Katakunci: TVET, kebolehpasaran, kesepadanan kerja
Rajah 2 - Data graduan lelaki dan perempuan bekerja dalam bidang mengikut program pengajian 2018
Jadual 2 dan Rajah 2 di atas menunjukkan perbandingan di antara graduan lelaki dan perempuan yang bekerja mengikut bidang pengajian masing-masing. Berdasarkan data, graduan lelaki yang mencapai peratusan tertinggi adalah graduan daripada Diploma Ukur Tanah iaitu sebanyak 85%, diikuti oleh graduan Diploma Geomatik sebanyak 84% dan graduan Diploma Akauntansi yang mencatat peratusan sebanyak 73%. Peratusan paling rendah bagi graduan lelaki yang bekerja dalam bidang adalah lepasan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) iaitu 30% sahaja, diikuti oleh graduan bagi program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) yang mencatat 32%, graduan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, 33% dan graduan Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) sebanyak 37%.
Graduan daripada lain-lain program berada dalam lingkungan 40% - 70% yang bekerja mengikut bidang pengajian masing-masing. Peratusan graduan lelaki yang bekerja di dalam bidang bagi kesemua program adalah pada kadar 53%.
Bagi graduan perempuan, Diploma Pengajian Perniagaan mencatat peratusan tertinggi di mana sebanyak 73%
daripada graduan perempuan dalam bidang tersebut telah mendapat pekerjaan mengikut bidang pengajian yang diikuti di PKS. Program kedua tertinggi dari segi peratusan graduan perempuan bekerja mengikut bidang adalah daripada program Diploma Akauntansi iaitu sebanyak 70%. Seterusnya diikuti oleh graduan Diploma Geomatik yang mencapai 65%
graduan perempuan yang bekerja dalam bidang. Graduan lepasan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan mencatat peratusan yang agak rendah iaitu sebanyak 7%, 12% dan 17% masing-masing. Program-program lain juga hanya mencapai peratusan sekitar 20%-60% graduan perempuan yang bekerja mengikut bidang pengajian yang diikuti di PKS. Secara purata, peratusan graduan perempuan yang bekerja di dalam bidang bagi kesemua program adalah pada kadar 40%. Secara keseluruhan, peratusan graduan PKS pada tahun 2018 yang bekerja selari dengan bidang pengajian yang diambil adalah pada kadar 46.5%.
Hasil kajian di Kolej Komuniti juga mendapati sebanyak 43.4% (49 orang) graduan bekerja di luar bidang pengajian, menunjukkan bahawa tahap kesepadanan di antara bidang pengajian yang diikuti dengan pekerjaan yang diceburi oleh graduan di Kolej Komuniti berada pada tahap yang sederhana (Zaliza et al, 2014).
Potensi ketidaksepadanan kerja adalah lebih tinggi dialami oleh graduan iaitu calon pekerja yang mempunyai kelayakan pendidkan tinggi. Dianggarkan bahawa pada tahun 2020, hampir 31.5% daripada semua jenis pekerjaan akan memerlukan kelayakan peringkat tinggi (ijazah dan ke atas) dan sekitar 34% daripada tenaga buruh akan mempunyai kelayakan tersebut. Sekurang-kurangnya 50% daripada pelbagai jenis pekerjaan akan memerlukan kelayakan peringkat sederhana tetapi hanya sekitar 48% tenaga buruh sahaja akan memperolehi kelayakan ini. Manakala sekitar 18%
daripada tenaga buruh yang tidak mempunyai kelayakan atau kelayakan rendah akan dapat memenuhi 18.5% daripada jenis pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan atau tahap kelayakan rendah (CEDEFOP, 2010).
5. Kesimpulan dan cadangan
Peratusan graduan PKS pada tahun 2018 yang bekerja sebanyak 98.2% (86.7% graduan bekerja termasuk 11.5% graduan yang melanjutkan pengajian) adalah di antara pencapaian yang boleh dibanggakan. Kebolehpasaran graduan politeknik amnya dan graduan PKS khususnya adalah pada tahap yang sangat memuaskan di mana graduan yang berjaya menamatkan pengajian ini dapat memenuhi keperluan bidang TVET dalam pelbagai cabang kemahiran seperti pengurusan, teknikal, sains & teknologi dan teknologi maklumat.
