Nur Farhana Mustahidin
1, Muhammad Aznor Abdul Aziz
1, Zaharilah Abdul Kadir
21Unit Kejuruteraan & Kemahiran, Kolej Komuniti Jelebu, Jalan Seperi, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Malaysia
2Jabatan Kecemerlangan Akademik, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, 70400 Seremban, Malaysia [email protected]
1. Pengenalan
Menurut Pelan Strategik Keusahawanan (2013-2015), Malaysia memerlukan usahawan-usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam kalangan lulusan IPT tempatan yang berupaya bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi Malaysia. Kolej Komuniti adalah institusi di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang menawarkan kursus keusahawanan kepada pelajar semasa tempoh pembelajaran. Kolej Komuniti komited dalam melahirkan usahawan di kalangan pelajar dan graduan seperti mana yang dihasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Menurut Wan Izni Rashiddi Wan Mohd Razalli (2017), pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam memastikan budaya keusahawanan dapat diwujudkan secara holistik dalam ekosistem pendidikan di kolej ini. Mengikut Informasi Kolej Komuniti Edisi Oktober 2018, empat misi Kolej Komuniti telah digariskan iaitu:
1. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf;
2. Memperkasa komuniti melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH);
3. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang; dan 4. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan
Abstrak: Kolej Komuniti adalah institusi di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang menawarkan kursus keusahawanan kepada pelajar semasa tempoh pembelajaran. Kolej Komuniti komited dalam melahirkan usahawan di kalangan pelajar dan graduan seperti mana yang dihasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Penyataan masalah kajian adalah adakah graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu bekerja dalam bidang yang sama dipelajari semasa di institusi dan faktor yang mempengaruhi graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu memilih untuk menjadi usahawan dalam bidang pembinaan. Justeru itu, kajian ini ingin mengenal pasti faktor yang mempengaruhi graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu memilih untuk menjadi usahawan dalam bidang pembinaan dan mengenal pasti sama ada graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu menerima latihan keusahawanan semasa pengajian di Kolej Komuniti Jelebu.
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan dan sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan.
Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik Kajian Pengesanan Graduan TVET 2019 yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi telah diedarkan kepada graduan Kolej Komuniti Jelebu. Soal selidik yang diedarkan mempunyai tiga bahagian. Bahagian A adalah berkenaan maklumat latar belakang, Bahagian B pula mengenai status terkini graduan, Bahagian C pula diisi sekiranya responden bekerja. Hasil kajian menunjukkan bahawa graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej Komuniti Jelebu lebih cenderung untuk bekerja dalam bidang pembinaan berbanding bidang lain setelah tamat pengajian dan faktor yang menyebabkan menjadi usahawan adalah disebabkan mengambil alih perniagaan keluarga atau ingin berdikari. Berdasarkan hasil dapatan, dapat disimpulkan bahawa graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej Komuniti Jelebu cenderung untuk menjadi usahawan di bidang pembinaan dan hal ini adalah disebabkan oleh faktor mengambil alih perniagaan keluarga dan kecenderungan graduan ingin berdikari.
Kata Kunci: usahawan, graduan, Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, pembinaan, Kolej Komuniti Jelebu
Misi yang ketiga telah membuktikan bahawa produk dari Kolej Komuniti dibekalkan dengan ilmu keusahawanan untuk memenuhi salah satu tujuan penubuhan Kolej Komuniti. Pendidikan keusahawan yang diterapkan dalam Kemahiran Hidup Bersepadu dapat diserapkan dalam pendidikan usahawanan di peringkat yang lebih tinggi (Abdul Said, 2012).
Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan adalah salah satu program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Jelebu. Pelajar yang mengikuti program ini akan belajar selama empat semester dan menjalani Latihan Industri semasa semester terakhir. Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan berkaitan pembinaan bangunan seperti ilmu ukur, bahan binaan, teknologi binaan, lukisan pembinaan, aturcara kontrak dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Semasa menuntut di semester tiga, pelajar wajib mengambil kursus keusahawanan yang merangkumi ilmu teori dan praktikal serta membentuk kemahiran insaniah pelajar, berfikir secara kreatif dan kritis, berdikari dan bertanggungjawab. Antara faktor utama kursus keusahawanan dimasukkan dalam silibus adalah untuk menggalakkan pelajar menjadi usahawan yang boleh menjana pendapatan sendiri selepas menamatkan pengajian.
Hal ini adalah sejajar dengan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020 yang diperkenalkan untuk menyemai minda keusahawanan ke dalam seluruh sistem pendidikan tinggi dan mewujudkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan graduan bercirikan keusahawanan dan menjadi penjana pekerjaan, serta memastikan kemampanan kewangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Menurut Datuk Seri Fadillah Yusof (2017), bidang pembinaan bangunan di Malaysia sedang berkembang pesat selepas beberapa projek utama negara dilaksanakan dan ini memberikan peluang kepada ramai usahawan untuk menjana pendapatan di dalam industri ini. Justeru itu, kajian ini ingin mengenal pasti faktor yang mempengaruhi graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu memilih untuk menjadi usahawan dalam bidang pembinaan dan mengenal pasti sama ada graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu menerima latihan keusahawanan semasa pengajian di Kolej Komuniti Jelebu.
