• Tidak ada hasil yang ditemukan

1Firdatul Akmar Ismail,

Kolej Komuniti Taiping, Perak, 34600, MALAYSIA [email protected]

1. Pengenalan

Sijil Terapi Kecantikan dan Spa mula diperkenalkan di Kolej Komuniti Sungai Petani dari tahun 2013. Sehingga hari ini terdapat 9 buah kolej komuniti di Malaysia yang menawarkan bidang Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK) manakala Diploma Terapi Kecantikan (DTK) hanya ditawarkan di Kolej Komuniti Sungai Petani bermula pada tahun 2014.

Menurut Adilah Hashim dalam penulisannya yang bertajuk Perniagaan Butik Kecantikan (Spa) dan Kesihatan, perkataan “SPA” adalah singkatan daripada perkataan ‘Solus Per Aqua’ yang bererti penyembuhan dengan air dalam bahasa Latin, iaitu konsep perawatan yang telah diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom, pada zaman Hipokrates.

Ketika itu, pancutan air panas semula jadi telah digunakan oleh askar-askar untuk merehat dan merawat badan daripada keletihan dan luka selepas perang. Industri Spa di Malaysia semakin berkembang dengan bilangan pengusaha yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pelancongan, industri SPA negara dijangka mampu menjana sebanyak RM 400 juta kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) sekali gus membuka sebanyak 3,500 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Penggemar perkhidmatan SPA ini bukan sahaja terdiri daripada kalangan wanita, malah golongan lelaki juga semakin ramai yang mengunjungi SPA bagi tujuan kesihatan dan penampilan diri (Othman, Jaafar &Rose, 2018).

Dalam memenuhi hasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kolej komuniti merupakan salah satu institusi yang menawarkan pengajian di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Walau bagaimanapun, jumlah enrolmen dalam TVET dan peningkatan kualiti latihan secara keseluruhan adalah perlu bagi meningkatkan nilai pasaran kerja pelajar dan melonjakkan TVET agar setaraf dengan negara maju. TVET di Malaysia juga perlu melalui perubahan besar dengan segera kerana jika tidak dilakukan, negara dikhuatiri menjadi tidak kompeten di peringkat global dan akan terus ketinggalan (Ahmad, Jalani & Hasmori, 2015). Oleh yang demikian, kerajaan mempunyai sebab konkrit dalam meningkatkan bidang TVET supaya dilihat sebagai satu bidang pendidikan utama negara.

Pembangunan dan pendidikan TVET di Malaysia telah bermula semenjak lebih 40 tahun yang lalu dengan hanya bermula dengan dua buah institusi sahaja dan kini jumlah institusi melebihi daripada 500 buah melalui pelbagai kementerian. Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia sektor Pengajian Tinggi. Pada Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No.

398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan berkaitan konsep penubuhan dan pelaksanaan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen (Awang, Ibrahim & Hussain, 2013).

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti peratusan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa yang bekerja dalam bidang mengikut kolej. Sebanyak sembilan buah kolej komuniti di Malaysia menawarkan Bidang Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK). Sambutan terhadap bidang ini dilihat kurang memberangsangkan daripada orang lelaki dan kebanyakannya terdiri daripada orang perempuan Melayu. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik instrumen kajian yang dibina oleh Bahagian Perhubungan Industri dan Pengkomersilan Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) TVET kebangsaan kepada 304 orang pelajar kolej komuniti yang menawarkan bidang Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK). Dapatan kajian ini diperoleh daripada borang soal selidik yang merangkumi soalan-soalan yang telah difokuskan jawapannya. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Versi 23. Data yang diperolehi ditunjukkan dalam bentuk deskriptif (peratus).

Kata kunci: Kolej Komuniti; Sijil Terapi Kecantikan dan Spa; Peratusan Graduan Bekerja Dalam Bidang

Kolej komuniti yang menawarkan kursus berkaitan terapi kecantikan dan spa ini turut menawarkan bidang teknikal yang lain seperti Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan, Sijil Teknologi Pembuatan, Sijil Pengoperasian Perniagaan dan Sijil Dandanan Rambut. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti peratusan graduan yang bekerja dalam bidang Sijil Terapi Kecantikan dan Spa berdasarkan kolej.

