• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kolej Komuniti Sungai Petani [email protected]

1. Pengenalan

Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran peringkat sijil serta kursus jangka pendek kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pekerja dan kumpulan lain dalam masyarakat setempat. Jika diperhalusi berdasarkan visi asal penubuhan kolej komuniti adalah Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Keusahawanan dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala misi pula adalah Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan. Daripada visi dan misi ini jelas membuktikan ia adalah suatu hasrat pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan para pelajar di Kolej Komuniti memperolehi kebolehpasaran yang tinggi.

Natijahnya kini, kebolehpasaran graduan adalah suatu polemik yang sering dan hangat diperkatakan sekarang.

Hal ini menjadi kebimbangan yang besar sama ada bagi pihak kerajaan, mahupun graduan itu sendiri. Jika disoroti, sikap graduan sendiri antara penyumbang kepada kelemahan kebolehpasaran graduan dalam bidang pekerjaan. Hal ini boleh dilihat di mana banyak kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan para graduan ini adalah tidak minat dan terikat dengan majikan di mana mereka lebih berminat dalam menentukan hala tuju pekerjaan mereka sendiri. Melihat kepada kajian Norliana, Chang dan Mat Pauzi (2016) pula memaparkan ketidak bolehpasaran graduan ini amat membimbangkan di mana ia mampu melumpuhkan ekonomi negara kerana nilai kemahiran yang ada pada para graduan tidak diketengahkan. Namun begitu hal ini boleh diperbincangkan dan dilihat daripada pelbagai sudut. Sebaiknya suatu kajian yang emperikal haruslah dijalankan bagi melihat mengapa graduan berhasrat bekerja sendiri dan apakah faktor mereka tidak berkerja setelah bergraduasi.

2. Pernyataan Masalah

Dewasa ini, graduan lebih memilih untuk bekerja sendiri berbanding bekerja dengan majikan. Jika diperincikan terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada graduan lebih memilih untuk bekerja sendiri. Antara faktor yang sering diperkatakan adalah minat mereka sendiri yang tidak mahu terikat dengan pihak majikan, lebih terarah kepada pekerjaan Abstrak : Kebolehpasaran pekerjaan dalam kalangan pelajar kolej komuniti sering diperdebatkan pada masa kini.

Jika diimbas kembali penubuhan kolej komuniti adalah untuk menghasilkan dan melahirkan lepasan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran seterusnya mampu memperolehi pekerjaan. Namun begitu tidak terdapat suatu kajian yang khusus melihat kepada kadar graduan kolej komuniti yang bekerja setelah tamat pengajian. Maka kajian ini bertujuan adalah untuk membandingkan kadar graduan yang bekerja sendiri mengikut program pangajian dan mengenal pasti faktor utama graduan belum bekerja. Kajian ini juga adalah berasaskan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan penyebaran soal selidik. Analisis dapatan kajian pula adalah berbentuk peratusan yang menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam kursus yang dibandingkan iaitu Diploma Terapi Kecantikan, Sijil Asas Pastri, Sijil Kulinari, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Servis Kenderaan Ringan dan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa di mana sijil kulinari menjadi kursus yang mempunyai peratusan yang paling tinggi. Manakala terdapat 9 faktor yang menjadi asas graduan tidak bekerja iaitu melanjutkan pengajian, sedang mencari pekerjaan, kerja yang ditawarkan tidak sesuai, tanggungjawab terhadap keluarga, menunggu penempatan pekerjaan, ingin berehat, sebab kesihatan, menunggu keputusan/tawaran melanjutkan pengajian dan tidak dibenarkan untuk bekerja (keluarga) di mana melanjutkan pengajian menjadi peratusan tertinggi.Kesimpulan daripada dapatan ini memperlihatkan ia mampu menjadi petunjuk kepada pihak JPPKK dalam mengatasi masalah kebolehpasaran graduan yang rendah ini diatasi.

