• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendapatan Bulanan Mengikut Taraf Jawatan

Katakunci: Kadar gaji, kebolehpasaran graduan, Politeknik,

Jadual 11: Pendapatan Bulanan Mengikut Taraf Jawatan

Pendapatan Bulanan

Taraf Jawatan

Jumlah

Tetap Kontrak Sementara

RM 500 Ke Bawah 0 0 1 1

RM 501 - RM 1000 2 2 2 6

RM 1001 – RM 1500 21 1 14 36

RM 1501 – RM 2000 7 2 1 10

RM 2001 – RM 2500 2 2 0 4

Jumlah 32 7 18 57

Rajah 2 : Penilaian Graduan PTSN Semasa Mengikuti Latihan Industri, 2018

Rajah 3 : Penilaian Graduan PTSN bagi Program Pengajian Membantu Dalam Pekerjaan Sekarang

7. Perbincangan

Melalui dapatan kajian ini bahawa jelas menunjukkan kadar gaji graduan lepasan PTSN pada tahun 2018 tertinggi pada kadar RM 1001-RM 1500 sebanyak 59.1% mengikut kod sektor ekonomi, taraf jawatan dan taraf pekerjaan graduan.

Bagi peratusan kadar gaji tinggi RM 2001-RM2005 sebanyak 6.1%. Manakala peratusan graduan yang bekerja di tempat latihan industri adalah 24.2% dan peratusan graduan yang bekerja dalam bidang adalah sebanyak 53% dan luar bidang 47%. Punca kebolehpasaran dalam kajian Nooriah Yusof et al., 2013, menurut Saterfiel dan Maclarty (1995) (dalam Litisha dan Surina, 2010), kebolehpasaran siswazah merujuk kepada kemahiran yang diperlukan oleh siswazah untuk mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan melalui pembelajaran kemahiran-kemahiran baru untuk fungsi yang berbeza yang diperlukan oleh majikan atau industri (Koo et al., 2009). Sementara menurut Hillage dan Pollard (1998), kebolehpasaran adalah memiliki keupayaan untuk memperoleh pekerjaan pertama, mengekalkan dan memperoleh

pekerjaan baru sekiranya diminta. Harvey (1999) pula mendefinisikan kebolehpasaran siswazah sebagai keupayaan siswazah untuk mempamerkan sifat-sifat yang diperlukan oleh majikan untuk keperluan masa depan organisasi.

Kerjaya dan kemahiran kebolehkerjaan merangkumi kemahiran dalam pengurusan sumber, komunikasi dan kemahiran interpersonal, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah (Zinser, 2003). Menurut definisi yang dikemukakan oleh ESECT (2004), kemahiran kebolehpasaran adalah satu set pencapaian, pemahaman dan sifat peribadi yang menjadikan seseorang individu lebih berpotensi untuk memperoleh pekerjaan dan berjaya dalam pemilihan kerjaya.

Pada amnya, kemahiran kebolehpasaran adalah kemahiran yang perlu ada pada pelajar dalam mempersiapkan diri mereka bagi memenuhi keperluan dalam pelbagai pekerjaan dalam pasaran buruh selepas tamat pengajian.

Tambahan pula, dalam kajian Aede Hatib Musta’amal et., 2014, menunjukkan pelajar-pelajar politeknik mempunyai penguasaan yang baik dalam kemahiran komunikasi dan mempunyai keyakinan yang tinggi kerana komunikasi yang berkesan akan menghasilkan motivasi yang berkesan. Kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia yang paling penting kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung diantara satu dengan lain.

Berdasarkan kenyataan ini, pekerja yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik juga berkebolehan dalam melakukan pekerjaan mereka terutamanya bagi syarikat-syarikat yang berhubung secara terus dengan pelanggan atau klien mereka. Selain daripada itu, graduan lepasan PTSN juga perlu mampu menyumbang idea dan memberi maklumbalas yang baik ketika berkomunikasi samada di dalam kumpulan mahupun ketika berhadapan dengan pensyarah.

