• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peratus Graduan Melanjutkan Pengajian

1 Kolej Komuniti Kuching 18.4

2 Kolej Komuniti Sungai Siput 22.7

3 Kolej Komuniti Langkawi 9.1

4 Kolej Komuniti Hulu Selangor 15.3 5 Kolej Komuniti Kuala Langat 21.2

6 Kolej Komuniti Pekan 12.9

7 Kolej Komuniti Lipis 0

8 Kolej Komuniti Kota Tinggi 33.3

9 Kolej Komuniti Jerai 2.5

10 Kolej Komuniti Tangga Batu 10.5

11 Kolej Komuniti Sandakan 2.5

12 Kolej Komuniti Semporna 14.8

13 Kolej Komuniti Tambunan 6.2

JUMLAH 13.8

Rajah 3: Carta Palang peratus graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti yang melanjutkan pengajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji tujuh senarai faktor utama graduan melanjutkan pengajian untuk keseluruhan graduan. Peratusan tertinggi untuk kajian ini sebanyak 47% graduan melanjutkan pengajian kerana ingin meningkatkan tahap kelayakan akademik. Dikuti oleh graduan sangat minat yang mendalam untuk menuntut ilmu dan meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan masing-masing sebanyak 21% dan 16%. Kemudian 9% graduan meyambung pengajian kerana faktor prospek kerjaya yang lebih baik. Faktor dorongan keluarga pula hanya 6% menjadi pilihan garduan. Faktor terakhir pilihan graduan adalah belum bersedia memasuki dunia pekerjaan. Walaubagaimanapun sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai bukanlah faktor yang menyebabkan graduan ini menyambung pengajian, kerana tiada graduan pun yang memilih faktor tersebut.

0

Rajah 2: Carta Pai menunjukkan peratus sebab utama graduan melanjutkan pengajian

6. Perbincangan

6.1 Mengenalpasti Peratus Graduan Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan Kolej Komuniti Malaysia Yang Menyambung Pengajian Mengikut Kolej.

Melihat pada beberapa corak kajian yang lepas, graduan yang menyambung pengajian di Kolej Komuniti Kota Tinggi 27.3% dan masih meningkat lagi pada tahun 2018 iaitu sebanyak 33.3%. Bagi keseluruhan graduan Kolej Komuniti yang menyambung pengajian pada tahun 2017 adalah 19.8%. Hasil kajian untuk tahun 2018 bagi program Sijil Pelancongan dan Pengembaraan di Kolej Komuniti Malaysia hanya 13.8% graduan yang melanjutkan pengajian dan 81.2% graduan yang bekerja. Peratusan tertinggi bagi graduan yang menyambung pangajian adalah Kolej Komuniti Kota Tinggi. Peratusan terendah pula adalah 0% bagi Kolej Komuniti Lipis. Graduan yang bukan dalam kategori melanjutkan pengajian, mereka tergolong dalam graduan yang bekerja, menunggu penempatan pekerjaan ataupun belum bekerja.

Graduan yang menunggu penempatan pekerjaan dan yang belum bekerja hanya diwakili oleh 0.6% dan 4.4% sahaja.

Kadar kebolehpasaran graduan masih tinggi dan meningkat dari tahun sebelumnya. Begitu juga graduan yang meyambung pengajian dilihat sedikit peningkatan tetapi peratusannya masih kecil.

6.2 Mengenalpasti senarai faktor graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan di Kolej Komuniti Malaysia yang menyambung pengajian.

Dua faktor utama yang mempunyai peratus yang tinggi ini menunjukkan graduan merasakan mereka perlu menambahkan kemahiran dan ilmu di dada kerana minat yang tinggi dan bagi meningkatkan tahap kelayakan mereka.

Graduan yang membuat pilihan ketiga dan keempat pula memandang jauh prospek kerjaya dan mereka ingin menambah ilmu dan kemahiran untuk kesediaan kerja yang lebih kukuh. Mereka merasakan sekadar sijil ini belum cukup dan perlu menggilap ilmu dan kemahiran diperingkat seterusnya untuk menyediakan diri lebih kompeten, berkeyakinan tinggi dan dapat menepatkan diri industry dengan selesa.

Keseluruhan analisa yang dibuat kajian ini menunjukkan pernyataan masalah graduan ingin menyambung pengajian kerana sukar mendapatkan pekerjaan adalah tidak tepat. Graduan melanjutkan pengajian untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk kesediaan mendapatkan kerjaya dalam bidang. Namun pernyataan gaji yang rendah untuk pekerjaan di dalam bidang berbanding luar bidang tidak dikaji. Pelajar mempunyai motivasi yang tinggi kerana berminat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran atas dorongan sendiri dan seterusnya melengkapkan diri untuk menceburi bidang pekerjaan. Mereka mampu untuk bekerja tetapi mereka tidak melepaskan peluang menyambung

minat yang

pengajian memandangkan peluang terbentang luas dan banyak institusi yang menawarkan kursus dalam bidang yang bersesuaian. Dapatan kajian ini juga menunjukkan dorongan seseorang juga adalah faktor untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti hasil kajian dari Hanim dan Khalled, (2017) ke atas guru-guru yang mengikuti program Khas Pensiswazahan Guru mendapati majoriti pelajar yang sedang menyambung ijazah ini berpendapat mereka malanjutkan pengajian kerana faktor motivasi diri dan sokongan keluarga.