2. Penyataan Masalah
Keusahawanan adalah salah satu bidang pekerjaan yang mulia dan mengikut agama Islam, keusahawanan berada dalam kerangka ibadat yang berkait dengan hubungan dengan Allah s.w.t. dan juga sesama manusia (Mohd. Zain Bin Mubarak, 2015). Oleh itu, pelajar-pelajar Kolej Komuniti yang dibekalkan dengan ilmu keusahawanan sangat digalakkan untuk mempraktikkan di alam kerjaya. Industri Pembinaan adalah sangat meluas dan merangkumi pelbagai sektor yang bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra pembinaan dan selepas pembinaan seperti sektor industrial, kediaman, komersial dan prasarana (Abu Hassan Abu Bakar, n.d).
Graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan mempunyai pelbagai pilihan jenis perniagaan untuk dipilih seperti menjadi kontraktor binaan, mengecat dan membuat perniagaan atas talian seperti menyediakan perkhidmatan membuat lukisan pembinaan. Menurut Mutalib, S. (2013), generasi muda perlu mengubah mentaliti daripada hanya menjadi pekerja dan makan gaji sahaja, mereka mampu menjana pendapatan sendiri melalui keusahawanan.
Justeru itu, penyataan masalah kajian adalah:
1. Adakah graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu bekerja dalam bidang yang sama dipelajari semasa di institusi?
2. Apakah faktor yang mempengaruhi graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu memilih untuk menjadi usahawan dalam bidang pembinaan?
3. Objektif
Objektif kajian adalah :
1. Mengenal pasti sama ada graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu bekerja dalam bidang yang sama dipelajari semasa di institusi.
2. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu memilih untuk menjadi usahawan dalam bidang pembinaan.
4. Metodologi Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan dan sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan.
Keputusan yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dapat dicapai melalui kajian tinjauan yang dirancang dan dihasilkan mengikut amalam-amalan standard (Wiersma, 2000).
Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik. Kos membina borang soal selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat adalah beberapa faktor yang menyebabkan borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakan pengkaji (Bill Gillham, 2000). Pengkaji boleh memperolehi jumlah responden yang ramai dan data yang banyak menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik Kajian Pengesanan Graduan TVET 2019 yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi telah diedarkan kepada graduan Kolej Komuniti Jelebu. Soal selidik yang diedarkan mempunyai tiga bahagian. Bahagian A adalah berkenaan maklumat latar belakang, Bahagian B pula mengenai status terkini graduan, Bahagian C pula diisi sekiranya responden bekerja.
5. Analisis Data
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan perisisan SPSS V23 untuk analisa data. Responden kajian merupakan graduan-graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, Kolej Komuniti Jelebu. Definisi kaedah kuantitatif adalah menjumlahkan data dengan menggunakan sesuatu format statistik analisis Mutalib, S. (2013). Skor kekerapan (f) dan peratusan (%). Statistik deskriptif adalah kaedah yang digunakan untuk analisa data dalam kajian ini.
Jadual 1: Status pekerjaan graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan Kolej Komuniti Jelebu 2018
Item Frekuensi Peratus
Berkerja 20 60.6
Melanjutkan pengajian 12 36.4 Menunggu penempatan pekerjaan 0 0
Belum bekerja 1 3.0
Jadual 1 menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 60.6% bekerja selepas menamatkan pelajaran. Selebihnya, responden melanjutkan pengajian iaitu seramai 36.4% dan masih belum bekerja iaitu 3.0%.
Jadual 2: Taraf pekerjaan graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan Kolej Komuniti Jelebu 2018
Item Frekuensi Peratus
Berkerja Sendiri/ Freelance 2 10.0 Pekerja swasta (termasuk NGO) 15 75.0
Jadual 2 menunjukkan bahawa 10.0% responden bekerja sendiri atau freelance dan yang selebihnya menjadi pekerja swasta (termasuk NGO) iaitu seramai 75.0%. Ini membuktikan bahawa graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej Komuniti Jelebu lebih berminat untuk bekerja makan gaji di sektor swasta berbanding menceburi bidang keusahawanan.
Analisa Objektif 1
Jadual 3: Analisis graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan yang bekerja dalam bidang yang sama dipelajari di Kolej Komuniti Jelebu 2018
Item Ya Tidak Jumlah
Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus Adakah anda bekerja dalam bidang
yang sama dipelajari di institusi? 13 65.0 7 35.0 20 100.0
Berdasarkan Jadual 3, majoriti responden bekerja dalam bidang pembinaan iaitu seramai 65.0%. Selebihnya bekerja di luar bidang iaitu seramai 35.0%. Ini menunjukkan bahawa graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej Komuniti Jelebu lebih cenderung untuk bekerja dalam bidang pembinaan setelah tamat pengajian.
