Politeknik Port Dickson [email protected]
1. Pengenalan
Setiap tahun, ribuan graduan TVET dihasilkan di Politeknik Malaysia di mana mereka mula memasarkan diri untuk menarik majikan menawarkan pekerjaan sebaiknya kepada mereka. Oleh itu kajian pengesanan graduan yang dilaksanakan politeknik melalui sistem yang dinamik dan boleh dipercayai dapat membantu mengenalpasti pengalaman pelajar semasa menjalani pengajian di politeknik.
Melalui pengalaman graduan ini juga membolehkan proses penilaian terhadap sesuatu bidang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi diilai. Secara langsung ia mampu memberi suatu input kepada penambahbaikan terhadap sebuah institusi dengan mengkaji dan menilai peluang kerjaya serta peluang pekerjaan bagi gradúan pada masa akan datang (Boaduo, Mensah & Babitseng 2009; Gines, 2014).
Jika diimbas kembali, di Politeknik Malaysia, kajian pengesanan telah dilakukan melalui kaji selidik dalam talian sejak tahun 2006 di bawah pengawasan Kementerian Pengajian Tinggi (kini dikenali sebagai Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidkan Malaysia). Maka, kajian pengesanan ini adalah suatu mekanisme yang baik bagi pihak institusi pengajian tinggi dalam memperolehi maklum balas yang melibatkan pandangan dan pengalaman para alumni di Politeknik. Hal ini senada dengan kajian Nor Kamaliana Khamis et al., (2013) yang menghujahkan bahawa para alumni adalah mereka yang mampu memberi maklumat kepuasan pelanggan kepada sesebuah institusi pendidikan tinggi. Maka diyakini pihak KPM boleh menggunakan maklum balas para alumni dalam mengesahkan kualiti program, membangunkan program baru, dan mengukur prestasi pelaksanaan program semasa di setiap politeknik (Bevitt, 2015).
Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti tiga elemen iaitu kurikulum, prasarana dan pensyarah yang boleh mempengaruhi pencapaian Politeknik Malaysia berdasarkan persepsi Alumni bagi tahun 2018.
2. Objektif
Bertitik tolak daripada perbicangan di atas, maka terdapat tiga objektif kajian yang akan dilihat dari sudut pandang alumni Politeknik Malaysia. Objektif kajian yang terlibat adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadapat kurikulum yang terdapat di Politeknik Malaysia.
ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadapat pensyarah di Politeknik Malaysia.
iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadapat prasarana yang terdapat di Politeknik Malaysia.
Hasil dapatan yang dikupas akan dijadikan indikator terhadap usaha penambahbaikan di Jabatan Pengajian Politeknik. Semoga usaha yang berlipat ganda dalam penyelidikan dapat meningkatkan pembangunan modal insan dikalangan graduan politeknik.
Abstrak: Alumni merupakan suatu aset utama dan dianggap duta bagi sesebuah pusat pengajian tinggi. Lanjutan daripada itu, diketahui bahawa Politeknik Malaysia juga adalah salah sebuah pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus diploma dan ijazah bagi para pelajar. Maka setiap pandangan daripada para alumni berkenaan dengan system pengoperasian di Politeknik yang melibatkan prasarana, pensyarah dan kurikulum adalah amat diperlukan. Tujuan kajian ini adalah berfungsi untuk mendapatkan pandangan alumni Politeknik Malaysia berkenaan tiga elemen yang dinyatakan di atas iaitu kurikulum, pensyarah dan prasarana di sesebuah politeknik. Pendekatan kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan pengedaran soal selidik secara dalam talian. Analisis data pula adalah menggunakan perisian SPSS dan Microsoft excel. Peratusan graduan yang menyertai kajian ini adalah 89.4% dengan bilangan keseluruhan graduan pada tahun 2018 iaitu seramai 28,685. Dapatan kajian memaparkan bahawa alumni memberikan persepsi yang positif. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa sistem pengoperasian di Politeknik Malaysia yang melibatkan tiga elemen iaitu kurikulum, pensyarah dan prasarana yang dikaji adalah berada dalam keadana yang baik. Namun begitu bagi elemen prasarana terdapat keperluan penambahbaikan dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keywords: Pengesanan Graduan, Alumni, Politeknik Malaysia
