• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kolej Komuniti Kota Tinggi Kota Tinggi, Johor

1. Pengenalan

Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi yang di kendalikan di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK) yang memberi peluang kepada lulusan SPM menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kolej Komuniti memberi penekanan kepada praktikal (skill) berbanding teori semata-mata. Selaras dengan visi Kolej Komuniti iaitu menyediakan peneraju institusi TVET unggul dan salah satu misinya pula adalah menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diktiraf. TVET diterjemah daripada bahasa inggeris sebagai Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (Technical Educational and Vocational Training).

Sijil yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti adalah diiktiraf oleh MQA. MQA diterjemah daripada bahasa inggeris sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agencies). Semua program yang diakredit oleh MQA membawa maksud diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Dengan adanya pengiktirafan dari MQA untuk program di Kolej Komuniti maka dapatlah membuka peluang pelajar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Lepasan sijil Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian di peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di Institusi Pengajian Tinggi yang lain.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 menggariskan sepuluh lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan yang mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi.

Lonjakan itu juga akan menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi. Empat lonjakan memfokus pada keberhasilan warga pendidikan tinggi, termasuk pelajar dalam laluan akademik dan TVET, komuniti akademik dan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti pembelajaran sepanjang hayat.

Sijil Pelancongan dan Pengembaraan adalah salah satu program yang dijalankan di Kolej Komuniti. Kajian di Eropah menyatakan pendidikan dalam pelancongan pada awalnya muncul dari pendidikan vokasional, di mana pelajar dilatih dalam bidang kritikal dan perniagaan kritis. Kemahiran diperlukan untuk memenuhi pekerjaan dalam industri pelancongan yang semakin berkembang. Kemahiran yang diberikan ditekankan kepada pendidikan vokasional.

Pendidikan pelancongan haruslah cukup fleksibel untuk membolehkan sesuatu yang tidak seimbang antara memenuhi tuntutan perniagaan dan industri pelancongan yang lebih luas dan global (Gangaram Biswakarma, 2016).

Industri pelancongan di Malaysia merupakan antara industri yang ketiga terbesar yang menyumbang kepada pendapatan ekonomi Negara. Oleh itu industri perlancongan sangat memerlukan sumber tenaga yang berkemahiran tinggi

Abstract: Graduan Kolej Komuniti perlu menyiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang disamping kemahiran insaniah untuk persedia dunia pekerjaan. Justeru segelintir graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan ada yang memilih untuk meyambung pengajian di peringkat seterusnya. Kajian ini adalah untuk mengetahui berapa ramai graduan yang memilih untuk menyambung pengajian dan senarai faktor yang mendorong mereka meyambung pengajian. Sukar mendapatkan pekerjaan dan gaji yang rendah mungkin antara faktor graduan memilih untuk melanjutkan pengajian. Responden kajian ini seramai 501 orang graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, soal selidik sebagai instrumen kajian, dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 23 (SPSSv23) dan dinyatakan dalam peratus. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpasaran graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti Malaysia tinggi.Objektif kedua kajian iaitu hanya melibatkan graduan yang menyambung pengajian sahaja. Faktor utama yang mendorong adalah meningkatkan tahap kelayakan akademik, minat mendalam mencari ilmu, meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan, prospek kerjaya yang lebih baik, dorongan keluarga dan yang terakhir belum bersedia memasuki dunia pekerjaan. Hasil kajian ini dicadangkan agar lebih banyak peluang untuk graduan TVET ataupun pekerja yang ingin menyambung pengajian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja.

Keywords:faktor, graduan kolej komuniti, Pelancongan dan Pengembaraan, melanjutkan pengajian

dan mempunyai asas dalam pelbagai kemahiran supaya industri ini lebih maju dan membangun. Bagi mencapai hasrat agar industri pelancongan ini hanya dipenuhi oleh tenaga yang mahir dan separuh mahir serta berpengetahuan dan bersahsiah tinggi, adalah wajar bagi seseorang pekerja itu mendapat pendidikan dan latihan yang secukupnya sebelum dapat berkhidmat dengan sektor pelancongan (Iswaaniza Kamal, 2012).

