Politeknik Ibrahim Sultan, KM 10 Jalan Kong Kong, Pasir Gudang, 81700, MALAYSIA [email protected]
1. Pengenalan
Gaji adalah perkara utama yang menjadi ukuran sebelum menerima sebarang tawaran kerja. Di Malaysia, terdapat beberapa pekerjaan dengan gaji paling tinggi berbanding dengan pekerjaan lain termasuk juga gaji lepasan graduan.
Walaupun dengan jawatan yang sama, gaji antara satu syarikat dengan syarikat yang lain mungkin berbeza. Gaji merupakan isu yang amat rapat dengan graduan kerana graduan mengharapkan gaji yang tinggi setelah berjaya memperolehi diploma dalam bidang yang diikuti.
Menurut Azura Abdul Rahman (2013), gaji merupakan sumber pendapatan yang penting bagi menentukan tahap kualiti hidup mereka di samping kadar gaji minima ini merupakan ukuran pekhidmatan setiap pekerjaan yang dilakukan dalam setiap organisasi. Banyak pendapat yang menyatakan bahawa pelajar tidak bekerja dalam bidang seringkali dikaitkan sebagai salah satu sebab kenapa graduan ditawarkan gaji yang rendah. Namun adakan tanggapan ini benar-benar mengambarkan pendapatan sebenar-benar gaji yang diperolehi oleh graduan.
Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah terdapat signifikan bekerja dalam bidang dalam mendapatkan gaji yang tinggi. Secara logiknya boleh dikatakan sepatutnya mereka yang bekerja dalam bidang mendapat gaji yang lebih tinggi dalam pekerjaan. Terdapat tiga objektif kajian yang berkaitan pendapatan bulanan graduan dengan kerja di dalam bidang atau di luar bidang. Objektif yang pertama adalah untuk membandingkan pendapatan graduan yang bekerja dalam bidang dan luar bidang mengikut bidang kelulusan graduan. Objektif kedua bertujuan untuk membandingkan pendapatan graduan yang bekerja dalam bidang dan luar bidang mengikut jantina graduan manakala objektif yang terakhir adalah untuk membuat perbandingan pendapatan graduan yang bekerja dalam bidang dengan bekerja diluar bidang mengikut sektor pekerjaan.
2. Kajian Literatur
Siswazah di Malaysia berdepan dengan masalah gaji permulaan mereka semakin menurun dan tidak setimpal dengan kelulusan yang dimiliki. Bank Negara dalam Laporan Tahunan 2018, mendedahkan gaji permulaan bulanan graduan baru yang memiliki diploma dan ijazah sarjana muda semakin menurun sejak tahun 2010 (Bank Negara Malaysia, 2019). Data terbaru ini menarik perhatian para graduan muda. Ini kerana kos pengajian tinggi semakin meningkat sedangkan gaji permulaan mereka yang memiliki diploma pula tidak meningkat sama. Laporan itu menunjukkan bahawa jumlah pemegang diploma dan ijazah yang memasuki pasaran pekerjaan meningkat 173,457 setiap tahun (dari 2010 – 2017)
Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti impak bekerja dalam bidang terhadap pendapatan gaji kepada graduan lulusan diploma berbanding pendapatan graduan yang bekerja diluar bidang. Soalan kajian yang perlu dijawab ialah adakah faktor bekerja dalam bidang memberikan kesan yang signifikan terhadap gaji yang diterima oleh graduan politeknik. Kajian ini dijalankan terhadap graduan-graduan diploma dalam bidang kejuruteraan dan juga bukan kejuruteraan di Politeknik Ibrahim Sultan. Pendekatan kajian ini adalah berasaskan kuantitatif dengan penggunaan instrumen soal selidik. Soal selidik Kajian Pengesanan Graduan TVET ini dilakukan secara atas talian. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian I yang berkaitan dengan maklumat demografi dan Bahagian II berkaitan dengan maklumat kebolehpasaran graduan. Data yang diperolehi di analisis menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Data bagi kajian ini di analisis secara analisis deskriptif dalam bentuk peratusan. Hasil analisis mendapati bekerja dalam bidang memberikan signikan yang besar kepada pendapatan graduan lulusan bidang kejuruteraan manakala sebaliknya bagi graduan bukan bidang kejuruteraan yang bekerja diluar bidang bukanlah suatu isu dalam mendapatkan gaji yang tinggi.