Komunikasi yang baik, berkesan dan terbuka akan mewujudkan rasa percaya dan semangat kekitaan dalam kalangan ahli kumpulan. Shamsaadal Sholeh (2004) menyatakan bahawa komunikasi yang baik di kalangan ahli-ahli akan menyebabkan mereka berasa dihargai, dan bekerja dengan lebih berdedikasi. Secara tidak langsung akan menyumbang penyelesaian yang baik terhadap sebarang masalah atau isu-isu yang dan mempunyai berpotensi untuk sama-sama berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Ini selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Harvey dan Green (1994) yang menyatakan bahawa kemahiran berkomunikasi sering kali dilihat oleh majikan sebagai satu indikator penting kepada potensi mencapai kejayaan dalam sesebuah organisasi. Secara keseluruhannya, kemahiran menyelesaikan masalah merupakan aspek yang memperlihatkan keupayaan pelajar untuk berhadapan serta mengatasi halangan-halangan yang datang dengan menggunakan strategi dan penilaian yang tepat dalam menentukan keputusan yang diambil. Kemahiran menyelesaikan masalah perlu ada dalam diri setiap pelajar untuk membentuk jati diri serta menjadikan mereka supaya individu yang lebih cekap dan berkesan (Bjorkland & Pellegrini, 2000). Kesedaran pelajar terhadap kepentingan pemikiran secara kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah penting dalam mempersiapkan mereka untuk menyusuri arus modenisasi dan perkembangan teknologi yang membawa pelbagai cabaran di mana tenaga manusia yang cekap, cekal dan boleh berfikir amatlah diperlukan. Pernyataan ini disokong oleh Philips (1997) yang mengatakan tenaga pekerja harus dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran berfikir yang membolehkan mereka mempelajari teknologi baru dengan mudah dan dalam jangka masa yang singkat. Justeru itu, punca ini juga memainkan peranan yang amat penting dalam memberikan gaji yang rendah kepada graduan lepasan PTSN dan graduan yang bekerja di luar bidang separuh daripada dalam bidang.

Selain itu, dalam buku Panduan Gaji Permulaan 160 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Pertama (2016) oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) merupakan satu langkah yang dapat menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET seperti yang dinyatakan dalam RMKe-11. Penerbitan ini merupakan satu usaha permulaan KSM untuk mengesyorkan kadar gaji pokok permulaan yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki oleh lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia. Panduan ini memaparkan gaji pokok permulaan berdasarkan kadar gaji minimum RM1,000.00 mulai 1 Julai 2016. Selain itu, dalam kajian KSM mendapati kadar gaji yang ditawarkan bagi pekerjaan berasaskan kemahiran kurang setimpal dengan kelayakan yang dimiliki. Menyedari kepentingan memberi nilai kepada kemahiran yang dimiliki oleh bakal pekerja yang memiliki Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia, KSM mengambil inisiatif untuk menerbitkan Panduan Gaji Permulaan 160 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Pertama (2016).

8. Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa graduan lepasan PTSN perlu mempersiapkan diri untuk menempuh alam pekerjaan berdasarkan kemahiran insaniah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kepercayaan yang diberikan oleh majikan kepada graduan PTSN masih rendah dan perlu diterapkan dengan kaedah pembelajaran yang berkesan yang bukan sahaja menjadikan mereka kompeten dalam menguasai kemahiran teori & teknikal tetapi juga dalam kemahiran insaniah. Secara tidak langsung, hal ini mungkin juga disebabkan penaiktarafan politeknik menjadi salah satu penyumbang kepada keluaran graduan menjadi keperluan tenaga kerja negara. Ini selaras dengan komitmen Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia khusunya Politeknik Sekunder dalam usaha melahirkan graduan yang berinovatif dan kreatif sebagai peneraju industri dan memiliki nilai berkebolehpasaran yang tinggi. Ini sesuai dengan matlamat Kementerian Pendidikan yang mensasarkan matlamat kewujudan Politeknik Sekunder untuk mampu menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang menerusi ekonomi melalui usaha melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara berpendapatan tinggi dan graduan untuk bekerja dalam bidang sesuai dengan peruntukan ekonomi yang telah dikeluarkan kepada institusi. Justeru itu, diharapkan hasil dapatan kajian ini diterima baik oleh semua pihak terutama majikan dan bakal pekerja dalam menetapkan gaji pokok permulaan yang sepadan dengan tahap kemahiran yang dimiliki oleh lepasan graduan politeknik.

