNITI PERATUSAN

KOLEJ KOMUNITI TAWAU 98.5

KOLEJ KOMUNITI LAHAD DATU 100

KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN 100

KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT 97.0

KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN 99.3

KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG 100

KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU 100

KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA 100

Sumber: Analisis Kajian Pengesanan Graduan TVET Kolej Komuniti Tahun 2018

Pertambahan bilangan institusi di negara ini secara tidak langsung memberi kesan kepada pertambahan bilangan graduan saban tahun. Bilangan graduan yang memasuki pasaran tenaga buruh pada tahun 2010 hanya 2.10 juta orang berbanding 3.20 juta orang pada tahun 2015. Peningkatan jumlah ini dapat dilihat dalam Laporan Perangkaan Malaysia 2016. Jadual 4 menunjukkan status pekerjaan graduan kolej komuniti Zon Sabah bagi tahun 2018. Jadual mendapati hanya 81.62 % daripada graduan KKTBS memperoleh pekerjaan sebaik tamat pengajian. Sementara Jadual 5 menunjukkan status pekerjaan graduan KKTBS bagi tempoh 2016-2018 yang menujukkan peningkatan tahap graduan mendapat pekerjaan setelah enam bulan tamat pengajian.

Jadual 4 - Status Pekerjaan Graduan Sijil Kolej Komuniti Zon Sabah, 2018

Kolej Komuniti Bekerja Melanjutkan pengajian

Menunggu penempatan

pekerjaan

Belum bekerja Kolej Komuniti

Tawau 77.55 20.92 - 1.53

Kolej Komuniti

Lahad Datu 88.89 11.11 - -

Kolej Komuniti

Sandakan 92.98 7.02 - -

Kolej Komuniti

Beaufort 86.36 10.61 - -

Kolej Komuniti

Tambunan 81.62 16.91 0.74 0.74

Kolej Komuniti

Penampang 83.51 16.49 - -

Kolej Komuniti

Kotas Marudu 84.21 13.16 2.63 -

Kolej Komuniti

Semporna 88.46 11.54 - -

Sumber: Analisis Kajian Pengesanan Graduan TVET Kolej Komuniti Tahun 2018

Jadual 5 - Status Graduan KKTBS selepas Tamat Pengajian, 2016-2018

BEKERJA (%)

MELANJUTKAN PELAJARAN

(%)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN (%)

MENUNGGU PENEMPATAN

(%)

BELUM BEKERJA

(%)

JUMLAH (ORANG)

2016 78.6 14.3 1.2 - 5.9 84

2017 90.6 8.8 - - 0.6 160

2018 81.6 16.9 - 0.7 0.7 136

Sumber: Analisis Kajian Pengesanan Graduan TVET Kolej Komuniti Tahun 2018

Rajah 1 menunjukkan perbandingan peratusan graduan yang berjaya mendapat pekerjaan dengan belum bekerja selepas tamat pengajian. Ini menunjukkan lebih kurang 1 peratus sahaja graduan KKTBS tidak memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian. Rajah menunjukkan peningkatan peratusan yang ketara menunjukkan graduan KKTBS semakin mendapat tempat dalam kalangan industry.

Rajah 1 - Status Pekerjaan Graduan KKTBS selepas tamat pengajian, 2016-2018

Sumber: Analisis Kajian Pengesanan Graduan TVET Kolej Komuniti Tahun 2018

Peranan institusi dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan serba boleh untuk menghadapi persaiangan industri adalah amat penting. Oleh hal demikian, kurikulum yang disediakan peringkat Sijil Kolek Komuniti adalah sentiasa memnuhi keperluan industri semasa. Jadual 6 menunjukkan persepsi responden terhadap kurikulum yang diajar semasa mengikuti pengajian institusi. Analisis min yang dilakukan menunjukkan nilai min sekurangnya 4.24 dengan sisihan piawaian 0.43 iaitu mewakili nilai baik. Kebanyakan graduan KKTBS berpendapat kandungan program pengajian/ kurikulum yang disediakan institusi memnuhi keperluan industri dalam memastikan graduan mampu berdaya saing di industri.

Jadual 6 - Dapatan Bagi Konstruk Kurikulum

No Item Penyataan Item Markat Min Sisihan piawai

a. Kesesuaian kandungan pengajian 4.28 .45

b. Program latihan industry 4.25 .45

c. Mata Pelajaran Wajib institusi 4.24 .43

d. Menyediakan pelajar untuk menghadapi

Unit Perhubungan dan Latihan Industri adalah unit yang penting dalam membantu graduan didedahkan dengan maklumat dan bantuan berkaitan dengan kerjaya dan pekerjaan. Unit ini bertanggungjawab memastikan graduan untuk menghadiri Latihan Indistri selama satu semester sebelum tamat pengajian. Selain itu, unit ini juga merancang pelbagai bentuk program dan seminar bagi memastikan graduan yang berkebolehan. Jadual 7 menunjukkan responden memberikan pandangan positif terhadap komitmen institusi dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan kerjaya.

Analisis min yang dilakukan menunjukkan nilai min sekurangnya 4.49 iaitu mewakili nilai baik.

Jadual 7 - Dapatan Bagi Konstruk Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya

No Item Penyataan Item Markat Min Sisihan piawai

a. Maklumat mengenai peluang

pekerjaan dan kerjaya 4.49 .502

b. Bantuan dalam mendapatkan

7. Kesimpulan

Masalah kebolehpasaran graduan adalah masalah yang memang hangat diperkatakan bukan sahaja dalam oleh pihak institusi malahan pada pelajar sendiri. Setiap pelajar akan melihat dahulu kadar kebolehpasaran graduan sebelum menyambung pengajian di sesebuah institusi bagi memastikan institusi tersebut mampu mempersiapkan graduan yang lebih berketrampilan dan berwawasan. Kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi KKTBS memberi cabaran kepada institusi untuk sentiasa mengukuhkan kebolehpasaran graduan sampai bila – bila. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa KKTBS memainkan peranan penting dalam membantu pelajar dalam khidmat bimbingan kerjaya dengan menganjurkan program berkaitan prospek kerja dan seminar sebagai pengukuhan kemahiran graduan selain dari penyediaan kurikulum yang bertepatan kehendak idustri dapat membantu pelajar.

8. Penghargaan

Kertas kajian ini berjaya dihasilkan adalah kerana usaha Bahagian Kolaborasi Industri Dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam menganjurkan bengkel dan bantuan pakar sepanjang menyiapkan kertas kajian ini.

Rujukan

Butcher, Val, Smith, Judith, Kettle, Jane and Burton, Laila. (2011). Review of good practice in employability and Enterprise Development by Centres for Excellence in Teaching and Learning. York: Higher Education Academy.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2016) Permintaan & Penawaran Tenaga Buruh : Perspektif DOSM.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2018). Kajian Pengesanan Graduan Kolej Komuniti. Putrajaya: Kementerian Pemgajian Tinggi Malaysia.

Knight, P. T. dan Yorke, M. (2003) Employability and Good Learning in Higher Education. Teaching in Higher Education, 8(1), 3-16. DOI: 10.1080/1356251032000052294.

Unit Pengambilan Pelajar (2018). Kolej Komuniti Tambunan.

Venhorst, V., Dijk, J. V. & Wissen, L. V. 2010. Do The Best Graduates Leave the Peripheral Areas of the Netherlands?

Tijdschrift voor Economische en Social Georgrafie, 521-537.

Graduan Dan Alam Pekerjaan : Analisa Perbandingan