Analisa Objektif 2
Jadual 4: Faktor graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan Kolej Komuniti Jelebu memilih untuk menjadi usahawan 2018
Item Frekuensi Peratus Perniagaan keluarga 1 50.0
Ingin berdikari 1 50.0
Tidak berminat makan gaji 0 0.0 Waktu kerja yang fleksibel 0 0.0
Berdasarkan Jadual 4, seramai 50.0% responden memilih perniagaan keluarga dan ingin berdikari dan selebihnya 0.0%. Ini menunjukkan bahawa faktor yang menyebabkan graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan Kolej Komuniti Jelebu memilih untuk menjadi usahawan adalah disebabkan mengambil alih perniagaan keluarga atau ingin berdikari.
6. Perbincangan
Hasil kajian menunjukkan bahawa graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej Komuniti Jelebu lebih cenderung untuk bekerja dalam bidang pembinaan berbanding bidang lain setelah tamat pengajian. Hal ini adalah disebabkan graduan telah dibekalkan dengan ilmu pembinaan yang mencukupi berdasarkan silibus Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej Komuniti Jelebu.
Bagi item kecenderungan graduan berdasarkan faktor yang menyebabkan graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan Kolej Komuniti Jelebu memilih untuk menjadi usahawan adalah disebabkan mengambil alih perniagaan keluarga atau ingin berdikari. Ini menunjukkan bahawa pengaruh daripada keluarga dan penerimaan pendidikan secara langsung dan tidak formal yang meransang graduan untuk menceburi dan seterusnya mengambil alih perniagaan keluarga. Hasil dapatan ini menepati kajian yang dijalankan oleh Mutalib, S. (2013). Graduan juga memilih ingin berdikari sebagai faktor yang mendorong untuk menjadi usahawan. Hal ini bertepatan dengan kajian Azilahwati Adam (n.d), Syaharizad Abdul Razak (n.d) dan Muhammad Helmi Abu Bakar (n.d).
7. Kesimpulan
Kolej Komuniti mempunyai potensi yang besar dalam melahirkan ramai usahawan yang juga majikan yang berjaya pada masa hadapan. Kenyataan ini adalah selari dengan hasil dapatan Sarimah Che Hassan (2013), Armanurah Mahamad (2013) dan Amir Md Noor (2013) yang merumuskan bahawa seorang pelajar yang pernah tercicir pada satu ketika dahulu dan menjadi pelajar Kolej Komuniti mampu menjadi seorang usahawan yang bergelar majikan kepada bakal graduan. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa graduan Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej Komuniti Jelebu cenderung untuk menjadi usahawan di bidang pembinaan dan hal ini adalah disebabkan oleh faktor mengambil alih perniagaan keluarga dan kecenderungan graduan ingin berdikari.
Rujukan
Abdul Said, A. (2012, July 18). Pendidikan Keusahawanan dalam kalangan pelajar. Perspektif dan Cabaran. Utusan Borneo. Retrieved August 8, 2012 from http://eprints.ums.edu.my/4584/1/nc0000001801.pdf.
Abu Hassan Abu Bakar (n.d). Industri Binaan Malaysia: Satu Tinjauan.
http://www.hbp.usm.my/abuhassan/const%20industry.htm
Azilahwati Adam (n.d), Syaharizad Abdul Razak (n.d) dan Muhammad Helmi Abu Bakar (n.d). Aspirasi Kerjaya Sebagai Usahawan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Semester Akhir Kolej Komuniti Jasin. academia.edu
Bill Gillham (2000). Developing a Questionnaire.
Datuk Seri Fadillah Yusof (2017). Industri pembinaan Malaysia penggerak capai status maju. BH Online.
Pelan Strategik Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi 2013-2015.
Pelan Tindakan Keusahawanan Institut Pendidikan Tinggi 2016-2020.
Mutalib, S. (2013). Tinjauan Kecenderungan Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
Awam. Journal Of Techno Social, 5(1). Retrieved from
https://Publisher.Uthm.Edu.My/Ojs/Index.Php/JTS/Article/View/1411
Sarimah Che Hassan (2013), Armanurah Mahamad (2013) dan Amir Md Noor (2013). Potensi Kolej Komuniti Sebagai Wadah Pembentukan ‘Majikan’ Lestari. Prosiding PERKEM VIII, Jilid 2 (2013) 880-887 ISSN: 2231 962X.
Wan Izni Rashiddi Wan Mohd Razalli (2017). Kolej Komuniti komited lahir pelajar jadi usahawan Berjaya. Utusan Borneo Online.
Wiersma & William (2000). Research Methods In Education. An Introduction. Allyn and Bacon (Boston).