Siti Aishah Jalil 1
2. Kajian Literatur 1 Kemahiran Teknologi
4.3 Objektif 3- Mengenalpasti tahap keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi pelajar Kolej Komuniti Rembau melalui penilaian majikan
Jadual 4.3 Analisa Data Faktor Keyakinan Diri dan Kemahiran Berkomunikasi
N Minimum Maximum Mean
Hasil dari analisa data menunjukkan mean keseluruhan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap tinggi (4.27). Walaubagaimanapun, di antara elemen keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi tersebut terdapat elemen yang mempunyai mean yang rendah berbanding elemen lain iaitu elemen komunikasi lisan (keyakinan idea) (4.00). Manakala elemen kerja berpasukan (menghormati dan menerima pendapat) (4.51) menunjukkan mean yang tinggi. Daripada Hasil dapatan penilaian yang diberikan oleh majikan dapat menunjukkan pelajar kolej komuniti rembau mampu bekerja secara berkumpulan dalam menyiapkan tugasan kerja dan dalam masa sama pelaksanaan kerja yang dilakukan tidak yakin dalam menyuarakan idea akibat kekangan daripada penyeliaan majikan. Bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Muhammad Hazrul (2012) mendapati bahawa 86 peratus majikan menganggap bahawa kemahiran berkomunikasi dengan baik dan berkeyakinan diri adalah sangat penting dan membolehkan majikan lebih memahami apa yang diperlukan oleh pekerja mereka bagi memudahkan perlaksanaan tugas.
Jadual 4.4 Analisa Data Purata keseluruhan Faktor Penilaian Majikan
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation Tahap
Hasil dari analisa data menunjukkan mean keseluruhan kemahiran teknologi adalah pada tahap tinggi berbanding mean bagi faktor-faktr lain yang mempengaruhi penilaian majikan. Majikan telah menilai bahawa pelajar Kolej Komuniti Rembau mempunyai kemahiran teknologi yang lebih baik kerana apa yang dipraktikkan dalam kurikulum kolej komuniti adalah pembelajaran secara hands-onn. Bertepatan dengan
5. Kesimpulan dan Cadangan
Hasil daripada kajian mendapati faktor yang paling mempengaruhi penilaian majikan terhadap pelajar Kolej Komuniti Rembau ialah faktor kemahiran teknologi. Majikan menilai pelajar kolej sangat berkemahiran dalam peralatan yang berteknologi. Walaubagaimanapun masih terdapat lagi ruang yang perlu di ambil perhatian bagi memastikan pelajar mendapat pekerjaan selepas tamat belajar di institusi. Melalui hasil dapatan, pihak kolej komuniti dapat mengubal kurikulum terutamanya bagi bidang pengkhususan atau tujahan (niche area) mengikut kekuatan politeknik masing-masing yang responsif terhadap keperluan industri.
Hasil dari soal selidik yang dijalankan, kajian mendapati majoriti majikan bersetuju untuk mengambil graduan kolej komuniti sebagai pekerja sekiranya terdapat kekosongan di agensi masing-masing. Hasil kajian menunjukkan tahap kualiti kelayakan graduan politeknik dalam bidang pengkhususan lebih baik berbanding pekerja lain dalam tahap pendidikan yang sama adalah tinggi. Ini menunjukkan graduan kolej komuniti berdaya saing dan kemahiran yang diperolehi adalah setanding dengan institusi lain. Secara keseluruhannya, pelajar kolej komuniti diterima dengan baik oleh industri dan majikan. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan pelajar Kolej Komuniti Rembau mempunyai kemahiran generik serta kemahiran dan pengetahuan teknikal pada tahap tinggi. Diharapkan pelajar menjadikan hasil dapatan ni sebagai galakkan untuk terus menguasai kemahiran berkomunukasi lisan di samping kemahiran-kemahiran lain. Selain itu, pelajar dapat memahami bahawa memiliki kemahiran seperti yang diperlukan pihak industri memberikan pengaruh yang besar dalam kebolehpasaran kelak.
Berdasarkan batasan-batasan kajian, terdapat beberapa cadangan yang dikenal pasti bagi penyelidik-penyelidik dalam bidang yang sama. Memandangkan sampel kajian hanyalah melibatkan dua kemahiran utama, maka cadangan kajian masa hadapan ialah menambah pemboleh ubah tambahan seperti faktor tempoh percubaan pekerjaan, pengalaman bekerja (pernah bekerja/pertama kali berkerja), sektor pekerjaan dan sebagainya. Ini membolehkan penyelidik mengenal pasti perbezaan kemahiran diperlukan majikan yang mungkin bergantung kepada pemboleh ubah lain. Di samping mengambil kira eleman bidang atau jabatan bagi tujuan analisis perbandingan.