Kata kunci: pendapatan gaji graduan, bekerja mengikut bidang, bekerja di luar bidang
secara purata. Bank Negara juga mendapati pekerja di Malaysia dibayar kurang daripada pekerja di negara maju sedangkan mereka menyasarkan tahap produktiviti yang sama. Dinamik pasaran buruh di Malaysia juga mengalami perubahan seperti ekonomi perkongsian yang semakin berkembang, kemunculan teknologi dan permintaan terhadap beban kerja yang fleksibel sedang mentransformasikan sifat pasaran buruh Malaysia.
Pengurangan jumlah gaji graduan ialah kerana jumlah pemegang graduan dengan jumlah peluang pekerjaan yang wujud tidak padan. Ada antara pemegang ijazah terpaksa menerima kerja yang menawarkan gaji lebih rendah, kalau tidak, mereka tidak bekerja. peluang pekerjaan untuk membolehkan graduan kita memilih mengikut kelulusan yang diperolehi masih rendah. Tahap bayaran gaji diturunkan secara tidak sepatutnya oleh majikan, sedangkan mekanisme kerajaan pula terlalu lemah untuk memberi penekanan kepada isu ini. Implikasinya mereka terpaksa menerima apa sahaja tawaran yang diberikan oleh pihak majikan yang kadang kala tidak bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka perolehi. Dalam kesukaran mendapatkan pekerjaan cenderung berakhir dengan pekerjaan yang bukan pilihan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka masih mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai dengan minat dan cita rasa mereka.
Keadaan ini amatlah merisaukan kerana ia membuktikan juga bahawa negara ini mempunyai permasalahan yang genting di dalam kesenjangan pendapatan, dan ia memberi kesan yang besar kepada rakyat, terutamanya anak-anak muda.
Menurut Ishak (2008), bidang kerjaya adalah satu siri kejadian kerja yang berkaitan, yang membimbing seseorang beransur maju dalam pekerjaan atau profession yang mana setiap pertukaran atau perubahan akan mendorong ke arah kemajuan. Kajian terbaru yang dikendalikan oleh Khazanah Research Institute (KRI), 2018, menerusi penerbitan The School-to-Work Transition of Young Malaysians menunjukkan graduan sanggup untuk bekerja dengan gaji yang rendah.
KRI menunjukkan, kira-kira 95% graduan mempunyai kelayakkan yang lebih tinggi berbanding dengan pekerjaan semasa dan 50% daripada mereka bekerja dalam industri yang tidak menggunakan kemahiran mereka sepenuhnya.
Berdasarkan kepada permasalahan di atas, maka adalah menjadi objektif artikel ini untuk menganalisis perbandingan gaji yang diterima oleh graduan yang bekerja mengikut bidang dengan bekerja diluar bidang.
Gaji pokok permulaan ialah gaji pokok yang dibayar kepada seorang pekerja berkelulusan kemahiran yang baru memulakan atau pertama kali memasuki alam pekerjaan tanpa pengalaman kerja yang relevan dengan jawatan yang disandang. Gaji pokok ini tidak termasuk apa-apa elaun atau imbuhan lain dan tidak mengambil kira faktor-faktor seperti lokasi dan saiz syarikat, jenis industri dan keupayaan kewangan syarikat. Menurut Kementerian Sumber Manusia (2016), gaji permulaan yang sesuai untuk graduan diploma berkemahiran ialah RM1800. Ini bermakna gaji asas minimum bagi graduan diploma politeknik adalah RM1800 dan bagi graduan yang ditawarkan gaji dibawah RM1800 bolehlah dianggap menerima gaji yang tdak setimpal dengan kelulusan yang dimiliki.
