• Tidak ada hasil yang ditemukan

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 06000 Jitra, Kedah, MALAYSIA.

[email protected]

Abstrak: Politeknik Malaysia ditubuhkan untuk melahirkan para lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, teknologi maklumat dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan yang lebih tinggi. Antara program yang ditawarkan ialah Diploma Teknologi Maklumat. Penawaran program teknologi maklumat ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan bidang TVET yang selari dengan revolusi industry 4.0 yang hangat diperkatakan kini. Susulan itu juga, kurikulum yang tidak relevan akan dikenal pasti untuk dijumudkan. Maka kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kerelevenan Program Diploma Teknologi Maklumat dalam memenuhi pasaran tenaga kerja dalam era Industri 4.0. Kajian yang berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik yang perlu dijawab oleh graduan Politeknik Malaysia semasa majlis konvokesyen 2016-2018. Manakala, soal selidik yang disediakan adalah berbentuk aneka pilihan dan skala likert. Ia perlu diisi dan dilengkapkan oleh graduan secara dalam talian (on-line). Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia semakin mendapat tempat di Industri era IR4.0 ini. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia yang bekerja menikmati gaji yang setimpal dengan kelayakan iaitu tertumpu pada skala RM501-RM2000. Dua indikator ini sudah cukup kuat membuktikan bahawa Program Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia masih lagi relevan dan harus diperkasakan.

1. Pengenalan

Politeknik Malaysia ditubuhkan untuk melahirkan para lulusan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, ICT dan perkhidmatan serta menyediakan laluan alternatif ke pendidikan tinggi, iaitu ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej komuniti.

Politeknik Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1969 melalui Rancangan Colombo dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Pendidikan politeknik telah dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979), Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan (1991) dan Pelan Induk Perindustrian Negara (1985-1995). (Transformasi Politeknik Fasa Kedua, 2013).

Pada tahun 2000, Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia telah disambung semula di bawah pembiayaan Pinjaman Bank Dunia (Loan No.4451 MA) - Education Sector Support Project (ESSP).

Mulai tahun 2004 aktiviti Tracer Study telah dijalankan sepenuhnya oleh counterparts di bawah pengawasan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menggunakan peruntukan pengurusan politeknik masing-masing. (Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2007, 2008).

Mulai tahun 2006, semua Institusi Pengajian Tinggi Awam termasuk Politeknik telah menjalankan Kajian Pengesanan Graduan secara dalam talian (on-line) atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem ini dinamakan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG). Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kebolehdapatan kerja (‘employability’) dan kebolehpasaran (‘marketability’) graduan selain mendapatkan pandangan dan kualiti program akademik dan sistem penyampaian di institut pengajian tinggi.

2. Penyataan Masalah

Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan dalam meneruskan program pengajian TVET selain mahu mengadaptasi Industri 4.0 dalam bidang pendidikan negara. Antaranya dengan menamatkan kursus sedia ada yang kurang relevan dan menambah kursus Revolusi Industri 4.0 (Industri 4.0) bagi semua bidang kurang relevan di peringkat institusi pengajian tinggi. Susulan itu juga, kurikulum yang tidak relevan akan dikenal pasti untuk dijumudkan (BH Online 2017).

Sebagai institusi pendidikan TVET, Politeknik Malaysia saban tahun mengeluarkan graduan-graduan dalam bidang teknologi maklumat. Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif (Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015). Justeru itu, pihak pengurusan perlu mengetahui adakah hasil pelaburan dalam bidang pendidikan teknologi maklumat ini dapat memenuhi keperluan pasaran kerja.

Pihak pengurusan perlu mengetahui mengenai kerelevenan pogram Teknologi Maklumat di Politeknik Malaysia sebelum menggubal dasar dasar yang berkaitan. Selain daripada kerelevenan program itu sendiri, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi peluang untuk mendapatkan pekerjaan termasuklah tahap kualiti pendidikan, kesediaan majikan untuk mengambil graduan tempatan, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi Malaysia dan kualiti graduan itu sendiri (Muhammad Hazrul 2012),

3. Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kerelevenan graduan Diploma Teknologi Maklumat selepas tamat pengajian dalam memenuhi pasaran Industri 4.0 dan melihat perkembangan kerjaya para graduan. Secara spesifik, kajian ini bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat berikut:

i. Trend kebolehpasaran graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia tahun 2016 hingga 2018 ii. Pendapatan bulanan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia tahun 2016 hingga 2018 yang

bekerja

Hasil dapatan akan dijadikan indikator terhadap kerelevenan bidang teknologi maklumat di politeknik Malaysia.

4. Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia yang menghadiri majlis konvokesyen bagi tahun 2016 hingga tahun 2018 sahaja.