Seterusnya, dicadangkan kajian tambahan dilaksanakan untuk mengenal pasti jurang antara kepuasan majikan dan kemahiran sedia ada pada pelajar dijalankan. Graduan perlu menilai keupayaan diri sendiri (self review) tentang jenis kemahiran sedia ada mereka dan dalam masa sama majikan juga akan menilai graduan. Perbezaan antara kedua penilaian tersebut dapat dikaji dan penambahbaikan boleh diambil dengan mengemaskini kandungan kurikulum serta jenis aktiviti dan program yang wajar dijalankan di kolej komuniti. Kajian masa hadapan boleh mempertimbangkan gabungan kajian kuantitatif dan kualitatif bagi menyokong dapatan kajian.
Rujukan
Adebakin, A.B., Ajadi, O., Timothy, S. & Subair, S. T. (2015). Required and possessed university graduate employability skills: perceptions of the Nigerian employers. World Journal of Education, 5(2), 115-121.
AL-Mutairi, A., Naser, K. & Saeid, M. (2014). Employability factors of business graduates in Kuwait: evidence from an emerging country. International Journal of Business Management, 9(10), 49-
Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan Dan Alumni (2013), Jabatan Pengajian Politeknik, KPM.
Clark, H. (2013). A comprehensive framework for measuring skills gaps and determining work readiness. Employment Relat. Today, 40(3): 1-11.
Falconer, S. & Pettigrew, M. 2003. Developing added value skills within an academic programme through work-based learning. International Journal of Manpower 24(1): 48-
Hamilton, M., Carbone, A., Gonsalvez, C. & Jollands, M. (2015). Breakfast with ICT employers: what do they want to see in our graduates? Proceedings of the 17th Australasian Computing Education Conference (ACE 2015), Sydney, 27-30 Jan. 2015.
Jorgensen, H.C. (2004). Connecting work and education: should learning be useful, correct or meaningful. The Journal of Workplace Learning 16(8): 455-465.
Khor, Choo Kwang (1997) Persepsi Majikan Terhadap Pekerja Lulusan Politeknik dalam Penyediaan Tenaga Kerja Mahir. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
Leong, K.C.C., Hill, C. & Fernandez-Chung, R. (2015). Employing the ‘unemployable’: employer perceptions of Malaysian graduates. Studies in Higher Education, 40(10), 1-18.
Low,M., Botes, V., Dela Rue, D. & Allen, J. (2015). Accounting employers’ expectations the ideal accounting graduates.
International Journal of Learning, Teaching and Educational Research,13 (2), 142-167.
Makki, B. I., Salleh, S., Memon, M. A. & Harun, H. (2015). The relationship between work readiness skills, career self-efficacy and career exploration among engineering graduates: a proposed framework. Research Journal of Applied Sciences, Engineering and Technology, 10(9): 1007-1011.
McLean, M., Kinash, M., Crane, S., Judd., Knight., C., Mitchell,. K. & Lovell, C. (2015). Case studies to enhance graduate employability: government as employer. Learning and Teaching Papers, paper no. 105. Retrieved from http://epublications.bond.edu.au/.
Mohd Najib Ghafar (2003). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Salleh Abu, & Mohd Zaki Kamsah. 2006. Laporan Program Pembangunan Kemahiran Generik (Soft Skills) di Kalangan Pelajar (sehingga Disember 2006). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Moy, J.W. & Lam, K.F. 2004. Selection criteria and the impact of personality on getting hired. Personnel Review 33(5):
521-535.
Muhammad Hazrul Ismail (2012). Prosiding Perkem. Kajian Mengenai kebolehpasaran Siswazah di Malaysia, Tinjauan dari perspektif majikan. Jilid 2.
Paadi, K. (2014). Perceptions on employability skills necessary to enhance human resource managementgraduates prospects of securing a relevant place in the labour market. European Scientific Journal,129-143.
Paadi, K. (2014). Perceptions on employability skills necessary to enhance human resource management graduates prospects of securing a relevant place in the labour market. European Scientific Journal, 129-143. a
Ramadi, E., Ramadi, S. & Nasr, K. (2015). Engineering graduates’ skill sets in the MENA region: a gap analysis of industry expectations and satisfaction.
Riebe, L. & Jackson, D. (2014). The use of rubrics in benchmarking and assessing employability skills. Journal of Management Education, 38(3): 319-344.
Shah, M., Grebennikov, l. & Nair, C. S. (2015). A decade of study on employer feedback on the quality of university graduates. Quality Assurance in Education, 23(2), 262-278.
Sinar Harian. (2012, September 22). 40 000 Siwazah IPT Masih Cari Kerja.