Rohayati Duasa 1
6. Analisa Data / Perbincangan
5. Metodologi kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif melalui instrumen soalselidik secara atas talian. Analisa deskriptif digunakan dalam kaedah kuantitatif bagi tujuan menyatakan perihal yang sedang berlaku merujuk kepada data atau maklumat yang telah diperolehi. Ahmad Munawar dan Mohd Nor Shahizan (2014) menjelaskan bahawa kajian berbentuk deskriptif dapat memberi gambaran bagi sesuatu keadaaan pada masa tertentu, serta dapat membantu untuk membuat perancangan pada masa akan datang. Oleh itu, kaedah ini amat sesuai digunakan dalam kajian ini kerana data kajian merupakan maklumat yang sedang berlaku dan hasil dapatan kajian boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan pada masa akan datang.
Dalam kajian ini populasi difokuskan kepada graduan Kolej Komuniti Negeri Johor tahun 2018. Pemilihan respoden seramai 143 graduan yang tersenarai dalam direktori sistem pengesanan graduan kolej komuniti Malaysia.
Analisa data yang diperolehi telah dianalisa menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24.
6. Analisa Data / Perbincangan
Analisa kuantitatif yang dilaksanakan melibatkan respoden yang terdiri daripada graduan Kolej Komuniti Negeri Johor (KKJDT) seramai 143 graduan yang bergraduasi pada tahun 2018.
Rajah 1 : Senarai sebab graduan melanjutkan pengajian
Rajah 1 menunjukan 7 sebab utama graduan Kolej Komuniti Negeri Johor cenderung untuk melanjutkan pengajian selepas tamat pengajian. Seramai 45 graduan iaitu 31.5% daripada 143 graduan meningkatkan tahap kelayakan akademik adalah sebab utama mereka melanjutkan pengajian. Manakala minat yang mendalam mencari ilmu serta meningkatkan peluang pekerjaan adalah penyebab kedua tertinggi, masing-masing mewakili 20.3% bilangan graduan. Daripada analisa yang dijalankan peratus paling rendah iaitu 1.4% adalah faktor sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian, ini membuktikan faktor ini bukanlah penyebab utama graduan melanjutkan pengajian. Hasil kajian ini menyokong kenyataan Basir Zahrom (Berita Harian, 20 April 2009) kesukaran graduan yang belum mendapat pekerjaan penyebab graduan menyambung pengajian keperingkat lebih tinggi. Namun begitu, Yussof et al. (2008) berpendapat graduan melanjutkan
pengajian disebabkan oleh kelayakan yang tidak setaraf dengan pekerjaan mengakibatkan segelintir graduan terpaksa mengganggur dan ada yang terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapatkan pekerjaaan yang bersesuaian. Tetapi jika dilihat daripada kajian ini sebab utama graduan Kolej Komuniti Negeri Johor melanjutkan pengajian bukanlah kerana sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetapi mereka lebih gemar untuk meningkatkan tahap akademik mereka sediada.
Rajah 2 : Peratus graduan Kolej Komuniti Negeri Johor yang cenderung melanjutkan pengajian mengikut program Dalam rajah 2 menunjukan peratus tertinggi graduan yang cenderung melanjutkan pengajian iaitu 15.4% adalah daripada kalangan graduan program sijil pemasangan elektrik. Ini kerana sijil pemsangan elektrik adalah salah satu darupada bidang kejuruteraan yang mana kebanyakan graduannya adalah terdiri daripada pelajar lelaki. Dapatan ini menyokong kajian yang telah dibuat oleh Sumanto (1993) yang menyatakan bahawa ibubapa lebih cenderung memilih anak lelaki untuk melanjutkan pengajian daripada anak perempuan. Manakala hasil kajian mendapati peratus yang paling rendah graduan melanjutkan pengajian iaitu 0.7% adalah program sijil asas pastri dan sijil teknologi pembinaan bangunan. Hasil dapatan ini menunjukan graduan daripada sijil pastri lebih menjurus kearah keusahawanan daripada melanjutkan pengajian.
Rajah 3 : Peratus graduan yang melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama
Secara keseluruhannya Rajah 3 menjelaskan 85.7% graduan Kolej Komuniti Negeri Johor lebih cenderung melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama semasa menuntut di Kolej Komuniti Negeri Johor. Manakala 14.7% tidak melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama. Jika diperhalusi dari hasil kajian yang dibuat graduan lebih tertarik melanjutkan pengajian dalam program atau bidang yang sama selepas tamat pengajian di Kolej Komuniti Negeri Johor. Ini seiring dengan hasil kajian bahawa faktor utama graduan melanjutkan pengajian adalah disebabkan oleh meningkatkan tahap kelayakan akademik dalam bidang yang sama serta minat untuk meningkat ilmu dalam bidang yang sama sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan terutama dalam bidang yang dipelajari.
