• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nurriswin Binti Jumadi 1 , Siti Norzekhan Binti Che Aziz 2

1Kolej Komuniti Jelebu, Jalan Seperi, 71600 Kuala Klawang, NEGERI SEMBILAN

2Kolej Komuniti Segamat, 24-34, Jalan Putra 1/1, Bandar Putra 85000 Segamat, JOHOR [email protected]

1. Pengenalan

Kemelesetan ekonomi didefinasikan sebagai jumlah permintaan dalam negeri adalah sangat tidak berkesan dan tingkat harga umum semakin menurun (Ahmad Sobri, 2007). Selepas kejatuhan mata wang Thailand (Bath), pengurangan nilai Ringgit susut nilai sebanyak 66.7% antara Januari 1997 dan Julai 1998 (Mohd. Nazari 2002). Rentetan itu, antara kesan kemelesetan ekonomi yang ketara dan menjadi cabaran negara adalah peningkatan matawang asing, kenaikan harga barang, dan yang ketara sekali adalah jumlah pengangguran meningkat secara mendadak. Pengangguran meningkat dari 2.4% pada tahun 1997 kepada 3.2% pada tahun 1998 akibat kegawatan ekonomi yang melanda Negara kita pada tahun 1998 (Laporan Ekonomi Tahun 2000). Utusan 29 Oktober 2018 pula menyatakan bahawa pada tahun 2017, seramai 35,000 individu hilang pekerjaan manakala dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun 2018 pula angka itu sudah mencecah 13,099 dengan purata seramai 1,625 orang diberhentikan kerja setiap bulan dengan pelbagai alasan. Kadar peningkatan pengangguran terjadi secara mendadak adalah kerana banyak institusi swasta bertindak untuk mengurangkan pekerja untuk langkah-langkah penjimatan demi menjamin kelangsungan Perniagaan mereka. Kajian menunjukkan bahawa pekerja perlu menjangka pengangguran berkala dan perubahan kerjaya sepanjang hayat mereka (Jarvis & Keeley 2003).

Menurut Holden, Jameson dan Parsons (2002), kebanyakan majikan gemar mencari seorang graduan yang proaktif dan boleh menggunakan kemahiran tahap tertinggi termasuklah kemahiran dalam menganalisis, mengkritik, sintesis dan komunikasi dengan pelbagai lapisan peringkat umur. Hal ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja berpasukan dilakukan disamping meningkatkan lagi prestasi syarikat. Selain dapat menjadikan seseorang lebih berinovatif, ia juga mampu menjadi pemangkin terhadap transformasi yang bakal dilakukan di dalam organisasi mereka.

Abstrak: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi graduan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan cenderung untuk memilih bekerja dengan majikan berbanding bekerja sendiri. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dimana graduan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Jelebu yang telah menamatkan pengajian dan bekerja. Seramai 29 orang graduan yang telah mengambil bahagian dalam menjawab borang soal selidik Kajian Pengesanan Graduan TVET 2018.

Data responden dianalisis untuk mendapatkan peratusan peratusan taraf pekerjaan graduan, peratusan graduan yang bekerja di syarikat penempatan latihan industri, dan jumlah pendapatan yang tertinggi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Berdasarkan kepada analisis data dalam aspek taraf pekerjaan graduan, didapati bahawa jumlah graduan yang bekerja dengan majikan adalah seramai 23 daripada 29 (79.3%) orang responden adalah pekerja swasta iaitu bekerja dengan majikan. Hasil dapatan daripada analisis pendapatan bulanan graduan dalam Jadual 2 pula, didapati bahawa 34.5% graduan memperolehi pendapatan bulanan dalam lingkungan RM 500 sehingga RM 1000. Manakala untuk pendapatan bulanan dalam lingkungan RM 1001 sehingga RM 2000 pula mencatatkan sebanyak 51.7% responden.

Seterusnya, untuk aspek factor bekerja di syarikat latihan industri pula, hasil kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 100% graduan tidak bekerja di syarikat latihan industri selepas tamat pengajian. Hasil daripada kajian mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi graduan untuk memilih bekerja dengan majikan adalah pendapatan bulanan yang diperolehi oleh graduan. Menurut kajian, sebanyak 86.2% graduan menerima pendapatan dalam lingkungan RM 500 hingga RM 1500 sebulan. Kajian menunjukkan bahawa bekerja di syarikat latihan industri bukanlah factor yang mempengaruhi graduan untuk memilih bekerja dengan majikan kerana daripada hasil kajian, 100% graduan tidak bekerja di syarikat latihan industri.

Kata kunci: bekerja dengan majikan, bekerja sendiri, faktor mempengaruhi pemilihan taraf pekerjaan, latihan industri, jumlah pendapatan

Kenyataan ini disokong juga oleh MH Ismail (2012) iaitu maklum balas yang diperolehi daripada majikan adalah kelemahan graduan dalam aspek kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi dan penguasaan Bahasa Inggeris. N Yusuf, Z Jamaluddin & N Mat Lazim (2013) juga turut menyatakan bahawa kebanyakkan graduan yang keluar dari institusi pengajian tinggi tidak berupaya memenuhi kehendak majikan dari segi kemahiran insaniah dan kebolehkerjaan.