Pemerkasaan TVET juga perlu selari dengan arus perubahan dan cabaran dalam revolusi industri 4.0 yang mensasarkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan pendigitalan pelbagai bidang seperti automasi, robotik, pengkomputeran awan (cloud computing), kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan internet (Framing Malaysian Higher Education 4.0: Future-Proof Talents, 2018). Pengurusan politeknik perlu meningkatkan kerjasama dengan pihak industri dalam mengenalpasti dan menentukan struktur kurikulum dan program yang ditawarkan adalah memenuhi keperluan industri 4.0 bagi memastikan kebolehpasaran graduan politeknik sentiasa mencapai sasaran yang ditetapkan.
Walau bagaimana pun, isu ketidaksepadanan pekerjaan perlu diberi perhatian serius oleh pihak pengurusan PKS berikutan peratusan graduan PKS pada tahun 2018 yang bekerja selari dengan bidang pengajian yang diambil adalah pada kadar 46.5% sahaja. Ini bermakna lebih daripada separuh jumlah bilangan graduan tidak bekerja mengikut bidang pengetahuan dan kemahiran yang telah diikuti di institusi. Kadar ketidaksepadanan pekerjaan ini juga dilihat tinggi (lingkungan 70%-80%) dalam beberapa program tertentu seperti program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian), Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan dan Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia).
Kajian terperinci berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan graduan bagi program yang disebutkan perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan peratusan graduan bekerja mengikut bidang pengajian pada masa akan datang. Adalah menjadi satu keperluan bagi pihak pengurusan politeknik dan kolej komuniti untuk mengenalpasti kelemahan yang wujud di dalam setiap program atau bidang pengajian yang ditawarkan di institusi masing-masing supaya kadar atau bilangan graduan yang bekerja mengikut bidang meningkat dengan setara (Zaliza et al, 2014).
Kesepadanan pekerjaan adalah penting bagi menjamin kepuasan bekerja (Espajo & Ibanez, 2006). Seterusnya, masalah penganggguran serta fenomena pertukaran pekerjaan akan dapat dikurangkan sekiranya graduan mendapat pekerjaan yang selari dengan apa yang dipelajari serta setaraf dengan kelayakan akademik yang dimiliki. Sebaliknya, jika berlaku ketidaksepadanan di antara pekerjaan yang diceburi dengan bidang pengajian yang diikuti, kesan jangka panjang yang akan dialami oleh graduan dan industri adalah penurunan produktiviti (Sattinger, 1993).
Justeru itu, sebagai langkah makro, pihak kerajaan boleh merangka dan melaksanakan beberapa strategi dan intervensi bagi menangani isu kebolehpasaran dan ketidaksepadanan pekerjaan. Langkah ini termasuklah mengenalpasti kemahiran-kemahiran spesifik yang diperlukan oleh industri sejajar dengan perkembangan teknologi dan maklumat, membuat kajian terperinci berkaitan program TVET yang perlu selari dengan keperluan industri 4.0, merangka kaedah untuk mengurangkan kadar kebergantungan kepada buruh asing serta memperkukuhkan budaya keusahawanan di kalangan graduan bagi mencipta peluang pekerjaan baru pada masa akan datang (Bank Negara Malaysia, 2019).
Cadangan kajian seterusnya boleh dilakukan bagi mengenalpasti faktor-faktor ketidaksepadanan pekerjaan di kalangan graduan-graduan PKS.