3. Metodologi Kajian
Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian dilaksanakan bermula seminggu sebelum hari konvokesyen graduan sehinggalah hari konvokeyen diadakan. Kajian ini melibatkan kumpulan graduan lulusan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang tamat pengajian pada tahun 2016 dan juga 2017 dan konvokesyen pada tahun 2018. Responden terdiri daripada graduan diploma PIS yang telah bekerja dengan majikan sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta setelah tamat pengajian. Pemilihan responden juga merangkumi graduan yang bekerja dalam bidang pengajian atau diluar bidang pengajian.
Sejumlah 617 responden telah dipilih dan data-data diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diisi secara atas talian oleh responden. Data dianalisa menggunakan Statistical Package of Sosial Science (SPSS) version 20. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian I yang berkaitan dengan maklumat demografi responden dan Bahagian II berkaitan dengan maklumat berkaitan dengan kebolehpasaran graduan. Hasil dapatan bagi kajian ini di analisis secara analisis deskriptif dalam bentuk peratusan.
Bagi menunjukkan jurang perbandingan pendapatan, analisa dilakukan mengikut dua kategori yang berbeza iaitu kategori graduan yang berkerja mengikut bidang dan graduan yang bekerja diluar bidang. Bekerja mengikut bidang bermaksud graduan bekerja di dalam bidang yang sama dengan bidang pengajian yang diikuti semasa di politeknik dan diluar bidang bermaksud graduan bekerja dalam bidang berlainan dengan kursus yang diikuti. Bagi memudahkan penghuraian impak bekerja mengikut bidang atau tidak mengikut bidang, pendapatan bulanan graduan dipecahkan kepada lima kelas gaji mengikut julat gaji dalam jadual 1.
Jadual 1 - Pengelasan Pendapatan Gaji.
4. Hasil Dapatan
Jadual 2 menunjukan dapatan hasil dari perbandingan Pendapatan Gaji Graduan Bagi Program Pengajian Kejuruteraan dan Bukan Kejuruteraan Mengikut Bidang dan Tidak Mengikut Bidang. Bidang pengajian kejuruteraan melibatkan program pengajian di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Bagi bidang pengajian bukan kejuruteraan pula melibatkan program di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta program di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual.
Hasil dapatan menunjukkan secara puratanya lebih ramai graduan bidang kejuruteraan yang memperolehi gaji didalam bidang berbanding di luar bidang terutama pada julat gaji 2001-3000 iaitu seramai 81% berbanding hanya 19%
bagi diluar bidang. Bagi graduan bukan daripada bidang kejuruteraan pendapatan adalah lebih ramai dari luar bidang berbandng dalam bidang dan perbezaan lebih ketara pada graduan yang mendapat gaji kurang daripada 1000.
Jadual 2 : Perbandingan Pendapatan Gaji Graduan Bagi Program Pengajian Kejuruteraan dan Bukan Kejuruteraan Mengikut Bidang dan Tidak Mengikut Bidang.
Julat Gaji
Jadual 3 pula menunjukkan bahawa ramai graduan perempuan menerima pendapatan bekerja diluar bidang. Bagi graduan lelaki pula memperolehi pendapatan yang tinggi jika bekerja dalam bidang terutama dalam julat gaji 2001-3000 dan 3001-5000 iaitu melebihi 50 peratus. Ini menunjukkan majikan memang memberikan gaji yang tinggi sekiranya graduan lelaki bekerja dalam bidang pengajian mereka.
Jadual 3 : Perbandingan Pendapatan Gaji Graduan Bekerja Dalam Bidang dan Luar Bidang Mengikut Jantina Graduan.