7. Kesimpulan
Secara keseluruhan, kajian ini telah menjawab persoalan kajian dan objektif kajian telah tercapai apabila hasil dapatan daripada kajian yang dibuat menunjukkan faktor utama graduan Kolej Komuniti Negeri Johor lebih cenderung melanjutkan pengajian adalah disebabkan oleh faktor meningkatkan tahap kelayakan akademik (31.5%) bukan disebabkan oleh faktor sukar untuk mendapatkan pekerjaan (1.4%). Manakala program sijil pemasangan elektrik merupakan program yang paling tinggi peratus (15.4%) graduannya yang melanjutkan pengajian berbanding program sijil teknologi pembinaan bangunan dan sijil asas pastri yang hanya 0.7% sahaja graduan melanjutkan pengajian.
Kebanyakan graduan yang melanjutkan pengajian lebih cenderung mengikuti lanjutan pengajian dalam bidang yang sama semasa menuntut di Kolej Komuniti Negeri Johor. Walau bagaimanapun kajian ini masih terdapat kekurangan yang perlu ditambahbaik pada masa akan datang. Harapan pengkaji agar kajian ini dapat diteruskan kepada faktor penyebab graduan melanjutkan pengajian bukan dalam bidang yang diikuti sebelum ini.
Rujukan
Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. (2014). Kaedah Penyelidikan Islam : Perspektif Islam. (Ahmad Munawar Ismail, Ed.)(1st ed.) Bangi: Penerbit UKM.
Berita harian (2009). Program Pascasiswazah: Peluang graduan yang belum dapat pekerjaan, diberhentikan kerja menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi (20 April)
Sia, Joseph Kee Ming (2010) A model of higher education institutions choice in Malaysia - A conceptual approach. In:
The Third International Conference on International Studies (ICIS 2010), Hotel Istana Kuala Lumpur. pp. 1-21. ISBN 9789832078456
Karl Wagner, Pooyan Yousefi fard (2010) Factors Influencing Malaysian Student’s Intention to study at a Higher Education. Education Institution. E-Leader Kuala Lumpur
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2008). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020.
KualaLumpur: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Mohd Adnan Nuruldin (2011). Faktor-faktor Yang Mendorong Pelajar Jptk Tahun Satu Utm Memilih Melanjutkan Pelajarn Dalam Bidang Pendidikan. Tesis PhD : Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Ridzuan Naemat, Mohd Nor Khairil, Mohd Radzuan harun, Azhar Ahmad dan Lokhman Hakim Osman (2017).
Faktor pendorong yang mempengaruhi keputusan melanjutkan pengajian ke Institusi pengajian tinggi (IPT) dikalangan staf kerajaan dan swasta. Jurnal Personalia Pelajar 20(2017):59-65
Muhyiddin Yassin (2010) Penstrukturan semula sekolah vokasional tampung keperluan tenaga mahir, terlatih.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penstrukturansemulasekolahvokasionaltampungkeperluantenagamahir_terl atih /Article.
Norhayati Othman, Intan Junizah Abu Samah (2014). Pengaruh pemilihan pengajian ke kolej komuniti dan cadangan promosi. Penulisan Ilmiah : Kolej Komuniti Selayang
Paadi, K. (2014). Perceptions on employability skills necessary to enhance human resource management graduates prospects of securing a relevant place in the labour market. European Scientific Journal, 129-143.
Pengesanan Graduan (2017). Laporan kajian Pengesanan Graduan 2017. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sumanto, Ali. 1993. “Nasib Pekerja Wanita Tetap di bawah Laki-laki. Dalam Bali Post. Selasa, 21 Desember, No. 124, Tahun. ke-46, hlm. 6, kol.1-4.
Saunders, V. & Zuzel, K. (2010). Evaluating Employability Skills: Employer and Student Perceptions. Bioscience Education, 15-2. Retrieved on 28-5-2011 from http://www.bioscience.heacademy.ac.uk/journal/vol15/beej-15- 2.aspx.
Yusof, M., Ahmad, S. N. B., Tajudin, M. & Ravindran, R. (2008). A study of factors influencing the selection of a higher education institution. UNITAR e-journal, 4(2), 27-40.