Oleh itu, graduan bukan sahaja perlu memiliki tahap kemahiran yang tinggi, malah kemahiran insaniah juga perlu dititkberatkan untuk bersaing mendapatkan pekerjaan dan untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran.

Sudah semestinya untuk memiliki jumlah pendapatan bulanan yang tinggi menjadi impian setiap graduan.

Pendapatan minimum ialah jumlah minimum yang perlu dibayar kepada pekerja ke atas kerja yang telah dilaksanakan atau ke atas perkhidmatan yang diberikan, dalam tempoh masa yang ditetapkan, sama ada dikira pada asas masa atau

“output” yang tidak boleh dikurangkan, sama ada secara individu atau perjanjian kolektif, yang dijamin oleh undang-undang dan boleh ditetapkan dalam apa jua cara untuk menampung keperluan minimum pekerja dan keluarganya, dalam apa sahaja keadaan ekonomi negara dan sosial (International Labour Organisation (ILO), 2014). Di Malaysia, maksud gaji minimum di bawah Perintah Gaji Minimum 2012 adalah sama dengan tafsiran gaji minimum di bawah Seksyen 2, Akta Majlis Gaji Negara 2011 (Akta 732), iaitu gaji minimum sebagai gaji pokok.

Dalam mencapai era globalisasi ini, bidang keusahawanan amat penting untuk menjadi pemangkin kepada ekonomi Negara. Sepertimana yang kita lihat sekarang, ramai graduan yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan oleh kerana isu lambakan graduan yang semakin meruncing. Selaras dengan masalah itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2016-2020 membuktikan betapa kerajaan memandang serius keperluan melahirkan graduan tempatan yang bercirikan keusahawanan yang unggul.

Empat inisiatif itu adalah, pelaksanaan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEP) dengan menerapkan elemen keusahawanan merentasi kokurikulum dan bidang pengajian. Selain itu, pelan ini juga akan melaksanakan rangka kerja penjana pekerjaan, menambah baik ekosistem dan memperkukuhkan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan.

2. Penyataan masalah

Lambakan graduan lepasan institusi awam dan swasta telah sering kali menjadi topik utama di dada akhbar.

Seperti mana yang kita ketahui, banyak kolej dan universiti swasta tumbuh melata bak cendawan yang tumbuh selepas hujan dengan menawarkan pelbagai program pendidikan yang menjanjikan pulangan dan pekerjaan yang menarik dikemudian hari tanpa mengira output setelah selesai pengajian. Lambakan graduan setiap tahun menjadikan isu pengangguran semakin hangat dan memerlukan perhatian yang rapi untuk diselesaikan. Terdapat sembilan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dalam tahun 1990-an dan kini telah meningkat kepada 20 buah IPTA menjelang tahun 2016; tambahan 496 buah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) telah diwujudkan dalam tempoh yang sama, termasuklah kolej universiti, kampus cawangan institusi tempatan dan luar negara, universiti terbuka dan institusi lain dengan status bukan universiti (Jabatan pendidikan Tinggi 2016). Hal ini menjadikan jumlah pelajar yang mendaftar di institusi pengajian tinggi semakin meningkat dari tahun ke tahun seterusnya akan menimbulkan masalah pengangguran graduan.

Menjadi usahawan merupakan aktiviti yang seringkali dipandang enteng oleh graduan pada masa kini.

Usahawan bermaksud orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Rosmin & Katiman (2014) mengatakan bahawa kegiatan ekonomi seperti aktiviti perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan perkhidmatan boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan sesebuah bandar. Berdasarkan kajian kebolehpasaran Kolej Komuniti Jelebu 2018, didapati bahawa hanya 18.19% graduan sahaja yang menceburi bidang usahawan iaitu 3.64%

bekerja sendiri, 12.73% bekerja dengan keluarga, dan 1.82% menjadi majikan.

3. Objektif kajian Objektif kajian ini adalah:

i) Mengkaji pengaruh penempatan latihan industri terhadap pemilihan taraf pekerjaan graduan ii) Mengkaji jumlah pendapatan bulanan bekerja dengan majikan yang diperolehi oleh graduan 4. Persoalan kajian

Persoalan kajian ini adalah:

i) Adakah penempatan latihan industri semasa graduan di semester 4 mempengaruhi graduan untuk memilih bekerja dengan majikan?

ii) Adakah jumlah pendapatan bulanan yang ditawarkan oleh majikan mempengaruhi taraf pekerjaan graduan?

5. Metodologi

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif untuk meninjau faktor kecenderungan yang mempengaruhi graduan untuk bekerja dengan majikan berbanding untuk bekerja sendiri. Melalui maklumbalas laporan Kajian Pengesanan Graduan TVET 2018, dapatan kajian menunjukkan bahawa graduan lebih cenderung untuk bekerja dengan majikan berbanding bekerja sendiri.