Rujukan:
Bank Negara Malaysia: Outlook and Policy 2019. Retrieved from
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/11/03/mismatch-of-skill-sets-a-factor-to-youth-unemployment#Ecm62LRjV3gg3R2y.99
Berita Harian. (1 May 2018). Pekerja berkemahiran, peneraju kecemerlangan negara: Kerajaan
sasar tingkat pembangunan modal insan penuhi keperluan ekonomi. Retrieved from https://www.pressreader.com/
Buku Panduan Framing Malaysian Higher Education 4.0: Future-Proof Talents. (2018).
Retrieved from https://umcms.um.edu.my/sites/adec/pdf/Framing_malaysian_HE4.0.pdf European Centre for the Development of Vocational Training (CEDEFOP), 2014
European Centre for the Development of Vocational Training (CEDEFOP). (2010). Skills & Demand in Europe:Medium-Term Forecast up to 2020. Luxembourg: Publications Office of the European Union.
Garis Panduan Pengurusan dan Pentadbiran CISEC. (2012). Retrieved from
http://www.psis.edu.my/images/cisec/2013/BUKU_GARIS_PANDUAN_CISEC_POLITEKNIK.pdf International Labour Organization (ILO). (2014). Statistics Brief - Skill Mismatch in Europe.
Juen, J. W. Y., Pang, V., & Vitales, J. W. (2010). OBE curriculum implementation process in Politeknik Kota Kinabalu:
A possible evaluation framework. In Prosiding Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal (pp. 172–181)
Magdalena, V. (2017). Job mismatch effects on work productivity. SEA-Practical Application of Science, Volume V, issue 15 (3/2017)
Mason, G., Williams, G. & Cranmer, S. (2009). Employability skills initiatives in higher education: What effects do they have on graduate labour market outcomes?. Education Economics 17 (1), 1-30.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Pelan Strategik Politeknik & Kolej Komuniti 2018-2025, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Pengesanan Graduan. (2016). Laporan Kajian Pengesanan Graduan KPT 2016. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Pengesanan Graduan. (2018). Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Malaysia 2018. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Pengesanan Graduan. (2018). Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Kuching Sarawak 2018. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Péter, R. (2014). Job mismatch in early career of graduates under Post-Communism. International Journal of Manpower 35(4):500-513. https://doi/org/10.1108/IJM-05-2013-0113
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) GC. 2015). United Nation.
Retrieved from
https://unevoc.unesco.org/go.php?q=TVETipedia+Glossary+AZ&term=Technical+and+vocational+education+and+trai ning
Shazia, F., Ahmed, U., Javed, A. & Jehangir Khan, M. (2009). Educational and qualificational mismatches: Non monetary consequece in Pakistan. European Journal of Social Sciences. 9(2), 275-291.
Statistik Bank Dunia (2018). Malaysia: Unemployment rate from 2008 to 2018. Retrieved from https://www.statista.com/statistics/319019/unemployment-rate-in-malaysia/
Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia. (2018). Jabatan Perangkaan Malaysia. Retrieved from
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=SWF2M0hXT1lKUGI3N05qc2w1OWFRdz09 Statistik Tenaga Buruh. (2011). Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Zaliza Hanapia, Ridzwan Che Rus, Mohd Safarin b Nordin, Abu Bakar Mamat, Mohd Nazri b Abdul Raji & Khairul Anuar Hasnan (2014). Penentuan kesepadanan bidang pengajian - pekerjaan dalam kalangan graduan di kolej komuniti.
International Seminar on Technical and Vocational Education 2014 (TVEIS 2014).
Graduan Dan Alam Pekerjaan : Analisa Perbandingan Pengesanan Graduan Mengikut Program Yang Ditawarkan
Di Politeknik Kuching Sarawak.
Suraini Mat Abu
1, Noorhasmah Yahya
2, Siti Hudzimah Bujang
31Suraini Mat Abu
Politeknik Kuching Sarawak, Kuching, 93050, MALAYSIA
2Noorhasmah Yahya
Politeknik Kuching Sarawak, Kuching, 93050, MALAYSIA [email protected]
3Siti Hudzimah Bujang
Politeknik Kuching Sarawak, Kuching, 93050, MALAYSIA [email protected]
1. Pengenalan
Kadar pengangguran merupakan salah satu mekanisma pengukuran tahap perkembangan ekonomi sesebuah negara. Di Malaysia kadar pengangguran bagi sepuluh tahun (2007 -2017) adalah pada kadar 3.23% - 3.42%.