3. Metodologi
Kajian yang berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik yang perlu dijawab oleh graduan Politeknik Malaysia semasa majlis konvokesyen. Instrumen kajian ini mengandungi 54 bilangan soalan yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri. Soalan yang disediakan adalah berbentuk aneka pilihan, skala likert dan soalan subjektif yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh graduan secara dalam talian (on-line). Kajian Pengesanan Graduan ini melibatkan semua graduan Politeknik Malaysia yang telah lulus dan mendapat sijil atau diploma masing-masing bagi tahun 2018 hingga tahun 2018. Bilangan graduan yang menamatkan pengajian di Politeknik Malaysia sepanjang tempoh ini adalah seramai 28,685 orang. Bilangan responden yang memberi kerjasama bagi kajian ini pula adalah seramai 25,643 orang yang membawa peratusan responden sebanyak 89.4%. Maklumat yang diperolehi, dikumpulkan dan dianalisis setelah ke semua politeknik selesai mengadakan majlis konvokesyen masing-masing. Data juga akan diedarkan kepada semua politeknik oleh pihak JPP untuk dianalisis mengikut keperluan politeknik masing-masing.
4. Analisis Data
Daripada data yang diperolehi menggunakan kaedah soalselidik, analisis data telah dilaksanakan. Berikut merupakan dapatan bagi tiga element utama dalam kajian ini untuk mengenal pasti persepsi Alumni terhadap politeknik bagi tahun 2018.
1.3.1 Dimensi Kurikulum
Kajian berkenaan persepsi responden terhadap kurikulum pengajian di politeknik pula meliputi lima aspek seperti kesesuaian kandungan pengajian, latihan industri/praktikum, mata pelajaran wajib universiti/institusi, menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan dan Latihan Industri telah memberi manfaat kepada saya dalam mendapatkan pekerjaan bersesuaian seperti pada Jadual 1.
Jadual 1 :Tahap Kepuasan Responden Terhadap Kurikulum Pengajian Politeknik, 2018.
Tahap Kepuasan Responden Terhadap
Memuaskan Sederhana Memuaskan Amat Memuaskan
Secara keseluruhannya, responden berpuas hati dengan kurikulum pengajian politeknik yang mana kelima-lima aspek menunjukkan tahap kepuasan yang melebihi 80 peratus.Di dapati aspek latihan industri memberi manfaat kepada graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai, telah mencatat min yang tertinggi iaitu 4.39.
1.3.2 Dimensi Pensyarah
Jadual 2 mempamerkan tahap kepuasan responden terhadap pensyarah politeknik dan secara keseluruhanya purata min menunjukan nilai lebih daripada 4 pada aras keyakinan yang amat tinggi. Aspek yang mendapat nilai yang tinggi daripada responden ialah Interaksi dengan pelajar dengan skor min adalah 4.46.
Jadual 2 Tahap Kepuasan Responden Terhadap Pensyarah Politeknik, 2018
Tahap Kepuasan Responden Terhadap Pensyarah
Amat Tidak Memuaska
n
Tidak Memuask
an
Sederha na
Memuask an
Amat Memuaska
n
Tidak Berkait an Interaksi dengan pelajar (min:
4.46, SP: 0.70) 0.50 0.70 7.10 36.0 55.70 0
Penyampaian kuliah dan kualiti pengajaran (min: 4.43, SP: 0.70)
0.40 0.70 7.10 37.0 51.40 3.40
1.3.3 Dimensi Prasarana
Membangunkan prasarana pembelajaran yang selesa dan canggih amat diperlukan untuk memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan kualiti pendidikan supaya dapat melahirkan lebih ramai graduan cemerlang pada masa depan.
Prasarana pembelajaran termasuklah kemudahan penginapan/asrama, kemudahan ICT di kampus, kemudahan cafeteria/kantin/dewan makan, kemudahan dewan kuliah/bilik tutorial dan kemudahan makmal (computer sains), studio, dapur, bengkel dan lain-lain.