Keywords: Graduan , Kolej Komuniti , Kebolehpasaran

yang bebas dengan masa, pendapatan yang agak tinggi apabila bekerja sendiri dan boleh menentukan hala tuju pembangunan perniagaan mereka tanpa ada arahan daripada pihak lain. Hal sedemikian adalah digalakkan. Ia dapat dapat dilihat daripada perkembangan pesat dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia yang mendorong para pelajar untuk berkemahiran dan berkeusahawanan. Hal ini secara langsung dapat menyumbang kepada penawaran tenaga buruh kepada industri negara.

Berdiskusi tentang kelangsungan pendidikan teknik dan vokasional ini, kehadiran Revolusi Industri 4.0 adalah amat diperlukan. Namun terdapat beberapa isu perlu ditangani yang mendorong kepada penyumbang graduan yang belum bekerja. Secara amnya, antara aspek yang dikenalpasti dan perlu diberi perhatian adalah melibatkan kebolehpasaran graduan meliputi aspek kekurangan kemahiran komputer dan komunikasi digital dalam kalangan graduan, keperluan majikan dan kemahiran graduan tidak setara, kekurangan pengalaman kerja dalam kalangan graduan, kemahiran kebolehpekerjaan di negara membangun dan persepsi negatif majikan pada graduan masa kini. Semakan kurikulum yang selaras dengan keperluan industri dan majikan oleh ahli akademik adalah perlu kerana ramai graduan adalah tidak cukup berkualiti (Jackson & Chapman, 2012).

3. Objektif Kajian

Berdasarkan daripada perbincangan di atas, maka terdapat dua objektif kajian yang akan dilihat dari sudut pandang kajian pengesanan graduan Kolej Komuniti Sungai Petani. Objektif kajian yang terlibat adalah seperti berikut :

i. Membandingkan kadar graduan yang bekerja sendiri mengikut program pangajian.

ii. Mengenalpasti faktor utama graduan belum bekerja.

4. Metodologi

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 381 graduan Kolej Komuniti Sungai Petani. Soal selidik telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri. Konstruk yang diukur dalam soal selidik adalah pada bahagian Majikan/Bekerja sendiri dan Belum/Tidak bekerja. Maklumat yang diperolehi, dikumpulkan dan dianalisis setelah kesemua kolej komuniti selesai mengadakan majlis konvokesyen masing-masing. Data juga akan diedarkan kepada semua kolej komuniti oleh pihak JPPKK untuk dianalisis mengikut keperluan kolej komuniti masing-masing.

5. Analisis Data

Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS Versi 21. Nilai peratusan telah diperolehi bagi setiap konstruk yang diukur, Rajah 1 menunjukkan peratus kadar graduan yang bekerja sendiri mengikut program pengajian. Antara yang disenaraikan adalah program pengajian yang ditawarkan di Kolej Komuniti Sungai Petani iaitu Diploma Terapi Kecantikan (8%), Sijil Asas Pastri (0%), Sijil Kulinari (41%), Sijil Operasi Perhotelan (12%), Sijil Servis Kenderaan Ringan (25%) dan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (14%).

Rajah 1 : Kadar graduan yang bekerja sendiri mengikut program pengajianRajah 2 pula menunjukkan peratusan faktor yang menjadi asas kepada graduan belum bekerja. Antara faktor yang disenaraikan adalah melanjutkan pengajian, sedang mencari pekerjaan, kerja yang ditawarkan tidak sesuai, tanggungjawab terhadap keluarga, menunggu penempatan pekerjaan, ingin berehat, sebab kesihatan, menunggu keputusan/tawaran melanjutkan pengajian dan tidak dibenarkan untuk bekerja (keluarga). Rajah menunjukkan melanjutkan pengajian menyumbang kepada peratusan tertinggi graduan belum bekerja iaitu sebanyak 50 % diikuti faktor sedang mencari pekerjaan iaitu sebanyak 33 % dan diikuti kerja yang ditawarkan tidak sesuai (4.5%), tanggungjawab terhadap keluarga (3.4%), ingin berehat (3.4%), tidak dibenarkan bekerja oleh keluarga (2.3%), menunggu keputusan/tawaran untuk melanjutkan pengajian (1.1%), sebab kesihatan (1.1%) dan yang terakhir sekali adalah untuk menunggu penempatan pekerjaan mencatatkan hanya 1.1%.