Catatan paling rendah adalah pada tahun 2014 iaitu 2.87% (Statistik Bank Dunia, 2018). Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia (2018) mencatat kadar pengangguran 2018 adalah pada kadar 3.4%.
Berbanding kadar pengangguran umum negara, pengangguran di kalangan golongan belia merupakan isu ekonomi yang perlu diberi perhatian. Kebanyakan kekosongan jawatan dalam pasaran buruh adalah daripada tahap kemahiran rendah dan separa mahir yang tidak sesuai untuk graduan pendidikan tinggi yang baru menamatkan pengajian.
Daripada 1.4 juta kekosongan jawatan pada tahun 2017, 86.9% adalah terdiri daripada pekerjaan berkemahiran rendah yang hanya memerlukan pendidikan rendah diikuti 8.4% dalam pekerjaan separuh mahir (Bank Negara Malaysia, 2019).
1.1 Pernyataan masalah
Kadar pengangguran belia atau golongan muda pada tahun 2014 adalah pada kadar 9.87% dan semakin meningkat pada tahun seterusnya sehingga 2017 iaitu pada kadar 10.85% (Statistik Bank Dunia, 2018). Kadar ini menunjukkan bahawa kadar pengangguran belia adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kadar pengangguran semasa negara.
Graduan lepasan institut pengajian tinggi pada pelbagai tahap dan bidang pendidikan merupakan sumbangan terbesar golongan belia yang dimaksudkan. Graduan politeknik merupakan salah satu penyumbang tenaga dalam bidang teknikal di samping institusi-institusi lain seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Abstrak: Peluang pekerjaan pada masa kini memerlukan graduan yang memenuhi pelbagai kriteria sama ada kecemerlangan akademik, penglibatan aktif dalam kokurikulum serta penguasaan kemahiran insaniah. Politeknik sebagai salah satu institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu memastikan graduan-graduan mampu menguasai kemahiran teknikal mengikut bidang masing-masing. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti status kebolehpasaran graduan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada tahun 2018 dan membuat analisa kadar peratusan graduan bekerja yang selari dengan bidang pengajian yang diikuti. Kaedah kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik instrumen kajian yang selaras di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada 1278 graduan PKS sebagai sampel. Hasil instrumen berkaitan kajian yang dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dipilih bagi mendapatkan data berbentuk deskriptif (peratusan). Secara purata, hasil kajian mendapati bahawa pencapaian peratusan graduan PKS pada tahun 2018 yang bekerja adalah pada kadar 98.2% manakala peratusan graduan PKS pada tahun 2018 yang bekerja selari dengan bidang pengajian yang diambil adalah pada kadar 46.5%. Ini menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan adalah pada tahap memuaskan, manakala aspek kesepadanan kerja perlu diberi perhatian oleh pihak institusi supaya kadar ini meningkat pada masa hadapan.
Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun Malaysia, Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Giat Mara dan lain-lain (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025).
Kualiti tenaga kerja merupakan elemen asas dalam sumbangan sumber-sumber ekonomi bagi sesebuah ekonomi amnya dan unit perniagaan khususnya. Kemahiran teknikal merupakan keperluan sesebuah negara sebagai pemacu bidang industri yang berkait rapat dengan kemahiran dan penguasaan maklumat dan teknologi. Walaubagaimana pun, graduan politeknik didapati kurang berkebolehan dalam mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi sepanjang pengajian apabila mereka bekerja. Juen, Pang & Vitales (2010) mendapati bahawa pelajar Politeknik Malaysia tidak memenuhi tahap kompetensi yang diharapkan oleh majikan di industri.
Selain isu pengangguran, graduan politeknik juga berdepan dengan masalah ketidaksepadanan pekerjaan di mana bidang pengajian yang diikuti di institusi adalah tidak sama dengan bidang pekerjaan yang diceburi.