Laporan kebolehpasaran graduan Kolej Komunti Kota Tinggi tahun 2015 menunjukkan 5.6% graduan menyambung pengajian. Pada tahun 2016 pula 5.3% graduan menyambung pangajian merujuk kepada Laporan Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Kota Tinggi tahun 2016. Pada tahun 2017 pula sebanyak 27.3% graduan menyambung pengajian merujuk Laporan Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Kota Tinggi tahun 2017. Carta pada rajah 1 menunjukkan peratus graduan melanjutkan pengajian pada tiga tahun sebelum ini. Ini menyaksikan peningkatan sebanyak 22% untuk graduan Kolej Komuniti Kota Tinggi yang menyambung pengajian pada dua tahun terakhir. Kolej Komuniti Kota Tinggi hanya mempunyai satu program sahaja iaitu Sijil Pelancongan dan Pengembaraan sahaja. Selain itu jika dilihat berdasarkan data kebolehpasaran kebangsaan pada tahun 2017 mendapati bahawa peratus tertinggi graduan melanjutkan pengajian dicatat oleh graduan IPT lain, iaitu 34.4 peratus, diikuti graduan universiti awam (20.7 peratus), graduan IPTS (20.5 peratus), graduan kolej komuniti (19.8 peratus), dan graduan politeknik sebanyak 18.1 peratus. Data tersebut dapat dilihat dari carta pada Rajah 2.

Rajah 1: Graduan melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Kota Tinggi

Rajah 2: Graduan (Warganegara) 2017 Yang Melanjutkan Pengajian 5.60% 5.30%

27.30%

GRADUAN MELANJUTKAN PENGAJIAN

Graduan Melanjutkan Pengajian di Kolej Komuniti Kota Tinggi

2015 2016 2017

UA IPTS Politeknik Kolej Komuniti

IPT lain

Ya Tidak

n = 124,075 n = 98,816 n = 22,298 n = 8,833 n = 1,077 n = 255,099

Ya (20.4%) L = 39.9%

Tidak (79.6%) L = 38.3%

20.7 79.3

20.5 79.5

18.1 81.9

19.8 80.2

34.4 65.6

Graduan yang melanjutkan pengajian mengikut jenis IPT pada tahun 2017

2. Penyataan Masalah

Institusi pengajian tinggi dianggap sebagai faktor kritikal yang akan menjayakan pembangunan Negara melalui Model Ekonomi Baru. Ini adalah kerana institusi pengajian tinggi adalah tempat untuk memperkembangkan ilmu dan membekalkan modal insan atau tenaga kerja untuk sesuatu bidang pekerjaan (Iswaaniza Kamal, 2012). Kini pembangunan dan kemajuan negara tidak lagi bergantung semata-mata kepada modal insan berpengetahuan tinggi, tetapi juga berkemahiran tinggi. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Maka di sinilah letaknya kepentingan TVET dalam memainkan peranan dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara. Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia diantara penyedia TVET awam di Malaysia yang turut bertanggungjawab terhadap Program Transformasi Ekonomi (Economic Transform Program - ETP). Melalui program tersebut pencapaian yang ingin dicapai oleh negara ialah 45 peratus atau 1.5 juta dari 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 adalah dalam bidang TEVT (Mohd Jalil et.al, 2015). Keperluan tenaga kerja mahir turut dizahirkan dalam keperluan Transformasi Nasional 2050 (TN50). TN50 merangka satu sasaran jangka masa 30 tahun di mana satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Berdasarkan Transformasi Nasional 2050 (TN50), menjelang tahun 2050 negara memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 37% kepada 55% keperluan tenaga kerja mahir, Jabatan Penerangan Malaysia