Hasil dapatan jadual 4 menunjukkan perbandingan gaji graduan mengikut sektor pekerjaan iaitu bekerja di sektor kerajaan atau sektor swasta. Bagi sektor kerajaan dapat dilihat dengan ketara julat-gaji 1001-2000 lebih ramai yang bekerja diluar bidang namun ada peningkatan ketara pada julat gaji 2001-3000 iaitu seramai 75 peratus berbanding 25 peratus manakala bagi sektor swasta tiada perbezaan ketara yang dapat diihat kecuali pada julat gaji <1000 iaitu 34.2 peratus dalam berbanding 65.8 jika diluar bidang.
Jadual 4 : Perbandingan Pendapatan Gaji Graduan Mengikut Sektor Pekerjaan
Julat Gaji
Sektor Kerajaan
Sektor Swasta Dalam
Bidang
Luar Bidang
Dalam Bidang
Luar Bidang
<1000 50.0 50.0 34.2 65.8
1001 - 2000 15.4 84.6 51.0 49
2001 - 3000 75.0 25.0 67.2 32.8
3001 - 5000 0 0 54.5 45.5
>5000 0 0 50.0 50.0
5. Perbincangan Dan Kesimpulan
Isu berkaitan bekerja dengan bidang dan luar bidang bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan oleh semua pihak di Malaysia. Isu yang berkait rapat dan memberikan kesan dalam kehidupan graduan adalah isu gaji yang diperolehi. Dalam senario kos hidup yang tinggi termasuklah beban hutang pinjaman, perhatian sepatutnya menjurus bagaimana graduan boleh memperolehi pendapatan yang tinggi tanpa mengira bidang pekerjaan graduan. Pihak majikan perlulah memberikan gaji yang lebih tinggi kepada graduan yang bekerja didalam bidang memandangkan graduan tersebut mempunyai kelayakan dalam bidang tersebut.
Analisa mendapati bahawa bekerja dalam bidang memberi signifikan pendapatan gaji yang lebih besar kepada graduan dari bidang kejuruteraan iaitu dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan juga Jabatan Kejuruteraan Mekanikal namun sebaliknya bagi graduan bukan dari bidang kejuruteraan di mana hasil dapatan menunjukkan berkerja diluar bidang mampu memperolehi gaji yang lebih tinggi adalah ramai berbanding di luar bidang. Walaubagaimanapun, bagi julat gaji bawah seribu bagi bidang kejuruteraan mendapati bahawa bekerja diluar bidang lebih ramai dari mengikut bidang. Ini secara teorinya, menunjukkan satu nilai yang positif yang mana sepatutnya para majikan memberikan gaji yang berpadanan dengan kemahiran kejuruteraan yang dimiliki oleh graduan. Dapatan ini menunjukkan dominan gaji mengikut bidang adalah lebih baik untuk graduan bidang kejuruteraan berbanding bidang bukan kejuruteraan. Berkerja dalam bidang merupakan satu impak kepada pendapatan graduan bidang kejuruteraan.
Bagi Perbandingan Pendapatan Gaji Graduan Bekerja Dalam Bidang dan Luar Bidang Mengikut Jantina Graduan pula analisa mendapati graduan lelaki mendapat gaji yang lebih tinggi sekiraya bekerja di dalam bidang berbanding graduan wanita. Oleh itu, satu kajian lanjut perlu dilakukan kenapa graduan wanita memperolehi pendapatan yang tinggi sekiranya mereka bekerja diluar bidang.
Rujukan
Laporan Tahunan BNM 2018. (2019). Bank Negara Malaysia
The School-to-Work Transition of Young Malaysians (2018). Khazanah Research Institute (KRI) Ishak Yussof (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan: Kajian Siswazah UKM
Panduan Gaji Permulaan 160 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Pertama (2016). Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Azura Abdul Rahman (2013). Impak Pelaksanaan Gaji Minima ke atas Prestasi Kerja: Kajian Terhadap Syarikat IKS di Kawasan Utara