Ketidaksepadanan pekerjaan di kalangan graduan lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti amnya dan PKS khususnya perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu, terutama Bahagian Pembangunan Kurikulum, Corporate Industrial Service & Employability Centre (CISEC) serta bahagian pembangunan dasar agar kriteria dan kualiti graduan memenuhi keperluan dan permintaan industri. Ketidaksepadanan kerja mampu mempengaruhi dan memberi kesan terhadap perbelanjaan kerajaan dalam sektor pendidikan, tahap kepuasan kerja, gaji yang diperolehi oleh graduan serta mobiliti dalam pekerjaan (Shazia, F., Ahmed, U., Javed, A. & Jehangir Khan, M., 2009).
Ketidaksepadanan ini menyebabkan graduan terpaksa memilih pekerjaan di luar bidang pengajian sebagai alternatif sumber pendapatan. Kajian Pengesanan Graduan PKS pada tahun 2017 mencatat kadar ketidaksepadanan pekerjaan sebanyak 13.7% dan meningkat dengan ketara pada tahun 2018 iaitu sebanyak 51.7% (Laporan Kajian Pengesanan Graduan PKS, 2017 & 2018). Walaupun graduan telah mendapat pekerjaan tetapi dalam jangka masa panjang graduan yang bekerja di luar bidang pengajian serta melaksanakan tugas yang tidak relevan dengan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di institusi tetap akan mempengaruhi produktiviti organisasi disebabkan penurunan kadar kepuasan kerja dan penerimaan gaji atau upah yang rendah (Magdalena, 2017).
1.2 Objektif kajian
Kajian perbandingan ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
1. Menganalisa peratusan status kebolehpasaran graduan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang bekerja mengikut jantina bagi tahun 2018.
2. Menganalisa ketidaksepadanan di antara bidang pengajian yang diikuti dengan pekerjaan yang diceburi dalam kalangan graduan PKS bagi tahun 2018.
2. Sorotan kajian
Keperluan untuk membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran teknikal merupakan salah satu cabaran yang perlu dititikberatkan bagi menyokong kekukuhan ekonomi negara. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang merupakan Lonjakan ke-empat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 adalah aspek penting bagi penyediaan pendidikan vokasional dan pembangunan kemahiran. TVET didefinisikan sebagai “aspek proses pendidikan selain pendidikan umum yang melibatkan pembelajaran dalam bidang teknologi dan sains berkaitan, dan juga latihan kemahiran praktikal, sikap, pemahaman, dan pengetahuan tentang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial” (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) GC. 2015).
2.1 Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Di Malaysia, lebih 50% daripada kandungan program TVET ditumpukan kepada kemahiran vokasional dan teknikal dengan kelayakan pada peringkat sijil, diploma, dan ijazah. Walau bagaimanapun, pada masa ini, Malaysia masih kekurangan graduan TVET berkualiti dari segi kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah sebagai pemangkin inovasi dan pemacu pembangunan negara (PPPM 2015-2025).
Menjelang 2020, kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 35 peratus tenaga mahir perlu dicapai dan 3 juta peluang pekerjaan baharu bagi 2023 diwujudkan. Daripada jumlah itu, 1.5 juta peluang pekerjaan baharu dengan 60 peratus daripadanya memerlukan kelayakan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan tenaga kerja mahir (Berita Harian, 1 May 2018). Hasrat ini selari dengan hala tuju strategik Politeknik Malaysia iaitu menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri menjelang tahun 2020 dan misi menghasilkan graduan yang seimbang, holistik dan berkualiti serta berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan (Pelan Strategik Politeknik & Kolej Komuniti 2018-2025).
Sehingga kini sebanyak 36 buah politeknik dan 94 buah kolej komuniti telah dibuka dan menawarkan 85 program dan 65 program masing-masing. Sejumlah 100,152 dari politeknik dan 20,921 pelajar dari kolej komuniti