2. Pernyataan Masalah

Bidang Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK) disambut baik oleh kaum wanita, Mentaliti masyarakat memandang industri kecantikan dan spa hanya sinonim bagi kaum wanita, sedangkan golongan lelaki turut melibatkan diri dalam industri ini. Ketandusan graduan lelaki dalam bidang kecantikan dan spa mendorong kepada kekurangan penyediaan servis perkhidmatan kecantikan dan spa kepada kaum lelaki. Noor Fiteri Abdullah & Manisah Mukhtar, 2014 memperincikan produk dan perkhidmatan pelancongan yang patuh syariah adalah kemudahan rekreasi seperti perkhidmatan spa yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Terdapat permintaan yang tinggi bagi terapis lelaki. Industri spa yang menyediakan perkhidmatan kepada kaum lelaki terpaksa menggunakan khidmat tenaga kerja wanita memandangkan kaum lelaki kurang berkemahiran dalam menyediakan servis tersebut. Hal ini sentiasa mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat Melayu. Ditambah pula majoriti graduan STK adalah kaum Melayu. Kaum lelaki umumnya tidak mementingkan kecantikan paras rupa, namun menjadi keperluan kepada lelaki maskulin dan lelaki yang berkarier atau bekerjaya bagi menjaga penampilan diri dan kesihatan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membuat tinjauan tentang perbandingan peratusan peluang pekerjaan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK) berdasarkan kolej.

3. Objektif

1. Mengenalpasti peratusan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa berdasarkan jantina

2. Mengenalpasti peratusan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa yang bekerja dalam bidang mengikut kolej 4. Metodologi

Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik instrumen kajian yang dibina oleh Bahagian Perhubungan Industri dan Pengkomersilan Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) TVET kebangsaan kepada 304 orang pelajar kolej komuniti yang menawarkan bidang Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK).

Dapatan kajian ini diperoleh daripada borang soal selidik yang merangkumi soalan-soalan yang telah difokuskan jawapannya. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Versi 23. Data yang diperolehi ditunjukkan dalam bentuk deskriptif (peratus).

Populasi bagi kajian ini adalah para graduan kolej komuniti seluruh Malaysia pada tahun 2018 yang menawarkan bidang Sijil Terapi Kecantikan dan Spa. Dalam kajian ini, sampel yang terlibat adalah terdiri daripada graduan Kolej Komuniti Sungai Petani, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Bayan Baru, Kolej Komuniti Kok Lanas, Kolej Komuniti Batu Gajah, Kolej Komuniti Taiping, Kolej Komuniti Muar, Kolej Komuniti Kota Melaka dan Kolej Komuniti Tampin seramai 304 orang. Daripada jumlah tersebut, 6.9% graduan adalah lelaki manakala 93% graduan wanita dan 91.8% adalah orang Melayu manakala selebihnya adalah terdiri daripada kaum yang lain.

5. Hasil Dapatan

Jadual 1 menunjukkan perbandingan peratusan bilangan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa mengikut kolej.

Graduan yang paling ramai adalah dari Kolej Komuniti Kok Lanas (23%) manakala graduan paling sedikit adalah dari Kolej Komuniti Batu Gajah (4.6%). Lokasi sesebuah kolej turut mempengaruhi permintaan pelajar terhadap bidang ini.

Kolej Komuniti Kok Lanas terletak kira-kira 25km dari Bandar Kota Bharu, Kelantan. Masyarakat di Kelantan terkenal sebagai peniaga atau usahawan. Industri kecantikan dan spa yang berkembang pesat pada masa kini telah dilihat sebagai satu ruang dan peluang kerjaya bagi masyarakat di sana. Maka, bidang ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat.

Jadual 1 - bilangan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa mengikut kolej

Jadual 2 menunjukkan peratusan graduan STK dikuasai oleh orang perempuan (93.1%) manakala penglibatan kaum lelaki hanya 6.9%. Kaum lelaki lebih cenderung memilih bidang teknikal berbanding perkhidmatan terutama bidang kecantikan. Mereka belum menyedari peluang kerjaya sebagai terapis dan perunding kecantikan. Masyarakat kita tidak didedahkan dengan budaya penjagaan diri di kalangan kaum lelaki. Selain itu, sifat malu juga mungkin menjadi penyebab kenapa kurang sambutan dan pandangan segelintir masyarakat terhadap bidang itu sendiri. Mereka bertanggapan bahawa bidang kecantikan tidak sesuai bagi lelaki “macho” tanpa memikirkan peluang kerjaya selepas tamat pengajian. Persepsi sebegini perlu dikikis memandangkan lelaki juga perlu menjaga penampilan diri, mengamalkan rutin penjagaan wajah, mendapatkan khidmat urutan bagi tujuan kesihatan dan gaya hidup.

Jadual 2 - peratusan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa mengikut jantina

Jantina n %

Lelaki 21 6.9

Perempuan 283 93.1

Jadual 3 menunjukkan kaum Melayu paling ramai menceburi bidang STK (91.8%), diikuti oleh kaum India (5.6%). Kaum Melayu terkenal dengan urutan tradisional yang diwarisi sejak turun temurun. Selain itu, minat menjadi mak andam (jurusolek) merupakan peluang yang paling senang diceburi selepas tamat pengajian. Bidang STK dilihat salah satu landasan yang tepat kepada mereka yang berminat menjalankan perniagaan sendiri. Penerapan budaya keusahawanan juga mendorong kepada bilangan ini. Kerajaan sentiasa menggalakkan masyarakat menceburi dunia perniagaan. Maka bidang ini mempunyai peluang yang luas sebagai usahawan kecantikan.

