• Tidak ada hasil yang ditemukan

Politeknik Merlimau,

Karung Berkunci, 1031, Pejabat Pos Merlimau, 77300 Merlimau Melaka, MALAYSIA [email protected]

2. Metodologi Kajian

1. Pendahuluan

Memiliki kerjaya sejurus seorang graduan menamatkan pengajian di sesebuah pusat pengajian tinggi adalah salah satu ukuran kebolehpasaran graduan. Status bekerja dan pekerjaan graduan adalah jaminan kelangsungan hidup mereka yang telah melalui proses pembangunan modal insan semasa belajar bagi mengisi pelbagai jawatan yang diperlukan untuk pembangunan nasional. Menurut Amla (2010) kerjaya adalah pengalaman bekerja yang mempunyai kaitan dengan pilihan gaya hidup yang mempengaruhi kesejahteraan diri, dan dengan itu pilihan kerjaya adalah satu perancangan penting dalam kehidupan seseorang. Sehubungan hal ini, perancangan kerjaya semasa belajar oleh pelajar IPT seharusnya berjalan seiring dengan kursus yang diikuti.

Usaha pengesanan dan menjejaki graduan IPT telah lama dilaksanakan di Malaysia, termasuklah Politeknik Merlimau (PMM). Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memulakan kaji selidik secara atas talian pada tahun 2006. Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah bagi melihat status pekerjaan graduan baru menjelang musim konvokesyen masing-masing, iaitu sama ada bekerja, melanjutkan pengajian atau masih aktif mencari pekerjaan. Tumpuan kajian adalah kepada graduan peringkat diploma dan ke atas. Walaupun begitu, semua graduan peringkat sijil univesiti awam, politeknik, kolej komuniti dan sebahagian graduan peringkat sijil institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) turut menyertai kajian ini.

Kebolehpasaran graduan dari pusat pengajian tinggi dikaitkan dengan kecenderongan bakal majikan mengutamakan graduan memiliki kemahiran insaniah (Shaharuddin et al. 2010; Saemah et al. 2011; Vos et al. 2011), di samping kemahiran dan kecekapan tenaga kerja (Amla 2010, Ayiesah et al. 2010).

Pengesanan graduan dan persepsi mereka tentang politeknik semasa mereka belajar adalah penting bagi membawa perubahan yang membina kepada PMM dan juga kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi bagi meningkatkan lagi kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara graduan untuk menyumbang kembali kepada institusi dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT.

Abstrak: Usaha pengesanan dan menjejaki graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah lama dilaksanakan di Malaysia, termasuk Politeknik Merlimau (PMM). Memiliki kerjaya sejurus seorang graduan menamatkan pengajian di sesebuah pusat pengajian tinggi adalah salah satu ukuran kebolehpasaran siswazah. Tujuan utama kajian kebolehpasaran graduan dijalankan ialah bagi melihat status pekerjaan graduan PMM bagi tahun 2015 sehingga 2018.

Kajian ini juga adalah untuk melihat sama ada para graduan ini sudah memasuki alam pekerjaan, melanjutkan pengajian atau masih dalam proses menndapatkan pekerjaan mengikut bidang. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 5637 orang. Graduan PMM 2018 merupakan graduan pertama yang menyertai Karnival Kerjaya PMM yang diadakan pada hari pelajar lapor diri selepas menjalani latihan industri. Analisis kajian menggunakan kaedah statistik mudah seperti min dan peratusan. Kajian mendapati terdapat tiga kategori utama status pekerjaan graduan sejurus meninggalkan PMM, iaitu bekerja (dalam bidang dan luar bidang), melanjutkan pelajaran (dalam bidang dan luar bidang), dan belum perolehi pekerjaan. Graduan bekerja merupakan kumpulan terbesar dan meningkat sebanyak 15.8 % selepas karnival kerjaya. Namun, garaduan yang melanjutkan pelajaran telah menurun sebanyak 0.4% berbanding sebelum. Graduan yang mendapat gaji melebihi RM2000 juga meningkat sebanyak 5.5%

impak dari karnival kerjaya yang telah diadakan. Keseluruhannya, karival kerjaya yang telah diadakan telah berjaya meningkatkan kebolehpasaran dan julat gaji graduan PMM. Kebolehpasaran graduan PMM dianggap baik secara relatif, dan dengan itu masih terdapat ruang yang perlu ditingkatkan menerusi program pembangunan kerjaya dan latihan industri di PMM. Selain itu, pelajar perlu digalakkan berniaga menerusi meningkatkan program keusahawanan supaya graduan tidak terlalu bergantung kepada pasaran kerja.

Kata Kunci: karnival kerjaya, kebolehpasaran,graduan, politeknik, gaji

Karnival kerja PMM yang pertama telah diadakan pada 17hb April 2017, iaitu hari pelajar yang tamat latihan industri balik melapor diri di PMM. Antara aktiviti yang dijalankan semasa karnival ini ialah sesi klinik kerjaya oleh unit Psikologi dan Kerjaya PMM, sesi temuduga dengan majikan-majikan tempatan, dan pameran pendidikan dari beberapa universiti awam.