Rajah 2 : Peratusan faktor yang menyebabkan graduan belum bekerja 6. Kesimpulan

Pembangunan revolusi terkini seharusnya seiring dengan kadar kebolehpasaran graduan kolej komuniti. Ini dapat diterjemahkan daripada hasil kajian yang dijalankan ini. Secara kesimpulannya, sijil kulinari mencatatkan peratusan tertinggi graduan yang bekerja sendiri iaitu sebanyak 41% berbanding kursus lain. Diikuti dengan kursus sijil servis kenderaan ringan yang mencatatkan peratusan sebanyak 25%, sijil terapi kecantikan dan spa 14%, sijil operasi perhortelan 12%, diploma terapi kecantikan 8% dan sijil asas pastri tidak mencatatkan sebarang peratusan graduan yang bekerja sendiri. Manakala melanjutkan pengajian menjadi pendorong utama kepada faktor graduan yang belum bekerja iaitu mencatatkan sebanyak 50% diikuti faktor sedang mencari pekerjaan iaitu sebanyak 33 % dan diikuti kerja yang ditawarkan tidak sesuai (4.5%), tanggungjawab terhadap keluarga (3.4%), ingin berehat (3.4%), tidak dibenarkan bekerja oleh keluarga (2.3%), menunggu keputusan/tawaran untuk melanjutkan pengajian (1.1%), sebab kesihatan (1.1%) dan yang terakhir sekali adalah untuk menunggu penempatan pekerjaan mencatatkan hanya 1.1%. Melalui kajian ini, peratusan kadar graduan yang bekerja sendiri mengikut program pengajian dapat dibandingkan dan juga faktor utama graduan yang belum bekerja dapat dikenalpasti.

Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada pihak Kolej Komuniti untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar terhadap faktor kebolehpasaran pada era ledakan Revolusi Industri 4.0 ini. Menurut N Yusof, Z Jamaluddin, NM Lazim (2013), sebahagian besar daripada kajian merujuk kepada kurangnya kelebihan dari segi kebolehpasaran dan kebolehkerjaan yang dimiliki oleh graduan sebagai faktor penting dalam menjelaskan masalah

pengangguran ini. Rata-rata kajian mendapati wujudnya ketidakselarasan di antara kualiti graduan dengan keperluan pasaran buruh khususnya dari segi kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh siswazah di negara ini. Dengan kajian ini juga diharapkan pihak Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) boleh membuat perancangan berkaitan dan latihan yang perlu diberikan kepada graduan menggangur supaya tempoh pengganguran dapat dikurangkan disamping pihak JPPKK untuk mendapatkan profail lengkap lepasan graduan Kolej Komuniti.

Rujukan

Norliana, Chang dan Mat Pauzi (2016).Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication. Mengungkai Isu Kebolehpasaran Graduan Di Malaysia, 32 . 10.17576/JKMJC-2016-3202-08, 139 – 164.

Jackson, D. and Chapman, E. (2012). "Non‐ technical skill gaps in Australian business graduates", Education + Training, 54,2/3, 95-113.

N Yusof, Z Jamaluddin, NM Lazim (2013). Jurnal Personalia Pelajar .Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap Kebolehpasaran Graduan dan Persaingan dalam Pasaran Pekerjaan (The Perception of Undergraduates’ Student Towards the Marketability of Graduate and Competition in the Job Market) , 16, 77-92

Faktor Yang Mempengaruhi Penilaian Majikan Terhadap