5. Metodologi Kajian

Kajian yang berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik yang perlu dijawab oleh graduan Politeknik Malaysia semasa majlis konvokesyen. Soalan yang disediakan adalah berbentuk aneka pilihan, skala likert dan soalan subjektif yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh graduan secara dalam talian (on-line). Kajian Pengesanan Graduan ini melibatkan semua graduan Politeknik Malaysia yang telah lulus dan mendapat diploma masing-masing bagi tahun 2014 hingga tahun 2018.

Bilangan responden yang menjawab bagi kajian ini pula adalah seramai 6591 orang, masing masing 1792 orang pada 2016, 2127 orang pada 2017 dan 2672 pada 2018. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan Excel. Hasil yang diperolehi daripada analisis ini digunakan bagi tujuan penulisan kajian.

4. Dapatan Kajian

Rajah 1 : Peratus Kebolehpasaran Graduan Diploma Teknologi Maklumat Polteknik Malaysia Bagi Tahun 2016 Hingga Tahun 2018

Rajah 1 di atas menunjukkan peratus kebolehpasaran Graduan Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia untuk tahun 2016 hingga tahun 2018. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peratus kebolehpasaran Graduan Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia semakin meningkat bermula dengan 90.6% pada tahun 2016, 93.2% pada tahun 2017 dan 97.2 pada tahun 2018.

Jadual 2 : Peratus Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia Mengikut Pendapatan Bulanan Bagi Tahun 2016 Hingga Tahun 2018

Pendapatan Bulanan Tahun Konvokesyen

2016 2017 2018

RM500 dan ke bawah 5.50 7.82 5.49

RM501 - RM1000 26.50 24.05 26.47

RM1001 - RM1500 37.60 39.28 37.60

RM1501 - RM2000 19.10 20.32 19.07

RM2001 - RM2500 7.20 5.27 7.25

RM2501 - RM3000

2.50 1.66 2.52

RM3001 - RM5000 1.10 0.89 1.14

RM5001 dan ke atas 0.50 0.70 0.46

Jadual 2 di atas pula menunjukkkan peratus Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia mengikut pendapatan bulanan bagi tahun 2016 hingga tahun 2018. Dapatan menunjukkan peratus pendapatan tertinggi Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia yang bekerja berada pada skala RM1001-RM1500 untuk ketiga tiga tahun 2016 (37.60%), 2017 (39.28%) dan 2018 (26.47%). Dapatan kajian juga menunjukkan taburan peratusan yang tinggi bepusat pada skala pendapatan RM501-RM100, RM1001-RM500 dan RM1501-RM2000.

90.6

93.2

97.2

86 88 90 92 94 96 98

2016 2017 2018

5. Kesimpulan

Ledakan Revolusi Industri 4.0 amat memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang Teknologi Maklumat. Dalam era reovolusi perindustrian ke 4 ini, teknologi maklumat digunakan dengan meluas seperti Internet of Thing (IoT), big data dan cloud computing. Justeru itu, Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia perlulah berada pada tahap terbaik untuk mengisi lopong lopong keperluan tenaga kerja selari dengan kehendak Industri.

Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia semakin mendapat tempat di Industri era IR4.0 ini. Ini dibuktikan dengan kadar kebolehpasaran yang meningkat dari tahun 2016 hingga 2018 iaitu daripada 90.6% kepada 97.2%. Indikator ini sangat terang dan jelas menegaskan kerelevenan Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia.

Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa Graduan Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia yang bekerja menikmati gaji yang setimpal dengan kelayakan iaitu tertumpu pada skala RM501-RM2000. Harus diingat bahawa dapatan ini adalah pada waktu graduan berkonvo iaitu mereka baru tamat pengajian di politeknik tidak lebih daripada 6 bulan. Ini menguatkan lagi indikator pertama tadi dengan menyokong bahawa mereka bukan sahaja bekerja tetapi menikmati gaji yang setimpal mengikut kelayakan mereka.

Dua indikator ini sudah cukup kuat membuktikan bahawa Program Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia masih lagi relevan dan patut diteruskan. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan disarankan agar senantiasa melakukan proses penambahbaikan yang berterusan atau CQI untuk Program Diploma Teknologi Maklumat Politeknik Malaysia supaya dapat mengenalpasti kelemahan yang ada sekaligus memperkasakan lagi kualiti graduan yang dikeluarkan.

Pengurusan Politeknik Malaysia juga disarankan untuk memperbanyakkan program program meningkat dan mempelbagaikan kemahiran pelajar pelajar. Graduan yang mahir dalam pelbagai bidang tentulah menjadi pilihan industri untuk membantu mereka besaing di era Industri 4.0.

Rujukan

BH Online. 2017. Transformasi KPT sejajar Industri 4.0. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/

354387/transformasi-kpt-sejajar-industri-40 [23 November]

Jabatan Pengajian Politeknik (2013). Transformasi Politeknik Fasa Dua

Jamilah Hussain (2008) Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik Port Dickson 2007

Muhammad Hazrul Ismail. 2012. Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan, Prosiding PERKEM ke-7: 906-913.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015.

Hala Tuju Graduan Kolej Komuniti Kuala Langat Selepas