Kajian ini cuba menganalisis impak program karnival kerjaya PMM terhadap kebolehpasaran graduan PMM pada tahun 2018 berdasarkan status pekerjaan yang graduan PMM ceburi selepas meninggalkan kampus. Pendekatan yang digunakan dalam artikel ini ialah membanding kebolehpasaran graduan PMM 2018 dengan kebolehpasaran graduan PMM tiga tahun sebelum mengikut 3 gugusan utama, iaitu kumpulan bekerja, kumpulan melanjutkan pelajaran, dan kumpulan yang mendapat gaji RM2000 keatas.

2. Populasi Sample

Kajian ini telah melibatkan graduan PMM sejak tahun 2015 hingga tahun 2018. Data kajian terdiri daripada semua graduan PMM dari pelbagai jabatan yang menghadiri upacara konvokesyen pada tahun mereka graduasi. Setiap graduan perlu melakukan pengesahan sebelum boleh diberi pinjaman gaun untuk meghadiri upacara konvokesyen.

3. Instrument Kajian

Soal selidik standard yang dibekalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi telah digunakan bagi mengumpulkan maklumat para graduan PMM ini. Borang ini mengandungi lapan bahagian kesemuanya iaitu bahagian A hingga bahagian G. Bahagian A mengandungi maklumat latar belakang asas dan akademik para graduan. Bahagian B merupakan soalan berkaitan status pekerjaan terkini, sama ada bekerja sepenuh masa atau bekerja separa masa, tidak bekerja atau lain-lain.

Manakala bahagian C adalah soalan berkaitan maklumat pekerjaan graduan seperti taraf pekerjaan, kumpulan pekerjaan utama, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan graduan dan sebagainya. Bagi graduan yang belum bekerja, mereka perlu menjawab soalan berkaitan di Bahagian D. Bahagian E dikhususkan untuk graduan yang melanjutkan pengajian semasa musim konvokesyen masing-masing. Penilaian graduan terhadap IPT masing-masing berkaitan kandungan kurikulum, sistem penilaian, tenaga pengajar dan kemudahan prasarana serta perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan di IPT masing-masing terdapat di Bahagian F. Manakala persepsi graduan mengenai keberkesanan sistem pengajian dan kesediaan diri bagi menghadapi cabaran dunia pekerjaan terkandung dalam Bahagian G.

Prosedurnya adalah graduan diminta menjawab soal selidik ini secara atas talian sebelum atau semasa mengambil gaun. Satu makmal komputer telah disediakan untuk mereka mengakses borang soal selidik tersebut sekiranya gagal berbuat demikian di rumah. Semua soal selidik yang telah diisi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS).

4. Hasil Kajian Dan Perbincangan 1.1 Taburan Jantina dan Etnik Graduan PMM

Bagi tempoh 2015 - 2018, seramai 5637 orang graduan PMM telah tamat pengajian dan memasuki pasaran buruh. Jadual 1 dan 2 menunjukkan bilangan jantina dan kumpulan etnik graduan sejak tahun 2015 hingga 2018. Manakala Rajah 1 dan 2 menunjukkan peratus nisbah jantina dan kumpulan etnik graduan sejak tahun 2015 hingga 2018. Secara umumnya, taburan gender graduan di PMM adalah seimbang dengan nisbah jantina 1: 1.

Jadual 1 - Taburan responden mengikut jantina, 2015-2018.

Jantina/ Tahun 2015 2016 2017 2018

Lelaki 742 853 527 640

Perempuan 761 821 547 746

Jumlah 1503 1674 1074 1386

Nisbah 1:1 1:1 1:1 1:1

Jadual 2 - Taburan responden mengikut kumpulan etnik, 2015-2018.

Etnik/Tahun 2015 2016 2017 2018

Melayu 1435 1561 987 1274

Cina 14 18 15 17

India 48 52 54 91

Bumiputera 6 43 18 4

Jumlah 1503 1674 1074 1386

Pola taburan graduan mengikut etnik juga menunjukkan ketidakseimbangan dengan majoriti graduan PMM adalah etnik Melayu, diikuti India, Cina dan lain-lain etnik. Bagi tempoh 2015 – 2018, nisbah graduan Melayu berkurang sebanyak 3.6%, dari 95.5% kepada 91.9% pada tahun 2018. Tetapi bagi etnik lain, Jadual 2 menunjukkan nisbah peningkatan dalam tempoh yang sama.

1.2 Status Kebolehpasaran Graduan PMM

Sehubungan dengan faktor jantina dan etnik, isu kebolehpasaran graduan sukar untuk dikaji kerana majikan secaranya amnya tidak menetapkan prasyarat jantina dan etnik untuk jawatan yang akan diisi. Dunia pekerjaan di Malaysia bersifat terbuka dan dengan itu setiap graduan mempunyai peluang sama untuk mendapat kerja - tidak kira lelaki atau perempuan, dan tanpa mengira latar belakang etnik. Perkara paling penting yang dicari oleh majikan pada para graduan ialah bidang pengajian yang sesuai dengan sifat kerja yang ditawarkan, dan kualiti sahsiah diri graduan. Sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara yang menumpukan kepada sains dan teknologi, dijangka bidang pekerjaan yang berasaskan sains dan teknologi adalah lebih banyak ditawarkan berbanding pekerjaan lain.