7. Kesimpulan

Graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti khasnya adalah graduan TVET yang kompeten dan dapat menembusi cabaran dan persaingan dalam menempatkan diri di industri. Terbukti TVET menyumbang kepada melahirkan modal insan berkemahiran yang diperlukan dalam Pembangunan Negara untuk menuju status nehara maju menjelang 2020. Kadar kebolehpasaran 95% menunjukkan persepsi Pendidikan dan latihan vokasional pilihan kedua perlu dikikis, kerana TVET kini mampu menyediakan tenaga kerja dengan latihan yang mencukupi (Mohd Jalil et.al.2015). Peratusan kecil selebihnya yang tidak dapat menembusi pasaran kerja perlu ditambah baik di peringkat institusi dan sentiasa mengekalkan hubungan baik atau kolaborasi bersama industri supaya kurikulum selaras dengan cabaran IR 4.0.

Pelajar yang mempunyai peluang dan ruang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi adalah dialu-alukan. Ini juga membuktikan laluan TVET dapat melahirkan pekerja tahap professional apabila terbukti alumni kolej komuniti ternyata ada yang berjaya menyambung pengajian sehingga ke peringkat sarjana. Contohnya alumni Kolej Komuniti Sabak Bernam yang memiliki Sarjana dalam bidang Teknologi Rekabentuk dan sedang bertugas bersama rangkaian televisyen Media Prima. Dalam kajian ini, graduan yang memilih untuk menyambung pengajian bukan kerana pilihan kedua setelah mereka keciciran dalam mendapatkan pekerjaan ataupun tidak kompeten, malah mereka menyambung pengajian disebabkan faktor motivasi diri yang tinggi untuk meningkatkan tahap akademik dan minat yang sangat mendalam untuk belajar, selain kerana meningkatkan peluang dan prospek kerjaya.

Kerajaan memberi insentif dan membuka peluang lebih banyak untuk graduan TVET ini melanjutkan pengajian lebih tinggi dalam bidang latihan vokasional, teknikal dan professional. Juga menyarankan agar institusi TVET akan menawarkan banyak lagi peluang pendidikan pada tahap yang lebih tinggi dan tiada lagi persepsi bahawa TVET adalah pilihan kedua.

Rujukan

Basir Zahrom. (2009, 20 April), Program Pascasiswazah: Peluang Graduan Yang Belum Dapat Pekerjaan, Diberhentikan Kerja Menyambung Pengajian Ke Peringkat Lebih Tinggi. Berita Harian.

BH Online (2017) Rombak kurikulum IPT yang jumud. Dicapai dari https://www.bharian.com.my/berita/

nasional/2017/11/356766/rombak-kurikulum-ipt-yang-jumud-idris [29 November]

BH Online. (2018). Kadar kebolehpasaran graduan meningkat. Dicapai dari https://www.bharian.com.my/berita/

pendidikan/2018/02/390649/kadar-kebolehpasaran-graduan-meningkat [20 Februari].

Gangaram Biswakarma (2016). Relationship of Tourism Academic, Employibility Abilities & Skill and Human Resource Development in Nepalese Tourism Industry. International Journal of research in Bussiness Studyes and Management Hanim S. & Mohd Khalled Khairol Z. (2007) Faktor Guru-guru PKPG Tahun Akhir UTM Melanjutkan Pelajaran ke Peringkat Ijazah. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Iswaaniza Kamal (2012) Pengharapan Pelajar Kolej Komuniti Bidang Bukan Kejuruteraan Dalam Aspek Kerjaya.

Universiti Teknologi Malaysia

Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pemerkasaan Kolej Komuniti. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Malaysia, Kuala Lumpur. Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi. (2017). Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia 2015-2025 Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Jalil Ahmad, Noor Hisham Jalani & Annas Akhmal Hasmori (2015). TEVT di Malaysia: Cabaran dan Harapan.

Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Awam 2015

Mohd Ridzuan Naemat, Mohd Nor Khairil, Mohd Radzuan Harun, Azhar Ahmad & Lokhman Hakim Osman. (2017) Faktor Pendorong yang Mempengaruhi Keputusan Melanjutkan Pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di kalangan Staf Kerajaan dan Swasta Jurnal Personalia Pelajar 20(2017)

Siti Nor Hayati M. Yusop& Karimah Umar. (2018). Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Kuala Langat. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences

Kesepadanan Bidang Pengajian Pekerjaan Dalam Kalangan