Rujukan

Abd. Rahman Abdul Aziz (2000). "Kemahiran Sosial Asas". Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Armstrong dan Kleiner (1996). A Handbook of Management and LeaderShip : A Guide to Managing for Result.London:

Kogan Page.

Berita Harian. “Pendidikan : BI, ICT jadi komponen penting sertai kerjaya.” Keluaran 12 Februari 2007.

Berita Harian. "Graduan Kekurangan Kemahiran Insaniah". Keluaran 12 Februari 2006.

Barone, D. F., Maddux, J. E., & Snyder, C. R. (1997). Social Cognitive Psychology: History and Current Domains. New York: Plenum.

Bjorkland, D.F,. & Pellegrini, A. D. (2000). "Child Development and Evolutionary psychology". Child Development, 71, 1687-1908.

Coyle A. (1993). “Quality Interpersonal Communication—Perception and Reality”. Manage, 45:1, 6-7. Ennis, R. H.

(1996). "Critical Thinking". Upper Saddle River, NJ:Prentice-Hall.

Goldman, Hasselbring et. Al. 1997; Montague, Wagner & Morgan (2000) "Journal of Learning Disabilities," 30(2), 98-208.

Haslinda, Muhammad Nubli dan Zarina (2005). Pembangunan Sahsiah Mahasiswa Bersepadu: Konsep Dan Pelaksanaannya Di Kolej Universiti Kejuruteraan . Kertas kerja yang dibentang di Seminar Kebangsaan Kursus Sokongan Kejuruteraan, Di Hotel Aseania, Langkawi 17-18 Disember 2005.

Harvey, L. with Green, D., 1994, Employer Satisfaction. Birmingham, QHE. Hutchinson, T. & Waters, A. 1986. English For Specific Purposes: A Learning-Centred Approach.Cambridge: Cambridge University Press.

Lange, D.L dan Technicon, P.E. (2000). “The Identification of The Most Important Non Technical Skills Required by Entry Level Engineering Students When They Assume Employment.” Journal of Cooperative Education. 35. 21-32

Mohamed Rashid. 2005. The Year 2004 Polytechnic Convocation Survey. Proceedings of National Seminar The Development of Technology and Technical- Vocational Education and Training in An Era of Globalization: Trend and Issues. Kuala Lumpur

Mohammad Zaki Kamsah (2004). “Developing Generic Skills In Classroom Environment: Engineering Students‟

Perspective.”Center for Teaching and Learning: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Safarin Nordin (2005). “Tahap Keyakinan Kemahiran Generik Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti.” Seminar Pendidikan Fakulti Pendidikan 2005: Universiti Teknologi Malaysia.

Berita Harian. "Perintah Gaji Minimum". Keluaran 2 Mei 2016.

Berita Harian. Nasional, 5 Jun 2015.

Utusan Online, 30 Mac 2019 7:17 PM

Biografi Tun Abdullah Bin Hj Ahamd Badawai pada 30 Julai 2006

Hasimi Muhamad, Astro Awani , Diterbitkan pada Mac 29, 2019 16:39 MYT

Lee, M. N. N. 2004. Restructuring higher education in Malaysia. Monograph Series No:4/2002. Universiti Sains Malaysia: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.

Malaysia. 2005. Rancangan Malaysia kesembilan 2006 – 2010.

Malaysia. 2010. Rancangan Malaysia kesepuluh 2011 – 2015. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi.

Malaysia. 2011. Perangkaan pengajian tinggi Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Nooriah Yusof (Dr.) Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia E-mel: [email protected]

Zakiyah Jamaluddin (Dr.) Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok, Kedah E-mel:

[email protected]

Buku Panduan Gaji Permulaan 160 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Pertama (2016) oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM)

Kebolehpasaran Graduan Tvet: Satu Perbandingan Antara