Dalam konteks itu, status pekerjaan graduan adalah terjemahan kepada kebolehpasaran graduan dan sekaligus mencerminkan kualiti atau ciri graduan yang diperlukan oleh bakal majikan. Jadual 3 memperlihatkan status pekerjaan graduan PMM mengikut tahun. Status pekerjaan graduan terbahagi kepada bekerja, melanjutakan pelajaran, dan belum bekerja. Berdasarkan Rajah 3, secara umumnya, peratus graduan yang mendapat pekerjaan meningkat setiap tahun dan mencapai 85.2% pada tahun 2018. Purata peratus graduan yang mendapat pekerjaan sebelum karnival kerjaya PMM diadakan (2015-2017) adalah 69.4%. Peningkatan sebanyak 15.8% graduan yang mendapat pekerjaan dapat dilihat pada graduan PMM tahun 2018 yang berpeluang menyertai karnival kerjaya PMM siri pertama dan kedua.

Kajian Pengesanan Graduan PMM 2015-2018 melaporkan bahawa tujuan utama graduan melanjutkan pelajaran adalah untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik. Dijangka mereka yang melanjutkan pelajaran mampu meningkatkan darjah kebolehpasaran apabila mereka memiliki kelayakan tambahan.

Jadual 3 - Kedudukan graduan PMM selepas meninggalkan kampus, 2015-2018.

Status/Tahun 2015 2016 2017 2018 mendapati majoriti graduan berpendapatan dari RM1000 - RM2000, dan peratusannya meningkat sehingga mencapai 73.3% pada tahun 2018 berbanding dengan purata 3 tahun sebelum yang tiada karnival kerjaya, iaitu 62.1%. Manakala graduan yang berpendapatan rendah, iaitu kurang dari RM1000 sebulan telah berkurang dan sebanyak 16.6% berbanding dengan graduan yang tidak berpeluang menyertai karnival kerjaya (tahun 2015-2017). Graduan yang berpendapatan melebihi RM2000 sebulan juga bertambah sebanyak 5.5% berbanding sebelum karnival kerjaya diadakan.

Jadual 4 - Taburan pendapatan graduan PMM, 2015-2018.

Gaji/Tahun 2015 2016 2017 2018

Isu kebolehpasaran graduan dan masalah graduan menganggur adalah fenomena di pasaran kerja akibat interaksi antara peluang pendidikan di IPT dan peluang pekerjaan. Di satu pihak, IPT seperti PMM perlu bersifat dinamik untuk selalu releven dengan pasaran pekerjaan. Di pihak lain, majikan menekankan kemahiran employabiliti seperti motivasi tinggi, mahir suai diri, mahir berkomunikasi dan mahir selesai masalah, selain kemahiran khusus. Pendidikan kerjaya mampu menjadi jambatan antara keduanya untuk membantu pelajar dan pencari kerja untuk membina laluan kerjaya mereka.

Keseluruhannya, karival kerjaya yang telah diadakan telah berjaya meningkatkan kebolehpasaran dan julat gaji graduan PMM. Status kebolehpasaran graduan PMM adalah relatif baik kerana kumpulan memprolehi kerja adalah kumpulan

majority dan bertambah setiap tahun. Namun, saiz graduan menganggur adalah stigma kepada pembangunan negara yang perlu diminimumkan ke paras sifar.

Rujukan

Amla Mohd Salleh (2010). Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Ayiesah Ramli, Roslizawati Nawawi dan Chun, M.P.P.2010. Employees’ perception of employability skills needed in todays workforce among physiotherapy graduates. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 7(C): 455-463

Li, T. dan Zhang, J. 2010. What determines employment opportunity for college graduates in China after higher education reform? China Economic Review, 21: 38-50

Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (2015). Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2015. Putrajaya.

Penerbit Jabatan Pendidikan Politeknik.

Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (2016). Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2016. Putrajaya.

Penerbit Jabatan Pendidikan Politeknik.

Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (2017). Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2017. Putrajaya.

Penerbit Jabatan Pendidikan Politeknik.

Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (2018). Laporan Kajian Pengesanan Graduan Politeknik 2018. Putrajaya.

Penerbit Jabatan Pendidikan Politeknik.

Shaharuddin Ahmad, Noraziah Ali, dan Mohd Fauzi Hamzah, 2011. Kebolehpasaran Graduan UKM: Satu Kajian Perbandingan Antara Graduan Disiplin Sains dengan Bukan Sains. Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14 : 81 - 90

Vos, A.D., Hauw, S.D. dan Van der Heijden, B.I.J.M. 2011. Competency development and career success: The mediating role of employability. Journal of Vocational Behavior, 79: 438-447

We, C.C. (2011). High graduate unemployment rate and Taiwanese undergraduate education. International Journal of Educational Development, 31: 303-310

Sijil Terapi Kecantikan dan Spa: Peratusan Graduan Bekerja