Di peringkat Politeknik dan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah merangka Pelan Strategik JPPKK 2018 – 2025 dengan matlamat pada tahun 2025 Politeknik dan Kolej Komuniti akan menjadi institusi TVET tersohor dirantau ini bagi pelaksanaan program pendidikan dan latihan yang diperlukan oleh industri dan komuniti. Melalui pelan ini teras strategik pertama yang ditetapkan untuk dicapai ialah Memastikan Graduan TVET Berkualiti. Melalui objektif ini, peratus kebolehpasaran graduan pada tahun konvokesyen diukur sebagai KPI pertama yang ingin disasarkan berbanding KPI lain yang ingin dicapai.Dimana peratus graduan Politeknik dan Kolej Komuniti yang bekerja dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan juga ditetapkan sebanyak 85% untuk memastikan keperluan tenaga kerja mahir negara dapat dipenuhi.

Jika diperhalusi, peratusan keperluan tenaga kerja mahir amat diperlukan berbanding kebolehpasaran terhadap graduan yang melanjutkan pengajian. Namun begitu cabaran bagi pelajar yang menceburi bidang bukan kejuruteraan seperti perlancongan dan pengembaraan, kecantikan dan dandanan rambut dan perhotelan dan katering boleh di kategorikan dalam sektor perkhidmatan tetapi tidak banyak perkhidmatan awam yang menawarkan pekerjaan berkaitan dengan bidang mereka sedangkan sektor perkhidmatan lebih menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Industri pelancongan merupakan antara industri yang ketiga terbesar yang menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara.

Oleh itu industri pelancongan sangat memerlukan sumber tenaga yang berkemahiran tinggi dan mempunyai asas dalam pelbagai kemahiran supaya industri ini lebih maju dan membangun (Iswaaniza Kamal, 2012).

Hasil penyelidikan dari Wirartha (2009) di Pariwisata, Bali menunjukkan bahawa pekerja wanita dalam sektor pelancongan didiskriminasi dengan gaji yang rendah daripada pekerja lelaki walaupun mereka mempunyai pendidikan yang samadan atau kedudukan pekerjaan yang sama. Menurut Basir Zahrom (2016) pula, kesukaran graduan yang belum mendapat pekerjaan menyebabkan graduan menyambung pengajian keperingkat lebih tinggi. Adakah faktor ini juga yang menyebabkan pelajar kolej komuniti memilih untuk menyambung pengajian.

BH Online 20 Febuari 2018 menyatakan statistik Kajian Pengesanan Graduan 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, didapati kadar kebolehpasaran graduan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini untuk tahun 2017 ialah 79.1 peratus menyaksikan peningkatan sebanyak 1.8 peratus berbanding 77.3 peratus pada 2016. Kebolehpasaran graduan kolej komuniti pula mencatat kadar 97.2 peratus berbanding 91.2 peratus pada 2013, iaitu peningkatan enam peratus. Ini membuktikan kemajuan pendidikan kemahiran yang ditawarkan di kolej komuniti seiring dengan agenda TVET.Kebolehpasaran graduan merangkumi pelajar yang bekerja, menjadi usahawan dan yang menyambung pangajian. Pelajar Sijil Pelancongan dan Pengembaraan yang berkelayakan mengambil peluang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya di beberapa politeknik dan universiti awam dan swasta yang menawarkan bidang yang bersesuaian. Namun ada beberapa faktor yang menyebabkan graduan kolej komuniti memilih untuk menyambung pengajian berbanding terus memasuki arena pekerjaan.

Menurut Mohd Ridzuan et.al (2017), faktor pilihan utama yang jadi pendorong kesedaran untuk melanjutkan pengajian adalah faktor kendiri. Faktor kendiri adalah motivasi diri yang sangat tinggi, inisiatif sendiri dan sanggup menghadapi cabaran. Faktor kedua pula adalah menentukan taraf profesion ataupun untuk meningkatkan kerjaya yang sedia ada. Hasil kajian dari Hanim & Mohd Khalled Khairol (2007) ke atas guru-guru yang mengikuti program Khas Pensiswazahan Guru mendapati majoriti pelajar yang sedang menyambung ijazah ini berpendapat mereka melanjutkan pengajian kerana faktor motivasi diri dan sokongan keluarga.