Dalam kajian ini, responden terdiri daripada graduan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Jelebu yang telah menamatkan pengajian dan bekerja. Seramai 29 orang graduan yang telah mengambil bahagian dalam menjawab borang soal selidik ini.

Data responden dianalisis untuk mendapatkan peratusan peratusan taraf pekerjaan graduan, peratusan graduan yang bekerja di syarikat penempatan latihan industri, dan jumlah pendapatan yang tertinggi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).

6. Analisis data dan perbincangan

Data yang diperolehi dalam kajian ini, di analisis menggunakan perisian SPSS dalam bentuk peratusan. Setiap hasil kajian akan dipaparkan dalam bentuk jadual. Terdapat 3 data yang dikaji iaitu taraf pekerjaan graduan, pendapatan bulanan dan berkerja di syarikat latihan industri.

Jadual 1 – Taraf pekerjaan graduan

Berdasarkan kepada analisis data dalam Jadual 1, didapati bahawa jumlah graduan yang bekerja dengan majikan adalah seramai 23 daripada 29 (79.3%) orang responden adalah pekerja swasta iaitu bekerja dengan majikan. Data juga menunjukkan bahawa hanya 5 orang responden sahaja yang memilih untuk bekerja sendiri di mana bilangan responden mencatatkan bekerja sendiri dan menjadi majikan masing - masing mencatatkan bilangan responden yang sama iaitu hanya seorang sahaja. Manakala untuk bekerja dengan keluarga pula mencatatkan bilangan responden seramai 4 orang sahaja.

Hasil dapatan daripada analisis pendapatan bulanan graduan dalam Jadual 2 pula, didapati bahawa 34.5% graduan memperolehi pendapatan bulanan dalam lingkungan RM 500 sehingga RM 1000. Manakala untuk pendapatan bulanan dalam lingkungan RM 1001 sehingga RM 2000 pula mencatatkan sebanyak 51.7% responden. Terdapat 3.4% responden memperolehi pendapatan dalam lingkungan RM 2001 sehingga RM 2500 dan seterusnya 7.0% dari jumlah responden menperolehi pendapatan dalam jurang RM 2501 sehingga RM 3000.

Kursus

Jadual 3 – Bekerja Di Syarikat Latihan Industri

Kursus Ya Tidak

Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan

0 0%

23 100%

Berdasarkan faktor bekerja di syarikat latihan industri pula, hasil kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 100% graduan tidak bekerja di syarikat latihan industri selepas tamat pengajian.

7. Kesimpulan

Hasil daripada kajian mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi graduan untuk memilih bekerja dengan majikan adalah pendapatan bulanan yang diperolehi oleh graduan. Menurut kajian, sebanyak 86.2% graduan menerima pendapatan dalam lingkungan RM 500 hingga RM 1500 sebulan.

Kajian menunjukkan bahawa bekerja di syarikat latihan industri bukanlah factor yang mempengaruhi graduan untuk memilih bekerja dengan majikan kerana daripada hasil kajian, 100% graduan tidak bekerja di syarikat latihan industri.

Rujukan

Ernisuhani Binti Mohamad Zamri & Noraimi Binti Ahmad (2017) Kajian Terhadap Kebolehpasaran Graduan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, Politeknik Sultan Azlan Shah

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nabil M.K & Dzurizah I (2017). Polisi dan Realiti Gaji Minimum di Negeri Sabah: Satu Kajian Kes Pekerja Kontrak Pembersihan di Universiti Malaysia Sabah The Policy and Reality of Minimum Wage in Sabah: A Case Study of Contract Janitors in UMS, 25, 181-195.

Norliana Hashim, Chang Peng Kee, (2016). Mengungkai Isu Kebolehpasaran Graduan Di Malaysia : Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 32 (2) 2016: 139-164

Nooriah Yusof, Zakiah Jamaluddin & Norain Mat Lazim (2013). Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap Kebolehpasaran Graduan dan Persaingan dalam Pasaran Pekerjaan. Jurnal Personalia Pelajar 16 (2013): 77-92

Noor Mohamad Shakil Hameed (2016). Utusan Malaysia. Graduan perlu ubah mentality. Retrieved from https://www.utusan.com.my/rencana/utama/graduan-perlu-ubah-mentaliti-1.277266

Sinar Harian. 4 Mac 2012. Graduan Tempatan Gagal Tepati Kehendak Majikan. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/nasional/graduan-tempatan-gagal-tepati-kehendak-majikan-1.29325

Shaharuddin Ahmad, Noraziah Ali & Mohd Fauzi Hamzah (2011). Kebolehpasaran Graduan UKM: Satu Kajian Perbandingan Antara Graduan Disiplin Sains dengan Bukan Sains. Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14 : 81 – 90 , 2011 ISSN 0128-273

Shahrizal, M. Kemelesetan Ekonomi Malaysia Pada Tahun 1997. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/60183190/KEMELESETAN-EKONOMI-MALAYSIA-PADA-TAHUN-1997

Graduan Bekerja Sebagai Usahawan Politeknik Konvensional