Jadual 3 - peratusan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa mengikut kaum

Kaum n %

Jadual 4 menunjukkan kebanyakan graduan STK bekerja dalam sektor swasta (66.9%), 18.1% memilih untuk bekerja sendiri, 8.8% bekerja dengan keluarga, 3.5% bekerja dalam sektor kerajaan manakala selebihnya menjadi majikan (2.7%). Perkembangan industri spa yang sihat pada masa kini mendorong kepada dapatan data. Kebanyakan graduan memilih untuk bekerja dengan sektor swasta memandangkan pertumbuhan yang pesat perniagaan spa dan kecantikan pada masa kini. Selain itu, graduan juga memilih untuk menimba pengalaman tentang selok belok perniagaan spa melalui orang yang lebih berpengalaman. Selepas yakin dengan kebolehan dan kemampuan diri, barulah graduan akan memulakan perniagaan mereka sendiri kerana lebih menguntungkan. Segelintir daripada graduan pula datang dari keluarga yang memiliki perniagaan spa. Setelah tamat pengajian, mereka terus bekerja dengan keluarga.

Jadual 4 - peratusan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa mengikut peluang pekerjaan

Skop Pekerjaan n %

Bekerja sendiri/freelance 47 18.1 Bekerja dengan keluarga 23 8.8 Majikan

Jadual 5 menunjukkan seramai 63.6% graduan STK memilih untuk melanjutkan pengajian, 25% graduan sedang mencari pekerjaan, 6.8% mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga manakala 2.3% sedang menunggu penempatan pekerjaan dan juga mempunyai masalah kesihatan.

Jadual 5 - peratusan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa yang belum/tidak bekerja

Sebab n %

Jadual 6 menunjukkan peratusan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa yang bekerja dalam bidang mengikut kolej.

Sebanyak 7 buah kolej melepasi 50% yang bekerja dalam bidang iaitu Kolej Komuniti Kota Melaka 93%, Kolej Komuniti Kok Lanas 89%, Kolej Komuniti Sungai Petani 78%, Kolej Komuniti Bayan Baru 65%, Kolej Komuniti Tampin 64%, Kolej Komuniti Pasir Gudang 59% dan Kolej Komuniti Muar 57%. Manakala 2 buah kolej kurang 50%

yang bekerja dalam bidang iaitu Kolej Komuniti Taiping 48% dan Kolej Komuniti Batu Gajah 38%. Lokasi kedua-dua kolej yang terletak dalam negeri Perak menunjukkan kebanyakkan graduan di negeri itu memilih untuk bekerja dalam bidang yang lain.

Jadual 6 - peratusan graduan Sijil Terapi Kecantikan dan Spa yang bekerja dalam bidang mengikut kolej

Nama institusi n %

6. Perbincangan dan Kesimpulan

Bidang Sijil Terapi Kecantikan dan Spa di kolej komuniti mendapat sambutan daripada orang wanita lebih daripada orang lelaki. Kolej Komuniti perlu mempromosikan bidang ini yang mana berusaha lebih menarik kaum lelaki untuk turut serta sebagai tenaga separa mahir bidang ini. Jalinan kerjasama antara industri dan kolej komuniti perlu dipergiatkan lagi dalam usaha memastikan bidang ini berkelangsungan dalam tempoh jangka masa panjang. Selain itu, kaum lain selain kaum Melayu perlu lebih ramai menyertai bidang ini bagi mewujudkan persaingan secara sihat dan mengembangkan lagi industri ini mengikut tradisi kaum masing-masing. Usaha perlu dipergiatkan bagi melahirkan lebih ramai graduan bidang ini yang menceburi bidang keusahawanan. Keusahawanan dilihat mampu memberi jaminan masa depan yang lebih cerah kepada graduan bidang ini.

Rujukan

Maktab Koperasi Malaysia Zon SelatanAdila Hashim (2015). Perniagaan Butik Kecantikan (Spa) dan Kesihatan.

Persepsi Pengunjung Terhadap Pusat Spa di Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia (2018) Othman, Jaafar & Rose TVET di Malaysia: Cabaran dan Harapan (2015) Ahmad, Jalani & Hasmori

Kualiti dan Prestasi Kerja Graduan Kolej Komuniti : Penilaian oleh MajikanBandar (2013) Awang, Ibrahim & Hussain Peluang Kerjaya dalam Industru Pelancongan Islam di Malaysia: Satu Tinjauan (2016) Ramli, Mazlan & Aripin

Tinjauan Tahap Kebolehpekerjaan Di Dalam Bidang Pengajian