Jika diperhalusi paratusan graduan yang menyambung pengajian adalah kecil berbanding graduan yang bekerja.

Walaupun begitu, senarai faktor graduan yang menyambung pengajian ini perlu dikenalpasti senarai faktor utama graduan menyambung pengajian berbanding memilih menceburi bidang pekerjaan. Jika dilihat pada corak peratusan graduan Kolej Komuniti Kota Tinggi yang menyambung pangajian pada tahun sebelum ini menunjukkan peningkatan. Peratusan graduan yang menyambung pengajian ini dikaji untuk melihat sama ada dipengaruhi oleh faktor sukar mendapatkan

pekerjaan atau sebaliknya. Atas keperluan isu ini, pengkaji merasakan kajian ini perlu dilakukan untuk mengenalpasti senarai faktor yang mendorong graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti melanjutkan pengajian.

3. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran berapa ramaikah graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan apakah faktor yang mendorong mereka. Aspek-aspek ini dikaji melalui beberapa objektif tersebut.

a) Mengenalpasti peratus graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti di Malaysia.

b) Mengenalpasti faktor graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan di Kolej Komuniti Malaysia yang menyambung pengajian.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif secara persampelan bertujuan. Kajian ini juga menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia dijalankan secara atas talian (online) dan sistem dibuka dalam tempoh yang ditetapkan. Pengisian soalselidik ini dibuka sebulan sebelum berlangsungnya majlis konvokesyen mengikut zon/wilayah kolej. Soal selidik ini mensasarkan graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan di Malaysia.

Responden yang terlibat seramai 501 graduan dari 13 kolej komuniti. Graduan yang terlibat adalah dari lulusan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan sahaja. Kolej Komuniti yang terlibat adalah:

a) Kolej Komuniti Kuching

Data daripada soal selidik yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 23 (SPSSv23). Data yang diperolehi ditunjukkan dalam peratus. Bagi menerangkan data dengan lebih jelas penyelidik memaparkan data melalui kaedah jadual dan graf.

5. Dapatan Kajian

Jumlah bilangan responden dalam kajian ini adalah 501orang terdiri graduan Sjil Pelancongan dan Pengembaraan dari Kolej Komuniti di Malaysia. Jadual 1 menunjukkan pecahan dalam frekuensi dan peratusan kebolehpasaran graduan.

Status dibahagi kepada status bekerja, melanjutkan pengajian, menunggu penempatan pekerjaan dan belum bekerja.

Status graduan yang bekerja sebanyak 81.2% dan menunjukkan peratus paling tinggi. Status graduan melanjutkan pengajian sebanyak 13.8%, diikuti status belum bekerja sebanyak 4.4% dan yang terakhir adalah status menunggu penempatan kerja.

Jadual 1: Kebolehpasaran graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti yang melanjutkan pengajian

Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan peratus graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti yang melanjutkan pengajian mengikut Kolej Komuniti masing-masing. Peratusan tertinggi adalah graduan dari Kolej

Komunti Kota Tinggi sebanyak 33.3% Seterusnya diikuti olej Kolej Komuniti Sungai Siput dan Kolej Komuniti Kuala Langat masing masing sebanyak 22.7% dan 21.2%. Peratus paling rendah di Kolej Komuniti Kuala Lipis iaitu 0%.

Seterusnya diikuti oleh Kolej Komuniti Jerai dan Kolej Komuniti Sandakan masin-masing 2.5%. Kolej komuniti yang lain berada dalam peratus diantara 18% sehingga 6%.

Jadual 2: Peratus graduan Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Kolej Komuniti yang melanjutkan