Rajah 1 menunjukan graf bar bagi menunjukan peratusan tahap persepsi responden terhadap pasarana berdasarkan pengalaman semasa mengikuti pengajian di Politeknik Malaysia.
Rajah 1 : Tahap Persepsi Responden Terhadap Prasarana, 2018
Daripada Rajah 1 jelas menunjukan min tertinggi yang dicapai untuk dimensi pasarana adalah 4.32 bagi item berkaitan kemudahan dewan kuliah dan bilik kuliah. Untuk skor min yang terendah adalah bagi item kemudahan ICT di Kampus.
5. Kesimpulan
Pendekatan Politeknik Malasysia memberi pendedahan awal pelajar politeknik terhadap pekerjaan sebenar telah memberi impak yang baik dalam pembentukan budaya kerja yang positif dan sekaligus melahirkan tenaga kerja berkualiti yang diperlukan oleh industri. Hasil kajian yang dibincangkan menunjukkan dengan jelas bahawa persepsi alumni menunjukan responden sangat berpuas hati terhaadap kurikulum dengan min purata tinggi.
Manakala aspek yang kedua mendapat nilai skor yang baik adalah peranan politeknik menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan. Ini jelas mengambarkan peranan politeknik dalam membantu pelajar bersedia untuk alam pekerjaan adalah pada landasan yang tepat. Langkah pihak politeknik Malaysia melaksanakan Latihan Industri Semester Akhir (LISA) juga dilihat sebagai pengaruh utama respondon bersetuju dengan peranan kurikulum dalam membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Ini boleh dilihat dari kadar kebolehpasaran Politeknik Malaysia yang baik iaitu 96.1 peratus.
Bagi persepsi untuk pensyarah juga menunjukan nilai min tinggi, ini menunjukkan majoriti responden berpendapat interaksi pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat baik dan mudah diterima oleh semua responden. Secara keseluruhannya tahap kepuasan responden terhadap pensyarah politeknik adalah tinggi dimana keseluruhan item penilaian pensyarah mencapai min tinggi.
Dapatan bagi pasarana juga menunjukan nilai skor min purata yang baik. Ini jelas menunjukan graduan Politeknik Malaysia berpendapat kemudahan prasarana adalah di dalam keadaan yang baik. Dapatan persepsi responden yang tertinggi terhadap prasarana di politeknik mencapai min 4.32 adalah persepsi kemudahan dewan/bilik kuliah. Bagi dapatan persepsi yang terendah pula adalah untuk persepsi kemudahan ICT di kampus iaitu nilai skor min sebanyak 4.11.
Walaupun nilai ini agak tinggi, pihak Politeknik Malaysia perlu meningkat kan keupayaan dalam penyediaan pasarana ICT di dalam kampus. Ini bagi meletakkan Politeknik Malaysia seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
Ini membuktikan secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukan alumni Politeknik Malaysia memberikan respons yang positif terhadap kurikulum, pensyarah dan pasarana yang terdapat di Politeknik Malaysia. Dapatan ini seharusnya mendapat perhatian dari pihak Politeknik Malaysia bagi memastikan persepsi ini berkekalan dan meningkatkan labih baik lagi supaya duta-duta kecil politeknik ini akan terus mempromosikan Politeknik Malaysia kepada umum.
Rujukan
Bevitt, S. (2015). Assessment innovation and the student experience: A new assessment challenge and call for multi-perspective approach to assessment research. Assessment & Evaluation in Higher Education, 40(1), 103-119.
Boaduo, NA-P, Mensah, J & Babitseng, SM. 2009. Tracer study as a paradigm for the enhancement of quality course programme development in higher education institutions in South Africa. Paper presented at the Educational Colloquium, University of North-West, Potchefstroom, South Africa, 20–21 August 2009.
Gines, Adelaida C. (2014). Tracer Study of PNU Graduates. American International Journal of Contemporary Research, vol 3, 81-98.
Nor Kamaliana Khamis, Mohd Faizal Mat Tahir, Zaliha Wahid, Mohd Anas Mohd Sabri and
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan (2013), Survey on Graduate of Manufacturing Engineering Program, Procedia – Social and Behavioural Science 102 – (2013), 100 – 109